CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] COVID-19: Pelajar balik kampung mulai 27 Apr. Waktu 9 pagi-9 malam. Zon hijau sh

[Copy link]
Post time 22-4-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dah lepas balik rumah masing2, dok diam2 situ.
Kalau hari2 ko kena bebel ngan mak ayah korang sebab asyik bertik tok, bersocmed bangun tengahari hari buta, tadah je telinga tu.

Jangan nk melalak bosan nak balik kampus pulak.
Gen z manja ni bukan boleh percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak nak tanggung la tu..btw btol ke ada 100K pelajar stranded..UiTM yg all over Msia ada cawangan pun x sampai 10K
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 22-4-2020 04:03 PM
Nanti dah lepas balik rumah masing2, dok diam2 situ.
Kalau hari2 ko kena bebel ngan mak ayah korang ...

x larat la mrk nak buat hal..dah nak puasa..melepek je nanti..dah lah skrg musim panas
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 05:00 PM | Show all posts
swab covid dulu before balik boleh x.....lepastu polis yg hantarkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 22-4-2020 03:07 PM
Sbb number new cases dah dua digit kot..
Sbb last time masa diorg bising tu cluster syurga xhbis  ...

Pikior covid nie dulu huhu. Iols mmg takyt ngan covid
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:34 PM | Show all posts
mana satu gomen nak buat dulu...
lepaskan budak2 u dulu, atau kelonggaran rentas negeri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2020 10:05 PM | Show all posts
Pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kelonggaran kepada pelajar yang masih di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata proses membawa pelajar berkenaan pulang sedang dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Katanya, jumlah pelajar hampir 100,000 orang dengan proses membawa pulang perlu dirancang secara teliti bagi memastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.

"Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala COVID-19.

"Kepada anak-anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga.

"Butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat. Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu.

"Beri sedikit masa kepada pihak kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini. Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat," katanya dalam perutusan khas, malam ini.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kan secara berfasa la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sronoknye depa dpt balik rumah masing2x.... Mesti depa boring dok hostel...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya 100k, kalau sorang bajet rm15, maknanya selama ni kerajaan tanggung makan depa sehari rm1.5 juta?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 03:04 PM | Show all posts
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI
@MKNJPM

TERKINI: Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang Pelajar IPT ke kampung bermula 27 April 2020,

Waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 03:09 PM | Show all posts
53,000 pelajar IPT mula pulang Isnin ini
2-3 minutes

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula Isnin ini secara berperingkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar di waktu siang

Pelajar ini juga akan menjalani saringan gejala COVID-19 walaupun sudah lebih sebulan berada di kampus sebelum menaiki bas walaupun tiada gejala dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka.

"Mereka yang gunakan bas akan dihadkan dan dipastikan dari segi penjarakan sosial. Jika tempat duduk untuk dua orang hanya boleh digunakan seorang, bermakna kalau bas itu untuk 40 penumpang, hanya 20 penumpang dibenarkan, " katanya pada sidang media hari ini.

Pelajar yang dibenarkan pulang akan diambil dari kampus dengan bas dan terus di bawa ke daerah masing-masing dan dihantar ke balai polis atau pejabat daerah sebelum barisan hadapan di sana menghantar mereka terus ke rumah.

Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri juga dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja.

Susulan pengumuman perlanjutan tempoh PKP fasa ketiga hingga 28 April pada 10 April lalu, gabungan beberapa persatuan mahasiswa menggesa kerajaan membenarkan penuntut yang masih berada di kampus dibenarkan pulang ke negeri masing-masing secara berperingkat.

Kerajaan bagaimanapun pada 13 April lalu memutuskan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang masih berada di kampus tidak dibenarkan pulang ke rumah atau kampung masing-masing sepanjang PKP berlangsung.

Namun pada Selasa lalu, kerajaan mengumumkan sedia membenarkan kira-kira 100,000 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara yang sedang kuarantin di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjalan dgn lancar perjalanan pelajar semua blk rumah..tak de berita accident kat highway ke apa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 03:11 PM | Show all posts
SinarOnline
@SinarOnline

Pelajar IPT tidak dibenarkan pulang ke zon merah, kawasan PKPD - Ismail Sabri - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Dh xde yg ugut2 nk bunuh diri. Semua dh blk ke pangkuan family msg2. Yg nk blk zon merah, harap sabar la. X lama lg blh blk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 10:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2020 10:32 PM | Show all posts
Mahasiswa zahir rasa syukur diberi kelonggaran pulang ke kampung
Bernama | Diterbitkan pada April 24, 2020 22:15 MYT

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, dapat juga puasa dan raya bersama keluarga." Itu antara reaksi gembira mahasiswa yang berada di kampus, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran kepada mahasiswa untuk pulang ke kampung dalam tempoh terdekat.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Ayu Ajleea Natasha Mohd Wazir, 21, berkata berita baik tersebut sememangnya ditunggu-tunggu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.

"Bila PM (perdana menteri) umum berita itu semalam, rasa sebak dan teruja sebab dah lama saya tak pulang ke kampung. Adik saya pun sangat teruja bila saya dapat balik. Tak sabar nak jumpa keluarga, dapatlah saya berpuasa dan beraya bersama mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Ayu Ajleea Natasha berkata meskipun di kampus tersebut masih ada kira-kira 200 pelajar yang tidak pulang, namun situasi sunyi di kampus tetap terasa apabila pelajar hanya duduk di bilik masing-masing.

"Walaupun ada 200 pelajar, kami tak selalu berjumpa sebab masing-masing duduk dalam bilik. Saya hanya akan nampak pelajar lain bila tiba waktu mengambil makanan sahaja," katanya yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.

Berkongsi kegembiraan yang sama, Muhammad Amzar Mohd Shariman, 21, dari UiTM Jengka berkata kerinduannya terhadap keluarga terubat dengan pengumuman tersebut.

"Biasanya hari pertama sambut Ramadan memang bersama keluarga, tetapi kali ini berbeza situasi sebab hari ini bersahur dan akan berbuka puasa dengan rakan sebilik. Biasanya mak akan sediakan makanan, tetapi kali ini pihak universiti yang sediakan.

"Semalam bila PM umum, saya dan rakan-rakan memang rasa lega dan gembira. Akhirnya doa kami untuk balik rumah termakbul," katanya yang hampir tiga bulan tidak pulang ke kampungnya di Batu Gajah, Perak.

Bagi Valerie Dayun anak Sammy dari UiTM Shah Alam berkata ibu bapanya di Sibu, Sarawak menarik nafas lega dengan berita gembira tersebut.

"Hari-hari ibu bapa saya akan buat panggilan video dan WhatsApp tanya macam mana keadaan saya di sini, dah makan ke belum, buat apa dan sebagainya. Mereka sangat risau sebab kawan-kawan saya termasuk rakan sebilik pun dah balik ke kampung.

"Kadang-kadang saya hanya keseorangan di bilik dan ada masanya saya akan ke bilik rakan sekelas saya yang juga masih di kampus. Saya memang syukur bila PM umum dapat balik. Harapnya kami boleh balik cepat berjumpa keluarga," katanya.

Valerie Dayun berkata walaupun hasratnya untuk pulang 20 Mac lepas terpaksa dibatalkan, beliau yang selesa tinggal di kampus berterima kasih kepada pengurusan universiti yang sentiasa menjaga kebajikan pelajar di kampus.

"Agak kecewa pada mulanya sebab saya dah beli tiket untuk balik kampung. Tapi bila fikir semula, ianya untuk kebaikan saja juga. Saya ambil dari sudut positif. Lagipun, di sini (kampus), kebajikan kami seperti makan dan minum sentiasa terjaga. Kadang-kadang, kami dapat makanan hingga lima kali sehari dan ada juga pihak luar yang taja makanan," katanya.

Sementara itu, bagi ibu kepada seorang mahasiswa, Rokiah Abdullah, 57, dari Kemaman, Terengganu berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha membawa pulang pelajar yang berada di kampus.

"Mak cik memang hari-hari doa supaya anak mak cik dibenarkan balik. Alhamdulillah, dapatlah berpuasa dan beraya bersama anak bongsu mak cik nanti.

"Memang agak risau keadaan anak di kampus sebab kebanyakan rakannya dah pulang. Dah lebih sebulan mak cik tunggu berita baik macam ni. Setiap hari mak cik akan telefon dan panggilan video untuk tanya keadaan anak," kata ibu kepada Noridayu Mohd Ibrahim, pelajar sebuah universiti awam di Selangor.

Rokiah yang hampir tiga bulan tidak bertemu anaknya juga berharap usaha kerajaan untuk membawa pulang mahasiswa dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 10:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2020 10:49 AM | Show all posts
53,000 pelajar IPT mula pulang Isnin ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak bermula Isnin ini secara berperingkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 85 peratus atau 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kepulangan ke kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar pada waktu siang.

Penghantaran pulang itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa, membabitkan penuntut yang tinggal di kolej dan kampus kediaman serta yang duduk menyewa di luar kampus dengan kos penghantaran ditanggung oleh kerajaan.

Pelajar ini juga akan menjalani saringan gejala COVID-19 walaupun sudah lebih sebulan berada di kampus sebelum menaiki bas walaupun tiada gejala dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka.

"Mereka yang gunakan bas akan dihadkan dan dipastikan dari segi penjarakan sosial. Kalau tempat duduk untuk dua orang hanya boleh digunakan seorang, bermakna kalau bas itu untuk 40 penumpang, hanya 20 penumpang dibenarkan," katanya pada sidang media harian PKP, di sini hari ini.

Susulan pengumuman perlanjutan tempoh PKP fasa ketiga hingga 28 April pada 10 April lalu, gabungan beberapa persatuan mahasiswa menggesa kerajaan membenarkan penuntut yang masih berada di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.

Kerajaan bagaimanapun pada 13 April lalu memutuskan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang masih berada di kampus tidak dibenarkan pulang ke rumah atau kampung masing-masing sepanjang PKP berkuat kuasa.

Namun pada Selasa lalu, kerajaan sedia membenarkan kira-kira 100,000 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara yang berada di kampus, seolah-olah mereka sedang di kuarantin untuk pulang ke rumah masing-masing.

Ismail Sabri berkata, pelajar akan diambil dari kampus dengan bas dan terus dibawa ke daerah masing-masing serta dihantar ke balai polis atau pejabat daerah sebelum barisan hadapan di sana menghantar mereka terus ke rumah.

Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri juga dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja.

"Bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak, penerbangan akan diseliakan dan pendaratan akan dibuat ke lapangan terbang terdekat dengan kawasan tempat tinggal mereka.

"Berdasarkan SOP ditetapkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, pelajar dari Semenanjung akan dikuarantin wajib selama 14 hari sebelum boleh pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Sementara itu, institusi pendidikan bukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kementerian itu bagi penghantaran pulang pelajar mereka ke rumah masing-masing.

Ismail Sabri berkata, pihaknya turut membenarkan kementerian lain yang mempunyai institusi pendidikan contohnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tetapi SOP perlu mengikut ketetapan KPT.

"Contohnya UniKL adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah jadi kita membenarkan kementerian lain menguruskan untuk membawa pelajar pulang mengikut kementerian masing-masing dengan SOP KPT.

"KPT akan memaklumkan secara lebih lanjut dari segi pergerakan, zon mana dahulu, ...kita tunggu pengumuman KPT yang lebih terperinci, " katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan akan tetap menanggung bekalan makanan kepada 15 peratus penuntut IPT yang memilih untuk tidak pulang ke rumah masing-masing.

"Kita dapat maklumat, ada penuntut yang tak berminat pulang kerana mungkin akan menduduki peperiksaan. Ada juga pelajar yang belajar dalam talian di universiti ketika ini.

"Mereka tidak mahu pulang kerana mungkin di kampung tidak ada internet untuk mengulang kaji. Yang tinggal di kolej ini, kita akan tanggung makan dan minum mereka seperti biasa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 21-4-2020 06:35 PM
i tak tahu lahhh

depa selamat kat UNI...depa clean uncontaminated

Dont worry sis, dengar cerita kesemua bas bas yg bakal terlibat dalam mengemudikan perjalanan our students akan diwajibkan melalui SOP sanitizing yg very the comprehensive...sampai ke enjin, termasuk bateri( ahaks) dan tayar setiap bas akan di disanitize...

harap maklum.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051858 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list