Kredit foto : Instagram UiTM
Pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, 48, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara berkuatkuasa 9 Oktober 2020.
Pengumuman lantikan tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram dan Facebook UiTM.
Sementara itu, Rizalman berkongsi perkara sama di laman IGnya sendiri dengan mesej,
"saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT..saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat."
Anak jati Pulau Pinang itu merupakan alumni UiTM di dalam bidang seni lukis dan seni reka (fesyen).
Kredit foto : Instagram Uitm
Kredit foto : Instagram Uitm
Kredit foto : Instagram Rizalman
Tahniah diucapkan! - CARI |