KONFLIK KENDURI & MAKSIAT DI MAJLIS TAHLIL ARWAH Majlis kenduri arwah dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dan mengadakan jamuan di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, di hari ke2, ke3, ke7, ke40 dan ke100. Bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau terlalu mengagungkan si mati malah mengadakannya setahun sekali, khususnya menjelang ramadhan atau perayaan tertentu. Sebenarnya banyak perkara Khurafat lain yang juga turut dilakukan oleh masyarakat. Contohnya upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan. Padahal acara persandingan itu hanya merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita. Begitu juga amalan selepas kematian. Mesti diadakan kenduri masuk kubur, makan serabai di hari ke3, kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri roh berpisah dengan waris pada hari ke40 dan kenduri 100 hari iaitu tatkala turun batu nisan agar ruh itu masuk dalam jemaahnya sebagai ahli kubur. Ironinya, masyarakat Islam kini juga turut percaya bahawa orang beriman akan disoal dalam kubur selama 7 hari berturut-turut. Orang musyrik sampai 40 hari. Siapakah yang memberitahu kita semua itu? Siapakah yang pernah keluar dari kubur untuk ceritakan perihal kubur? Allah tak beritahu benda ghaib termasuk hal ehwal dalam kubur. Yang allah sebutkan ialah akan dihidupkan semula dari kubur. Itupun masih ada takwil muhkamat dan mutasyabihat. Rasulullah SAW sendiri katakan baginda tidak tahu perkara yang ghaib!
adapun orang ramai percaya 40,100 hari ni...
utk tak OT, aku pun faham perasaan mak sandra. sedih kehilangan org yg tersayang. moga tabah
|