Edited by tripleid at 11-11-2020 12:18 PM
stingerstylos replied at 11-11-2020 11:26 AM
Last last rakyat yg disalahkan....
kimakkk punya politaiks
Bodoh betul yg ckp maslee x buat apa2 time jd menteri..padahal time bawah dia la byk masalah kpm selesai..dari masalah guru duka lara smp la msalah sekolah daif di serawak byk yg dah setel wlaupun dia x lama jd menteri ..imejin kalo dia masih menteri kpm smpai hujung penggal mesti byk lg idea2 bernas dan masalah2 dlm sektor pdidikan dpt diselesai..jasa2 dia byk org x nmpak sbb kna overshadow dgn isu bodoh kasut hitam
90 peratus sekolah daif sudah dibaik pulih -Maszlee
BERNAMA | | 12 Disember 2019
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya menyiapkan 90 peratus daripada keseluruhan 534 projek baik pulih sekolah daif di seluruh negara pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, sebanyak 452 projek dicatatkan siap setakat hari ini dan dijangka terus meningkat menjelang penghujung tahun ini.
“Kita menyasarkan sifar sekolah daif agar semua guru, semua anak murid akan dapat akses kepada bukan sekadar pendidikan berkualiti tetapi infrastruktur sekolah yang menampung pembelajaran yang kondusif. Itu harapan kami.
“Kita meletakkan (sekolah) yang mana paling memerlukan kita selesaikan dan yang lain insya-ALLAH akan sampai waktunya secara berperingkat. Projek (membaiki) sekolah daif yang telah kita selesaikan bukan sahaja di Sabah dan Sarawak walaupun majoritinya di Sabah Sarawak, terdapat juga di Semenanjung diberikan tumpuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif: Pendidikan Untuk Semua yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.
Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah daif yang diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya dan menekankan aspek pemantauan di dalam kementerian bagi keberhasilan sesuatu pelaksanaan projek.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif menerusi Belanjawan 2020 untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2020: Peruntukan untuk sekolah meningkat RM83 juta
Sementara itu Maszlee berkata, pendidikan untuk semua menjadi asas pegangan yang diperjuangkan kementeriannya bagi memastikan setiap pihak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
“Kita tidak mahu sesetengah orang itu tercicir daripada pendidikan hanya kerana mereka daripada golongan miskin ataupun daripada golongan yang marginalised ataupun ketidakupayaan mereka. Sebab itu antara perkara yang kita cuba usahakan ialah akses pendidikan kepada murid berkeperluan khas ataupun OKU (orang kurang upaya).
"Kemudian kita ingin pastikan tidak ada lagi murid yang tercicir dan kita ingin pastikan juga bahawa sekolah itu terbuka untuk semua anak-anak termasuk mereka yang terhalang hanya kerana tidak mempunyai dokumen,” katanya.
Menurut Maszlee, pada tahun ini, KPM telah melancarkan inisiatif polisi penolakan sifar dengan memastikan anak-anak berkeperluan khas dapat bersekolah di sekolah kerajaan.
Beliau memberitahu, kementeriannya telah berjaya mewujudkan sebanyak 10,200 kelas pelajar berkeperluan khas (OKU) di seluruh negara pada tahun ini dan mencatatkan peningkatan sebanyak 526 kelas dengan pertambahan murid seramai 4,821 orang.
Secara keseluruhan pada masa ini, seramai 88,419 murid berkeperluan khas telah didaftarkan dan bersekolah di sekolah kerajaan.
Maszlee juga memaklumkan hasil pelancaran inisiatif sifar cicir yang melibatkan guru-guru dan pihak sekolah pada tahun ini, seramai 4,369 orang murid telah kembali bersekolah dan tidak lagi tercicir.-Bernama
33 sekolah daif di Sarawak dinaiktaraf
PETRA JAYA: Isu sekolah daif di negeri ini menjadi topik perbincangan utama antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam pertemuannya dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, di sini, hari ini. Maszlee berkata, isu sekolah daif sentiasa diberi perhatian berikutan banyak rungutan diterima khususnya daripada kerajaan negeri yang mahukan Kerajaan Persekutuan memberi perhatian terhadap masalah berkenaan. “Ya, sudah tentu isu itu menjadi agenda perbincangan kami dalam kunjungan hormat saya terhadap Ketua Menteri hari ini. “Pada pertemuan itu, saya turut menjelaskan bahawa Kementerian tidak menghentikan bekalan diesel untuk 21 sekolah di luar bandar Sarawak (seperti yang dilaporkan sebelum ini), sebaliknya saya memberi jaminan bekalan diesel untuk generator bagi membekalkan elektrik ke semua sekolah terbabit akan diteruskan,” katanya. Maszlee berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. Selain dua isu utama itu, Maszlee berkata, mereka turut berbincang mengenai galakan untuk lebih ramai pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di Sarawak. “Bagi memudahkan kemasukan pelajar antarabangsa ke Sarawak, beberapa urusan Imigresen akan dipermudahkan bersama kerajaan negeri,” katanya. Sementara itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan projek menaik taraf 33 sekolah daif di Sarawak sudah diserahkan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). “Projek menaik taraf 33 sekolah itu dengan teknologi sistem bangunan berindustri (IBS) kini boleh dilaksanakan bila-bila masa kerana wang sudah diserahkan kepada JKR. “Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya kepada Menteri Pendidikan (Maszlee) kerana menyalurkan peruntukan itu,” katanya.
|