CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: my_wahida

Sudut Ilmu

[Copy link]
seek1u This user has been deleted
Post time 18-8-2003 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by hihibyebye at 18-8-2003 10:18 AM:
10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan da ...

Aittt..ari tu ko post benda ni kan..dan aku dah reply pun..so...apa dah jadi ? :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dak_angelz This user has been deleted
Post time 18-8-2003 07:24 PM | Show all posts

Adab memberi salam...

A'kum
wahai...sahabat forummers ku

...firman Allah s.w.t surah an-nur ayat 61
maksud:apabila kamu memasuki rumah,maka hendaklah kamu m'berikan salam kepada sesama kamu,sebagai p'hormatan yg berkat disisi Allah

Pahala memberi salam
orang yg m'beri salam' assalamualaikum' akan m'dapat 10 pahala jika salamnya dijawab orang.orang yg m'beri salam 'assalamualaikum warahmatullah' akan mendapat 20 pahala jika salamnya dijawab.orang yg m'beri salam 'assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu' akan mendapat 30 pahala jika salamnya dijawab.

Cara memberi salam
-beri salam kepada orang yg berjalan kaki
-orang yg berjalan kaki m'beri salam kepada orang yang sedang duduk
-orang muda m'beri salam kepada orang tua

Kaedah yg makruh memberi salam
-kepada orang yg sedang makan
-orang yg sedang berzikir kepada Allah
-orang yang sedang berperang

tegasnya orang yang m'beri salam dlm. keadaan yg tidak dituntut padanya m'beri salam, maka salamnya tidak perlu diwajibkan

sekali lagi assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu kpd semua member forummers...jawab..banyak pahalanyer nih;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2003 11:05 PM | Show all posts
Salam sebenarnya pada awal pertemuan....
selepas bersembang baru memberi salam bukanlah adab bersalam sebenarnya.
Reply

Use magic Report

ctfiza This user has been deleted
Post time 19-8-2003 09:43 AM | Show all posts
nak tanya sikitlah i ada terima email mengatakan kenduri arwah yg kita buat utk org yg meninggal dunia sebenarnya tak boleh..sebab pahala yg kita baca2 tu takleh transfer kat org mati....boleh komen sikit tak?
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 19-8-2003 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by ctfiza at 19-808-2003 11:43:
nak tanya sikitlah i ada terima email mengatakan kenduri arwah yg kita buat utk org yg meninggal dunia sebenarnya tak boleh..sebab pahala yg kita baca2 tu takleh transfer kat org mati....boleh kome ...


Salam ctfiza,

Bab samada sampainya pahala Sedekah untuk orang yang sudah meninggal. Cuba renungi hadis berikut;

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 1672
Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar!

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4854
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4857
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan.

Wassalam
Reply

Use magic Report

selamba This user has been deleted
Post time 19-8-2003 02:45 PM | Show all posts

Cara mencapai kejayaan kekal abadi

Kalimah ikhlas

megerjakan sembayang dgn sempurna.

Ilmu dan mengingati
Allah setiap waktu dan ketika

Memuliakan setiap Muslim.

Ikhlas mencari keredzaan Allah

Mengerjakan maksud hidup
umat Muhammad

Jika kita dapat membuat perkara
perkara diatas pasti bila kita mati
kita bersama para sahabat yang mendapat
keredzaan dari Allah S.W.T.

kuncinya : Maksud hidup Umat Akhir Zaman ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2003 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by ctfiza at 2003-8-19 09:43 AM:
nak tanya sikitlah i ada terima email mengatakan kenduri arwah yg kita buat utk org yg meninggal dunia sebenarnya tak boleh..sebab pahala yg kita baca2 tu takleh transfer kat org mati....boleh kome ...


Salam cik ct,

saya baru mengaji bab ni.  Apa yang saya faham, cuma ada dua pendapat.  Ya dan tidak, dimana majoritinya kata tidak.  Termasuklah Imam Shafie.  Cuma Imam Hambali saja yang kata YA.  Tetapi ada murid Imam Shafie yang kata 'mungkin YA'.  Itupun kena dengan cara niatnya, iaitu bila dah selesai baru le niatkan sedekah pahala kepada arwah.  

Difahamkan juga, orang-orang di Arab Saudi majoritinya mengikut Imam Hambali, tapi dalam bab ini dia orang ikut pendapat Imam Shafie.
Berlainan dengan pengikut Imam Shafie di Malaysia.  Kita ikut pendapat Imam Hambali.

Terpulang pada individu, kalau dapat Alhamdullillah.  Kalau tak dapat, dapat le makan free.  Tuan rumah dapat pahala, bagi orang makan.
Reply

Use magic Report

ctfiza This user has been deleted
Post time 20-8-2003 03:18 PM | Show all posts
thanks to mat kampong & ibnur for the explanation....tapi kan rasanya org melayu ni memang dah biasa dgn kenduri2 arwah ni especially kat kampong2...and rasanya byk yg tak tau pasal perbezaan pendapat dalam mazhab2...and byk yg rely on ustaz2 yg datang bagi ceramah kat surau2 utk refer berkenaan dgn pengetahuan agama ni lah...putih kata ustaz2 tu putihla kata diorang...so camana kita nak kata terpulang kepada individu sebab kita byk rely on jabatan agama islam punya fatwa...kan baik kalau ada satu pendapat yg dikeluarkan oleh jabatan agama and then gazette kan terus utk umat islam kat msia ni...org ramai pun tak confuse.,,,takkan bab ibadat camni pun kita nak main teka2 kan...kalau nasib baik dapatla pahala..kalau nasiba tak baik dapat makan jee...kalau dapat makan takpe jugak takut dpt bala jee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ahmad albab This user has been deleted
Post time 21-8-2003 05:21 PM | Show all posts
Salam,
Kawan Mat cakap, kita kena beri teguran sekurang-kurangnya 3 kali dan wanita yg kita tegur tu mesti sudah akil baligh. Selepas 3 kali tegur , wanita tu masih tak berubah (contohnya masih tak nak pakai tudung), maka dosa itu wanita itulah yg tanggung sendiri...

Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2003 06:34 PM | Show all posts
uikss
selama ni aku slalu pakai t shirt lengan pendek
ngan tudung

arrrrghh
aku telah menyebabkan ayah aku berdosa la nih yerk

isk isk isk
bertobat
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 22-8-2003 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 19-8-2003 06:32 PM:
Salam cik ct,

saya baru mengaji bab ni.  Apa yang saya faham, cuma ada dua pendapat.  Ya dan tidak, dimana majoritinya kata tidak.  Termasuklah Imam Shafie.  Cuma Imam Hambali saja yang kata YA. ...

Salam..

Betul ko cakap tu..pasal makan free tu..tu tak kesahlah kan..

Tapi kalau boleh, rasanya ramai owang nak mengetahui tentang pahala yg akan ditransferkan pad arwah yg telah mati..

ADakah benar ..pasla kalau ikut mat kampung , mmg ada hadis yg mengatakan ya..

Tp mengikut yg lelain pulak , tak pasti..ada sesape ybg boleh confirmkan benda ni..tq.salam
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2003 12:33 AM | Show all posts
Kalau kau dah kawin, laki kau pun ada share.

Kalau kau ada anak dah baligh, dia pun share sama.  Belum masuk kalau dia pun pakai T-shirt lengan pendek.  Kau share dia punya, dia share kau punya.

Nanti bila Hari Pengadilan, takut-takut kau kata, "Ayah aku tak cakap, laki aku tak cakap, anak aku pun tak cakap".
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2003 01:03 PM | Show all posts
o..mcm tuh
time kasih arrr

aku ni budak lagi...hik hik
takde suami nak share
Reply

Use magic Report

aristana This user has been deleted
Post time 22-8-2003 03:51 PM | Show all posts

10 Perkara Perbuatan Sia-Sia

Salam semua,
Saya cuma cp untuk tatapan kita semua, dan kalu ade yg silap tolong perbetulkan

maaflah kalu dah ade sebelum nie


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Wallahuallam


~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata
kerana Allah SWT~
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2003 04:59 AM | Show all posts

Assalamualaikum CoCo

Sila baca jawapan mengenai masaalah kamu ini di sini:-

http://al-ahkam.com.my/forum/sho ... &o=&fpart=1

Saya harap ini dapat membantu kamu.
Reply

Use magic Report

padaidi This user has been deleted
Post time 30-8-2003 09:55 AM | Show all posts
kate ustaz ismail kamus baca surah al-baqarah sampai habis sebanyak 3 kali untuk halau jin. tu yang pernah aku dengar la die punye ceramah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2003 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by padaidi at 30-8-2003 09:55 AM:
kate ustaz ismail kamus baca surah al-baqarah sampai habis sebanyak 3 kali untuk halau jin. tu yang pernah aku dengar la die punye ceramah

yang kita buat ari tu waktu nak masuk rumah baru ialah..sebaik-baiknya masuk ari jumaat atau isnin..lepas tu petua orang tu...perempuan masuk dulu...baru sejuk rumah....then, malam tu buat sembahyang hajat...afdal..sembahyang sendiri plus baca yassin 3 kali...
insyaallah..selamat..tiada gangguan & dilindungi selalu..

anyway..congrats..dapat masuk rumah sendiri..best wooo tapi duit banyak le keluar..tapi tak pe le...kurang-kurangnya rumah kita sendiri!!
Reply

Use magic Report

RockTheWorld This user has been deleted
Post time 31-8-2003 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by coco at 18-8-2003 10:39 AM:
Assalamualaikum.....

coco nak tanya sesapa yang ada petua dan amalan yang bagus untuk coco yang nak pindah ke rumah baru hujung bulan ni.  rumah ni baru siap dan blom ada orang duduk.  rumah coc ...


Buat kenduri doa selamat malam Jumaat, jemput keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai untuk sembahyang jemaah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2003 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by aristana at 2003-8-22 03:51 PM:
Salam semua,
Saya cuma cp untuk tatapan kita semua, dan kalu ade yg silap tolong perbetulkan

maaflah kalu dah ade sebelum nie


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka ...



timer kasih yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2003 08:44 PM | Show all posts
rugi ye kalau terjadi macam gitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.769926 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list