CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mia_Sara

Arghhh!!! Im in love

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2005 03:15 PM | Show all posts
MASYAALLAH ,..camne Alia leh jadik camtuh ..camne die leh terlanjur ngan amir.......

kesian kat Malisa , ade suami mcm amir ni .....

kak Mia....sambung..pe jadi lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2005 01:55 PM | Show all posts
hhmmm.... kene tunggu lagik ler jawabnyerr...
sabar menanti:lebai:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2005 04:22 PM | Show all posts
Fahmi,
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2005 08:47 AM | Show all posts
err...mia..bole bagi address amir ni tak? i nak pi belasah dia sampai masuk ICU.. nf:nf:nf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2005 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by dahlia976 at 27-4-2005 08:47:
err...mia..bole bagi address amir ni tak? i nak pi belasah dia sampai masuk ICU.. nf:nf:nf:



ha ha ..sabo sabor.. imagine Malisa nanti jd kawan Alia dan Alia ni masih tak salahkan Amir.. salahkan diri sendiri..dan end up dia ni pun tak taulah ..

apa pun ni citer je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2005 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by Mia_Sara at 27-4-2005 09:37 AM:



ha ha ..sabo sabor.. imagine Malisa nanti jd kawan Alia dan Alia ni masih tak salahkan Amir.. salahkan diri sendiri..dan end up dia ni pun tak taulah ..

apa pun ni citer je.


hee..hee..mia..bukan apa..i've seen a lot of this "unfairness" occurs around me. men always get their way out.leaving the girl with a heart break, low self-esteem and thinking that its the end of the world.

just ny two cents..

p/s: cepat le tulih..tak sabo nak tau endingnye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2005 12:07 PM | Show all posts
Seminggu berlalu.

Alia mendail nombor pejabat Amir.

Dari corong telefon . Alia ,
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2005 03:18 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Mia_Sara at 29-4-2005 12:07 PM:
Seminggu berlalu.

Alia mendail nombor pejabat Amir.

Dari corong telefon . Alia ,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2005 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by yen_mamayen at 29-4-2005 15:18:



mia... tu ajer ke sambungannyerr....
tak sabor btol nak baca kesudahannyaaa....
:bgrin:



masalahnya tak tau nak buat apa lg endingnyer mcm  mana ... sabo eh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2005 05:09 PM | Show all posts
Di rumah Amir.

Kelihatan Amir sibuk mengemas bag pakaiannya. Anak kecil Amir yang berusia 2 tahun sibuk bermain dengan kereta mainanya di katil tidur bersama Amir. Amir hanya memerhatikan anaknya. Leka dia. Sekali sekali matanya beralih kepada isterinya yang begitu tekun menyiapkan kelengkapannya. Malisa sememangnya seorang isteri yang tidak banyak soal. Segala apa yang Amir mahu diturutkan. Tidak banyak dia menyoal malah rasa yakin dan percaya pada Amir amat menebal. " Abang," Malisa bersuara lembut. Amir menoleh dan manyahut. " Ya, " Malisa meletakkan baju yang telah diletakkan di bag dan datang mengahmpiri Amir. " Abang lama ke pergi ni ?, emm bukan apa , lately ni I tengok you lain benar, banyak termenung" Malisa cuma menyelami hati suaminya.

Akhir akhir ini dia perasan akan perubahan Amir, sering mengelamun. Dia menambah lagi. " Abang ada problem ke ?" setia menantikan jawapan. Amir gelisah . Dia sebenarnya berasa amat bersalah dan rimas dengan apa yang dia alami saat ini. Dia cuba menutupi semuanya . " Taklah , Im ok dont worry ok, Abang pergi 2 atau 3 minggu , I have too kalau tak I tak dapatlah sub contract tu. bukan senang nak dapat" Amir cuba mengelak Malisa menduga dengan lebih jauh lagi.

Malisa senyum. " Emm betul abang ok ?, then kenapa I tengok you lain macam je lately ni ?" Cuba dia mengorek lagi. Amir juga cuba senyum. " Taklah I oenat je  lately ni, dont worry Im ok".  Malisa masih tidak pusah hati ditanya lagi. " Are you sure , you tak simpan apa apa dari I ? , ye lah kita kan dah lama kahwin tak banyak sikit I boleh rasa. Cuma I tak tahu apa dia ." Malisa menarik nafas dalam. " Emm you ada perempuan lain ke ? jatuh cinta ?" Malisa serkap jarang. Manalah dia tahu dan apa jadinya nanti jika telahan dan gurauannya itu adalah benar belaka. Amir terkesima. " Ish! apalah tak lah! mana ada. I kan banyak kerja sebab itu je. Err you dah siap pack ke belum ni ?" Amir menukar topik. Malisa ketawa. " Oh! panik nampak, hmm something is fishy .. ha ha ha ..Malisa ketawa. " Dah ni, I dah siap dah ni." Malisa mencubit pipi anak comelnya yang leka bermain itu. " Syang anak mama, hmm kalau papa main kayu tiga kita tinggalkan papa eh sayang" Malisa berseloroh dengan anaknya itu. Suara comel manja begitu menyenangkan. Walhal siapa tahu Amir amat gementar dengan seloroh Malisa tadi. Amir bangun dari katil. " Eh abangnak kemana ni?" Malisa bertanya hairan . Baru sahaja dia ingin bermesra dengan suaminya dan anaknya. Bergurau seperti sebelumnya. " Abang nak mandi ." Ringkas jawapan Amir. Malisa hanya memerhati . Dari ekor matanya dia mula rasa tidak sedap hati. Hati wanitanya dapat merasakan yang Amir menyimpan sesuatu darinya. Tapi apakah dia ? itu yang dia tidak tahu.

[ Last edited by Mia_Sara on 1-6-2005 at 02:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2005 10:19 PM | Show all posts
aku rasa cite ni moving too fast ler.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2005 07:29 AM | Show all posts
Originally posted by JunkMail at 29-4-2005 22:19:
aku rasa cite ni moving too fast ler.



moving too fast? plot citer ni atau watak dlm citer ni? apa pun citer ni ada unsur tambahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2005 02:40 PM | Show all posts
sambungan.

Di rumah Amir.

Malisa hanya memerhatikan Amir menuju ke bilik air. Dia tidak mahu bersangka buruk akan suaminya. Dicuba pujuk hatinya agar tidak berfikir yang bukan bukan. Alia mencium anaknya Daniel berumur 1 tahun. Keletahnya sungguh menyenangkan hatinya, Daniel dan dua lagi anaknya Danish dan Dania adalah permata hati dia dan Amir. Selama ini dia memang sangat bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu. Hidupnya dirasakan lengkap sudah. Oleh itu tidak langsung terfikir dibenaknya semua bahagia ini akan berubah. Malisa cuba lagi menenangkan perasaannya. Dengan setia dia menanti Amir keluar dari bilik air.

Pintu bilik air dibuka. Amir keluar.

Amir selamba raut wajahnya. Dikesat badannya dan " Lisa, tolong abang, keringkan rambut abang ni"  Saat suaminya memanggilnya dia tahu Amir masih memerlukan dia. Kini dia yakin kembali tak mungkin Amir mempunyai wanita lain. Tapi.. ah! tidak mahu dia mengikutkan perasaannya yang tidak tentu itu. " Ok, bak sini tuala tu bang" dengan mesra Malisa mengesat rambut Amir dan mengeringkannya.  Amir senyum. Dia berseloroh " Manis isteri abang ni " Malisa terkesima. Amir sengaja memuji Malisa. Dia tidak mahu Malisa berasa curiga dengannya. Di pegang pinggang Malisa dan tubuh mereka semakin rapat.
" Abang sayang Lisa "  Malisa terasa malu. " Apa abang ni ?" Daniel adalah " bersuara manja sekali. Amir mengenyet mata. " Alaa dia pun tahumama dan papanya loving couple, bukannya dia boleh cakap pun " Amir mengucup bibir manis Malisa. Dan berlakulah episod cinta suami isteri.

Tapi apa jadahnya semua ini? Amir itu tidak bisa pikir? bagaimana dia boleh melakukannya dengan Malisa sedangkan Alia juga telah dia perlakukan perkara yang sama. Apa niatnya sebenarnya? setakat melepaskan nafsu berahi semata? Bodoh Alia juga, salah sendiri. Apa akan jadi selepas ini ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2005 11:02 AM | Show all posts
sambungan.

" Emm" Amir senyum puas. Malisa juga." Pukul berapa abang nak pergi ni ? flight pukul berapa ?"  Malisa bertanya sambil membetulkan tempat tidur. Daniel anak kecilnya kelihatan sedang tidur dikatil sebelah. Sempat dia mendodoikan Daniel tadi dan tidur pula dia. Amir mengemaskan bajunya. Jaket kulitnya diperbetulkan leher bajunya. " Lagi sekejap Fahmi akan datang ambil abang, flight abang pukul 4 nanti. Ah! mana oulak Fahmi ni tak sampai lagi pun " Amir mula gelisah. Dilihat jam di dinding sudah pukul 2.30 tengahhari. Sempat ke? takut pulak jem. Amir menelefon Fahmi. Belum sempat dia mendail bunyi hon kereta kedengaran. " Hah! tu dah sampai".

Amir mengambil bagnya. " Jom, dia memimpin Malisa, sebelum itu sempat dia mengucup dahi Daniel. Kedua duanya keluar dari bilik dan menuju ke pintu depan. Malisa mengekori suaminya.

" Abang, jalan baik baik ya, take care and dont forget me and the kids ya!" seperti amaran pula.

" Eh mestilah tak lupa, you dont worry ok, thanks ..emm just now" Amir senyum. " Love you ! take care dan jaga anak anak ok"  Malisa senyum dan
mengiayakan kata Amir. Dia mencium tangan Amir dan ucap selamat pada suaminya. Amir  dilihat keluar dari pintu. Malisa mengiringi Amir. DAri dalam kereta kelihatan Fahmi.

" Hi Lisa," sapa Fahmi. Jawab Malisa " Hi Mi, apa khabar ?" tanya Malisa.
Fahmi senyum dan keluar dari kereta. " Aku ok,je " Amir sedikit cuak mana tahu jika Fahmi terlepas kata. Amir ingin mempercepatkan keadaan. " Emm Lisa, ok abang pergi ok, jaga anak anak dan rumah ok" Malisa senyum lagi.
" Laaa abang ni macam tak biasa pulak tahulah Lisa, dah lah takut abang lambat pulak, err Fahmi kau tengok tengokkan abang Amir ni eh, jangan dia ada  makwe cina pulak kat Hongkong tu nanti !" Malisa berseloroh.

Fahmi sedikit gugup " Err eh! tahulah aku, ok Lisa aku pergi dulu , Assalamualaikum!" Malisa menjawab " Waalaikumsalam. Lambaian kasih sayangnya diberikan dia masih lagi berdiri di pagar pintu dan melihat kelibat kereta yang dinaiki Amir dan Fahmi menghilang. 'Hmm , aku nak kemana hari ni ya, tanya Malisa sendiri. Sudah lama dia tidak shoping. Ya, petang nanti Malisa ingin ke Mall. Malisa tersenyum sendiri . " Petang nanti aku pergi"

[ Last edited by Mia_Sara on 5-5-2005 at 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2005 11:11 AM | Show all posts
" Rin! Alia memanggil kawannya. Sedari tadi Rin tekun membuat kerjanya. Tiba tiba Alia muncul di depannya pula. " Hmm apa dia?" endah tak endah dia menjawab.

" Alahai kau ni, busy sangat ke ? jom teman aku pergi Mall ?" Alia mendekati Rin. Seperti tidak faham dia sengaja merengek dan merayu Rin.

Rin mula rimas dan menoleh . " Ish! kau ni ..ye lah yelah petang nanti kita pergi Mall lah .. " Rin mengalah.

Alia senyum. Dia tahu Rin pasti akan menemaninya juga nanti. " Ok, petang eh! janji tau ! " Alia berlalu meninggalkan Rin. Dia kembali ke biliknya.

Petang nanti dia dan Rin akan ke Mall.

Hmm Malisa juga ..adakah mereka akan bertemu?

[ Last edited by Mia_Sara on 5-5-2005 at 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2005 01:03 PM | Show all posts
Petang itu di Mall.

" Laaaaaaaa makcik! kau nak bawak aku pergi mana ni lagi wei!?.Penat aku dari tadi tau, after another shop and keep on another one tapi kau tak beli apa pun ?" Rin mengeluh. Dia mengah melayan Alia.

" Hmm sorrylah aku pun tak tau aku nak beli apa , emm hah! jom masuk MNG !" Alia menarik tangan Rin. Kedua duanya bagaikan belangkas.

Walau Rin penat tapi dia tidak pernah menghampakan Alia. Saat dia dengar MNG. Terus bersemangat hatinya. MNG sudah tentu kesukaannya. Kedua duanya riang berjalan. Pada Alia pula, inilah hanya jalan untuknya untuk melupakan resahnya.

Hari ini dia tahu Amir akan berangkat ke Hongkong, tak langsung Amir menelefon. Flight pukul berapa pun dia tidak tahu. Jaki juga hatinya. Untuk melupakan rasa sedihnya sengaja dia memaksa Rin , sahabat karibnya mengikutnya.

Tiba di MNG kedua duanya terus membelek belek baju yang ada. Kedua anak dara ini sememangnya amat gemar berfesyen. Untuk Alia dia lebih suka membeli bag tangan. Tapi kali ini dia ingin membeli selai dua helai baju itu pun jika ada yag berkenan. Tiba tiba Alia terlanggar seorang wanita awal tiga puluhan. Hatinya berbisik. Wanginya.. " Sorry" Alia berkata. Dia terlanggar bahu Malisa. Terjatuh sehelai scarf yang dipegang Malisa. " Ah! its ok, I yang salah, tak nampaklah , ni lah excited sangat tengok baju yang cantik ni !" Malisa berseloroh. Dia cuba mengambil scarf yang terjatuh tadi. Alia juga senyum. Ramah bisik hatinya. Dia cepat cepat mengambil scarf itu dan dihulurkan pada Malisa. " Sorry again, nice scarf , hmm biasalah kan, kita ni bila tengok baju cantik terus excited!" Alia berseloroh juga sambil menghulurkan scarf tadi. . Kedua duanya ketawa. " Err thanks,  I Malisa" Alia gumam " Oh ya, Hi  I Alia,  Emm ok,  " Malisa menajwab. " Yeah , ok Cik Alia thanks ya" Kedua duanya beredar.

Jika kedua duanya tahu mereka berkongsi lelaki yang sama pasti tidak semanis mana tutur kata mereka. Six sense tidak langsung ada ke ? hmmm

Rin menepuk bahu Alia. " Oit! kenapa tu ?" Alia menjawab selamba. " Aku terlanggar dia tadi, cantikkan dia?" tanya Alia sambil kembali membelek baju didepannya. " Hmm cantik, alaa mesti dah kawin dah tu , ah! Jomlah aku nak beli dress ni lah cantik tak?" Rin pula yang beria ia ingin membeli. Alia terhibur dengan kerenah Rin. " Cantik, kau pakai apa pun cantik, beli je lah kalau suka " Jawab Alia. " Err tapi aku tak tau nak beli apa lah Rin " Rin menoleh kepada Alia, " Hmm tak nak beli sudah jom cepat lepas ni kita pergi makan, aku lapar ..ah! cepatlah kau ni leceh betullah !" Rin membebel.

Alia hanya mengenyit mata. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang harus dia beli. Lebih suka melihat kerenah Rin. Terhibur juga hatinya. Sedang sibuk itu pun akalnya amsih lagi menerawang teringatkan Amir. Hatinya tertanya. " Pasti muda dan secantik wanita tadi isteri Amir. Kalau ya, dan dia ? ah! apa kurangnya aku ini. Alia menyedapkan hatinya.  

Dia mengekori Rin yang telah sedia untuk membayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2005 04:16 PM | Show all posts
" ok let's go and eat!" kata Rin setelah selesai membayar. Habis RM250 dibelanjakan dalam sekelip mata. Hati Rin puas. Sementara Alia tidak langsung membeli apa apa. Walhal dia yang mengajak Rin shopping.

Kedua dua mereka menuju ke Mc Donald di hadapan MNG. Mall ini memang lengkap. Semuanya ada. Alia menuju ke kaunter sementara Rin mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan cermin kaca. Dari dalam dapat dia lihat kelibat kelibat manusia mundar mandir di dalam shopiing kompleks itu. Alia seperti biasa tahu akan kesukaan Rin.

Tiba giliran Alia membuat pesanan.

" Ya, miss your order please"

" Hmm ya, give me two sets of Cheese Burger , big one ya, we all lapar ni, then emm two sundae's ice cream , strawberry ye..and that's all "

" Ok, I repeat mis , two sets of Double cheese burger, big. and two sundae's ice cream, strawberry"

Pesanan diambil. Petah lelaki itu mengambil order. Mungkin sudah terlalu biasa.Bayangkan dalam satu hari beratus ratus pelanggan yang datang membuat pesanan.

" Yup! thank you"

Alia menanti pesanannya disediakan. Dia tidak perasan bahawa disebelahnya adalah Malisa dan seorang wanita yang juga bersama mendokong anak comel. Daniel.

" Eh! Cik Alia" Malisa menegur.

Alia menoleh.

" Cik Malisa" Alia menjawab sapaan Malisa. Terkejut juga dia terserempak pula dengan wanita yang dikatanya cantik tadi.Alia nampak akan anak comel itu.

" Anak you ke ?" Alia bertanya. Disambung lagi katanya. " Amboi comelnya" dicubit lembut pipi Daniel.

Malisa ketawa. " Ya, my third child. almost 2 years old. Daniel."

"Really ??? gosh! you have three children? yet you look so young !" Alia kagum.

" By the way, terjumpa lagi kita ya,emm nampaknya nak jadi kawan barulah ni" Alia ceria berbual dengan Malisa yang dianggapnya baik dan ramah itu.

Malisa ketawa. " ha ha ha ye lah nak jadi kawanlah kita ni tak ye, eh, your order tu"

Alia kelam kabut mengeluarkan wang dari handbangnya. Seperti sudah lama mengenali Malisa.

" Thank You" Alia mengangkat dulang penuh dengan pesanan tadi. Sebelum berlalu.

" Eh, Why dont you join us kat sana tu " sambil memuncungkan mulutnya menunjukkan arah Rin yang tidak sabar menunggu pesanan tiba, Dari jauh kelihatan Rin melambai tangan. Alia senyum.

" Ha see my fren tu she's cool ramah ..join us kat sana tau! I tunggu you go ehad orderlah ..err ni siapa?" Alia bertanya akan wanita yang mendukung Daniel. Malisa menjawab " My maid, yelah you know ada anak kecil ni susah kalau I sorang je" Alia mengangguk faham.

" Emm ok, I ajak dia duduk dulu ok" tanpa menunggu jawapan. Alia dengan mesra mengajak bibik Umairah duduk bersamanya. Dia suka benar melihat wajah comel Daniel itu.  Bibik mengekori Alia. Dan Malisa pula dengan senang hati menerima ajakan Alia.

Di tempat duduk.

Rin menyambut dulang  di tangan Alia. " Eh sapa ni Lia?" Rin bertanya hairan.

" Alaa wanita cantik kat MNG tadi, ni maid dia..kau tengok anak dia cute kan?" Alia ingin sahaja dia mengambil Daniel dan duduk dipangkuannya. Iras wajah Daniel sangat comel. Putih seperti ibunya. Rambutnya ikal. Sama seperti Amir. Berdetik pula hati Alia.

"Where is the mother ?" tanya Rin sibuk dia mengambil burgernya.

" Ada tu tengah order" Alia bermain dengan Daniel. Dia ingin mendokong Daniel. " Bik, boleh saya pegang Daniel?" tanya Alia lembut. Dekat dia duduk disebelah bibik.

" Iya boleh jika dia mahu neng" Alia senyum.

"Ah pasti mau kan Daniel, meh kat untu meh " Alia menghulurkan tangan. Nasib Daniel tidak menangis. Moodnya juga sangat baik. Keletah suaranya ketawa. Bising mulutnya sedang tangan comelnya memegang permainannya.

" Emm... bestnya..geramnya aku" Alia berkata. " Bilalah aku nak ada anak sendiri eh Rin"

Malisa menghampiri.

" Eh anak mama nak ngan unty ya?" Malisa mesra.

" Duduklah Malisa. Err I hope you dont mind, I memang suka sangat dengan budak comel ni, nak nak yang macam Daniel ni cute"

Malisa duduk. " You belum kawin kan ? hah cepat cepatlah kawin dapat anak" Malisa senyum mesra.

Alia juga senyum. " Eh ni kawan I, Airin, I panggil dia Rin je"

Malisa menghulurkan tangan " Malisa" Rin juga.

" Eh jom makan " pelawa Rin.

Keempat empat mereka makan dengan gembira. Dari pertemuan pertama Alia berasa amat serasi dengan Malisa. Perwatakkan yang lembut ramah dan cantik amat menyenangkan hatinya. Apatah lagi Daniel anak comel. Dia sangat suka.

Malisa dan Alia selepas ini pasti akan menjadi kawan baik. Ah! mampuslah engkau Amir jika kedua duanya tahu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

[ Last edited by Mia_Sara on 5-5-2005 at 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 12:53 PM | Show all posts
citer yg besh..tak sabar nak tunggu ending..:ah:
Reply

Use magic Report

alamanda_alif This user has been deleted
Post time 9-5-2005 10:32 AM | Show all posts
a good intro..:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2005 10:06 AM | Show all posts
Seminggu berlalu.

Selepas pertemuannya dengan Malisa minggu lepas. Dia dan Malisa semakin mesra. Malah kebelakangan ini sudah 3 kali dia menelefon Malisa. Topik perbualan sering sahaja menarik perhatiannya. Padanya Malisa ini sangat baik. Mungkin dirinya yang tidak mempuyai kakak dan perwatakkannya yang agak manja membuatkan dia berasa selesa bersama Malisa. Apatah lagi ,Malisa punyai anak kecil yang sangat comel. Setidak tidaknya dengan adanya kawan barunya ini. Jika dia bosan dan sedih mengenangkan Amir boleh juga dia menghiburkan hatinya dengan keletah Daniel. Tapi siapa tahu Malisa itu adalah isteri Amir. Apa akan jadi rahsia ini terbongkar? Bermadukah mereka? Atau mungkin perang ketiga akan tercetus tidak siapa yang tahu hanya keadaan yang menentukannya.

Di pejabat, Alia sibuk dengan kerjanya. Adakalanya ingin sahaja dia meninggalkan semuanya dan membawa diri jauh dari semua kesibukan ini. Namun bila difikir dia masih ounya tanggungjwab ayah dan mak di kampung harus dijaga siapa pula hendak menaggung kedua ibu bapanya jika bukan dia. Terdetik hatinya akan ibu di kampung. Alia mencapai gagang telefeon., nombor di dail.

Kring! Kring! .. deringan telefon memecah susana sepi di rumah Mak Lijah. Terkedek kedek orang tua itu berlari saat mendengarkan deringan telefon. Saban waktu ketika ini apa lagi yang dibuatnya kalau tidak di halaman belakang rumah melayan bunga bunganya itu. Sangat taksub Mak Lijah ini dengan bunga bunga . Sama seperti dia sayangkan anak tunggalnya Alia. Di angkat telefon.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063255 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list