|
Reply #55 Syd's post
cikgu patut jentik mak bapak tuh! |
|
|
|
|
|
|
|
nanti saman...
paling kurang
250K
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk edisi siasat last sunday? about remaja sambut merdeka? i just wonder, mak bapak diorg buat apa ye? mak bapak asyik 'nganga' (style wan kamarudin) budak2 tu semua sekolah lagi, kenapa bagi diorg keluar mlm? tak de curefew ke? I dulu masa uni days baru boleh keluar balik mlm.. . tu pun dah kena marah baik punya.. masa sekolah must be home by 6pm. My brother pun tak boleh keluar mlm sampai la dia keje..
mak bapak skrg tak kisah ke anak balik rumah pukul bpa? anak pegi mana? apa yg diorg buat sampai tak tahu anak pegi mana?
Yg mat rempit lain pulak cerita.. i don't understand why parents kasi anak2 pakai motor or beli motor for them. Kalau rasa anak tu minat sgt jadi superman atas motor, suruh la dia keja jadi stuntman. Pi la cari keje kat hong Kong ke, US ke.. utg2 boleh berlakon sekali dgn Jet Li ke, Steven Segal ke.. hehehe..
Masa tgk edisi siasat tu, rasa mcm nak penampar je budak2 tuh.. i wonder, mak pak skrg tak reti penampar anak2 ke kalau dah kurang ajar camtu.
Dulu ada public caning, dah dimansuhkan.. budak2 dulu yg kena public caning la skrg jadi org.
Dulu i pernah tampar my student sbb kurang ajar tunjuk middle finger kat i, lepas kena tampar, & report, dia kena suspend, a week after that his uncle & mother came after me.. maki2.. marah.. nak report polis..call lawyer.. bla ..bla.. bla.. bila i cite kat my mom,.. my mom ckp, apsal i tak ajak si uncle tu pi balai polis , nak report sgt, report laaa!! |
|
|
|
|
|
|
|
itulah mak bapak generasi sekarang
ntah setan mana yang brainwash minda dorang, konon2 versi protected laaaa...ikut undang2 laaaa...
tu pasal laaa anak dorang pun perangai mcm dorang pungg
kekadang kita ckp mcm tuh kat orang tua, orang cop kita kurang ajar
abis...dah orang2 tua pun takde manners, kurang ajar..
betul lah apa yang kita label dorang tuh...
budak2 zaman skrg panggil SENGAL |
|
|
|
|
|
|
|
Ufuk Minda: Asuhan, kasih sayang bentuk peribadi anak
SEORANG bayi yang baru lahir akan mencetuskan tangisan dan pekikan membayangkan dia baru bebas dari alam kandungan ke alam nyata. Dia baru memerdeka diri dari alam rahim serba unik ke alam dunia serba mencabar.
Alam rahim yang penuh dengan ketakjuban mengenai rahsia kejadian Allah, bertolak dari alam nutfah ke alam roh ditiupkan sehingga terbentuk menjadi insan yang bakal lahir ke dunia untuk menerima rahmat dan nikmat Allah di samping menghadapi ujian dan cabaran yang amat banyak.
Dia bakal dididik dan diasuh ibu dan ayahnya untuk menjadi manusia yang ada erti dan harga diri.
Dia perlu memiliki kemerdekaan diri supaya apabila dewasa nanti, mampu berdikari dan menyumbang ke arah kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kemampuan ini berasaskan corak didikan diterima, ilmu yang diperoleh, kasih sayang dan belaian yang disuburkan kerana kehidupan itu sendiri memerlukan persiapan minda, hati dan ketangkasan jasmani. Tanpa asas ini dibimbangi anak tidak akan memiliki kemerdekaan diri, sebaliknya dia dibentuk jalan berfikirnya, jalur budayanya, resam pekertinya dengan acuan dari orang lain.
Mungkin ada faedah berbanding daripada orang lain yang boleh dipelajari tetapi kemerdekaan diri memerlukan acuan sendiri disuburkan supaya umat Islam tidak terbelenggu dengan acuan orang lain yang selalunya tidak serasi dengan fitrah Islam.
Apakah sebenarnya dalam hidup seorang anak, dia menerima haknya untuk merdeka dengan ilmu, asuhan, harga diri dan keyakinan tidak saja terhadap diri, diri dan Pencipta dan diri dengan manusia lain dan juga diri dan negara.
Ibu bapa yang amanah berasakan anak sebelum melepasi tempoh akil baligh perlu disuburkan dengan kasih-sayang, belaian, teladan yang baik, didikan berkualiti, komunikasi yang mesra dan mendidik mereka membesar dalam suasana yang fitrah dan mempunyai asas persiapan untuk menghadapi hidup yang tidak saja amat mencabar dari sudut ilmu dan pemikiran, emosi dan nafsu tetapi juga mencabar dalam persaingan dan perlumbaan.
Bagi melahirkan generasi yang tidak tewas dalam menghadapi cabaran anak ini harus dibentuk dengan peribadi 慽kan di laut masin |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar disyaki racun dua rakan
PORT DICKSON: Dua pelajar sebuah sekolah menengah di Linggi dekat sini, pengsan selepas makan nasi goreng disyaki mengandungi racun tikus, dipercayai diberi seorang rakan sekelas mereka berserta nota memohon maaf, semalam.
Mangsa, Mohd Fikri Roslin dan Mohd Khalifah Ramli, kedua-duanya 16 tahun, dikatakan menyangka nasi goreng itu diberi sebagai tanda berdamai selepas berlaku satu pertengkaran dengan pelajar terbabit, minggu lalu.
Bagaimanapun, mangsa muntah serta pengsan setengah jam selepas memakan nasi goreng itu. Kedua-duanya kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), tetapi dilaporkan dalam keadaan stabil.
Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar lelaki sekolah berkenaan untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mazlan Othman, berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan perubatan kedua-dua mangsa.
"Kita juga minta bantuan pengurusan sekolah untuk meneliti rekod disiplin ketiga-tiga pelajar berkenaan, termasuk memanggil ibu bapa mereka bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Datuk Dr Rosnah Ismail, pula berkata ketika dibawa ke hospital, Mohd Khalifah mengalami muntah dan sakit perut selepas makan nasi goreng.
Katanya, seorang guru sekolah berkenaan yang melawat pelajar terbabit di hospital, memaklumkan nasi goreng itu dipercayai mengandungi racun tikus.
"Kita sudah mengambil contoh makanan untuk ujian. Kedua-dua pelajar itu dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian," katanya.
Sementara itu, Mohd Fikri berkata, dia menemui nota memohon maaf itu yang diletakkan di atas meja serta sebungkus nasi goreng dalam laci meja berkenaan, sebelum waktu rehat, kira-kira jam 10.25 pagi.
"Ketika waktu rehat, saya dan Mohd Khalifah pun makan nasi goreng itu, tetapi kira-kira setengah jam kemudian saya rasa tidak sedap badan dan terus pengsan," katanya.
Mohd Khalifah bagaimanapun tidak dapat ditemubual kerana dilaporkan masih lemah.
Semakin maju anak2 zaman skrg kan? ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 22-9-2006 10:06 AM
Pelajar disyaki racun dua rakan
PORT DICKSON: Dua pelajar sebuah sekolah menengah di Linggi dekat sini, pengsan selepas makan nasi goreng disyaki mengandungi racun tikus, dipercayai diberi seora ...
ini semua tak lain tak bukan pengaruh cerita-cerita kat wayang dan tv lah ni. Kita selalu kata "tak pe..kita tengok untuk hiburan saja...apa salahnya." Tapi semua orang pemikiran macam kita ke? Tambah budak-budak yang akal masih pendek...apa yang diorang tahu? Jangan ingat bila kita tengok kita tak terpengaruh, budak-budak pun macam tu jugak. Silap tu..Bila dah jadi baru nak tuding jari sana sini tak guna jugak.
Entahlah...letih.:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang ckp, kenapa salahkan pihak lain?
salahkan budak tuh laa
16 tahun, dah besar panjang
dah boleh pikir
after all, dia buat salah dlm umo mcm nih
mak bapak jugak yang kena berjawab
jamin sana sini
susah sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 KakFie's post
bila ckp about hiburan di tv,.. perasan tak AStro ada new channel, 64. My 6 yrs old daughter suka tgk Chiquititas yg dialih suara tu. I told her i don't like her to watch cite alih suara because they sound so stupid, tapi i thought biarlah, dia mungkin suka tgk cite about budak2 tu.. then when one day i watched the show with them, i tgk the older children tu bopren gilpren yg bercinta & gaduh, then she said sthing like, "saya tak boleh hidup tanpa dia" aiyoo.. horror nya! terus i ban dia fm watching that show. then bila i tgk lagi cite tu, derang konon2 teringat la time diorg bercinta swimming together, hugging, kissing.. alammaakkk..bad influence for young children. How can Astro show that 'telenovela' dlm channel budak2? bad! .. bad!!
my daughter plak skrg ni pandai plak jadi drama queen! i suspect influenced by the telenovela! bila i marah dia merajuk masuk bilik, nangis sorang2.. & ckp "semua org tak sayang saya lagi.... huaaaahhhh...!"
nak tergalak pun ada... tapi horror pun ada jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 Syd's post
kalau i jadi parents victim, i sumbat budak jahat tu dgn 'tikus panggang'! ambik kau! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muslyn at 22-9-2006 11:01 AM
bila ckp about hiburan di tv,.. perasan tak AStro ada new channel, 64. My 6 yrs old daughter suka tgk Chiquititas yg dialih suara tu. I told her i don't like her to watch cite alih suara because th ...
KAH..KAH..KAH...tragis sungguh skrip dia muslyn.
I pun tak berkenan jugak kartun alih bahasa ni...the translation is lousy la. Kartun kat channel 64 tu yang I rasa contentnya ok, I suruh diorang tukar ke English audio instead of Malay. Bukannya I anti bahasa melayu, karang jadi kes sharifah amani pulak, tapi alih bahasa tu terok sangat, Might as well watch yang original english version. Kalau kartun yang memang asalnya bahasa Melayu macam KACANG kat TV1 tu tak kisah sangatlah... |
|
|
|
|
|
|
|
the problem is, none of us understand Spanish! either alih suara BM or spanish |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..
saya tak pasti saya nih penting diri ke apa
kalau budak2 kat umah tuh
mcm lost, ke apa ker
saya selalu ckp
itulah..tgk citer melayu banyak2 lagi
tu yang tak fokus tuh
tersilap tafsir ke saya?
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar khalwat
Oleh Mohd Amin Jalil
[email protected]
SEREMBAN: Tindakan sepasang kekasih yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, ponteng sekolah semata-mata mahu memadu kasih tidak kesampaian apabila mereka dicekup anggota Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), pagi kelmarin.
Remaja berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kira-kira jam 10 pagi kelmarin ketika berdua-duaan dalam sebuah rumah teres tiga tingkat milik keluarga pelajar perempuan itu di Seremban 2, dekat sini.
Ketua Unit Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Khusaini, berkata operasi hasil maklumat orang ramai itu bermula kira-kira jam 9 pagi kelmarin dan disertai lima anggota penguat kuasa.
Menurutnya, ketika sampai ke lokasi, pintu utama rumah itu tertutup rapat dan tidak dibuka walaupun diketuk berkali-kali.
Beliau berkata, selepas kira-kira 15 minit, seorang remaja perempuan membuka pintu berkenaan.
揚elajar perempuan itu yang berpakaian baju kurung kelihatan terkejut selepas anggota penguat kuasa memperkenalkan diri. Bagaimanapun, ketika itu, pasangannya tidak kelihatan di ruang utama rumah.
揝elepas disiasat, pelajar lelaki berkenaan didapati cuba menyorok di atas loteng rumah dan ketika itu dia hanya memakai seluar pendek tanpa baju.
揌asil siasatan mendapati pakaian seragam sekolah pelajar lelaki itu berada dalam beg sekolahnya, |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah ada thread ni syd. Rajin-rajinlah tepek tentang masalah bebudak kat negara kita. Kadang-kadang kita ingat semua ok saja...anak-anak kita tak ada masalah tapi hakikatnya kat luar sana macam-macam ada yang boleh pengaruh anak-anak. Reality bites. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh gak kita belajar
apa lagi kemahiran2 budak2 skrg nih
berbanding kita zaman dedulu
makin canggih dunia
makin canggih dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Disiplin pelajar mula di rumah
Oleh Yusri Abdul Malek
[email protected]
SEMAKIN banyak diperkatakan mengenai disiplin pelajar, semakin banyak kes baru membabitkan salah laku disiplin timbul. Ada yang bergaduh sesama sendiri, ponteng, mengugut guru, merokok dan pelbagai salah laku lain berlaku hampir setiap hari hingga memeningkan semua pihak terutama pengetua, guru disiplin dan ibu bapa.
Tambahan pula dengan peraturan baru, merotan tidak lagi dibenarkan. Mungkin jika merotan dibenarkan, sebahagian masalah ini dapat diselesaikan. Walaupun menyakitkan atau memalukan, ia lebih baik kerana kesakitan yang dirasakan akan tertanam dalam jiwa pelajar yang melakukan kesalahan untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan.
Pada masa sama, pelajar lain tidak berani meniru atau melakukan kesalahan disiplin kerana mereka tahu hukuman yang dikenakan.
Tetapi, Kementerian Pelajaran melihat kaedah itu tidak lagi sesuai kerana ia akan menyebabkan pelajar yang dirotan berasa rendah diri, menyendiri atau bertindak lebih agresif.
Apa yang paling menakutkan ialah tindak balas ibu bapa yang boleh menyaman guru dan sekolah jika menganggap tindakan merotan anak mereka didapati menyalahi peraturan sekolah.
Itu semua andaian dan ia akan terus menjadi andaian tanpa melakukan kajian menyeluruh.
Sepatutnya, kementerian membuat kajian terperinci dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama pakar pendidikan remaja, psikologi, pengetua dan guru disiplin serta menemubual pelajar bermasalah yang pernah dihukum rotan.
Jadi apakah kaedah terbaik untuk mendisiplinkan pelajar kita? Adakah dengan memberi mereka kaunseling atau ada kaedah lain.
Semua sekolah sudah ada guru kaunseling tetapi salah laku disiplin pelajar masih ditakuk lama.
Ini menunjukkan kaedah kaunseling juga sedikit sebanyak gagal. Mungkin ada yang berjaya tetapi kadar kejayaan tidak seimbang dengan yang gagal diberi kaunseling.
Biasanya apabila berbicara mengenai disiplin pelajar, kita akan membezakan pelajar pada tahun 1960-an, 1970-an dengan pelajar zaman sekarang.
Pada zaman itu, guru dihormati dan rotan adalah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi.
Kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan sudah lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin.
Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah.
Terbaru, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka dibelasah tiga rakan seasrama. Lanjutannya, mangsa, Faizal Che Man, lebam mata dan seluruh badan.
Dalam kes Faizal, semua pelajar terbabit termasuk Faizal dibuang sekolah sebagai tindakan drastik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar sendiri terpaksa turun padang dan berjumpa semua pihak terbabit dalam kes itu.
Malah, beliau mengakui Kementerian Pelajaran memandang serius kes itu kerana ia membabitkan salah laku pelajar yang bergaduh sesama sendiri dan yang paling dipandang kerana mendapat liputan akhbar.
Noh yang pernah menjadi guru, tentu tahu betapa sukar untuk mendisiplinkan pelajar terutama jika sesebuah sekolah itu dikategorikan sebagai sekolah bermasalah.
揔ementerian mahu semua masalah disiplin pelajar diselesaikan di peringkat sekolah. Ibu bapa pelajar yang terbabit akan dipanggil bagi memaklumkan kesalahan dilakukan anak mereka dan pada masa sama dinyatakan tindakan yang akan diambil oleh sekolah.
揚embabitan ibu bapa di sekolah perlu dibuat secara menyeluruh, |
|
|
|
|
|
|
| |
|