|
Berkenaan Berkhatan. (merged: toaster, jurai77)
[Copy link]
|
|
Salam mardhiah
There was a lot of informations in your posting. I had to read it carefully as it was lengthy.
Saya andaikan posting tersebut sdri petik dari sebuah laman web 'Islamic' (betulkan kalu saya tersilap) therefore I would like to highlight some observations.
Originally posted by mardhiah12 at 29-5-2006 11:30 AM
Concerning male circumcision, Imam Abu Hanifah and Imam Malik maintain that it is considered a confirmed sunnah, whereas Imam Shafi`i and Ahmad ibn Hanbal see that it is mandatory (wajib).
This means that male circumcision is an important ritual in Islam. Consequently, if a whole community of Muslims agreed to give up this ritual, the ruler of the Muslims would have to fight them for this, the same as if a community collectively abandoned calling to Prayer (Adhan).
From the medical point of view, circumcision has many benefits for man抯 health and personal hygiene.
First, .....
Second, .....
Third, ....
Fourth, ....
Fifth, ..
The medical benefits of male circumcision prove the wisdom of Islam in emphasizing the importance of this practice.
Saya rasa sedikit disappointed kerana hujah2 di atas banyak memetik 'medical point of view'.
The so called 'medical point of view' sebenarnya tidak statik. The medical fraternity boleh menilai semula dan menukar pandangan mereka mengikut situasi semasa.
Note that numerous medical societies have since revised their view on the practice. I would not repeat them here as some forumners could find them offensive.
kalau perlu, boleh rujuk :
http://www.circumcision.org/position.htm
[quote]
The latter group cites as evidence for their opinion the Qur抋nic verse: ( And afterward We revealed to you (Muhammad, saying): Follow the religion of Abraham, as one by nature upright. He was not of the idolaters ) (An-Nahl 16: 123).
It was authentically reported that Prophet Abraham circumcised himself after he had passed the age of eighty years.
This evidence can be argued against as follows:
Following 搕he religion of Abraham |
|
|
|
|
|
|
|
assalamu`alaikum
normala, kejap ye saya bagi link dia. semalam nak copy, tak boleh pula sebab terlampau lengthy. saya harap normala boleh rujuk di sana, sebabnya posting di situ, siap ada related articles berkaitan.
mungkin normala belum tahu kut, yusuf qardhawi ni, org yg terkenal dalam bab mengeluarkan fatwa dan merupakan seorang ulama
:dia: http://www.islamonline.net/servl ... p;cid=1119503548446
normala, boleh surf di bhg fatwa bank. bukan setakat circumcision dari segi medical view shj, malahan ada tajuk lain berkaitan circumcision. hanya klik di fatwa bank, masuk page advanced search dan type circumcision. harapnya ini membantu.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi is the head of the European Council for Fatwa and Research (ECFR), and the president of the International Association of Muslim Scholars (IAMS).
More About Sheikh Al-Qaradawi:
Sheikh Al-Qaradawi was born in Egypt in 1926. He learned the Qur抋n by heart when he was less than 10 years. He joined Al-Azhar Institutes for his primary and secondary stages. Then he joined the Faculty of Theology and got the `Aliyya certificate (equivalent to BA degree at present) in 1952-53. He got also the 'Ijaza of teaching from the Faculty of Arabic Language in 1954.
In 1960 he obtained the High Preliminary Study which is equivalent to MA degree from the department of the Sciences of Qur抋n and Hadith at the Faculty of Theology. In 1973 he got the PhD. degree with his dissertation about Az-Zakah wa-Atharuha fi Hall al-Mushkilat al-Ijtima`iyya (Zakah and its Influence in the Solution of Social Problems.)
He worked as a khatib, teacher, and writer at Al-Awqaf and Al-Azhar. He has published over 100 books dealing with various aspects of Islamic life, literature and poetry. His best known books include: The Lawful and the Prohibited in Islam, Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase.
Many scholars consider him to be a mujtahid of the Modern Age. He has been active in the field of da`wah and the Islamic Movement for more than half a century.
:dia: http://www.islamonline.net/servl ... E%2FFatwaCounselorE |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mardhiah12 at 30-5-2006 12:45 PM
mungkin normala belum tahu kut, yusuf qardhawi ni, org yg terkenal dalam bab mengeluarkan fatwa dan merupakan seorang ulama...
Thanks mardhiah. You're right there. Banyak yang tidak saya ketahui tentang ulamak besar ini. In fact terlalu sedikit yang kita ketahui tentang Rasulullah sendiri, ya tak ?
Just like to record another observation on your earlier post #57. The 'cut-n-paste' version almost appeared like the piece was written by the ulamak himself if not for the sentence
Shedding more light on the issue, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states:
It dawned on me then that the piece was actually written by somebody else quoting the ulamak. Is he/she a medical doctor then :hmm:
The link certainly helped.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Berkhatan tiada kena mengena dengan `ad-deen' (Islam). Di Afrika, penganut Muslim, Kristian dan animis berkhatan menyerupai antara satu sama lain. Tidak pernah wujud di dalam agenda mana-mana Nabi Allah untuk memperkenalkan "corrective surgery" kepada umat manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamu`alaikum normala.
itu saya kurang pasti pula. mungkin agaknya rujukan di sana dan sini. malahan byk fatwa di dlm fatwa bank tu usually refers to two and three ulama', just to shed some lights into the matter. saya mmg refer di situ, rasanya sangat2 berguna website ni :
:dia: Islam Online
ada website indonesia mengenai fatwa dikeluarkan Yusuf Qardhawi: :dia: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html
kalau bahasa arab : :dia: http://www.qaradawi.net
saya sangat suka buku dia terutamanya Fatwa Masa Kini yang berjilid-jilid tu
berikut ada tulisan daripada Ustaz Zaharudin di website al-ahkam utk rujukan kita bersama
Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman,
M.A (Jayyid Jiddan), Univ Al-Yarmouk, Jordan
Email : [email protected]
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dengan amanahnya dan pujian buat ahli Bayt Nabi SAW yang suci dan mulia serta para sahabat baginda SAW yang terpilih dan diredhai Allah juga para pejuang Islam yang menuruti jejak langkah Rasul SAW.
Penulisan ini akan memfokuskan pengenalan ringkas tentang ulama dunia Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal di sekitar 50 an keatas ( kurun ke 19-20) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualakium
Sebelum ni ada yang bertanya hadith-hadith berkenaan berkhatan, jadi saya jumpa di sini.
Narrated by Abu Hurairah (RA) who said: Allah抯 Messenger (SAW) said:
"The Fitrah (natural way) is five: circumcision, shaving the private parts, trimming the mustache, clipping the nails and plucking hair from the armpits." (Al-Bukhari and Muslim)
The prophet (s.A.w.) said: "The Prophet Ibrahim circumcised himself when he was eighty years old and he circumcised himself with an adze." (Related by Bukhari, Muslim & Ahmad.)
Allah berfirman di dalam Al-Quran:
"Then, We have inspired you (O Muhammad (SAW) saying): "Follow the religion of Abraham (AS) Hanifan (Islamic Monotheism to worship none but Allah) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berkhatan bleh mencegah penyakit gak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kpd kebersihan bagi aku. |
|
|
|
|
|
|
|
lbh kurg lah..kebersihan kot aku dah x igt dah....tp adebaik gak khatan nie |
|
|
|
|
|
|
|
Khatan wanita & lelaki
Saya sokong khatan lelaki. Ya. Ianya memang untuk kebersihan. Cam cukur bulu ketiak la. Bezanya yang ni tumbuh balik, yang tu tidak. Kalau ada klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan "khatan bulu ketiak" saya pun nak cuba! Tapi kalau khatan untuk merosakkan fungsi anggota seks, saya tak boleh terima sama sekali.
Mengikut kesimpulan kajian saya... Khatan perempuan walau apa cara sekalipun dilakukan, ia hanya bertujuan untuk melemahkan anggota seks wanita ataupun melumpuhkan clitoris. Ini bertujuan untuk mangawal nafsu perempuan tersebut serta menghalangnya daripada onani (kononnya nafsu perempuan kuat dan akan jadi tak terkawal kalau tidak dikhatankan). Walaupun banyak lagi tujuan lain yang diperkatakan, namun ada yang tak masuk akal (misalnya menjadikan wajah lebih berseri), ada yang tak logik (misalnya untuk menjaga kebersihan anggota seks), ada juga yang stail "berkorban kerana agama," Padahal khatan wanita bukan merupakan ajaran Islam kalau dikaji dengan teliti. Tiada pahala melakukanya dan tiada dosa meninggalkannya. Alasan yang paling logik ialah yang saya sebut tadi. Sekarang kita bincang alasan tadi.
Mencacatkan anggota seks wanita untuk mengontrol mereka adalah sesuatu yang tak masuk akal. Adakah patut anda mencacatkan lidah seseorang untuk mengelakkannya berbohong? Tentu sekali sebagai seorang yang bertamadun anda tidak boleh menerimanya. Hawa nafsu berasal daripada otak, bukannya anggota seks itu sendiri. Patutnya otak tu sendirilah yang 'dikhatankan.'
Tapi kalau mengkhatankan beliau untuk mengelakkannya daripada onani, hukum onani tu sendiri ulama ada macam-macam pendapat. Ada yang kata haram, ada yang kata harus, ada yang kata makruh. Kecuali untuk mereka yang mengatakannya haram, tiada sebab untuk mengorbankan atau melumpuhkan 'anggota penting' perempuan untuk mengelakkan mereka melakukan sesuatu yang makruh atau harus. Jika anda mengatakannya haram, anak gadis anda belum tentu sependapat dengan anda.
Hukum onani? Klik sini sementara llink masih aktif:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2
Jadi untuk awek-awek yang masih belum dikhatankan lagi, fikirkannya baik-baik sebelum melakukannya atau membenarkan orang lain melakukannya. Yang paling penting ianya bukan suruhan agama Islam dan anda akan "kehilangan" fungsi clitoris anda selama-lamanya. Ia hanya akan jadi sekadar perhiasan semata-mata. Tiada kegunaan apa-apa. Ibarat orang lelaki yang penisnya kudung sekerat.
Zaman sekarang isu khatan wanita telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menghentam agama. Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih penting kita memelihara agama daripada fitnah dan menjaga hak-hak wanita itu sendiri daripada melakukan sesuatu yang tidak disuruh oleh agama. Sapa kata khatan wanita sunnah?
Lagi satu jangan khatankan anak anda ketika masih bayi. Mereka tak guna ubat bius! Anda akan trauma melihatnya jika bayi itu ialah anak anda!
Kesimpulan: Khatan lelaki=OK
Khatan wanita=KO |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla:
Padahal khatan wanita bukan merupakan ajaran Islam kalau dikaji dengan teliti. Tiada pahala melakukanya dan tiada dosa meninggalkannya. Alasan yang paling logik ialah yang saya sebut tadi. Sekarang kita bincang alasan tadi.
Adakah alasan yang awak sebut di atas hasil usaha pemikiran awak berlandaskan quran dan hadith?
nak tanya pendapat awak mengenai hadith yang saya sebut sebelum ini dan saya paste sekali lagi di sini:
Narrated by Abu Hurairah (RA) who said: Allah抯 Messenger (SAW) said:
"The Fitrah (natural way) is five: circumcision, shaving the private parts, trimming the mustache, clipping the nails and plucking hair from the armpits." (Al-Bukhari and Muslim)
Khatan di kalangan wanita:
"When two circumcised parts unite then bathing becomes obligatory." (Sahih, Reported by Ahmad and Al-Baihaqee)
tetapi tidak melampau:
"When you circumcise then do not cut severely, since that is better for her and more pleasing to the husband." (Reported by Abu Dawud and Al-Baihaqee and declared Hasan by Shaikh Al-Albani)
two circumcised parts tu tentu merujuk kepada alat kelamin lelaki dan wanita betul tak? takkan sama jantina yer. |
|
|
|
|
|
|
|
tik.. tik.. tik.. tik.. KEBABOO!!!
Saya tidak pertikaikan khatan lelaki, saya cuma mempertikaikan khatan wanita. Keep that in mind. Always.
Anda mengkritik saya kerana menyatakan bahawa khatan wanita bukan sunnah atau ajaran agama Islam. Jadi anda telah mengemukakan 3 dalil atau hujah untuk menentang saya. Saya akan jawabnya satu persatu.
Hujah anda yang pertama:
Narrated by Abu Hurairah (RA) who said: Allah抯 Messenger (SAW) said:
"The Fitrah (natural way) is five: circumcision, shaving the private parts, trimming the mustache, clipping the nails and plucking hair from the armpits." (Al-Bukhari and Muslim)
Jawapan saya:
Hadis ini tidak boleh diguna untuk menunjukkan wanita juga mesti / wajib berkhatan. Ini kerana kebanyakan yang disebut adalah perkara-perkara yang tidak wajib dilakukan seperti gunting misai dan cabut bulu ketiak. Siapa kata keduanya wajib? Khatan pula berada dalam senarai benda-benda tak wajib. Untuk lelaki ada banyak dalil lain yang jelas bagi menyuruh mereka melakukannya. Tapi untuk wanita tiada. Hujah yang no.2 dan no.3 tu nanti dulu. OK. Kalau anda kata khatan terkecuali, yang ni satu wajib untuk lelaki dan wanita kerana tiada dalil untuk membezakannya. Saya kata ada. Cuba perhati dengan teliti, dalam senarai "fitrah" tadi ada sebut gunting misai, yang ni hanya khusus untuk lelaki (kalau ada perempuan bermisai itu special case, tak boleh diambil kira). Hadis ini dalam riwayat lain ada juga disebut memendekkan janggut, yang ni pun hanya khusus untuk lelaki saja. Guna logik pun dah memadai. Memotong sebahagian anggota badan manusia seperti dalam khatan wanita adalah tidak dibenarkan dari segi Syarak melainkan ada dalil yang jelas. Untuk lelaki ada, tapi untuk perempuan tiada. No.2 dan no.3 tu nanti la ooi... Khatan dalam hadis ini juga merupakan suatu lafaz yang umum (khatan yang dimaksudkan dari segi bahasa dan Syarak ialah khatan lelaki, khatan wanita dikatakan khatan secara majaz bukannya secara hakikat. Dari segi hakikatnya ia dipanggil khafadh), mengikut kaedah usul fekah, tidak harus kita mengkhususkan suatu lafaz yang umum melainkan dengan dalil yang setaraf dengannya atau lebih kuat lagi daripadanya.
Kesimpulannya hadis ini sudah tidak lagi boleh digunakan
untuk mewajibkan atau menganjurkan perempuan berkhatan kerana ia tidak jelas menunjukkan begitu.
[ Last edited by manzilla at 9-7-2006 03:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tik.. tik.. tik.. tik.. KEBABOO!!!
Hujah anda yang kedua pula:
"When two circumcised parts unite then bathing becomes obligatory." (Sahih, Reported by Ahmad and Al-Baihaqee)
Menurut anda hadis ini menjadi bukti bahawa wanita mesti berkhatan. Ini kerana dalam hadis ini lafaz 'dua tempat khitan' digunakan bagi anggota kelamin lelaki dan wanita. Oleh kerana lelaki mesti / dianjurkan berkhatan oleh agama, perempuan pun kena ikut dikhatankan sekali.
Saya jawab:
Hadis ini memang sahih, tapi ia tidak boleh dijadikan dalil bahawa wanita wajib berkhatan, mengapa? Tidakkah anda tahu bahawa dalam bahasa arab ada istilah 'penggunaan sighah muthanna bagi lafaz yang lebih dominan.' Orang arab biasa saja guna begini. Mereka menyebut dua individu atau dua benda yang berbeza pada hakikatnya dengan satu lafaz yang lebih dominan. Buktinya? Orang arab menggunakan lafaz 'dua laut' untuk menunjukkan sungai dan laut (hakikat sungai dan laut adalah berbeza sama sekali, tapi kerana laut lebih dominan, sungai juga dipanggil 'laut'). Allah taala sendiri guna camni dalam al-Quran, cari sendiri la kat mana. Contoh lain, lafaz 'dua bapa' digunakan oleh orang arab untuk menunjukkan ibu dan bapa (hakikat ibu dan bapa adalah berbeza sama sekali, cuma bapa lebih dominan. Adakah betul jika kita kata ibu juga adalah seorang lelaki semata-mata lafaz 'bapa' digunakan untuknya di sini?) Lagi contoh, Lafaz 'dua buah bulan' digunakan untuk menunjukkan matahari dan bulan (adakah bulan dan matahari adalah benda yang sama? Bukankah satu keluar malam dan satu lagi keluar siang?) Cukuplah tu... Nak lebih-lebih lagi sila rujuk kitab al-Muzhir, bab 'penggunaan sighah muthanna bagi lafaz yang lebih dominan.' Jadi penggunaan lafaz 'dua tempat khitan' di sini pun sama la... Secara hakikatnya hukum khatan lelaki dan wanita berbeza, tapi oleh kerana secara amnya 'anu' lelaki ni berkhatan, yang perempuan punya pun digunakan lafaz yang sama apa salahnya.
Dari segi bahasa arab memang betul, tapi penggunaan sedemikian tidak pula menunjukkan perempuan pun kena berkhatan cam lelaki. Macam tadi la. Kan lelaki lebih dominan? Tambahan lagi tiada nas sahih yang menunjukkan wanita kena berkhatan? Oh, masih ada no.3. Nanti sekejap lagi. Hadis ini jelasnya datang untuk menunjukkan wajib mandi jika bersetubuh, walaupun tidak keluar mani. Langsung tidak ada kaitan dengan suruhan berkhatan untuk lelaki atau wanita.
Kesimpulannya hadis ini sudah tidak mampu untuk menjadi dalil bagi mewajibkan / menganjurkan wanita berkhatan kerana ia tidak jelas menunjukkan begitu, walaupun ia hadis sahih. |
|
|
|
|
|
|
|
tik.. tik.. tik.. tik.. KEBABOO!!!
Daan hujah anda yang ketiga:
"When you circumcise then do not cut severely, since that is better for her and more pleasing to the husband." (Reported by Abu Dawud and Al-Baihaqee and declared Hasan by Shaikh Al-Albani)
Anda kata hadis ini menunjukkan wanita kena berkhatan kerana Nabi SAW tidak melarangnya. Jadi ini semacam 'Sunnah Taqririyyah.' Oleh itu wanita kena / dianjurkan berkhatan kerana ia adalah suatu sunnah. Anda tidak lupa untuk menyebutkan ianya adalah riwayat Abu Daud. Terima kasih.
Saya kata:
Saya tak nak pakai hadis ini. Hadis ini adalah hadis yang daif (lemah) dan tidak layak dijadikan hujah untuk mewajibkan / menganjurkan khatan wanita atas dasar agama. Anda kata ia adalah riwayat Abu Daud? Memang, hadis ini ada diriwayatkan oleh beliau dalam kitab sunannya. Bahkan dalam sunan sittah, hanya beliau saja yang menyebutkan hadis ini. Bukhari, Muslim dan orang-orang lain tidak menyebutkan hadis ini dalam kitab sunan mereka. Ini sudah menunjukkan kelemahan hadis ini. Tapi ironinya selepas menyebutkan hadis ini beliau komplen pula hadis ini dengan mengatakan ia adalah hadis daif. Menurut beliau lagi, hadis ini ada banyak sanadnya, tapi semuanya lemah dan tidak boleh dipakai untuk dibuat hujah. Tak caya buka sendiri kitab sunan Abi Daud, Kitabul-adab, bab khatan. Dia letak hujuuuuung sekali dalam kitabnya. Kalau Imam Muslim, hadis yang beliau letak hujung sekali adalah hadis yang paling lemah. Jadi jelasnya hadis ini tetap daif dan sanad-sanad yang lain tidak boleh membantunya. Dalam sanad hadis ini ada seorang perawi yang bernama Muhammad bin Hassan dan beliau adalah seorang yang tidak dikenali. Kesimpulannya Abu Daud sebut hadis ini dalam kitabnya bukan untuk menjadikan hadis ini sebagai dalil berkhatan, tapi untuk mengumumkan kepada kita semua bahawa hadis ini, daif.
Sheikh al-Albani kata hadis ini hasan camana? Kalau perawi hadis ini sendiri dah kata hadis ini daif, mengapa kita masih nak berpegang dengan pendapat orang kemudian semata-mata kerana nak menegakkan amalan ini? Saya lebih percayakan Abu Daud yang membawa hadis ini sendiri daripada al-Albani.
OK, kalau anda tidak mahu terima hadis ini daif, tak mahu pakai kata-kata Abu Daud tadi tapi berkeras nak mengatakan hadis ini sahih, adakah hadis ini jelas menunjukkan Nabi SAW menyuruh atau setidak-tidaknya menganjurkan perempuan berkhatan? Jawabnya tidak. Jelasnya hadis ini menunjukkan bagaimana caranya khatan wanita itu harus dilakukan, itupun kalau ia berlaku. Sebaliknya Baginda SAW telah bagi warning pada tukang khatan 'kalau nak buat pun sikit-sikit saja, jangan lebih-lebih.' Jika diperhatikan baik-baik, ini kata-kata yang menunjukkan Baginda menyukai khatan wanita atau tidak? Saya kata ayat ini lebih sesuai untuk nenunjukkan Baginda tidak menyukai amalan tradisi ini. Kita pun biasa guna ayat-ayat demikian bila kita tak sukakan sesuatu. Misalnya jika anda tak suka anak anda tengok tv tengah malam, tapi anak anda berkeras nak tengok jugak cerita kegemarannya, sebagai ibubapa yang penyayang, anda akan kata 'tengok sikit saja, pastu tutup dan pergi baca buku.' Adakah ini bermakna anda menyuruhnya tengok tv waktu malam atau setidak-tidaknya menggalakkanya berbuat demikian? Tentu sekali tidak! Sebaliknya anak anda pun tahu anda tidak suka perbuatannya. Contoh lain, kawan anda adalah seorang yang tidak suka berkongsi minuman, pada suatu hari anda nampaknya sedang minum sesuatu lalu anda meminta minuman itu daripadanya kerana anda tahu dia tidak akan menolak permintaan rakan baiknya. Dia beri kepada anda minumannya sambil berkata 'Sikit-sikit sudah la mat, jangan lebih-lebih pulak.' Daripada ayatnya ini adakah anda akan faham dia suka perbuatan anda berkongsi minuman dengannya? Tentu tidak. Yang pastinya anda faham bahawa dia tidak suka perbuatan anda. Jadi dalam hadis ini pun camni la. Nabi kata 'sikit-sikit saja, jangan lebih-lebih.' Kalau dah sampai merosakkan clitoris atau menjejaskan fungsi seks, ini dah lebih dan dilarang oleh Nabi. Nak mengkhatankan wanita tanpa menjejaskan fungsi seks mereka adalah sesuatu yang sukar walaupun bagi seorang doktor yang berpengalaman. Realitinya ia bukan dilakukan oleh doktor berpengalaman, tapi oleh bidan-bidan kampung, tukang gunting dan individu yang tidak terlatih. Macam mana boleh harap mereka mengkhatankan anak perempuan anda tanpa menjejaskan fungsi seksnya? Senang kata, tak payah khatankan mereka, tak banyak masalah. Anak anda pun tak rugi. Ini semua kalau kita nak terima hadis tadi itu sahih. Kalau tidak habis cerita.
[ Last edited by manzilla at 9-7-2006 03:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tik.. tik.. tik.. tik.. KEBABOO!!!
Mungkin anda terlupa untuk mengemukakan satu lagi hujah anda untuk menyokong khatan perempuan, Saya tolong bawakannya, siap terjemah sekali. Iaitu dalil yang keempat:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Khatan itu adalah suatu yang dianjurkan bagi lelaki dan suatu kemuliaan bagi perempuan."
Anda kata, hadis ini jelas menunjukkan Nabi menganjurkan perempuan berkhatan walaupun tidak mewajibkannya.
Saya kata, walaupun hadis ini ramai yang meriwayatkannya tapi hadis ini daif, saya tak nak pakai. Dalam sanad hadis ini ada seorang yang bernama Hajjaj bin Arto'ah. Beliau tidak boleh dijadikan hujah terutamanya dalam hadis yang beliau riwayatkan secara sendirian. Hadis ini pula beliau riwayatkan secara bersendirian. Untuk mengatakan khatan wanita itu sunnah, kemuliaan ataupun sekurang-kurangnya mustahab (elok) perlu ada dalil yang sahih. Hadis ini tak layak untuk jadi dalil.
*Maklumat penting*
***Nabi mempunyai 4 orang anak perempuan dan tiada disebut dalam mana-mana kitab sirah yang muktabar atau hadis sahih bahawa beliau mengkhatankan mereka. Jika ia adalah suatu perbuatan yang wajib ataupun elok dilakukan, mesti Baginda telah melakukannya dan tidak akan bersembunyi. Aisyah ra mesti telah beritahu kita semua. Dia bukan jenis orang yang menyembunyikan ilmu. Dia akan cakap, walaupun ia dianggap sebagai 'cerita dalam kelambu.' Jangan ada sapa-sapa memandai kata Nabi khatankan anak-anak perempuannya, tapi Baginda dan isteri-isterinya sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan orang-orang Islam kerana blah blah blah... Kalau dah tak ada bukti menunjukkan Baginda mengkhatankan mereka, ini bermakna Baginda tidak mengkhatankan mereka. Anda mengaku sangat nak ikut Nabi.***
Jadi kesimpulannya betullah apa yang saya kata iaitu khatan wanita bukan merupakan suruhan atau ajaran agama Islam. Sebabnya tiada dalil sahih yang menyatakan demikian. Kalau tiada dalil ianya merupakan ajaran Islam, ia kembali kepada asalnya iaitu suatu tradisi turun-temurun. Benda tradisi camni langsung tiada salahnya kalau kita tak ikut pun, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang setelah ia telah dibuktikan tidak berfaedah dan mengganggu fungsi seks. Adalah lebih patut kita tinggalkannya. Kena pulak zaman sekarang isu khatan wanita telah menjadi satu modal kepada musuh Islam untuk menghentam dan menghina agama. Mungkin anda sudah tahu, mungkin tidak. Jika masih belum tahu, sudah sampai masanya untuk anda tahu. Sila klik sini, lagi cepat anda klik, lagi cepat anda tahu.
http://www.papillonsartpalace.com/islams.htm
Sekarang, daripada melindungi tradisi ini, bukankah lebih baik kita melindungi agama daripada fitnah musuh-musuh Islam? Melindungi agama daripada tohmahan dan hinaan musuh Islam ni besar pahalanya ooi... Khatan wanita takdak pahala sikit pun. Faedah duniawi pun takdak jugak.
P/S : (Sila baca sambil mendengar soundtrack Halo - Under Cover Of Night) Sanggupkah anda melihat anak perempuan anda yang comel dipegang dengan kemas sambil menangis kesakitan dan ketakutan, kerana sesuatu yang tidak perlu dilaluinya dan tiada apa-apa faedah untuknya? Buatlah keputusan sebagai seorang ibu yang penyayang. Bukan sebagai seorang tok mudim yang cari makan dengan khatan.
Kesian la sikit kat amoi-amoi yang baru masuk Islam kat luar sana nun. Dengan sedih dan tabahnya mereka mengorbankan anggota seks penting mereka kerana menganggap ia adalah suruhan agama. Tapi malangnya sasaran tak mengena...
Jika anda tetap berkeras nak khatankan jugak anak perempuan anda, itu anda punya pasal. Saya tiada di sisinya untuk menjelaskan kepadanya seperti di sini. Tapi kalau kemudian hari dia menjadi penyokong saya dan tidak berpuas hati dengan anda terhadap apa yang telah anda lakukan kepadanya, itu masalah anda. Saya tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam panjang lebar awak berhujah tu, perlu ke awak tik.. tik.. tik.. tik.. KEBABOO!! adakah ini satu pertandingan bahas dan ini gimik untuk menunjukkan seorang tu tewas atau menang?
adakah awak nak menyatakan tidak perlu wanita berkhatan, haram wanita berkhatan atau sunat wanita berkhatan?
dalam awak mendhaifkan hadith-hadith berkenaan, adakah awak mahu menyatakan haram beramal dengan hadith dhaif?
sementara itu, kita lihat apa kata imam shafie, imam ahmad dan jumhur ulamak.
# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke atas lelaki.
# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
isu ni simple jer..kalo x setuju khatan...for ur daughter jgn la khatan...so tgk la apa kesannya. apa la nak kecoh sgt dgn bab2 ranting ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Normala17's post
terus terang apa yg saya perhatikan ialah...
1)Jika di sunatkan pada masa bayi...kulub ini akan kembali menutupi seperti asal. So, no point lah kalau di khatankan semasa bayi.Kulub wanita asia etnik spt melayu malaya/indon/thai/ dll yg berdekatan dg khatulistiwa mempunyai bibir minora dan mjora yg kecil. Bukti utk lihat jika wanita itu sudah khatan atau belum...sgt sukar utk di nilai.
2)Kebersihan- ia berkaitan dg kebersihan seseorg.
As for lelaki i no komen.....tapi as for pompuan i perlu komen...sbb i dont see any purpose to khatankan especially masa bayi sbb ia kurang berkesan.Nafsu pompuan bukan kat situ...tapi kat akal.....kenapa benda tu jadi mangsa? Semua wanita akan teransang...kecuali yg di lakukan di africa dan segelintir arab. Habis semua skali di buangnya sampai takder peluang pompuan tu nak rasa apa2. Adakah itu yg di mahukan oleh ugama dan bangsa melayu?
antiQue ~ kelucahan melampau edited, tak perlu ceritakan pengalaman sexual rambang sendiri dengan pelbagai orang! Nyatakan pendapat & fakta sahaja cukuplah! Board ini tidak berminat dengan cerita seks rambang anda!
[ Last edited by antiQue at 10-7-2006 10:05 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 manzilla's post
betul ker bila pompuan cina masuk islam kena sunat walaupon dah dewasa??
antiQue ~ unnecessary words and curse edited. Nak tanya, tanya saja lah. Yang merepek ke curse semua tu kenapa? Sila belajar bersopan sebelum kamu terpaksa mintak sedekah kredit
[ Last edited by antiQue at 10-7-2006 10:14 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|