|
monggol ni dalam rumpun Hun kan? ada Hun yang yahudi jugak x silap sy |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa Austroasia (Proto-Malays) n Austronesia (Deutro-Malays) masok bawah ras Mongol gak |
|
|
|
|
|
|
|
Jom baca info mengenai orang Hun.... benda ni menarik gak, aku tengok dolu ada watak2 sejarah the Huns dalam Nite in The Museum lakonan Ben Stiller yang cool!!!
Orang Hun
Orang Hun merupakan satu kumpulan puak nomad yang muncul dr kawasan hulu sungai Volga dan hijrah ke Europa pada skitar tahon 370 M. Mereka bina empayar besar dalam Europa. Sejak sarjana bernama De Gauguines menghubungkan dorang dengan Xiong Nu yang berjiran dengan China 300 tahon dolu, ramailah para sarjana lain pon cuba nak mengkaji mengenai hubungan antara puak Xiong Nu ni ngan puak Hun. Bagaimanapon, x ada pulak bukti yang menunjukkan perhubungan yang terus antara puak Xiongnu dengan puak Hun. Hubungan bahasa orang Hun ni pon dibahaskan oleh para sarjana sejak berkurun2. Teori terbaru waktu ni menyebut bahawa bahasa Hun merupakan sejenis bahasa dalam rumpunan bahasa Turki. Ada jugak bahasa2 lain yang dituturkan dalam kalangan puak Hun termasuklah bahasa Jerman Timur. Mereka ni berbakat juga dalam pemanahan dari atas bukit sebagai salah satu seni ketenteraan mereka.
Puak Hun mungkin telah menjana penghijrahan terbesar, yang menjadi faktor penyumbang kepada keruntuhan empayar Rom. Mereka membentuk satu empayar yang bersatu di bawah pentadbiran Attitla Orang Hun yang meninggal dunia dalam tahon 453 M. Selepas kematian Attila, empayar Hun terus berpecah. Keturunan mereka atau pengganti dengan nama puak yang sama dengan mereka telah direkodkan oleh penduduk2 yang berjiran di selatan, timor, n barat sebagai puak yang telah memenuhi bahagian2 Europa Timor n Asia Tengah kira2 skitar abad ke-4 M sampai abad ke-6 M. Banyak jugak nama2 lain merujuk orang Hun direkodkan dalam kawasan Kaukasus sehingga awal abad ke-8 M.
Rupa Muka Orang Hun n Adat Hun
Rekod2 rowayat yang terselamat telah dituliskan oleh musoh2 puak Hun n x ada satu pon drpd rekod2 tersebut yang merekodkan mereka sebagai puak yang berperawakan menarik atau puak yang mempunyai nilai moral tinggi.
Jordanes, yang merupakan seorang Gothik menulis di Itali pada tahun 551 M selepas keruntuhan empayar Hun, menyatakan bahawa bangsa Hun ni adalah bangsa yang liar mula2nya tinggal di paya2, serta mereka adalah orang2 yang busuk, x berperikemanusiaan, x ada bahasa pon kecuali bercakap dengan bunyi yg hampir nak sama macam pengucapan manusia.
"Mereka menyebabkan seteru2 mereka lari dalam ketakutan kerana mereka ni menakutkan, n x ada kepala kecuali bonggolan yang x ada bentuk langsung dengan mata sebesar lubang peniti. Mereka kejam kat kanak2 mereka sejak anak2 tu baru dilahirkan lagi. Mereka potong pipi anak2 lelaki mereka dengan pedang jadi sebelom anak2 tu menerima susu ibu, mereka kena belajar tahan luka2. Anak2 tu nanti akan membesar dengan x ada janggut, n buruk rupanya, sebab muka mereka dicalarkan oleh mata2 pedang n janggut pon x boleh naik dengan elok di muka.
Mereka juga pendek, bergerak macam lipas kudong, pasukan berkuda yang cekap, berbahu luas, sentiasa sedia dengan anak panah n pemanah, serta leher pendek. Walopon bentuk macam manusia tapi mereka ni liar macam haiwan ganas."
Jordanes juga menyebot bagaimana Priskus menggambarkan Attila, iaitu maharaja orang Hun dari tahon 434 - 453 M sebagai seorang yang pendek, dada bidang n kepala besar. Mata dia kecik, janggut pon nipis n bertompok2 uban, juga muka rata, kulit gelap, yang menunjukkan bukti asal-usulnya.
Masyarakat n budaya Orang Hun
Orang Hun membela lembu, kuda, kambing, n kibas. Punca makanan mereka yang lain juga termasuklah akar2 pokok kayu liar. Mereka pakai topi bulat, seluar panjang yang diperbuat dari kulit kambing, kain linen atau baju panjang diperbuat dari kulit2 haiwan. Ammianus melaporkan bahawa mereka pakai baju2 sampailah baju2 tu rabak. Priscus menggambarkan yang pakaian Attila pula berbeza drpd orang2 dia dari segi kebersihan. Dalam peperangan, mereka gunakan pemanah n tempuling. Kepala anak panah dan juga mata tempuling dibuat dari tulang. Mereka juga perang gunakan pedang dan tali yang diikat batu kalo lawan satu sama satu. Pedang Hun ni panjang, ada dua mata dengan gaya Sassanid. Pedang2 ni digantung di tali pinggang n menggunakan kaedah selit dengan mata pedang menghala ke bawah. Mereka juga gunakan pedang yang lebih kecil yang juga digantung di perut mereka. Simbol status mereka adalah pemanah yang bersalut emas. Pemegang pisau n pedang mereka juga dihiasi dengan emas.
Ketibaan orang Hun ke Europa menghasilkan tradisi pemanah komposit di Europa. Setiap siyah akan diperkukuh dengan dua jaluran besi, macam dalam tradisi orang Levant, manakala pemegangnya ada tiga. Oleh itu, tiap2 pemanah ada 7 pemegang jugak pemegang besai, jika dibanding dengan pemanah orang Scythia n Sarmatia atau pemanah Timor Tengah Yrzi.
Ammianus juga sebutkan yang orang Hun x ada raja2 tapi hanya diketuai oleh orang bangsawan. Bagi hal2 penting, mereka akan bentuk satu jawatankuasa n selesaikannya di atas kuda ajah. Jordanes serta Ammianius melaporkan jugak, orang Hun mengamalkan amalan mencacah yang mencalarkan muka bayi2 lelaki dengan pedang bagi mengelakkan pertumbuhan janggut, Lain2 adat orang Hun adalah membalot hidong anak2 mereka supaya jadi rata dengan muka bagi menampakkan macam muka mereka luas serta menambahkan gerun seteru mereka bila melihat muka mereka. Sesetengah tengkorok orang Hun menunjukkan bahawa terdapat kecacatan buatan di bahagian muka disebabkan oleh amalan membalut muka masa kecil2.
Asal-usul
Kalo seperti biasa, sejarawan menyatakan bahawa orang Hun yang muncul di sempadan Europa pada abad ke-4 M sebagai berkaitan dengan puak Xiongnu yang berhijrah keluar dr Mongolia pada abad pertama Masehi. Walau bagaimanapun, bukti2 ni x nampak macam bertele la pulak dan perbahasan masih berlaku smpai kepada pendapat Joseph de Guignes pada abad ke-18 M. Namun, disebabkan oleh kekurangan bukti yang definitif, jabatan kesarjanaan moden di Barat menggunakan pendekatan ethnogenesis bagi mencari asal-usul orang Hun. Jordanes mengaitkan asal-usul orang Hun ini sebagai hasil dari hubungan jenis ahli2 sihir Gothic dengan roh2 jahat.
Tafsiran Moden Etnogenesis
X ada rekod2 yang sahih dalam menjawab asal-usul orang Hun di Europa pada abad ke-4 M. Ammianus melaporkan bahawa mereka tiba dari utara, dekat dengan sempadan lautan air batu yang menyebabkan wujud pendapat asal usul orang2 ni dari etnik Finno-Ugaric. Pemahaman zaman moden menyatakan bahawa wujud satu kesatuan padang steppe yang x semestinya dari satu jenis etnik sahaja. Mereka itu mungkin gabungan etnik2 seperti Turki, Yenisei, Ugric, Irani, Mongol, dan lain2. Banyak puak mendakwa mereka sebagai Hun hanya dengan berdasarkan kepada prestij n kemahsyuran nama itu yang dikaitkan dengan mereka oleh orang luar yang menggambarkan sifat2 umum mereka, kepercayaan tentang asal-usul, serta reputasi. Sama macam ahli2 rowayat Yunani atau Latin yang menggunakan perkataan Hun untuk banyak jenis benda sama macam penggunaan istilah 'gasar.'
Sb faktor2 ni, x ada etnik yang satu dalam semua kumpulan2 puak yang sama rata. Perkaitan dengan nama Hun oleh perowayat luar menyebabkan para sejarawan moden menggunakan pendekatan etnogenetik dalam menerangkan asal-usul orang2 Hun. Pendekatan ni x menganggap bahawa satu kumpulan itu sebagai penutur satu bahasa atau berkait dengan satu sama lain secara genetik, mereka bukan semestinya bangsa yang sama, asal dari tempat yang sama atau mempunyai hikayat puak yang sama. Mereka mungkin jugak puak2 pahlawan bangsawan yang mungkin membawa adat resam etnik mereka dari satu tempat ke satu tempat dan dari generasi ke satu generasi. Pengikot2 mereka akan mendekati kumpulan dan menjadi satu puak atau mengamalkan adat2 nukleus. Orang2 luar yang nak masuk bangsa Hun hanya akan diterima tanpa perlu sebarang syarat kelahiran dalam sebarang puak dalam bangsa Hun. Macam yang dikatakan oleh Walter Pohl, "Hun merupakan nama yang menerangkan kumpulan pemerintah pahlawan yang berasal dari dataran steppe pada abad ke-4 M."
Teori Tradisional Xiongnu
Debat tentang asal-usul orang2 Hun dr Asia ni berlangsung sampai abad ke-18 M apabila Joseph de Guignes mula2 mencadangkan bahawa puak Hun mungkin adalah juga puak yang disebut sebagai Xiongnu dalam rekod2 China. De Guignes menumpukan kepada silisilah entiti politik n hanya berikan sikit ajah tumpuan kepada sama ada puak Hun ni secara fizikalnya merupakan keturunan Xiongnu atau idak. Gimanapon fikiran ni yang datang dalam konteks etnosentik n kesarjanaan nasionalis pada sekitar abad ke-18 smpai 19 M diperkemas lagi bagi memenuhi keperluan romantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti2 yang menyokong hubungkait Hun dengan Xiongnu
Bukti2 xlangsung lain termasuklah pengikat untuk anak panah komposit dari Asia Tengah ke Barat dan persamaan antara periuk besi Xiongnu dengan Hun yang tertanam di tebing kedua2 sungai di Hungary n Ordos.
Huruf purba Tsogdia di empayar Bactria Asia Tengah dari abad ke-4 menyebut mengenai Hun, manakala sumber2 China menulisnya sebagai Xiongnu ketika kejadian serangan ke atas Luoyang. Walau bagaimanapon, terdapat jugak selang pensejarahan selama 300 tahon antara rekod China dengan lain2 sumber kemudian.
Peter Heather menulis bahawa "nenek moyang kita orang Hun iaitu orang Europa abad ke-4 M mungkin jugak pernah jadi sebahagian daripada gabungan Xiongnu pada abad pertama masehi, tanpa menjadi Xiongnu yg sebenar. Walaupon jika kita ada buat perkaitan antara Hun abad ke-4 M dengan Xiongnu abad pertama masehi, kita masih x tahu apa yg terjadi kat Xiongnu untuk 300 tahon dan hanya secara spekulasi sahaja mengaitkan mereka dengan Hun.
Tinggalan rangka manusia dari Kazakhstan (Asia Tengah) yang dicarigali dr tapak2 yang berbeza usianya antara abad ke-15 SM telah dianalisa untuk mendapatkan diagnosis pembolehubah besar dan haplogroup mendapati ada perubahan ketara nukleus pada DNA mitochondrial gene rangka2 tu.
Pembahagian keturunan timor n barat orang Eurasia melalui zaman dalam kawasan tersebut selari dengan maklumat2 carigali yang ada: bermula dari abad ke-13 sampai 17 SM. Semua sampel didapati adalah milik keturunan Eurasia. Kemudian, ketibaan orang Asia Timor secara beransur2 dan wujud sama2 menyebabkan percampuran dengan substratum genetik yang ada sebelom itu.
Bukti yang x menyokong hubungkait Hun dgn Xiongnu
Orang2 Hun mengamalkan perencatan tulang secara paksaan, sedangkan xda pulak bukti yang orang2 Xiongnu mengamalkan benda yg sama.
Ammianus dan Jordanes menyebot bahawa orang Hun mengelar muka anak2nya supaya janggut x tumboh di muka mereka. Rekod kawasan China purba pula menyebut bahawa jeneral Ran Min mengetuai semboyan peperangan melawan persekutuan orang Xiongnu telah memanggil puak Jie, yang digambarkan sebagai mempunyai janggut yang penuh, sekitar Ye dalam tahon 349 M.
Satu bahagian yang tersebut dalam kitab Wei (Wei Shu) selalu dianggap sbg bukti menyatakan bahawa Hun tu sbenarnya adalah Xiongnu. Ia merowayatkan bahawa Xiongnu menakluki Alan (Su-Te) dalam masa yang sama direkodkan oleh sumber2 Barat.
Teori ini mengaitkan Su-Te sebagai Yan Cai sebagaimana yang didakwa dalam kitab Wei. Bahagian sama juga ada ditemui dalam kitab Bei Shi n Zhou Shu. Analisis kritikal teks2 China mendedahkan bahawa ada stengah bab dalam kitab Wei tu disalin dari kitab Bei Shi oleh penulis2 rowayat dinasti Song yang mana bab mengenai Xiongnu pon dimasukkan skali.
Penulis kitab Bei Shi mengumpulkan kitab2nya n membuat pemilihan berdasarkan sumber awal iaitu Zhou Shu. Kitab Zhou ni xnah sebot mengenai Xiongnu dalam bahagian soalan kitab versi tu. Akhir skalik, Su Te secara positifnya dikenalpasti sebagai Tsogdiana n Yan Cai dikenalpasti sebagai Hephthalites. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Hun
Sumber2 kesusasteraan, Priskus n Jordanes, hanya memelihara sedikit saja nama n tiga perkataan dari bahasa orang Hun, yang dikaji sejak dari satu stengah abad lalu. Sumber2 ini tidak ada beri sebarang makna kepada nama2 Hun itu, yang hanya ada tiga perkataan ajah. Perkataan2 tu adalah medos, kamos, strava, n langsong x bunyik mcm basa Turki.
Perbincangan selaras ada dalam Pritsak 1982, "Bahasa Hun Puak Attila." Pada dasar bahawasanya terdapat masalah rekod yang kurang menyebut mengenai nama2, para sarjana mempersangkakan bahawa orang Hun ni cakap basa Turki dari cabang Ogur, yang bawahnya ada bahasa Bulgar, Avar, Khazar, n Chuvash.
Sarjana Inggeris macam Peter Heather memanggil orang Hun ni sbg "kumpolan Turki awal, berlawanan dengan orang Iran, yang bernomad masuk dalam Europa. Catatan pada plat Khan Diggiz ditafsirkan oleh Mukhamadiev ada sebot nama anak Attila yang akan jadi raja Hun lepas Attila dalam bentuk sjenis bahasa Turki.
Lain2 aliran pemikiran membuat kesimpulan bahawa "untuk menggolongkan nama puak tu, nampak macam sebahagian besar puak Hun ni bercakap dalam sjenis bahasa Turki." - Otto Maenchen-Helfen.
Rakyat Hun bercakap dalam pelbagai bahasa. "Disebabkan mereka ni gabungan pelbagai jenis bangsa, di samping bahasa ibunda mereka, mereka jugak mengamalkan adat Hun atau adat Gothic atau jika pernah berhubung dengan orang Roma, mereka mengamalkan adat Latin. |
|
|
|
|
|
|
|
org melayu ni keturunan mongol kaa genot? |
|
|
|
|
|
|
|
org melayu ni keturunan mongol kaa genot?
sekngucing Post at 19-2-2010 16:48
Kalo ikot teori proto-Malay mari dr India Timor atau China Barat n deutro-Malay mari dari Yunnan keturunan Mongol la. Asia maksud dia Mongol, takkan orang Melayu keturunan orang Yunani atau Latin pulak, lol... Lagipon dalam kitab2 Hindu nenek moyang pon mmg sebotkan perkaitan orang2 dalam kawasan pengaruh Hindu dengan kepercayaan asli dema.
Bangsa Austris tu bangsa Mongol Selatan. Dalam kitab tatabhasa Melayu tingkatan 6, kalu sekkucin amik STPM la, ada sebot sikit tentang ni kan kat permulaan kitab? Tapi dia x sebot secara meluas melainkan hal dekat kawasan pertuturan BM sahaja iaitu dalam nusantara ni.
Orang2 keturunan Mongol yg dok belayar di laut2 tu dipanggil Malayo-Polinesian maksudnya Melayu-Pelbagai Pulau. Nusantara maksudnya Pulau Tengah, kalu dikaitkan, Pulau Tengah ni ada ribuan pulau... x amik kira konsep negara2 sebab negara tu hal lain, kesan dr penjajahan abad ke-19 M. Kalau x ada penjajahan mungkin lain pula bentuk negara zaman ni. benda tu buleh ubah2.
Bangsa Mongol tu ada banyak etnik dalam dia n golongan sarjana letakkan banyak nama. Dalam rowayat2 sejarah purbo pon ada letak nama banyak jugak.
Etnik Mongol ada beberpa kumpulan..... bagi sekkucin paham... ni dia:
1) Tibeto-Burman, dalam kitab Hindu disebot Kirata sebab kat India sana pon bangsa ni ada. Kat China pon ada. Boleh periksa etnik2 bawah sub-bangsa Tibeto-Burman ni n negara2 mana dia ada skarang ini.
2) Austroasia (Mongol Selatan, kitab Hindu sebot Nagavanshi bawah kturunan Suryavanshi, sekkucin kena bukak kitab keturunan n salasilah bangsa Hindu baru paham Suryavanshi tu apa n mari mana n sapa nenek moyang dia. Austronesia tu pecahan bawah Austroasia ajah. Bezanya Austronesia ni belayar dalam Laut, maka orang panggil orang Laut dlm bhs biasa, kalu yg dok kat darat tu panggil sbg orang Bukit.
3) Mongol-Altai-Tungus, ni Mongol yang kat Utara sana n ada dalam China jugak, Russia Europa Timor pong ada.
Bangsa China kat dalam China tu pon ada banyak campuran. Tu sb dalam bhs Cina, orang dominan sana disebot Han. Kalo sebot China tu mcm Umom sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
haha, rog darat, kat kelante kalau org tu org ulu dipanggil org darat, mcm org bukit laa
-uish aku memang ambik stpm dulu dan ada belajar
-kalau cmyu org melayu ni asal mongol, patut la ganas |
|
|
|
|
|
|
|
stpm baguih dok ado terutama aliran sastera, bleh tau pasal sejarah melayu, asal usul melayu dan pengrauh hindu buddha semua
-tp dlm akademik, stpm ni mcm 2nd class jah berbanding budak2 matrik dan aliran sains |
|
|
|
|
|
|
|
tp dlm akademik, stpm ni mcm 2nd class jah berbanding budak2 matrik dan aliran sains
ahahahhaa, kosmet aku dolu2 yg muda setahun sebab amik metriks macam2 aliran, smua cekang2 (hebat2) belaka mcm akaun, fizik, kimia bagai tapi last2 amik sastera balik mcm kami gak, hahahahaa..... bkn nak anti kat org2 sains ka papa sb benda dema belajat tu baguih2 belaka, tp eloknya dema ada pengimbang mcm ilmu keagamaan jugak selain x salah pon belajat benda2 sastera ni. aku tgk silibus mcm kat USIM pon baguih gak. kalu xdak pelajaran sampingan amik la kos2 gila kat U, hahahaha.... aku penah amik kos sejarah Europa kurun ke-17 sampai abad ke-18 M, rs mcm nam mampoih jah baca kitab2 n nota dia, semua pasai perang2 rampas kawasan ajjjjjjjahhhhhh. Pastu bru start jajah orang.
Tapi silibus sejarah STPM mmg top lah.... nk dekat sama mcm silibus dalam A-Level lepas aku cek balik. budak2 yg amik STPM sejarah aku ingat banyak baguih gak dia punya knowledge banyak, kalu dia rajin baca la, haha. |
|
|
|
|
|
|
|
sebanranya genot, stpm ni, nama sia saja 5 subjek tp sebenarnya gabungan bnyak subjek
-ambik saja sejarah, ada 3, sejarah msia, sejarah islam dan sejarah dunia
-semuanya dimuatkan dlm satu subjek, dipack dan disuruh stadi selama 2 tahun:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan empire moghul kat India ngan bangsa Mongol erk??? Kalo tak silap, empire moghul nie adalah empira berasaskan Islamkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
dorang dr line chagatay-tewrk... orang mongol asia tengah... bahasa rasmi dorang mmg bhs Farsi. |
|
|
|
|
|
|
|
thnxs bro genot... but actually, i m still a bit confuse. i suker sangat baca2 history tentang kerajaan2 or negara2 yang terdapat di benua asia tengah nie seperti kazaks, uzbek, kyrgis, azerbaijan, armenia etc dan sesetengah wilayah di negara russia seperti tarstan, borkostan dan russia timur jauh seperti yakuthia, evenki, baryutia, tuva, altai etc... kalo kazaks, uzbek or kyrgis mungin ada sket kaitan ngan moghul or farsi..., tarstan dan borkostan lak mungkin ada kaitan ngan bangsa tatar... yakuthia, evenki etc lak i m sure ada kaitan ngan bangsa mongol sebab mereka juga ada deep throat song... tapi kesemua kaum-kaum nie berkongsi games ... erm.. something like this, ada 2 kumpulan...dan memasing cuba memasukkan kambing mati ke dalam kawasan lawan dan all the participant kena pakai kuda... lepas tu (as usual sure ada perdebatan), orang turki cakap orang mongol nie ada kaitan ngan darah turki vice versa... the more i read, the more thing become complicated and the more confuse i am... baca kat wiki lak, terlampau banyak info dan terlampau detailed... sampai skrg tak leh digest lagi all the info...
erm...bangsa turan tu apa erk? org hun claimed they also org mongol and hun, mongol and turkic claimed that they are TURAN??? |
|
|
|
|
|
|
|
Turan sbenarnya nama lain bg orang2 yg cakap bahasa rumpun Turki. Orang Iran cakap orang2 yg ada darah Turan ni keturunan pahlawan. zaman2 dolu, orang2 yg cakap bhs Turki ni sbenarnya tertakluk dlm empayar Farsi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HaMiZiE at 7-3-2010 20:53
OIC... what a good info... so I got it now... that why turkish and turkic are different:
turkish - orang turkey but kazaks, krygiz, uyghur, altai etc doesn't have same root blood relationship with turkish...
turkic - aka turan, bahasa yang digunakan... kazaks, krygiz, uyghur, buryatia etc... their language might have some similarities with bahasa turkey but they are not turkish
But at the same time, they claim themselves as TURANIC...
Very complicated but very interesting. The influences from Turkey & Mongol mixed very well in these areas
Correct me if I am wrong...
Central Asia including Central Russia as well as Far East Russia Region are always attract my interest... in terms of geography, history, culture, peoples etc... These are the regions where less info available but once you know them little by little, gradually you may find that actually there are some parts in this world where the peoples, their cultures, languages are very unique, interesting, and different...
Wish Russia will release more of these regions to be independent and let them to set their own country with their own identity... Wish to see more new kazaks, new krygiz, new turkmen, new uzbek, new tajik emerge from central asian including Uygurstan in PR China... and most of peoples who live in these regions are muslim including races who have closed relationship with Mongolia aka Mongol... |
|
|
|
|
|
|
|
Baca pasal Turkish ni ada sorang budak Turkish China yg aku kenal.Muka lawa beb.Lawa ala-ala Melayu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|