CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceghost2005

Dye Rambut

[Copy link]
Post time 2-2-2008 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by crystal80 at 2-2-2008 11:45 AM
Pesal aku tak boleh bukak link yg kau bagi tu kupia..kena block


Kalau tak jelas bagi tau balik....
-------------------------------

Apakah bolehisteri dye rambutnya  untuk menyukakan suaminya. kebanyakan rumah fatwa mengharuskan asalkan ia diredhai suami dan pewarna itu halal dan tidak menghalang air (Rumah Fatwa alAzhar dan Mufti Wilayah)
------------------------
Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayatal-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi' dengan sanad Dha'if.
(Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal. 57-58)
------------------------
Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:
1.   Bebas dari najis.
2.   Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.

Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.

Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar atau pun kecil.
------------
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air atau pun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motordsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.
------------
Kami hanya dapat menukilkan hukum secara umum. Secara perinciannya, bolehlah melakukan penelitian sendiri terhadap bahan berkenaan, atau bawa kepada orang dalam bidang berkenaan, atau bertanya kepada pihak JAKIM. Untuk melakukannya hendaklah berdasarkan kepada garis panduan diatas. Dan, sesiapapun boleh melakukannya, tidak semestinya ulamak/ustaz.
---------------
Apakah boleh remaja (anak gadis dan pria) mendye rambut2 mereka dengan pelbagai warna dan menunjukkan kepada masyarakat.  Ini suatu perbuatan yg menyalahi illat (sebab) dye rambut yg disebut Nabi saw HR alJama'ah dari Abi Huraira ra," Orang Yahudi dan nasara tidak dye rambut, maka lainlah dari mereka dan dyelah rambut kamu."Illat di zaman dulu, dye rambut ini untuk membedzakan dengan seteru ketat orang Islam. Hari ini mereka dye rambut mereka, maka reverse (lawan) kpd perbuatan itu, umat Islam hendaklah tidak mewarnakan rambut mereka. Apatah lagi gadis-gadis Islam yg tidak bertudung dan memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni sungguh telah derhaka dan melampau. Allahu a'alam

Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan. Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.

Adalah tidak wajarjika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullahs.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu.  Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.

"Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)



[ Last edited by  kupia at 2-2-2008 11:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 11:59 AM | Show all posts
Oic, tq kupia 4 the information....
aku pun dah jumpa link yg kupia bagi tadi...
Nie aku tengok ada dua post aku yg sama kat forum, boleh delete ker??? Tadik ada problem skit kat line internet aku , tu yg tersend 2 kali tu, aku ingatkan belum tersend...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 12:01 PM | Show all posts
1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.

Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:
"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]

*****intaha al-Qardhawi****
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 12:06 PM | Show all posts
kalu bleach? bleach lain..melunturkan warna..bukan mewarna ....if ltak lama sgt tak basoh warna rmbut jd uban..so cmner tu? psl kat sini pigment2 rambut tu di lunturkan..bkan coating di buat..how ek

[ Last edited by  reez54 at 2-2-2008 12:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:09 PM | Show all posts
gunakan bleach lagi cantik  ..  nampak cam oghang putih yang kulit itam
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:44 PM | Show all posts
Benda macam ni yang orang melayu suka debatkan..sigh...:eek:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 4-2-2008 05:44 PM
Benda macam ni yang orang melayu suka debatkan..sigh...:eek:


Benda mcm ini AMAT PENTING.

Tidak kah miker pernah dengar akan suatu Hadis Nabi saw berkenaan kencing???
Di mana ramai manusia masuk neraka kerana tidak betul kencing nyer!!!

Adakah ini juga miker pandang sebagai remeh???

Perkara sekecil ini bley menentukan ibadat miker di terima ataupun tidak.
Seperti juga dari mana sumber rezeki yg miker dapati.
Dan juga makan dgn tangan mana?? Kiri or Kanan??
Masuk tandas pakai slipper n tutup paler??
Baca doa ke idak semasa nak buang najis or tidur or makan or selepas nyer??

Adakah ini pung miker pandang sebagai remeh??? AniSani

Mungkin miker sudah memahami n mengamalkan nya tetapi bagaimana kah dgn yg lain??
Mungkin ada di antara forumis di sini yg tidak tahu berkenaan dgn nya.

So, jangan lah menyombong diri, wahai AniSani
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:58 PM | Show all posts

Reply #67 niceghost2005's post

Ibadat kau allah yang tentukan dia terima atau tidak , bukan manusia tentukan:eek:
Allah ciptakan kita semua dan dia maha tahu segala-galanya , tak payahlah kau cuba-cuba buat macam nak buat allah tu teruja dengan kau, tiada maknyanya:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 07:40 PM | Show all posts
skali lagi bertanye..cmner ngan penggunaan bleach?ia nye adalah peluntur pigmen rambut
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 4-2-2008 05:58 PM
Ibadat kau allah yang tentukan dia terima atau tidak , bukan manusia tentukan:eek:
Allah ciptakan kita semua dan dia maha tahu segala-galanya , tak payahlah kau cuba-cuba buat macam nak buat al ...


bukan debatkan..bertanya je...tgk pendapat org bout bnda ni n kepada yg ada ilmu bley la utarakan how..bley je nk kuar topik mcamane nk maju kan islam bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 4-2-2008 05:58 PM
Ibadat kau allah yang tentukan dia terima atau tidak , bukan manusia tentukan:eek:
Allah ciptakan kita semua dan dia maha tahu segala-galanya , tak payahlah kau cuba-cuba buat macam nak buat al ...


Sekiranya ISU ini adalah remeh pada pandangan miker, tak payah laaa posting di sini.
Buang karen miker jer, Wahai AniSani

Tapi ia adalah berMAKNA utk oghang yg tidak mengetahui dan ingin menambah ilmu.
Lagi pung, tiada siapa yg memaksa miker utk membaca Thread ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by reez54 at 4-2-2008 07:40 PM
skali lagi bertanye..cmner ngan penggunaan bleach?ia nye adalah peluntur pigmen rambut


Bleach adalah peluntur warna.....
Bukannya DYE.

Di antara bahan kimia yg di gunakan ialah SODA ataupun BAS or LAS. (dulu dulu........now lain bahan nya)

ACTUALLY tak bagus di gunakan kpd ghambut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 5-2-2008 05:42 PM


Bleach adalah peluntur warna.....
Bukannya DYE.

Di antara bahan kimia yg di gunakan ialah SODA ataupun BAS or LAS. (dulu dulu........now lain bahan nya)

ACTUALLY tak bagus di gunakan ...


rambut cepat beruban ek

jd agak2 apa hukum yek bleach?....


tapi untuk kes org2 dye lak...ada org dye bahagian2 tertentu je..tak semua rambut..so dis means dier dh dpt amik air sembahyang kn....if mandi wajib lak,if tak silap saye dier kene kena kat kulit kepala...jd cmner tu?juz nk menambah ilmu dr yg pakar =)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by reez54 at 4-2-2008 07:42 PM


bukan debatkan..bertanya je...tgk pendapat org bout bnda ni n kepada yg ada ilmu bley la utarakan how..bley je nk kuar topik mcamane nk maju kan islam bagai...

Suka kaulah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by reez54 at 5-2-2008 07:28 PM


rambut cepat beruban ek

jd agak2 apa hukum yek bleach?....


tapi untuk kes org2 dye lak...ada org dye bahagian2 tertentu je..tak semua rambut..so dis means dier dh dpt amik air semb ...


Kui kui kui................

Aritu ada deme discuss kat Kuliah Subuh pasal dye yg ada TANDA 'HALAL' nie.
Sebenor nyer yg HALAL itu ialah BAHAN yg di gunakan.

Tetapi dye tersebut adalah jenis WATER PROOF.
Yakni tidak telus ayor.

So, camana nak ambik wudhuk n mandi wajib????

Dengan itu.........Berhati hati lah di jalan ghayer.
Pesanan dari penaja LEBUHGHAYER di Cuti Hari Ghayer Ciner ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 6-2-2008 04:46 PM



Tetapi dye tersebut adalah jenis WATER PROOF.
Yakni tidak telus ayor.
..


boleh tak perjelaskan lebih detail lagi....

pernah tak tengok macamana proses pewarna rambut halal digunakan dan pewarna tidak halal digunakan kat rambut seseorang..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2008 09:09 PM | Show all posts
masa sekolah dulu....ustazah bgth.....dye rambut guna yg halal boleh...make sure telus air.......tapi biasanya jatuh pd haram sbb, tgk niat kita.........

sbb apa nak dye? sbb nak nampak cantik kan? so, jatuh haram la sbb bila dh cantik,rasa riak.........riak tu kan berdosa....

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 09:10 PM | Show all posts
kalo set rambut camne?

mcm wat rebonding, curly, wavy semua?

apa hukumnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 09:10 PM | Show all posts
kalo set rambut camne?

mcm wat rebonding, curly, wavy semua?

apa hukumnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 09:41 PM | Show all posts

Reply #79 iza_yuss's post

Tak boleh....

jika seseorg itu dilahirkan sejak kecil lagi rambut lurus, membesar pun dgn rambut tu dan bila dewasa nak wat curly pulak....

bukankah ini mengubah ciptaan Allah yg jadikan dia sedia berambut lurus...?

[ Last edited by  pinKy180 at 6-4-2008 09:43 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051458 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list