CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skywalker

BANGSA MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA DALAM BAHAYA !!!

[Copy link]
Post time 22-7-2006 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 22-7-2006 06:20 PM
OK!
Kenapa saudara/i mengatakan Islam dan tanah adalah milik Melayu? Bukankah Tuhan mencipta agama dan bumi itu untuk semua umat manusia? Pada pendapat saya pemikiran sebegini yg menyebabkan perka ...


I nak keluar ni... tapi I jawab soalan u dulu...

I tidak maksudkan hak milik kekal...

Konsepnya begini...

Apa2 keputusan adalah diputuskan oleh pemimpin2 yg telah dipilih. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pemimpin2 tertinggi adalah hak org Melayu.  So, tanggungjawab mengekalkan tanah dan Islam adalah hak org Melayu. Then, apabila pimpinan lemah maka apa2 yg ada seperti Islam sbg agama rasmi, bahasa Melayu sbg bahasa rasmi akan gagal dipertahankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 07:33 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 22-7-2006 07:12 PM


I nak keluar ni... tapi I jawab soalan u dulu...

I tidak maksudkan hak milik kekal...

Konsepnya begini...

Apa2 keputusan adalah diputuskan oleh pemimpin2 yg telah dipilih. Berdasarkan ...


mod,
dalam perlembagaan tak sebutpun kepemimpinan tertinggi adalah hak orang melayu.
pemimpin adalah orang2 yg mendapat kepercayaan majoriti untuk memimpin... bukan hak sesuatu kaum atau sesuatu agama.

dalam konsep demokrasi, keputusan pemimpin dianggap sebagai keputusan majoriti sebab mereka mewakili majoriti.

tanah bukan milik sesuatu kaum... tetapi menjadi milik negara itu umumnya dan akan menjadi milik orang yg diberimilik oleh negara khasnya.

tanah/negara menjadi milik sesuatu kaum hanya dari segi konsep dan teori asal usul atau penduduk asal atau asli sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 09:50 PM | Show all posts
lebih baik kalau hujah-hujah disokong oleh fakta sahih.  kalau setakat andaian sahaja, teman nengok ajer lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by petola at 22-7-2006 07:33 PM
mod,
dalam perlembagaan tak sebutpun kepemimpinan tertinggi adalah hak orang melayu.
pemimpin adalah orang2 yg mendapat kepercayaan majoriti untuk memimpin... bukan hak sesuatu kaum atau sesu ...


Sila rujuk thread Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh mok_nik   

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=195847&page=2

2- Ciri-Ciri Tempatan Yang Dipersetujui Dalam Tahun 1957

Asas penting dalam Perlembagaan Pesekutuan hari ini kebanyakkannya berasal dari perbincangan dan tolak ansur yang dicapai sewaktu kemerdekaan dirundingkan. Meskipun demikian sebahagian daripada landasan dan falsafah peruntukan tertentu yang ada hari ini sebenarnya mencerminkan sejarah dan tamadun asal negara ini, khususnya Islam dan orang Melayu. Hakikat ini perlu disedari supaya kita dapat memahami kesahan (legitimacy) dan ruang lingkup peruntukan tertentu yang ada dalam perlembagaan kita sekarang.

Meskipun perlembagaan yang ada sekarang mula beroperasi pada 31 Ogos, 1957, bukan bererti bahawa segala bermula disitu. Sebagai contohnya, selepas Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dalam tahun 1948, negeri Melayu mula mempunyai perlembagaan sendiri. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sebahagian besar daripada peruntukan dalam perlembagaan tersebut dikekalkan. Antara perubahan penting yang diperkenalkan ialah peruntukan supaya raja Melayu menjadi raja berperlembagaan5.

Terdapat beberapa ciri tempatan yang kesemuanya menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang asing. Kedudukan raja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukan Islam serta Bahasa Melayu adalah lanjutan sistem dan unsur-unsur tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan British lagi. Perkara ini boleh dianggap istimewa kerana peruntukan berkenaan tidak boleh dipinda melalui suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Negara.

Kedudukan raja adalah contoh paling penting bertapa perlembagaan negara meneruskan warisan asal negara ini. Meskipun mereka kini menjadi raja berpelembagaan, perlu ditegaskan bahawa kita tidak menyalin bulat-bulat apa yang dipraktikkan di Britain, negara asal demokrasi Westminster. Perlu diperingatkan bahawa kalau di negara tersebut konsep itu mempunyai akar umbinya dalam revolusi dalam tahun 1649 dan 1688 yang sebanarnya merupakan konflik antara rakyat dan raja secara langsung7, disini ia lebih merupakan proses perubahan dan penyesuaian beransur-ansur, yang bermula secara tidak langsung dengan perlaksanaan sistem residen yang dipaksakan oleh British.

Tidak dinafikan ada persamaan antara sistem di Malaysia dengan sistem di Britain. Bagaimanapun ada hal tertentu seperti kuasa raja berhubung dengan Islam serta kedudukan Majlis Raja-raja yang tidak terdapat di Britain. Sebahagian daripada perbezaan ini berpunca daripada kelainan agama dan budaya kita dengan kedudukan agama serta budaya mereka. Sebab itulah walaupun Raja di Britain mempunyai peranan agama, ia berbeza dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong atau raja sebagai ketua agama dalam konteks perlembagaan kita. Boleh dihujjah bahawa Kesultanan Melayu meneruskan sebahagian daripada peranan yang dimainkan oleh khalifah Islam di zaman sebelum ini.

Ini diikuti dengan amalan federalisme; yang anatara lain tujuannya ialah untuk mengekalkan imej kemelayuan dan ciri asal serta penting negara ini. Tanpa federalisme10, imej dan identiti asal negara ini akan terkubur dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudianya Malaysia. Tidak perlu disebutkan bahawa ciri federalisme kita tidak diambil dari Britain kerana negara tersebut adalah negara unitari. Malaysia juga tidak meniru bulat-bulat sistem federal yang ada di Amerika Syarikat, Canada, India atau Australia. Perbezaan Sejarah, agama dan keperluan menentukan bahawa Persekutuan Malaysia perlu berbeza dengan mereka.

Pengekalan kesulatanan Melayu menuntut bahawa hal yang berhubung dengan agama perlu diletakkan didalam bidang kuasa negeri-negri. Bagaimanapun, hasrat yang menginginkan sebuah kerajaan pusat yang kuat menyebabkan kebanyakan hasil mahsul diletakkan dibawah bidang kuasa pusat11. Begitu juga dengan hubungan luar serta angkatan tentera dan polis. Sesetengah persekutuan mengizinkan negerinya membuat hubungan luar. Sesetengah persekutuan juga membenarkan sistem mahkamah oleh pihak negeri. Ini semua tidak dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini mempunyai keutamaan dan masalahnya sendiri.

Daripada segi sistem politik pula ciri kemelayuan dan Islam diberikan tempat yang penting dan tidak boleh dikesampingkan. Diperingkat pusat meskipun perlembagaan tidak memperuntukkan secara jelas (explicit) bahawa Perdana Menteri mesti dipilih daripada kalangan orang Melayu, ketua negara mesti dipegang oleh raja Melayu.

Diperingkat negeri perlembagaan negeri-negeri Melayu secara jelas memperuntukkan bahawa Menteri Besar dan setiausaha kerajaan negeri mesti dilantik daripada kalangan orang Melayu12. Ini sebenarnya adalah penerusan amalan yang telah wujud sebelum merdeka. Yang berbeza cuma kalau dahulu menteri besar dilantik secara peribadi oleh sultan, sekarang ia dilantik oleh sultan melalui prosedur yang mencerminkan lunas demokrasi13.


Perlu dijelaskan bahawa peranan Yang di Pertuan Agong, Raja dan para Yang di Pertua Negeri dalam konteks ini bukanlah sesuatu yang berakar kepada sejarah dan tradisi. Sebaliknya mungkin lebih tepat jika dikatakan bahawa peranan tersebut lebih berakar kepada ketidaksempurnaan sistem dan proses demokrasi. Meskipun demikian oleh sebab Yang di Pertuan Agong dan Raja (tetapi mungkin tidak Yang di Petuan Negeri) mempunyai asas legitimacy mereka sendiri, kadangkala kedudukan mereka mempengaruhi perjalanan dan proses politik. Samada ini demokratik atau sebaliknya adalah soal yang lain.

Menyetuh tentang hak-hak keistemewaan orang Melayu14, sejarah awalnya bermula dengan rungutan-rungutan dan desakan-desakan yang dibuat oleh raja Melayu dalam sidang durbar yang bermula dalam tahun 1897 di Kuala Kangsar. Sekitar tahun 1913, pelbagai enakmen untuk melindungi tanah orang Melayu mula diluluskan15. Meskipun surahanjaya Reid tidak bersetuju dengan cadangan UMNO dan Perikatan supaya kedudukan ini dikekalkan, parti yang memerintah berpendapat bahawa pandangan surahanjaya tersebut tidak dapat diterima. Selepas 1971, peruntukan ini dipinda dan diperluaskan untuk meliputi kedudukan rakyat asal Sabah dan Sarawak.

Walaupun peruntukan tentang hak keistemewaan ini masih kekal telah wujud cadangan untuk merombaknya. Yang menarik disini ialah bahawa semua ini disuarakan dalam bahawa tindakan sedemikian agak sudah jelas melanggar peruntukan undang-undang mengenai hasutan. Dalam kempen pilihanraya tahun 1986 umpamanya, PAS telah membuat janji bahawa sekiranya ia terpilih ia akan meminda peruntukan mengenai hak keistemewaan orang-orang Melayu atas alasan kedudukan tersebut tidak selaras dengan prinsip kesamarataan yang dianjurkan oleh Islam. Dalam perhimpunan agong UMNO 1996, Perdana Menteri sendiri pada hakikatnya telah mempersoalkan kedudukan ini apabila melihat tanah rezab Melayu sebagai sesuatu yang tidak secocok dengan ketuanan Melayu.

Mengenai Islam pula, kedudukan adalah penerusan daripada peruntukan yang ada dalam perlembagaan negeri Melayu sebelum tahun 195716. Walaupun perlembagaan bertulis boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang baru, penetapan Islam sebagai agama negeri boleh dilihat sebagai usaha untuk mengakui dan menjelaskan nilai dasar negeri Melayu. Sebelum kedatangan British perkara ini mungkin tidak perlu kerana sebelum itu tidak wujud masyarakat bukan Islam yang besar jumlahnya. Mungkin boleh juga dihujjah bahawa keadaan sebelum British juga tidak menghendaki perlunya Islam dinyatakan secara rasmi dalam undang-undang tubuh negeri Melayu.

Apapun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam perlembagaan hari ini, suatu yang jelas ialah bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Meskipun pihak perikatan mendakwa sebaliknya17, daripada segi konsepnya adalah ganjil untuk mengatakan bahawa negara ini sekular sedangkan dalam masa yang sama ada peruntukan mengenai agama dalam perlembagaan. Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan-tujuan agama18. Soal apakah Persekutan Malaysia adalah sebuah negara Islam atau sebaliknya adalah soal yang lain. Mungkin perlu disebut bahawa dalam dunia hari ini tidak mudah untuk membahagikan antara negara Islam dengan yang sebaliknya.

Mengenai Bahasa Melayu, sebab mengapa ia diletakkan sebagai bahasa rasmi umpamanya tidak berbeza dengan unsur tradisional dan tempatan lainnya. Bagaimanapun oleh kerana kita mahu memberi hak untuk pengunaan bahasa lain, kedudukan ini tidak boleh digunakan sebagai lesen untuk menyekat mereka19. Dengan kata lain perlembagaan cuba mencari jalan pertengahan. Ciri ini juga kelihatan dalam peruntukan berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu vis-a-vis kepentingan yang sah kaum-kaum yang lain. Begitu juga dengan soal kedudukan Islam dengan agama lain. Tema yang sama juga boleh dilihat dalam soal institusi beraja. Peranan mereka mesti dilihat dalam konteks demokrasi berparlimen yang menetapkan bahawa hak memerintah adalah pada wakil yang mereka pilih. Dengan itu meskipun Raja-raja (termasuk Yang di Pertuan Agong dan Yang di Pertua Negeri) mempunyai budibicara tertentu ini tidak sepatutnya digunakan untuk mencabar kerajaan yang memerintah.

bersambung...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:46 AM | Show all posts
itu mok_nik yg cakap mod...
(tulisan dia sendiri ke?)

jadi tak boleh nak ulas sebab dia tak ada di sini... hehehe
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 23-7-2006 06:10 PM | Show all posts
Pendapat saya, bagi genersi baru atau mereka yg agak muda memahami perlembagaan lebih baik bincang dulu kesahihan pendapat itu dengan org tua-tua... Satu igauan siang bagi anda kalau anda menyangka kuasa kepimpinan (tertinggi) melayu hari ini merupakan peruntukan perlembagaan.

Jangan pulak mengheret amalan sebelum merdeka sebagai fakta sokongan. Merdekanya Msia barulah wujudnya perlembagaan dan dengan itu juga diberi kuasa pada politik utk menentukan pemimpin.

BTW, ruang ini perbincangan Islam atau perbincangan politik dan perlembagaan? Sejauh manakah Islam menggariskan akan hak sesuatu bangsa terhadap tanah (negara)? Kalau merujuk pada doktrin yg berkisarkan agama saya berpendapat tuntutan Israel ke atas tanah palestine lebih kukuh dari tuntutan melayu ke atas hak mutlask ke atas msia.... Apa pendapat kalian?

[ Last edited by  tiM at 23-7-2006 05:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
tiM This user has been deleted
Post time 23-7-2006 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 22-7-2006 06:12 PM


I nak keluar ni... tapi I jawab soalan u dulu...

I tidak maksudkan hak milik kekal...

Konsepnya begini...

Apa2 keputusan adalah diputuskan oleh pemimpin2 yg telah dipilih. Berdasarkan ...


Pemimpin yg toleransi awak anggap lemah? yg membenarkan Singapura keluar dari Msia?.... Itu salah pemimpin itulah antara pemimpin melayu yg bijak. Klaau anda mengharap pemimpin yg angkuh seperti saddam utk mempertahankan hak melayu dan ISlam di Msia, nescara pemimpin itupun jadi macam nasib saddm dan negara kita menjadi macam Iraq sekarang.... Adakah itu harapan Quran utk membina ketamadunan umatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 06:33 PM | Show all posts
Pemimpin yg toleransi awak anggap lemah? yg membenarkan Singapura keluar dari Msia?.... Itu salah pemimpin itulah antara pemimpin melayu yg bijak. Klaau anda mengharap pemimpin yg angkuh seperti saddam utk mempertahankan hak melayu dan ISlam di Msia, nescara pemimpin itupun jadi macam nasib saddm dan negara kita menjadi macam Iraq sekarang.... Adakah itu harapan Quran utk membina ketamadunan umatnya?


Hebat andaian awak ni.  Bagaikan seorang pakar analisa jiwa manusia.  yg tahu apa akan jadi kalau orang sebegini maka beginilah.  mungkin juga saddam adalah pemimpin yg lemah sebab dia sebenarnya berharap kepada USA untuk survivalnya sebelum 1991?  atau dia juga sebenarnya pemimpin lemah tetapi disokong USA semasa dia melantik dirinya menjadi presiden.  

itu semua saya andaikan sahaja...  tapi tak sehebat tiM..  sebab saya akui hujah saya tadi adalah andaian dan andaian saya boleh dibuang dlm tong sampah kalau mahu.  sementara tiM berhujah seolah-olah andaiannya adalah hujah muktamad yg benar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 23-7-2006 06:48 PM | Show all posts
Iraq di zaman saddam... Rakyat atau harapan masyarakat umum tidak diindahkan. Siapa yg cuba meminta hak dari kerajaan akan dipatahkan, siapa yg menentang akan di bunuh. Soal Dalil hubungan dgnnya sebelum mungkin sekadar propaganda... Siapa tahu, Rakayat Iraq sahaja yg tahu penderitaan mereka. Sementara bagi penyokongnya mungkin juga itu merupakan seperti yg anda bayangkan. Di Msia kita tak menghartapkan peminpin yg begitu.

Dan...
Saya bukan Tuhan utk membuat kenyaan muktamat(walaupun dalam permaian bolah sepak pengadil/refery mempunyai kuasa muktamat). Masih terbuka luas utk dibincangkan validiti pendapat itu.

[ Last edited by  tiM at 23-7-2006 05:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 07:02 PM | Show all posts
Iraq di zaman saddam... Rakyat atau harapan masyarakat umum tidak diindahkan. Siapa yg cuba meminta hak dari kerajaan akan dipatahkan, siapa yg menentang akan di bunuh. Soal Dalil hubungan dgnnya sebelum mungkin sekadar propaganda... Siapa tahu, Rakayat Iraq sahaja yg tahu penderitaan mereka. Sementara bagi penyokongnya mungkin juga itu merupakan seperti yg anda bayangkan. Di Msia kita tak menghartapkan peminpin yg begitu.

Dan...
Saya bukan Tuhan utk membuat kenyaan muktamat(walaupun dalam permaian bolah sepak pengadil/refery mempunyai kuasa muktamat). Masih terbuka luas utk dibincangkan validiti pendapat itu.


yer...  saya tahu awak bukan tuhan.  dan awak juga setahu saya adalah manusia yang menggunakan andaian.  sebagaimana awak membuat andaian tentang rakyat iraq.  saya tak minat hujah awak pasal iraq, tapi saya cuma perhatikan pengandaian awak.  kalau dah mengaku ianya pengandaian.....
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 23-7-2006 07:15 PM | Show all posts
Awak perhatikan keyataan awak terhadap pendapat saya kembali...
"Seolah-olah andaiannya hujah muktamad yg benar"
Adaian = ramalah atau tekaan.
Muktamad = bermaksud keputusan yg dipilih terbaik(bukan bermaksud pasti betul).
Benar = tidak syak lagi kesahihannya.

Jadi poin yg mana yg awak nak bincangkan? atau berbalik pada senario Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 07:57 PM | Show all posts
tak perlu balik senario mana-mana, saya bincangkan cara penulisan...

Andaian = ramalan atau tekaan.
Muktamad = bermaksud keputusan yg dipilih terbaik (bukan bermaksud pasti betul).
Benar = tidak syak lagi kesahihannya.

yang macamana?  andaian kita akan kata mungkin, atau kita tambah tanda soal...  yg nampak macam tak pasti.  atau secara terus terang kita kata ia adalah andaian.

perhatikanlah......
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 23-7-2006 08:10 PM | Show all posts
OK beginilah!
Kenyataan awal berbentuk nasihat merujuk pada kejadian luar yg benar berlaku. Tapi dalam kejadian itu, ada banyak kepercayaan yg disandarkan pada senario itu. Maka utk memerincikan contoh pengajaran itu.... apa saya menggunakan andaian utk memecah bias pada cerita yg bertentangan dengan contoh nasihat asal.

Boleh faham penerangan saya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 08:36 PM | Show all posts

IKLAN...

ok... tarik nafas dua tiga kali and lepas...

rileks2 jab... yg muslim pi smayang Isyak dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 23-7-2006 08:10 PM
OK beginilah!
Kenyataan awal berbentuk nasihat merujuk pada kejadian luar yg benar berlaku. Tapi dalam kejadian itu, ada banyak kepercayaan yg disandarkan pada senario itu. Maka utk memerincikan c ...



hampir la tu...  boleh lebih kurang.

contohnya, seseorang yg berfikiran bias akan membuat andaian tentang sesuatu peristiwa.  contoh baru ni saya ada bercakap dgn seorang ttg satu peristiwa.  rujukannya ialah LKY memoir.  itu satu saja rujukannya.  lalu dibuat kesimpulan.  itu adalah satu kesimpulan yg bias yg layak dikatakan andaian sahaja.  kenapa tak dirujuk juga kepada tulisan-tulisan tengku abdul rahman, mubin shepherd dan david marshall.  bukan tujuan saya nak berdebat atas fakta-fakta sejarah tersebut utk membuktikan siapa hebat atau tidak hebat berhujah.  

tengok sajalah macam mana seseorang mencari hujah, adakah hanya hujah-hujah yg menyebelahi dia saja yg hendak digunakan.  kalau demikian ia hanya satu andaian sahaja.  

ok...  saya nak rilek dulu...  nak tengok adik-adik semua berhujah....  atau berandaian sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 23-7-2006 08:36 PM
ok... tarik nafas dua tiga kali and lepas...

rileks2 jab... yg muslim pi smayang Isyak dulu...



ooo...  waktu saya di sini baru nak masuk asar....  panjang pulak tu...  musim panas la katakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2006 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 23-7-2006 09:03 PM



ooo...  waktu saya di sini baru nak masuk asar....  panjang pulak tu...  musim panas la katakan.


oops...ye ke...

terlupe plak pasal globalisasi...:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 24-7-2006 12:07 AM


oops...ye ke...

terlupe plak pasal globalisasi...:hatdown:



yer alhamdulillah...  dan sekarang baru maghrib.

beruntung lah kita yg boleh bersembang walau beribu batu spt kata rasulullah di mana bila hampir akhir zaman, saudara mu akan dapat berhubung dengan mu walau berada beribu batu.  semakin hampir ke akhir zaman, semakin hampir kita dengan kemunculan imam mahadi.

mungkin juga perlu kita berglobal utk melihat manusia ciptaan Allah di tempat lain, lalu kita bersyukur kerana melayu itu islam (tak termasuk sebilangan kecil yg murtad).
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 24-7-2006 12:29 AM



yer alhamdulillah...  dan sekarang baru maghrib.

beruntung lah kita yg boleh bersembang walau beribu batu spt kata rasulullah di mana bila hampir akhir zaman, saudara mu akan dapat berhubu ...

mungkin juga perlu kita berglobal utk melihat manusia ciptaan Allah di tempat lain, lalu kita bersyukur kerana melayu itu islam (tak termasuk sebilangan kecil yg murtad).-----------ibnur


hmmmm..:hmm: benar sungguh kata saudara...

kadang2 terpikir betapa beruntung nya diri ini lahir sebagai melayu Islam....Maha SUci Allah...ape lagi yang lebih baik dari itu...
dan jika saya lahir sebagai bukan melayu pula,Islamkah saya...jika tidak, apelah yang lebih rugi dari itu......masyaAllah....

Ampun kan lah kami jika kami kurang bersyukur.....

ps: Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 24-7-2006 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 23-7-2006 08:00 PM



hampir la tu...  boleh lebih kurang.

contohnya, seseorang yg berfikiran bias akan membuat andaian tentang sesuatu peristiwa.  contoh baru ni saya ada bercakap dgn seorang ttg satu peristiw ...

itu sokongan hujah yg terpelusuk... sepatutnya sokongan hujah perlulah dari sumber yg berbentuk pengetahuan umum, terkini. Lainlah kalau anda membuat kajian maka adalah wajar anda menyelami banyak-banyak lagi cerita lain yg berkaitan dengan penyetaan anda itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.244493 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list