Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
Kita boleh kaitkan dari cerita S. Umar ini dgn hadis pertama di atas bermaksud Tuhan mahu tunjukkan betapa Maha Mengetahuinya Dia akan sesuatu takdir yg akan berlaku meskipun manusia itu sudah diberikan sedikit kuasa (iradah juzu抜yyah) utk berusaha dan beramal. Tidak kira manusia itu memilih utk kebaikan atau memilih utk kejahatan, kesemuanya dalam ilmu dan takdirNya jua. Di mana Tuhan izinkan juga jika memilih keingkaran pada-Nya melalui iradah juzu'iyyah itu tadi. Inilah yg di maksudkan oleh S. Umar bila dia berkata |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasa This user has been deleted
|
Saya galakkan semua supaya gunakan nama "Allah swt" instead of Tuhan. Tuhan ni rasa janggal lah sebab banyak kalimah zikir menggunakan nama Allah swt.
Pada setiap masa ada perintah Allah swt dan kita mesti amalkan ikut cara Nabi Muhammad saw. Kalau dlm taat perintah Allah swt cara Nabi saw ada kesusahan maka kita sabar, & kalau ditimpa kesenangan kita syukur.
Nabi Ibrahim as taat perintah Allah swt dan dilontar kedlm api, tak alami kesusahan dlm api..maka Nabi Ibrahim dapat kejayaan. Ashabul Ukhdud taat perintah Allah swt, dan dilontar kedlm api & mereka meninggal di dlm api, maka mereka semua dapat kejayaan kerana taat perintah Allah swt.
Kita kena taat perintah Allah swt setiap masa 24 jam. Setelah taat perintah Allah swt, kita syukur, istigfar & doa. Persoalan takdir ni tak payah nak tanya sangat panjang2. Segala perkara yg telah erlaku, sedang berlaku dan akan berlaku datang dari Allah swt. Saya rasa penerangan Akashah tu dah memadai. Kalau tak faham, baca lah berulang kali.
Nanti kalau bincang panjang2, sampai tahap tak yakin kuasa Allah swt yg buat semua. Kita boleh rasa yg kita bebas utk buat apa keinginan kita tanpa kuasa dari Allah swt. Hati2 bincang bab taqdir ni sebab iblis senang nak cucuk jarum was-was dlm hati kita. Waulahualam. |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Apapun, noni baru masuk kat sini. Sekali rambang panjang penjelasan tidak menghuraikan permasalahan ini. Noni menghadapi masalah melalui 2 senario. jgnlah pula ambil dari yg lain dan akhirnya noni tak dpt selesaikanpun masalah ini. Lagi membingungkan ada la...
Noni menghadapi dua keadaan ini, jadi mana haq Allah taala dan mana hak noni. Itu sahaja...
Pertama:
Noni lapar, gi kedai, gadai gelang, dapat duit, beli nasi, makan nasi, kenyang.
Kedua:
Noni ditinggalkan kekasih, kecewa, pergi bagunan KLCC, terjun, meninggal dunia.
Bukan penjelasan yg meleret leret, dan bukan beribu ribu hadis. Memadai 1 atau 2 hadis tapi dpt mejelaskan 2 masalah ini.. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Bang ustaz dan bang Guys, minta tolong lagi sekali. Noni bukan suruh abg2 terbitkan sebuah buku melului penerangan penerangan. Dan tolong jgn mengcopy huraian sebuah buku ke sini.
Noni cuma menghadapi 2 senario itu. Jadi ambillah dasar senario itu. Harap paham.. (berulang kali dah pesan)
Bertindak bijaklah dgn sedikit penjelasan tetapi menyelesaikan, bukan sebaliknya.
Dari penerangan yg ada noni boleh letak keduanya kepada Allah taala, atau keduanya kepada noni. Tak perlu jauh, noni blh ambil dalil dari bang ustaz sendiri.
Kekadang org yg kita sangka tidak tahu membaca tetapi sebaliknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noni at 2004-7-29 03:50 PM:
Pertama:
Noni lapar, gi kedai, gadai gelang, dapat duit, beli nasi, makan nasi, kenyang.
Kedua:
Noni ditinggalkan kekasih, kecewa, pergi bagunan KLCC, terjun, meninggal dunia.
pertama: 1+1 dah tentu 2 this is within your control... kalau nasi masuk perut sure kenyang... tapi... tak semestinya nkau dpt makan nasi tu kalau duit tercicir atau kedai tutup... tu jadi 1+1 tak smestinya 2...
kedua: usaha untuk bunuh diri... memang ckp memang murah... pgi KLCC terjun meninggal... itu 1+1=2 itulah kita ... tapi we must know that there things that are beyond our control... making it 1+1 is not necessarily 2... kalau terjun cuma cedera parah... tiba tiba kekasih noni call nak balik kat noni... etc...
tulah kata org we can plan... tapi tuhan tentukan... |
|
|
|
|
|
|
|
pssstt... aku tak terbaca tulisan akasyah... |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Thanks bg kyas tapi tu bkn apa yg noni hendakkan. Gini..
Noni ditinggalkan kekasih- Kudrat(kuasa) Tuhan ke noni? Iradat(kehendak) Tuhan ke noni?
kecewa - Kudrat(kuasa) Tuhan ke noni? Iradat(kehendak) Tuhan ke noni?
pergi bagunan KLCC - Kudrat(kuasa) Tuhan ke noni? Iradat(kehendak) Tuhan ke noni?
terjun - Kudrat(kuasa) Tuhan ke noni? Iradat(kehendak) Tuhan ke noni?
meninggal dunia - Kudrat(kuasa) Tuhan ke noni? Iradat(kehendak) Tuhan ke noni?
Diantara itu pula, yang mubram mana yg mu'alaq
Ayat yg satu lagi, mengisi perut yg lapar itu satu kebajikan/ibadah tetapi munkin tidak dpt dilihat sebagai kebaikan disini. Lebih mudah noni gantikan kepada ayat lain bagi nampak.
Noni pergi ke masjid, solat.
[ Last edited by noni on 29-7-2004 at 05:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Oklah mudah2an penerangan saya ini akan membantu...Tapi mungkin penerangan saya panjang juga....:ah::ah::ah:
Firstly lihat pada kedudukan Qada' Mubram...iaitu suatu ketentuan yg hanya Allah saja mengetahuinya iaitu menjadi rahsia-Nya utk selama2nya. Jadi dlm dua2 sketsa di atas mungkin ianya Qada' Mubram atau mungkin juga bukan. Sebagai makhluk-Nya, kita sama sekali tidak akan dapat mengetahui apakah ianya Qada' Mubram atau pun bukan. Ini kerana kita tidak sekali2 diberitahu apa yg menjadi rahsia di sisi-Nya.
Secondly untuk menentukan samada kedua2 sketsa itu merupakan Takdir Mu'alaq, juga tidak dapat kita tentukan kerana apa juga yg akan berlaku, kita tidak diberitahu. Bukan sj apa yg bakal berlaku pada tahun depan, pada bulan depan atau pada hari esok bahkan apa yg akan berlaku sedetik lagi juga kita tidak dapat mengetahuinya.
Ini bermakna takdir Tuhan tetap menjadi rahsia-Nya tidak kira ianya Qada' Mubram atau Takdir Mu'alaq.
Ulama tauhid menkategorikan Qada' Mubram dan Takdir Mu'alaq melalui perbahasan dari sudut ilmu semata2 iaitu untuk menerangkan apa erti kedua2nya dan beza antara kedua2nya. Ini berikutan terdapat hadis2 dan dalil2 Al Quran yg byk menyentuh persoalan takdir ini yg boleh mengelirukan dan sukar difahami.
Tujuan adanya perbahasan oleh ulama2 tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah ini ialah utk mengelakkan salah faham di kalangan umat Islam yg boleh menggelincirkan akidah spt terjerumus kedlm fahaman Muktazilah, Jabariah, Qadariah dsbnya. (Insya Allah saya akan terangkan kemudian)
Untuk menetapkan sesuatu itu adakah ianya Qada' Mubram atau Takdir Mu'alaq tidak pernah dan tidak ada dibahaskan oleh mana2 ulama tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah . Mana mungkin sesuatu yg menjadi rahsia-Nya boleh dibahaskan oleh makhluk tanpa keizinan dari-Nya. Saya ulangi sekali lagi bahwa segala takdir atau pun apa yg akan berlaku tetap menjadi rahsia di sisi-Nya. Kita hanya tahu bila takdir itu sudah berlaku.
Di dalam ke dua2 sketsa tadi, hakikatnya ialah segalanya merupakan iradah atau qudrat Tuhan ttp dikurniakan sedikit qudrat itu kpd kita dgn kadar qudrat yg sgt terhad yg dipanggil irodah juzu'iyyah. ( Saya dah terangkan panjang lebar maknanya...rajin rujuk semula ok).
Kuasa terhad kurniaan Tuhan itupun secara zahirnya sahaja spt kita yg melakukannya ttp hakikatnya Tuhanlah yg berbuat iaitu jika bukan dgn izin-Nya kita tak kan mampu berbuat apa2. Sebab segala yg terjadi hanya Tuhan yg memberi bekas atau memberi kesan terhadap segala tindakan kita itu. Kalau Tuhan tak izinkan maka buat lah macam mana sekalipun, sesuatu itu tak akan memberi kesan atau berbekas. Atau pun berkehendak macam mana sekalipun hati kita utk melakukan sesuatu itu tapi tak dapat melakukannya jika qudrat Tuhan tak izinkan.
Seperkara lagi meskipun kita berkebolehan mengolah sesuatu menurut kehendak kita ttp cuba lihat pada sesetgh keadaan kita tidak boleh pun menghasilkan spt apa yg kita mahu. Ini jelas menunjukkan bukan usaha ikhtiar itu sendiri yg memberi kesan atau memberi bekas bahkan qudrat Tuhan itulah yg memberi kesan sebenarnya.
Contohnya, terjun KLCC bertujuan bunuh diri tapi alih2 tak mati pun. Tak pun jadi aruah sedangkan kehdk kita nak mati. Apa betul ke bila terjun itu tetap akan mati. Disebabkan terjun itukah yg mematikan kita? Bukan Tuhan?
Contoh, nak beli susu, konon cadang nak minum alih2 susu tumpah di tgh jalan padahal dah jaga betul2 supaya jangan tumpah. Apakah kerana jaga betul2 susu agar jangan tumpah itukah yg memberi kesan? Atau pun kalau dapat minum tu mesti atau wajib kenyang atau hilang dahaga? Susu itukah yg mengenyangkan bukan Tuhan?
Cuba perhatikan....bukankah ada masa kita minum kita rasa betul2 hilang dahaga tapi ada masa, minum byk mana pun tanpa sebab2 lain, tak hilang2 dahaga atau puas2 pun. Jadi di sinilah kerja Tuhan yg bukan urusan kita. Mengenyang atau mematikan kita itu qudrat Tuhan bukan kita.
Cth lain...sifat api itu membakar. Hakikatnya ialah bukan api itu yg membakar tapi Tuhanlah yg membakarnya. Lihat pada sejarah Nabi Ibrahim dibakar hidup2...sepatutnya Nabi Allah itu dah rentung sementelahan sifat api itu membakar ttp kerana Allah tak izinkan maka api itu tak memberi bekas apa2 pada Nabi Ibrahim. Api itu sudah berubah sifat sunnahtulllahnya iaitu bukan lagi membakar bahkan jadi dingin. Kan jelas dari peristiwa ini Qudrat siapa dibalik segala sesuatu itu.
Kita cuma mampu berbuat dgn sedikit qudrat yg dikurniakan itu tapi hasilnya bukan kita yg tentukan. Ini lah sebabnya kenapa para ulama ASWJ dan imam2 ASWJ membahaskan ilmu takdir ini supaya kita tak keliru dan jadi sesat bukannya ilmu takdir ini dibuat utk menentukan sesuatu itu Qada' Mubram kah atau takdir Mu'alaq ok:no::no::no:
Kesimpulannya kita hanya mampu berbuat, berusaha, beramal, bedoa dgn qudrat yg dipinjamkan sementara ini tapi yg menghasilkan terjadinya sesuatu setelah kita berbuat itu hanya Tuhan yg menentu dan menetapkan mana satu Dia nak beri kesan atau mana satu Dia tak mahu beri kesan sebagaimana kehendak kita. Ringkasnya tidak ada sempadan antara qudrat Tuhan dan manusia sebab hakikat qudrat kita yg sedikit ini pun Tuhan punya. Kita ini makhluk-Nya yg tidak punya apa2.
Cuma oleh kerana irodah juzu'iyyah itu sudah dikurniakan pada kita di samping akal serta panduan2 dr Al Quran dan hadis Rasulullah, maka kita akan dipertanggungjawabkan segala amal dan perbuatan di dunia ini. Jangan pula salahkan Tuhan bila kita dicampakkan ke neraka-Nya kelak.
Cth terdekat spt sekarang ini saya cuma mampu menerangkan semata2, itupun dgn izin Tuhan, apatah lagi nak memahamkan ilmu ini tentulah yg Empunya ilmu ini sendiri. So minta dari-Nya kefahaman itu ok. Amin.
Jika tak faham juga, esok saya akan postkan lagi pelbagai contoh..insya Allah. |
|
|
|
|
|
|
noni This user has been deleted
|
Ish, nak cakap serba salah, taknak cakap rasa camnak cakap. Camna nak mula,karang silap silap sampai esok tak abih. Naik penin ni. Apapun terima kasih atas penerangan abg abg terutamanya ustaz Akayshah noni ni. Panjang lebar dan amat sesuai untuk org org biasa seperti saya ni. Noni sokong sgt kalau kenkawan merujuk tulisan bang ustaz kita nih. Nonipun samalah..
Bang Ustaz ni memang berilmu. Hensom! Kata abah noni, kalu blh jgn berhenti kat situ. Jgn matikan ilmu dgn guru, jgn kurung ilmu dgn amal. Dan yang lebih penting jgn takliq pada ilmu itu sendiri. Teruskan dan teruskan. Jgn lekas gigit dan merasa sudah cukup. Semakin digali semakin kita dekat dgn kebenaran. Pun begitu kebenaran tak dpt di peluk kerana sifatnya mutlak. Bak kata org tua, semakin byk ilmu semakin kita tahu bahawa lebih byk lagi perkara yg kita tidak tahu. Semakin kita menyelam semakin luas medannya.
Pernah dengar pepatah kata: "Ilmuku larut dalam ilmumu, ilmumu larut dlmku"? Ini ada kait 'Dalam IlmuNya'. Menyata yg ghaib. Mana letaknya syurga atau neraka. Yang mana syaitan, yg mana malaikat dan sbgnya..
Kena tahu bab Qudrat Iradat kemudian baru tahu takdir berubah ke tidak. kalau berubah yg mana, kalau tidak yg mana. Kalaulah satu zarah berubah, hancur alam ini. Sekurang kurang kena re-schedule blk. Jika tidak berubah, haq mana kita dan haq mana Allah taala.
Apa apapun kita teruskan mencari. Lelebih yg cetek cam nonini. Ni kata org tua kat sebelah noni nilah. Dia ajak org islam berani dan melompat jauh lagi. Dengan apa? Tentu ada kaedahnya. Noni pun tak tahu. Hiks!
Oklah tak mau pjg pjg. Rasanya nak tamatkan forum takdir ni kat sini. Kira posting akhirlah ni kot. Penin dah ni. Assalamualaikum wbth... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
inangsari This user has been deleted
|
aku paham apa yang akasya tulis ttg persoalan noni tu. dan aku rasa akasya dah pun bagi jawapan. takda apa pun yang memeningkan. aku rasa jawapanya dah pun menepati soalan noni tu. kenapa noni pening yer? sori noni bukan nak memperkecilkan noni cuma rasa pelik jer.. jangan marah.
p/s- noni tu nak lagi ker masuk sini...;) |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Jika kita dah faham tidak adanya sempadan antara kudrat(kuasa) dan iradat(kehendak) Tuhan dgn kudrat dan iradat kita sebab qudrat dan iradat kita ini pun Tuhan punya....tentu kita terfikir, macam robot ajekah kita ini atau berbaloikah kita dijadikan di dunia ini?:hmm::hmm:
Jadi utk clearkan persoalan2 spt di atas, saya harap kita semua hayati sajak oleh Abuya di bawah. Abuya dah simpulkan makna qudrat dan iradat sekaligus ianya juga berkait dgn topik takdir ini.
KEHENDAK-MU KEHENDAK ku
Tuhan,
Engkau suruh aku bermujahadah
Aku cuba bermujahadah
Mujahadah ku adalah Kehendak (iradah) dan Kuasa (qudrat) Engkau
Aku tiada kuasa apa-apa
Kalau engkau kehendaki jadi, jadilah mujahadahku
Engkau arahkan aku menjauhi dosa
Aku berusaha meninggalkannya
Usahaku juga adalah di dalam Kekuasaan dan Kehendak Engkau
Aku tidak ada kuasa sedikit pun di dalam soal ini
Kalau aku gagal, ampunkan aku Tuhan
Tuhan,
Engkau suruh aku melaksanakan suruhan Engkau
Aku berusaha melakukannya
Tapi aku telah katakan usahaku juga adalah Kepunyaan Engkau
Kalau aku lemah melaksanakannya, ampunkan aku Tuhan
Aku adalah hamba-Mu yang lemah dhaif tiada kuasa pun
Walaupun aku berkehendak membuat baik dan menjauhkan kejahatan
Kehendak ku juga tertakluk dengan Kehendak dan Kuasa Engkau
Jika Kehendak Engkau berlawanan dengan kehendak ku
Kehendak Engkau jugalah yg berlaku, dgn hikmah yg tersembunyi
Kehendak ku terbatal sama sekali dengan Keadilan Engkau
Padahal kehendak ku yg terbatal itu
Adalah juga dari Kuasa dan Kehendak Engkau hakikatnya
Aku hamba-Mu tiada kuasa apa2
Segalanya bergantung dengan Kuasa dan Kehendak-Mu
Dengan rahmat-Mu Tuhan
Aku mohon segala kehendak ku yang baik biarlah selari dengan Engkau
Sudah tentu kehendak ku itu terjadi
Jika kehendak ku yg jahat walaupun hakikatnya dari Kehendak dan Kuasa Engkau
Engkau kan ada Kehendak yg tersendiri pula
Biarlah kehendak ku itu berlawanan dengan Kehendak Engkau agar ia tidak terjadi
Agar aku terselamat dari dosa dan derhaka
Takdirkanlah aku membuat kebaikan itu sama dengan Kehendak Engkau
Jika ditakdirkan juga segala kejahatan yg aku kehendaki
Biarlah Engkau takdirkan juga dengan tidak Kehendak Engkau
Jika kegagalan itu bersamaan dgn tidak Kehendak dari Engkau
Biar tidak akan terjadi, selamatlah aku
Tuhan,
Segala kebaikan untukku aku serahkan kepada-Mu
Tuhan mentakdirkannya
Agar kehendak ku itu terjadi beruntunglah aku
Memang setiap kebaikan dan kejahatan yg terjadi itu ada hikmah yg tersembunyi
Maha Suci Engkau dari menzalimi.
Nukilan oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi |
|
|
|
|
|
|
Who This user has been deleted
|
Aku pun tak faham tentang penerangan berjela-jela dari akasya
Kenapa tak terus jawab soalan je ? Terus kepada soalan ?
Kenapa mesti melalut. jawab soalan yang diberi..tak payah berdalih-dalih
dan konar sana-sini |
|
|
|
|
|
|
Who This user has been deleted
|
Originally posted by noni at 28-7-2004 10:11 AM:
Bang Ustaz...
Ni noni nak tanya sket. Apa apapun noni mintak maap dulu..
Pertama:
Noni duk kat umah, adik nangis lapar takdak susu. Nonipun gi gadai gelang dpt duit dan beli susu. ...
Soalan ni jelas. aku pun nak tahu jugak? kenapa jawapan melalut-lalut :hmm:
dan langsung tak menjawab soalan |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Originally posted by Who at 2004-8-8 01:22 AM:
Aku pun tak faham tentang penerangan berjela-jela dari akasya
Kenapa tak terus jawab soalan je ? Terus kepada soalan ?
Kenapa mesti melalut. jawab soalan yang diberi..tak payah berdalih-dalih
da ...
Tak perasankah jawapan yg saya dah beri pada noni tu? Atau saudara tak baca pun?:lol
Jika ilmu asas Islam sebegini dan dah saya cuba ringkaskan pula, saudara/i rasa berjela...apatah lagi nak buka kitab yer!;) Nak jadi org mukmin kena rajin ok.
Nak faham, kena minta kefahaman ilmu tu dari Allah sebab ilmu itu Dia yg punya biar berjela sekalipun. |
|
|
|
|
|
|
Adecco This user has been deleted
|
Baru2 ni dalam 3 minggu lepas, someone closed to me passed away.
Bukanlah keluarga..tapi aku dah berkawan dgn dia sejak student, roomate masa blajar and baru2 kerja dulu 卆ku pun selalu balik kampung dia dulu..tup2 meninggal time jogging.Umur baru lewat 20an, takde penyakit.
Aku dah banyak malam terkebil2 sejak haritu..aku tak salahkan Tuhan, tapi iman aku ni lemah nak hadapi. Patutnya solat lebih ke, ingat Tuhan ke..tapi aku sekadar solat 5 waktu ler..tu pun
Takde penghayatan. Aku ader ambik Diazepam, sejenis ubat tidur tapi tak boleh pulak tidur nyer. Haritu dah ambik cuti dah.
Teori tu lebih senang 慏IPERKATAKAN抎ari kenyataan..
Ni mau sampai subuh dok terkebil2卼engok TV pun tak lalu厖perasaan macam di awang-awangan.
Aku tengok komputer & internet ni pun makin meluat sebenarnyer, Cuma aku nak lupakan dunia luar.
Aku rasa kalau korang perabih boreh cakap aper pun 卪esti takde nyer nak masuk kat hati aku nih..Nauzubillah. |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Originally posted by Adecco at 2004-8-12 03:43 AM:
Baru2 ni dalam 3 minggu lepas, someone closed to me passed away.
Bukanlah keluarga..tapi aku dah berkawan dgn dia sejak student, roomate masa blajar and baru2 kerja dulu 卆ku pun selalu balik kamp ...
Aduhaiii...simpati saya dgn saudara ni..Kenapa dlm situasi yg sepatutnya kita lebih rapat dgn Dia tapi kita tak mampu nak buat?
Sebab utama kerana rasa berTuhan kita masih tak kuat. Roh kita tak hidup dgn rasa2 berTuhan. Sebab itu dia sakit, derita, hingga solat pun tak mampu nak 'hidup'kannya. Jadi munasabah ilmu yg kita tahu kita rasa hanya teori sebab ianya hanya jatuh ke akal tapi tidak ke hati. Rasa di awang2, itu antara tanda rasa berTuhan masih tidak kuat. Rasa berTuhan masih tidak mencengkam di hati. Maaf yer jika saudara tersinggung. Saya cuma sampaikan ilmu yg saya tahu saja.
Dan antara sebab utama kita tak mampu nak kuatkan rasa berTuhan meskipun kita faham atau cuba buat ialah bila kita kurang merintih padaNya. Macam mana Dia nak anugerahkan rasa tersebut.
Merintih tu bukan sekali dua ttp selagi ada hayat dibadan, apatah lagi dlm keadaan situasi spt yg saudara alami ini. Merayu dan menangislah didepan-Nya ketika perasaan di awangan mcm tu. Luah dan bisikkan segala isihati pada-Nya. Tak payah susun bahasa pun tak apa kerana Dia maha mengetahui. Biar semalaman menangis mengadu pada-Nya. Itu semakin baik. Sesungguhnya Dia lagi suka hambaNya datang mengadu2 dan merayu mcm tu. Insya Allah bukankah Dia maha mengasihani.
Untuk pengetahuan saudara....kejadian kehilangan seseorg yg rapat dgn kita hakikatnya tanda Dia sayangkan kita. Itu 'jentikkan' dari Dia supaya kita datang padaNya. Selama ini mungkin kita jauh dariNya. Sebab itulah sesuatu yg terjadi tetap ada maksud tertentu. Negatif pada pandangan kita tapi ianya positif dlm pandangan Tuhan. Seolah2 kehilangan seseorg yg rapat dgn kita, Dia mahu kita jadikan Dia ambil alih tpt teman rapat kitayg dah 'diambil' itu.
Betapa untungnya kalau kita boleh positif spt itu. Sebab itu saya ada tulis, bahawa seseorg mukmin itu suka atau terhibur dgn ujian sebab itu tandanya Tuhan beri perhatian padanya iaitu tandanya Tuhan mahu seseorg itu rapat dgnNya disamping menghapuskan dosa2nya. Tapi tak semua org boleh faham terima konsep ilmu tasauf ini.
Kalau org tahap muqorobin, sehari saja Tuhan tak uji, resah gelisah mrk sebab mrk rasa Tuhan dah tak beri perhatian pada mrk. Tuhan dah biarkan mrk senang. Mrk takut kesenangan itu hanya istidraj (senang yg diberi dlm bentuk murka-Nya).
Kat bawah ini saya copy sajak Abuya yg dah dijadikan nasyid oleh kumpulan Diwani...iaitu serba sedikit step macam mana nak didik hati agar rasa berTuhan
MARILAH RASA BERTUHAN
Marilah kita rasakan Tuhan itu pelindung
Marilah kita rasakan Tuhan itu penjaga
Marilah kita rasakan Tuhan itu pengawal
Marilah kita rasakan Tuhan itu pembela
Marilah kita rasakan Tuhan itu penyelamat
Marilah kita rasakan Tuhan segala-galanya
Rasa-rasa ini mendorong kita cinta kepada Tuhan
Rasa-rasa ini menjadikan kita takut kepada-Nya
Rasa-rasa ini membawa kita malu kepada-Nya
Rasa-rasa ini mendorong kita merasa kuat dengan-Nya
Juga rasa-rasa ini mendorong kita berani yg tiada taranya
Kerana pelindung dan pembela kita itu Maha Gagah dan Berkuasa
Maha Berkehendak dan Kehebatan-Nya tiada siapa boleh menolak
Siapa yang merasa seperti yang dikatakan
Waktu seorang merasa ramai
Di waktu ramai bertambah lagilah dirasakan ramai
Rasa-rasa inilah kita pandang makhluk tiada kuasa apa
Walau bagaimana besar kuasa dan pengikutnya
Kita akan merasa semua ini sama saja dengan kita
Tidak ada mempunyai apa-apa kuasa dan daya
Di hadapan Tuhan sama sahaja
Bahkan kita berani dan tegas menegakkan kalimah Allah
Di sinilah betapa perlunya kita merasa akan bertuhan
Nukilan Abuya |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sengaja saya naikkan semula thread ni merujuk kpd thread oleh kyas.. 'ALLAH TAHU TAK?" yg sebenarnya tidak lebih dari soal yg berkaitan dgn takdir. Andainya kita faham erti takdir yg sebenarnya...persoalan pada topik 'ALLAH TAHU TAK?" tak kan timbul dan kita tahu utk menjawabnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|