CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

Masalah-masalah Mualaf

[Copy link]
Post time 30-3-2009 02:48 PM | Show all posts

Balas #56 elsiealaia\ catat

Amat malang sebab sesetengah orang melayu fikir Islam ni exclusively milik orang melayu aje, sampaikan ada kaum lain menyamakan masuk Islam dengan masuk melayu.

Sedangkan Islam tu universal. Selagi adat & cara hidup tak bercanggah dengan shariah tak perlu di"melayu"kan bila dah revert ke Islam.

Ada orang melayu yg marah bila reverts masih makan guna chopsticks dan soh depa belajar makan guna tangan. Habih tu, tak tau ke Muslims di China tu makan guna chopsticks! Tu belum cerita pasal tukar nama, tak buleh makan minum di rumah keluarga yang belum Islam etc.

"Aunty Mei Ling masuk Islam, bukan masuk Melayu atau Arab." Good thinking, worth debating over.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2009 10:12 AM | Show all posts
Sentral: Saudara baru boleh ke Mahkamah Sivil
Oleh Haspaizi Mohd Zain
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 akan dipinda bagi membolehkan seseorang yang memeluk agama Islam boleh membuat tuntutan hak mereka di Mahkamah Sivil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata peruntukan dalam akta itu yang akan dipinda dalam masa terdekat, menyatakan bila seseorang memeluk Islam, beliau tidak ada hak lagi di Mahkamah Sivil, sebalik perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah.

揔ita tak nak lagi masalah di Perak berulang dan menimbulkan krisis antara kaum dan agama. Perkasakan dulu akta ini, yang lain akan menyusul kemudian,
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 10:30 AM | Show all posts
aku ada berberapa kawan yg masuk islam..

so far so good..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:54 PM | Show all posts
ni pasal seorang pelajar mualaf di ipts tempat kerja bedah.. budak ni masuk islam umur 17 thn.. keluarga memang tentang hebat terutama datuknya.. bila dh muslim dia smbg belajar.. atas bantuan zakat.. tp berapa sangatla... sambil2 belaja tu wat part time...

tp dia mmg ada masalah kewangan sangat .. tu lah masalah kebanyakan mereka yg masuk islam masa muda2 sangat ni... famili awal2 dh buang ..

semoga meerka ni menjadi lebih bertakwa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2009 04:40 PM | Show all posts
Saya bukan kafir
Oleh Zalifah Mohd Yatim
[email protected]




MUAR: Kelunakan bilal memperdengarkan azan setiap pagi di surau berhampiran rumah selama 20 tahun membuka pintu hati seorang wanita untuk memeluk Islam.

Biarpun tidak mengetahui maksud di sebalik seruan solat itu, Lina Poh Abdullah, 62, sering bangun jam 4 pagi semata-mata untuk mendengar azan sebelum terpaut menjalani kehidupan sebagai orang Islam seperti kebanyakan penduduk di kampungnya.

Akhirnya pada 2006, dia memeluk Islam bersendirian manakala bekas suami dan empat anak masih menganut agama asal.

Bagaimanapun, dia yang baru bernikah dengan lelaki lain hampir dua bulan lalu kesal berikutan dihina, malah dituduh kafir apabila menegur perbuatan sekumpulan remaja supaya tidak melepak dan membuat bising berhampiran rumahnya.

“Saya pantang orang tuduh saya kafir sedangkan mereka tidak tahu banyak pengorbanan terpaksa dilalui orang seperti saya untuk memeluk Islam,” kata Lina yang menjadi mangsa penghinaan ‘kutu tembok’ di sini.

Menurutnya, pengalaman pahit itu bermula sejak 2007 apabila sekumpulan remaja sering mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hatinya sebagai seorang Islam selepas tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur tabiat buruk mereka.

Paling menyedihkan, dalam kejadian terbaru Jun lalu, beberapa remaja tergamak menyuruhnya keluar Islam.

Malah, katanya, dia turut dicerca supaya tidak mengerjakan solat lima waktu selain tidak perlu berulang-alik ke masjid dan surau serta membuka tudung dipakainya sejak memeluk Islam.

“Apa salah saya sehingga sanggup menyuruh berbuat demikian serta menuduh saya kafir selain mengugut membunuh saya.

“Saya menangis semalaman kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian dan tidak lena tidur. Saya benar-benar sedih dan kecewa...kerana terlalu sedih, saya buka tudung selama tiga hari, hujung bulan lalu.

“Saya rasa bersalah, tapi kerana terlalu sedih saya ikutkan hati, tetapi memakai semula selepas dinasihatkan seorang kenalan yang bertugas sebagai anggota polis,” kata Lina yang menjaga dua cucunya yang bukan Islam pada hari kerja, manakala hujung minggu pulang ke Pagoh untuk bersama suami.

Lebih mengecewakan, kata wanita itu, anaknya yang bukan Islam turut menjadi mangsa apabila keretanya di depan rumah pernah dicalar beberapa bulan lalu.

Apabila masalah itu diajukan kepada pemimpin masyarakat, dakwa Lina, dia diminta berpindah jika tidak boleh menerima suasana kejiranan di situ.

Katanya, dia terpaksa membuat pengorbanan besar apabila mengambil masa 20 tahun sebelum tercapai impian memeluk Islam.

“Ketika mahu memeluk Islam, anak masih kecil dan saya tidak mahu apabila mereka besar dipersalahkan kerana memaksa mereka menukar agama,” katanya.

Disebabkan bimbang keselamatannya, Lina sudah beberapa kali membuat aduan di Balai Polis Muar dan terbaru pada 22 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin, berkata umat Islam perlu sentiasa bersangka baik dengan saudara baru bukan dengan mencaci dan menghina mereka.

Katanya, kehadiran saudara baru perlu diterima secara terbuka dengan sentiasa diberi sokongan sebaik mungkin supaya menjadi mukmin sejati.

“Jurang pemisah atau sempadan antara saudara baru dengan umat Islam asal tidak seharusnya wujud kerana dalam agama akidah yang menyatukan kita. Kehadiran mereka menambah lagi kekukuhan Islam,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 09:44 AM | Show all posts
Dugaan hidup setelah memeluk Islam


MOHD. SHAFIQ, SITI NUR AMALIA, NUR AINNA SYUHADA

JOHOR BAHRU 12 Okt. – Menjalani kehidupan sebagai saudara baru atau dikenali ‘saudara kita’ di Johor merupakan pengalaman yang cukup mencabar kesabaran golongan berkenaan.

Ini kerana mereka yang memilih Islam sebagai agama atau cara hidup sering berdepan pelbagai dugaan ada di antara mereka yang disisihkan keluarga dan saudara mara serta dicerca kaum sendiri.

Bagi Mohd. Shafiq Abdullah, 42, yang berasal di Chamek, Kluang, dia mengetahui mengenai agama suci Islam sejak zaman kanak-kanak lagi kerana bergaul dengan rakan-rakan kaum Melayu di kampung dan sekolah.

‘‘Masa itu bila kawan-kawan Melayu adakan kenduri-kendara dan majlis-majlis keramaian saya ikut serta.

‘‘Pendek kata dari situ saya mengenali adat, resam, budaya serta mengetahui amalan-amalan agama Islam,” katanya yang kini bekerja di sebuah kilang di sini.

Bapa kepada dua orang anak ini berkata, sebaik menganut Islam pada 1989, dia disisihkan keluarga.

‘‘Ini kerana bapa saya merupakan orang kuat kuil yang terletak bersebelahan rumah kami di Chamek dan selepas itu saya diusir dari rumah dan dipukul oleh abang,” katanya.

Namun selepas lima tahun kemudian dan memperoleh seorang anak dia cuba mendekati keluarga dengan berkunjung ke rumah keluarga serta menghadirkan diri pada perayaan-perayaan mereka.

‘‘Nampaknya Alhamdulillah, hubungan saya dengan keluarga terutama ibu dan ayah bertaut kembali dan mereka menerima saya, isteri dan anak-anak saya sebagai ahli keluarga mereka,” katanya.

Begitu juga dengan, Siti Nur Amalia Abdullah, 33, yang berasal dari Tangkak, Muar yang turut menerima tentangan hebat daripada keluarganya ketika menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang di Senai memberitahu, dia menganut Islam pada 2004 setelah bergaul rapat dengan masyarakat Melayu di Sagil, Tangkak.

Katanya, pergaulannya pada zaman kanak-kanak dan persekolahan serta semasa bekerja telah mempengaruhinya untuk menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.

‘‘Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Islam, saya pernah berpuasa pada bulan Ramadan selama enam tahun dengan bersahur serta berbuka puasa bila tiba waktunya,” katanya.

Dia mengakui rakan karibnya, Rosni Abdul Rani banyak membantu dan mendorongnya sehingga menganut Islam pada 23 Julai 2004 di Masjid Abu Bakar, di sini.

Bagi memantapkan lagi ilmu dan amalan Islam, dia mengikuti kelas-kelas dakwah yang dianjurkan di peringkat daerah dan negeri.

‘‘Saya merasakan Islam adalah satu-satunya agama yang membawa ketenangan jiwa dan saya merasa cukup bahagia, malah atas kekuasaan Ilahi keluarga mula menerima saya dengan baik,” katanya.

Nur Ainna Syuhada Abdullah, 36, yang berasal dari Tambunan, Sabah pula menerima cercaan yang amat dahsyat daripada keluarganya sebaik mengetahui dia menganut Islam.

Dia yang kini tinggal di Senai berkata, antara cercaan yang paling dahsyat dan tidak akan dilupakan apabila dipaksa oleh kakak keduanya untuk memasuki gereja dan dibaling dengan daging babi kerana enggan meninggalkan Islam.

Isteri kepada Mohd. Nur Izuddin Abdullah ini turut memberitahu, keinginan untuk mengetahui mengenai agama Islam timbul sejak zaman kanak-kanak kerana keluarganya yang berketurunan Sino Kadazan beragama Kristian.

Menurutnya, dia pernah bermimpi mengenai seorang lelaki berjubah, berambut panjang dan membawa satu kotak berisi telekung dan memberikan barangan itu kepadanya.

‘‘Selain itu, saya juga pernah bermimpi cara-cara berwuduk dan bersembahyang dan banyak lagi yang akhirnya pada 27 Ramadan tahun 1420 Hijrah bersamaan 31 Disember 1999, saya menganut agama Islam secara rasmi,’’ katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2009 10:05 AM | Show all posts
kita yang dah islam ni patut bantu saudara baru ni..macam seorang ibu mmabntu anak nya yang baru untuk berjalan..ingt itu tangungjawab kita..orang lain kita takleh nak paksa..so ddik ati kita untuk bantu..insyaallah Allah akan tulun..kalau masing2 didik ati masing2 untuk tulun mualaf..tak ke bagus..makin ramai yang akan bantu mualaf nanti..

"takkan sempurna iman seseorang muslim itu, selagi dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:05 AM | Show all posts
kita yang dah islam ni patut bantu saudara baru ni..macam seorang ibu mmabntu anak nya yang baru untuk berjalan..ingt itu tangungjawab kita..orang lain kita takleh nak paksa..so ddik ati kita untuk bantu..insyaallah Allah akan tulun..kalau masing2 didik ati masing2 untuk tulun mualaf..tak ke bagus..makin ramai yang akan bantu mualaf nanti..

"takkan sempurna iman seseorang muslim itu, selagi dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 10:14 PM | Show all posts
68# fantaghero1818

Ya betul....
Tapi kita yg Islam baka ni kadang2 tu lebih jahil dari mereka yg baru peluk islam ni..
Ni yg jadi masalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 04:56 PM | Show all posts
Mualaf Boleh Fail Cerai Di Mahkamah Sivil, Cadang Pindaan Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama bakal membolehkan mereka yang memeluk agama Islam turut diberikan hak untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.

Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Mohamad Naser Disa berkata cadangan pindaan terhadap akta 164 iaitu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1967 sebelum ini hanya terpakai kepada mereka yang bukan Islam sahaja memfailkan penceraian bagi perkahwinan sivilnya di bawah subsekyen 51(1).

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka yang memeluk Islam dizalimi pasangan mereka yang enggan memfailkan petisyen penceraian. Melalui pindaan ini, pasangan yang memeluk Islam boleh memohon petisyen penceraian di Mahkamah Sivil atas alasan memeluk Islam," katanya dalam taklimat khas undang-undang berkaitan penukaran agama di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam taklimat itu, beliau turut menegaskan cadangan pindaan tersebut turut melibatkan dua lagi akta iaitu Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Beliau berkata bagi mereka yang memeluk Islam, sekatan tempoh dua tahun bagi petisyen penceraian yang difailkan akan dikecualikan melalui persetujuan bersama.

"Cadangan peruntukan baru terhadap subseksyen 51(1A) juga bertujuan untuk menetapkan tarikh kuatkuasa pembubaran perkahwinan sivil kepada tiga bulan selepas pihak itu masuk Islam," katanya.

Mohamad Naser berkata antara fokus cadangan pindaan ialah pemberian kuasa kepada mahkamah sivil untuk memutuskan perkara-perkara mengikut undang-undang sivil berkaitan pembahagian aset perkahwinan (harta sepencarian), nafkah dan hak penjagaan anakanak serta larangan ibu atau bapa daripada mendaftarkan penukaran agama anak.

Beliau berkata menerusi cadangan peruntukan baru seksyen 51A (1), (2) dan (3) bertujuan memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk menguruskan pembahagian aset perkahwinan yang dipunyai oleh kedua-dua pihak selain harta lain.

Ia juga bertujuan membolehkan mahkamah menguruskan harta pihak yang memeluk Islam yang meninggal dunia sebelum perkahwinan bukan Islamnya dibubarkan dan pengagihan harta si mati kepada warisnya yang beragama Islam atau Baitulmal, katanya.

Selain itu, cadangan pindaan kepada Akta 505 menerusi pindaan seksyen 89 adalah bertujuan untuk meletakkan tanggungjawab kepada Pendaftar Mualaf untuk membantu seseorang mualaf memaklumkan kepada anggota keluarganya yang terdekat mengenai pemelukan Islamnya.

"Ia bertujuan bagi mengelakkan kes rebut jenazah dan Pendaftar Mualaf boleh mengecualikan keperluan memaklumkan perkara tersebut sekiranya mendapati ia boleh membahayakan keselamatan mualaf tersebut dan satu sijil perakuan sementara masuk Islam akan dikeluarkan.

"Pendaftar Mualaf tidak boleh mendaftarkan nama mualaf itu dalam Daftar Mualaf sehingga beliau berpuas hati dengan segala tanggungjawab mualaf berhubung dengan aset perkahwinan, nafkah pasangan dan anak serta jagaan anak semasa perkahwinan sivilnya telah diselesaikan," katanya.

Beliau berkata cadangan peruntukan baru seksyen 92A di bawah akta tersebut bertujuan untuk menyelaraskan Akta 505 dengan pindaan yang dibuat terhadap Akta 164 berhubung dengan kuasa Mahkamah Sivil mengenai aset perkahwinan dan harta lain mualaf yang mati sebelum perkahwinan bukan Islamnya dibubarkan.

Peruntukan ini juga terhad hanya kepada aset perkahwinan dan harta lain yang dipunyai atau yang diperolehnya sebelum dia memeluk Islam dan tidak menjejaskan harta mualaf yang diperoleh selepas memeluk Islam, tambahnya.

Cadangan pindaan terhadap akta 303 pula ialah pindaan ke atas Seksyen 18 yang bertujuan memberikan kuasa kepada hakim Mahkamah Syariah membenarkan mualaf berkahwin.

Turut dicadangkan ialah pemotongan subseksyen 46(2) bagi mengelak pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan bertujuan untuk menjadikannya selaras dengan cadangan pindaan kepada seksyen 3 dan 51 Akta 164 yang memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk mendengar petisyen penceraian dan relif sampingan yang difailkan oleh pihak kepada suatu perkahwinan bukan Islam yang telah memeluk agama Islam.

Turut hadir pada majlis taklimat itu ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Pegawai Syariah di Jabatan Peguam Negara Abd Walid Abu Hassan. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 05:08 PM | Show all posts
jika lau sesorang nak masuk islam berapa kah umur minium untuk berdaftar dgn jais diperlukan (mualaf)?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 03:42 PM | Show all posts
jika lau sesorang nak masuk islam berapa kah umur minium untuk berdaftar dgn jais diperlukan (mualaf)?...
mohdmus Post at 24-11-2009 17:08


dulu masa sy baru nak masuk islam..minima umo 18 tahun..klu yg under age tu, kena mak dan ayah dia hadir sama masa dia nak masuk islam tu..tp xtau la prosedurnya skg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 03:54 PM | Show all posts
72# missamissa   kat mana i boleh dapatkan maklumat tersebut?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 09:10 AM | Show all posts
Kalau dh 10-15-20 tahun masuk Islam, bukan lagi muallaf, ni dah Islam dah, tak boleh pakai title muallaf lagi. Muallaf ni yg baru masuk Islam... yg baru 2/3 tahun Islam... Kalau gitu semua sahabat2 nabi ... adalah muallaf, sebab semua sahabat nabi masuk Islam, tak ada yg lahir sbg Islam...! Macam mana cerita, 20 thn, 30 thn... dok muallaf lagi!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 10:07 AM | Show all posts
7 beranak sasaran bunuh
Oleh Hadzlan Hassan
[email protected]
2010/01/27

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.


Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.


Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.


Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.


“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.


Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.


“Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.


Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.


Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit.


Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun.


Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah.

“Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi.


“Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap.


“Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya.


Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam.


“Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi.


“Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya.


Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu.


“Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.090536 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list