|
Berkaitan Puasa dan Amalan Sya'aban & Rejab only
[Copy link]
|
|
Reply #49 ibnur's post
Tu ler, dia copy paste dari Internet, so kita tak tahu apa kedudukan sesetengah hadis tu.
Quote dari posting #8 :-
Rejab Menjelang Tiba...
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
(menurut hadis di riwayatkan Syaikh Imam Hibatullah bin Mubarak as-Suqthi, dengan sanad dari al-A'masy, dari Ibrahim, dari AlQamah, dari Abu Said Al-Khudri, dari Nabi saw
揃arangsiapa berpuasa satu hari pada bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diwajibkan baginya keridhaan Allah yang besar dan dia akan ditempatkan di dalam Syurga Firdaus yang paling tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
bagus...pahala besar bulan rejab nieh |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel posting #9 mendakwa hadis 揜ejab bulan Allah, Syaa抌an bulanku, dan Ramadhan bulan umatku |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah terbaca kat mana tah
ade pak cik tu dah umur dekat 80 lebih, still sihat dan tak ade penyakit lagi. Bile wartawan tanye ape rahsia, die kate puasa isnin khamis, puasa penuh bulan rejab, syaaban, ramadhan dan puasa 6 di bulan syawal..semua tu dapat 'mencuci' perut dan penyakit pon susah nak hinggap..
yela, perut kite ni mcm mesin gak, ade mase nak rest daripada proses makanan kan...so,hikmahnya Allah sunatkan puasa sunat tu utk mencegah dr penyakit aaa...SUbhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan Malam Nifsu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ayiem's post
nice info... tp nak tanya dalam rakkat tu tak kisah ka baca surah ape??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ayiem's post
salam......
good info... |
|
|
|
|
|
|
|
nie ade article pjg ttg nisfu syaban aku jumpa...bleh la merge kan...sume org ske bukak topik baru je..mod xleh kawal ke |
|
|
|
|
|
|
|
Banyakkan amalan di bulan Syaaban
Oleh Ismail Nor
SESUNGGUHNYA ibu bapa bertanggungjawab terhadap baik buruknya pendidikan anak-anak. Kerana itu, betapa kecewa hati kita apabila melihat kenyataan pahit, di mana anak-anak sudah tidak mengenal lagi bulan-bulan Islam yang harus dihormati dan dihayati.
Kita mensyukuri nikmat Allah dengan datangnya bulan Syaaban kini. Riwayat daripada Yahya bin Muadz bahawa: "Sesungguhnya dalam kata (Syaaban) terdapat lima huruf, di mana dengan setiap hurufnya kaum mukminin akan diberi suatu pemberian: dengan syin akan diberi syaraf (kehormatan) dan syafaat, dan dengan ain akan diberi izzah (kehebatan) dan kemuliaan, dan dengan baa akan diberi biir (kebaikan), dan dengan alif akan diberi ulfah (kemesraan), dan dengan nuun akan diberi nur (cahaya); dan oleh kerananya dikatakan: Bulan Rejab ialah untuk menyucikan hati dan bulan Ramadan ialah untuk menyucikan roh."
Sesungguhnya orang yang menyucikan badannya pada bulan Rejab maka dia akan menyucikan hatinya pada bulan Syaaban, dan orang yang menyucikan hatinya pada bulan Syaaban akan menyucikan rohnya pada bulan Ramadan, maka jika dia tidak menyucikan badannya pada bulan Rejab dan hatinya pada bulan Syaaban, bilakah dia akan menyucikan rohnya pada bulan Ramadan?
Oleh itu berkata seorang ahli: "Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon ampun da- ripada segala dosa, dan bulan Syaaban untuk memperbaiki hati daripada segala cacat, dan bulan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, dan tiga hari pada tengahnya, dan tiga hari pada akhirnya, maka Allah akan menuliskan baginya pahala daripada tujuh puluh orang Nabi, dan adalah seperti orang beribadah kepada Allah selama tujuh puluh tahun, dan jika dia mati pada tahun itu, dia mati sebagai pahlawan syahid."
Dan dalam hadis lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah Taala dan melakukan ketaatan kepada-Nya dan menahan diri daripada berbuat maksiat, maka Allah Taala mengampuni dosa-dosanya, dan memberi keamanan kepadanya daripada kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya.
Kita sentiasa mengharap rahmat dan fadhilatnya. Untuk itu kita harus meningkatkan amal soleh, memperbanyak ibadah terutama pada bulan-bulan mulia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 honey_nabilah's post
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Ahad) |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib),
17hb Ogos 2008(selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H) |
|
|
|
|
|
|
|
doa akhir & awal tahun;
|
|
|
|
|
|
|
|
Nisfu Syaaban kembali lg....
Assalamualaikum. ..
Kepada sahabat2 yang saya kasihi...di sini saya nak ingatkan anda semua, hari sabtu ini adalah bersamaan dengan 15 Syaaban...iaitu malam nisfu syaaban...jadi jangan persiakan malam yang hanya muncul sekali setahun....perbanyakkanlah amal ibadat anda semua..kerana pada malam itu Allah akan membuka semua pintu di langit(rahmat yang teramat banyak)...bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah, bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam...sesungguhnya apabila kita mendekati Allah walaupun sejengkal... Allah akan datang mendekati kita sedepa....jika kita berjalan untuk bertemu Allah...Allah akan berlari untuk bertemu kita....begitulah perumpaan yang menunjukkan bahawa Allah sangat mengasihani dan sangat penyayang terhadap makhluknya.. .jadi jangan buang masa dalam mengejar keredhaan Allah...
Renung2kan...dan Selamat beramal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by contessa at 15-8-2008 10:11 AM
bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah, bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam...
Hadith Palsu...... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn tunggu bulan syaaban je nak beramal... |
|
|
|
|
|
|
|
lotih ler antik... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau google di-internet : Solat Sunat Nisfu Syaaban mesti jumpa banyak artikel copy/paste yg start ayat dgn :
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban...dan disenaraikan amalan sunat malam Nisfu Syaaban nih...
Yang buat keje copy/paste nih pun tak usul periksa ada atau tidak amalan ini yg diperbuat oleh Rasulullah SAW.
Dalam Harian Metro arini pun ada disebutkan beberapa amalan dlm bulan Sya'aban ini spt puasa dan solat sunat yg boleh antaranya mengharamkan diri dari disentuh oleh api neraka, diampunkan dosa, dpt masuk syurga dll....tapi tak disebut pula sandaran hadis Nabi SAW.
Para sahabat dulunya berusaha kuat menuntut ilmu agama dan bermati2an berjihad mempertahankan Islam...namun Nabi SAW mengakui cuma 10 sahabat terbilang sahaja yg dijamin masuk syurga...sedangkan amalan kita yg ciput dan tak kering dari dosa besar dan kecil...amat senang utk dibersihkan dgn amalan pada malam Nisfu Sya'aban ini. |
|
|
|
|
|
|
|
amalan nisfu syaaban ni ikutan israiliyat.sama macam hari yum kipur mereka.sya nak tanya, betul ke malam tu, kitab amalan akan ditukar?sebab orang yahdi pun cakap macam tu masa yum kipur. |
|
|
|
|
|
|
| |
|