CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pipi

Berkaitan Puasa Ramadhan [merged]

[Copy link]
Post time 4-10-2005 10:26 PM | Show all posts

Salam,

Salam,

Dr Aisyah, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa yg mati dgn meninggalkan kewajiban (qhada) puasa, hendaklah walinya berpuasa menggantikannya"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Org yg meninggalkan puasa Ramadhan dgn sebab uzur kemudian dia meninggal sebelum dpt mengkhadakannya, ia tidak berdosa dan tidak wajib qhada dan fidiah.  Sekiranya meninggal sesudah ada kemungkinan dia dpt mengqadhakannya hendaklah dikerjakan (diqhada) oleh keluarganya.

[ Last edited by fleurzsa at 4-10-2005 10:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2005 10:40 PM | Show all posts
Dr Aisyah, Sabda Nabi saw,

"Rasulullah saw melakukan i'tikaf mulai hari sepuluh sampai akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat"
(riwayat Bukhari & Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 10:52 PM | Show all posts
Thanks ibnur.

Lolipop sebenarnya saja testing the temperature... tapi bagus juga dia mengusik begitu

Cuma nak tambah... just my one cent worth yang ingin saya kongsi dengan rakan-rakan yang sudi berkongsi... terlanjur saya dah tersentuh pasal rinse mouth kat posting di atas, it has something in relation to the original topic of this thread juga yang nak saya kaitkan. Tapi saya nak highlight sikit, bab masukkan sesuatu dalam rongga ni adalah perkara yang ada sedikit kekhilafan. Ada pendapat yang mengatakan batal puasa, tetapi ada pendapat yang mengatakan tidak batal sekiranya ianya tidak dilakukan berlebih-lebihan. Jadi terpulanglah pada rakan-rakan sekelian, untuk menilai yang mana yang anda lihat lebih kuat hujjahnya.

Saya rasa mungkin agak berguna juga jika kita refer pada rulings tentang memasukkan ubat atau air ke dalam hidung, mata, telinga dsb. If we look at the rulings tentang memasukkan ubat atau air ke dalam hidung, boleh juga kita apply pada bab mengorek hidung, kerana asasnya masih serupa, memasukkan sesuatu ke dalam rongga.

Dalam satu hadith qudsi ada menyatakan :

Fasting is Mine and it I who give reward for it.  A man gives up his sexual passion, his food and his drink for my sake.  Fasting is like a shield, and he who fasts has two joys: a joy whin he breaks his fast and a joy when he meets his Lord.  The change in the breath of the mouth of him who fasts is better in Allah's estimation than the smell of musk.

Syeikh Qardhawi di dalam satu fatwanya ada menyebut asas kepada puasa itu menahan diri dari makan, minum dan kenikmatan diri. Jadi dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga ni, adakah ianya melanggar basic berpuasa yang tergaris?

Dalam hal memasukkan air ke dalam hidung, ada satu hadith dari Sunan Abu Dawood yang mungkin beneficial:

Narrated Laqit ibn Sabirah: I said: Messenger of Allah, tell me about ablution. He said: Perform ablution in full and make the fingers go through the beard and snuff with water well except when you are fasting. (Sunan Abu Dawud 142)

The above hadith ni lebih panjang dari ini, tapi saya tak tuliskan yang tidak berkaitan dan hanya tuliskan apa yang berkaitan dengan bab wuduk dan puasa sahaja. Hadith tersebut membenarkan kita memasukkan air ke dalam hidung, but not overdoing it. Ibn Taimiyah is in the opinion that things like rinsing the nose will not nullify our fast.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 01:08 AM | Show all posts
kalau lupa takper.. dah rezeki dia. sbb dulu pun penah sedara aku siap makan biskut lagi pagi2.. sbb dia ingat time tu bukan posa. aku pun penah gak ter"makan" nie.

tapi kan.. aku kerja site gak.. tapi takderlah sampai jadikan tu alasan utk tak posa... mmg letih, sbb seharian berpanas berpeluh kat site.. tapi preparation tu penting.. sahur kena banyak minum air.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 1-10-2005 12:52 PM
Minta maaf lah

Bertanya bukan salah..tapi bab batal puasa ni adalah fardhu ain..yg wajib diselesaikan sebelum aqil baligh.. jadi kalau ini pun kita tak lepas ...usaha-usahlah cari guru....

...


erm.. rasa macam perfect sangat kita nie kalau dah cukup ilmu fardhu ain. padahal, ilmu fardhu ain nie takkan habis dibelajar punya... sbb merangkumi batasan2 mazhab, fahaman dsb.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 4-10-2005 10:52 PM
Thanks ibnur.

Lolipop sebenarnya saja testing the temperature... tapi bagus juga dia mengusik begitu

Cuma nak tambah... just my one cent worth yang ingin saya kongsi dengan rakan-rakan ya ...


aku rasa kan antique.. benda nie pun kita boleh samakan dgn beristinjak. kalau lepas berak tu, kita kena pastikan segala2nya bersih daripada najis. so selalunya kita kena korek "dalam" sikit supaya isi2 najis tu semua keluar. kalau tak, ia akan keluar sikit2 nanti dan akan menyebabkan pakaian dalam kita najis. so rasanya sama gak dgn hidung dan telinga. kalau korek sekadar utk keluarkan inti2 tu rasanya bukan masalah kan? lagipun kita nak menjaga kebersihan. asalkan jgn melampau ler, sampai masukkan chopstick dlm hidung ker.. sudu ker garpu ker. bergantung pada niat gak lah rasanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Amin_al_Kalam This user has been deleted
Post time 9-10-2005 09:25 AM | Show all posts
kalau dah tak nak pose tu mcm2 ler bagi alasan...
nasibla TUHAN tak bagi dorang ni nyanyuk...
nak sangat tak pose sekali TUHAN bagi penyakit nyanyuk baru tau...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 9-10-2005 01:14 AM


erm.. rasa macam perfect sangat kita nie kalau dah cukup ilmu fardhu ain. padahal, ilmu fardhu ain nie takkan habis dibelajar punya... sbb merangkumi batasan2 mazhab, fahaman dsb.



Aii ramai yg terasa ke..minta maaflah ...saya tak niat kan  utk sesapa.cum utk diri sendiri...


Encik Muntz...Ilmu fardu ain ni boleh habis...yg khilaf mazhab,qaul dsb itu fardhu kifayah...

Wallahua'lam....nanti ada yg marah lagi nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2005 11:28 AM | Show all posts
Makan minum time posa kalu lupa tak apa.

" Dari Abu Hurairah r.anhu berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg makan atau minum kerana lupa maka tidaklah perlu dia berbuka kerana ia semata-mata satu rezeki yang diberikan Allah kepadanya " (hadis hasan sahih, diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Baihaqi)
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 11:41 AM | Show all posts
eh eh.. ade gak yg duk goreng nasi time tu ek.. kalauu lah dia siap bawak bekal lagi ke tempat kerja.. isk isk..
kita sebagai kawan kena lah tegur dia awal2.. dia kan takde keuzuran..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 11:45 AM | Show all posts
amalan dan sunnah ni bergantung juga pada mazhab kan.. mungkin suami anda bukan malaysian @ mazhab lain, sbb banyak pandangan dan khilaf berbeza mazhab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 9-10-2005 11:41 AM
eh eh.. ade gak yg duk goreng nasi time tu ek.. kalauu lah dia siap bawak bekal lagi ke tempat kerja.. isk isk..
kita sebagai kawan kena lah tegur dia awal2.. dia kan takde keuzuran..



betul tu ct....tatie ingat lagi bab tegur menegur ni..tapi kena guna ayat yg menikam dalam lembut ler...sekali tu ada kawan beria sgt  ndak gi DISKO..maklum ler teenagers...tatie selambanyer kata kat dier, kalau on the way kau gi disko ni, ditakdirkan kau accident..mati kataklah kau....hehhehe.....

tak sangka pulak ayat tu tersampai kat hati dier pulak...

tak jadik dia gi..ngeri dengar perkataan mati katak..hehehe...sekrg-krg nyer lepas gak tgjawab kita ndak menyedarkan kawan...

tugas kita menegur ajer...;)..sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran...kalau kena sembur dek kawanpun, kenalah sabar...hehehe....
Reply

Use magic Report

cekpoin This user has been deleted
Post time 9-10-2005 10:18 PM | Show all posts
camna kalau kita sahur tapi tak tau dah masuk subuh?......camni.....pg tadi aku bangun sahur cam biasa....tapi aku tak sedar dah lewat....ngam2 lepas makan...masa nak basuh tangan aku tgk luar dah cerah tanah dah.....biasanya lepas bangun tido aku tgk jam dulu...ntah apsal pg td tak tgk lak...
Reply

Use magic Report

BALAKTIMUR This user has been deleted
Post time 10-10-2005 04:34 PM | Show all posts
Cara turunkan berat badan ketika berpuasa
Bukan dengan makan sedikit waktu berbuka dan bersahur sebaliknya seimbangkan kalori yang masuk ke dalam tubuh. 1/3 harus digunakan untuk bersahur dan 1/3 lagi untuk berbuka.  Namun ramai yang tidak faham peraturan sebab itu mereka makan lebih banyak ketika berbuka dengan harapan tidak makan selepas Maghrib. Akibatnya pada waktu pagi mereka mengantuk disebabkan darah mengalir ke perut untuk mencerna makanan berlebihan.

Amalkan:

1. Untuk menghindari rasa haus jangan makan terlalu banyak. Sebaliknya, minumlah air dengan jumlah yang cukup dan hindari makanan bergoreng dan makanan masin kerana rasa masin boleh menimbulkan rasa haus.

2. Makan banyak sayuran dan buah-buahan segar kerana sayuran dan buah-buahan mengandung serat makanan yang boleh menyebabkan kita kenyang berbanding makanan yang mudah dicerna.

3. Makanlah makanan manis seperti kurma dan buah-buahan. Ini kerana paras gula menurun ketika berpuasa dan tubuh akan lemah. Makanan manis akan meningkatkan gula dalam darah sekaligus membuatkan badan segar.

4. Makan makanan yang memenuhi gizi tubuh. Berbuka puasa bukan peluang untuk makan sepuas-puasnya tetapi pastikan makanan itu ada kalori mencukupi agar tubuh tetap sihat. Kurangkan makanan manis kerana ia sumber kalori. Sebaliknya cari lauk-pauk sebagai sumber protein termasuk sayuran dan buah-buahan.

5. Minum banyak air suam ketika malamnya bagi menggantikan kekurangan air dalam badan ketika berpuasa sepanjang hari. Sebaiknya minum lebih lapan gelas sehari.

6. Perlu diingat yang anda sedang berdiet. Walaupun kita lapar dan haus ketika berpuasa, ini tidak bermakna yang kita tidak cukup makan. Perasaan lapar hanya dirasai pada waktu siang.

7. Perlu diawasi ketika berbuka puasa. Lapar yang amat boleh menyebabkan kita "rambang mata" apabila berbuka sehinggalah kita makan terlalu banyak. Kita perlu melawan perasaan "rugi tidak merasa semua jenis makanan" yang tidak dijamah selepas berbuka. Kita boleh menjamah makanan keesokan harinya.

8. Penyelidikan menunjukkan bahawa perasaan kenyang boleh ditimbulkan oleh isipadu dan berat makanan yang dimakan. Justeru, petua memilih makanan yang mengenyangkan tetapi tidak menggemukkan ialah:

Pilih makanan mengandungi karbohidrat (juga dikenali sebagai gula kompleks) seperti beras,  kentang bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Misalnya kita boleh berbuka puasa dengan memakan tiga atau empat biji kurma dan segelas air suam dahulu dan makan malam hanya selepas solat maghrib. (Buah-buahan seperti kurma dan aprikot boleh mengenyangkan tanpa membekalkan terlalu banyak kalori). Elak makanan padat tenaga (atau kalori) tetapi mempunyai isi padu kecil. Contoh gula (gula pasir di dalam minuman ataupun gula halus di dalam kuih), susu pekat (di dalam minuman ataupun disapu pada roti), makanan berproses seperti mi segera, mentega dan minuman tin.
Makanan yang berserat tinggi (high-fibre) dan air boleh menambah isipadu makanan tanpa menambah kalori. Misalnya, tiga cawan kacang hijau (serat tinggi) akan membekalkan jumlah kalori yang sama dengan satu sudu besar mentega (tiada serat). Sudah tentu kacang hijau akan membuat kira berasa kenyang berbanding mentega tadi. Ini kerana kacang hijau mengandungi kedua-dua serat dan air. Justeru, isipadu kacang hijau itu lebih tinggi dari mentega.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:25 AM | Show all posts

KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

KELEBIHAN BULAN RAMADAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta慳la dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta慳la telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur抋n) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta慳la:

Tafsirnya:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 10:41 AM | Show all posts

Berbuka Puasa

ermm.. aku nak tanay sket.. mana yg lebih ditekankan oleh Islam ek.. berbuka puasa bersama keluarga, atau berbuka puasa di masjid/surau bersama jemaah?

bukan pe.. aku lebih kepada pro menyokong berbuka bersama keluarga.. hmm.. yg x bestnya ayah aku plak pro kepada berbuka di masjid.. so arituh aku balik nak berbuka bersama keluarga.. as usual ayah aku gi berbuka kat masjid.. so berbuka la aku ngan mak aku je..

bila aku tanya kat mak aku, mak aku cakap, biasa la tuh.. hari hari buka di masjid. kesian aku memikirkan mak aku berbuka sorang2 time aku xde.. ish.. dah la aku jarang balik.. bila balik nak buka bersama kuarga, x complete plak..

so kalau ada argument atau nas nas yg bernas samaada menyokong berbuka puasa di masjid atau menyokong berbuka puasa bersama family sila la kemukakan..

in case dptlaa aku gunakan argument tuh untuk counter argument bila berbicara face 2 face dgn ayah aku... ehhehe

in case jika aku pula tersilap pemahaman.. bolehla diperbetulkan agar aku memahami situasi di pihak ayah aku pula..

ok.. need response from our muslimin and muslimat.. hheheh

kalau ade support hadith/ sirah pun baguih gak!..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2005 12:51 PM | Show all posts
aku takde nas/hadith...
mungkin ayah kau tak mau tertinggal solat berjemaah kat masjid... aku rasa, aku support ayah kau, sbb ada byk lg cara nak rapatkan hubungan sesama keluarga.. masa sahur pon boleh sama2..
satu cadangan utk family kau, bukak puasa ringan2 dulu, dgn kuih ke, kurma ke, pastu makan nasik sama2 lepas maghrib atau terawih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by palong at 18-10-2005 12:51 PM
aku takde nas/hadith...
mungkin ayah kau tak mau tertinggal solat berjemaah kat masjid... aku rasa, aku support ayah kau, sbb ada byk lg cara nak rapatkan hubungan sesama keluarga.. masa sahur pon ...


cadangan yg baik palong.. dan itu yg sedang dipraktikkan sejak dulu hinggga sekarang..

mmg berbuka alas je.. takat kuih ngna kurma je.. tradisi kuarga tidak memberatkan ketika berbuka..

tapi masalah sket.. ayah aku nih jenis orang bersosial dan berpesatuan, contradict dgn mak aku..

so ayah aku lepas berbuka di surau dan sembahyang jemaah maghrib. dia lepak borak borak ngan kawan2 x pun baca quran jap.. n then baru balik. time tu plak dah kol brape.. maybe dalam 15 minit je lagi nak masuk isyak. then baru nak makan.

yg mak aku plak, jenis x bersosial, dok umah mostly. so smayang rumah. tapi terawih gi le surau  dan dia nih plak cepat lapar.. so slalu makan dulu..

dan aku plak tersepit di tgh2.. nak makan bersama mak atau bersama ayah sahaja?? .. ilang dah seri kuarga dek ayah aku yg mementingkan umat nih.. dan  nak  mak aku plak camtuh.. terpaksa aku deal ngan akak aku.. akak aku teman mak aku makan.. aku teman ayah aku makan..

kadang2 aku sebagai anak nih terasa gak keserian keluarga aku yg makin pudar nih..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2005 04:24 PM | Show all posts

Perang Badr

Hari ini 17hb ramadhan... oleh kerana cuti sempena Nuzul Quran, org selangor ramai yg berpusu-pusu ke KL untuk membeli belah sampai jln KL jam... tapi tahukah anda, 17hb Ramadhan adalah satu tarikh yang amat bermakna bagi umat Islam? Hari yang sangat besar, sehinggakan Rasulullah saw berdoa kepada Allah:
"Ya Allah, penuhilah bagiku apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berilah apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika pasukan dari orang-orang Islam ini hancur pada hari ini, tentu Engkau tidak akan disembah lagi di bumi. (HR Muslim)."

Perang Badr berlaku pada 17 Ramadhan, tahun ke 2 hijrah.. Ia dijuga dikenali sbg Badr al-Kubra dan Yaumul Furqan (Hari yang membezakan atr hak dan batil).
Badr ialah sebuah tempat yg terletak kira2 150 batu dari Madinah.. Sebenarnya, sbb berlakunya Perang Badr ialah secara kebetulan sahaja.. Rasulullah SAW diberitahu bahawa rombongan perniagaan Abu Sufyan sedang dlm perjalanan pulang dari Syam.. Rasulullah SAW kemudian mengarahkan para sahabat menyekat rombongan tersebut dan merampas barang2 mereka. Ini kerana harta2 tersebut sememangnya milik kaum Muhajirin yang berhijrah ke Madinah sehelai sepinggang..
Atas niat untuk menyekat satu rombongan dagang, Rasulullah SAW bersama 310 umat Islam dgn 2 ekor kuda dan 70 ekor unta.. 70 org drpd Muhajirin, selebihnya org Ansar.. Bahkan tidak byk senjata yg dibawa kerana niat asal adalah utk menyekat rombongan dagang yg hanya beberapa puluh org...
tetapi Allah telah menentukan sebaliknya.. Dalam Surah al-Anfal ayat 44: "Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: Sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: Sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan."

Abu Sufyan dapat tahu.. dia hantar lah seorang utusan bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari  ke Makkah utk hantar bantuan.. Dlm masa yg sama, Abu Sufyan telah membawa rombongannya ikut jalan lain yg lebih jauh dan selamat.. dan akhirnya mereka terlepas drpd pasukan Islam.. dlm masa yg sama, kafir Quraish di Makkah telah mula bersiap sedia untuk berperang.. 1000 tentera bersama 100 ekor kuda dan 700 unta disiapkan.. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini.  Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Allah berfirman dlm Surah Al-Anfal ayat 47: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan."

Bila Abu Sufyan dpt tahu bahawa pihak Makkah telah bersiap sedia, dia telah hantar satu lg utusan memberitahu bahawa mereka telah selamat.. dia menyuruh pihak musyrikin supaya pulang ke Makkah dan jgn berperang.. Walaubagaimanapun, ketua tentera musyrikin, Abu Jahal dgn bongkaknya berkata: "Demi Allah! kami tidak akan pulang sehinggalah kami sampai ke Badr, tinggal 3 hari di sana, menyembelih unta, makan dan minum arak, dan biarkan orang Arab mendengar tentang kita supaya mereka terus takut kpd kita selama-lamanya"

Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu ttg kedatangan tentera musyrikin, baginda mengumpulkan sahabat2 nya dan berkata: "Allah telah menjanjikanku salah satu drpd 2 kumpulan, sama ada kafilah (rombongan abu sufyan) atau tentera (musyrikin yg dipimpin Abu Jahal)" Al-Miqdad bin Aswad r.a bangun mewakili Muhajirin dan berkata: "Ya Rasulallah, teruskanlah dgn apa yg Allah perintahkan kepadamu. Demi Allah, kami tidak akan berkata kepadamu dengan apa yg Bani Israel katakan kepada Nabi Musa: "pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu." (surah Al-Maidah ayat 24). sebaliknya kami akan berjuang di kanan, di kiri, depan dan belakangmu".. Sa'ad bin Mu`az r.a bangun bg pihak Ansar untuk memberikan keyakinan yg sama kepada Rasulullah SAW..

bersambung..... ada keje sket, tungguuu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2005 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by palong at 21-10-2005 04:24 PM
Hari ini 17hb ramadhan... oleh kerana cuti sempena Nuzul Quran, org selangor ramai yg berpusu-pusu ke KL untuk membeli belah sampai jln KL jam... tapi tahukah anda, 17hb Ramadhan adalah satu tarikh ...


Alhamdulillah.

Saya sedang mencari kesemua 313 nama ahli badar. Harap ada yg boleh tolong.


TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070768 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list