CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chowski

SERBUK & PERENCAH MASAKAN SEGERA

[Copy link]
Post time 26-10-2009 10:51 PM | Show all posts

Sedap ke nasik beriyani guna perencah segera tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 01:07 PM | Show all posts
Sedap ke nasik beriyani guna perencah segera tu ?

cmf_houdini Post at 26-10-2009 22:51

memang sedap!
saya selalu wat nasik beriani guna perencah ni..
tapi saya akan tambah ramuan lain mcm bahan tumisan, kayu manis etc..
parutan lobak merah, kismis dsb..
1 peket tu utk 2 pot beras [cukup utk 2-3 orang makan]
saya tak tambah ayam [seperti dlm arahan pek belakang]
cuma masak ikut kaedah biasa kita masak nasik beriani lah..
try lah!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 06:52 PM | Show all posts
mmg sedap kan pakai perencah maggi....semalam mak kiter buat....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 10:41 PM | Show all posts

Pes Masakan Seri Tunjung, siapa pernah cuba....





Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya buka thread ni sekadar nak ajak anda semua berkongsi pengalaman kepada yang sesiapa pernah guna pes ni.

Pengalaman saya semenjak menggunakan pes ni, memang memudahkan kerja-kerja memasak memandangkan saya mempunyai 3 orang anak lelaki yang masih kecil dan sedang lasak. Anak yang sulung umur 5 tahun, yang kedua 1 tahun 7 bulan dan yang ketiga 1 bulan. Anak sulung n anak kedua memang kuat makan. So, dulu sebelum guna pes ni, saya selalu kesuntukan masa memasak. Baru jer nak start masak, anak dah nangis. Terpaksa memasak makanan yang simple jer. Kekadang tu, bila kerja banyak kat tempat keje, dah penat nak masak. Terpaksa beli kat luar. Bila beli kat luar, kekadang anak2 saya cepat kena cirit-birit. Perut diorang ni sensitif sangat.

Sekarang dah tak mengalami masalah tu lagi. Boleh masak pelbagai jenis juadah dalam masa yang singkat dan menyelerakan. Suami pun tak banyak komen lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 10:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by idah_genetik at 8-11-2009 22:45

KUZI




KUZI GORENG (sesuai dimakan bersama nasi tomato/ nasi minyak/ nasi beriani)

Cara-Cara Menyediakannya:

1. Kisar halia dan bawang putih. Gaulkan bersama ayam, garam dan aji selama ½ jam. Kemudian digoreng separuh garing.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak yang dicampurkan bersama.

3.Tumiskan pes yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kemudian masukkansusu pekat bersama sedikit air juga. Biarkan hinggakuah menjadi sedikitpekat.

4. Masukkan bawang goreng, kismis dan gajus kedalam kuah tadi.

5. Setelah mendidih masukkan ayam dan gaul sehingga rata.

6. Setelah masak boleh dihidangkan

* JIKA PERLU TAMBAH PERASA


KUZI BERKUAH (sesuai dimakan bersama roti jala)

Cara-Cara Menyediakannya:

1. Kisar halia dan bawang putih. Gaulkan bersama ayam, garam dan aji selama ½ jam. Kemudian digoreng separuh garing.

2. Panaskan minyak sapi.

3.Tumiskan pes yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kemudian masukkansusu cair, dan air. Biarkan hingga kuah menjadisedikit pekat.

4. Masukkan bawang goreng, kismis dan gajus kedalam kuah tadi.

5. Setelah mendidih masukkan ayam dan biarkan sehingga keluar minyak.

6. Setelah masak boleh dihidangkan

* JIKA PERLU TAMBAH PERASA


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 10:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by idah_genetik at 8-11-2009 22:46

DALCA PERUT & DAGING TETEL



Cara-cara Menyediakannya

1. Tumiskan daun kari seketika, masukkan pes dalca, perut/ daging tetel bersama sedikit air. Masak sehingga empuk.
2. Setelah empuk, masukkan kacang dhal dan masak sehingga dhal separuh empuk.

2. Setelah dhal separuh empuk, masukkan ubi kentang yang telah potong.

3. Bila dhal dan kentang empuk, masukkan santan, air, gula, dan garam. Kecilkan api sehingga kuah pecah minyak.

4.Setelah mendidih n pecah minyak,masukkan terung, lobak merah dan ladahijau yang telah dipotong. Tutupperiuk dan biarkan hingga mendidih,

5. Setelah kuah mendidih, masukkan buah tomato.

6 Setelah masak, boleh dihidangkan

* JIKA PERLU TAMBAH PERASA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2009 10:44 PM | Show all posts
RENDANG AYAM



Cara-Cara Menyediakannya:


1. Masukkan pes rendang dan santan kedalam periuk. Masak sehingga pecah minyak.

2. Setelah pecah minyak masukkan ayam, asam keping dan dikacau sehingga masak dan pekat.

3. Setelah masak, masukkan hirisan daun kunyit.

4. Boleh dihidang.

*JIKA PERLU TAMBAH PERASA
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 10:45 PM | Show all posts
hiuh mcm sedap aje rendang dier
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 10:47 PM | Show all posts
hiuh mcm sedap aje rendang dier
mesmerize Post at 8-11-2009 10:45 PM


Bukan saja sedap, tapi senang nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 01:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by ninoZ at 9-11-2009 01:36

nak kongsi pengalaman, ok [saya dah nampak posting anda yg sama di jual beli ]
tapi kita dah ada thread perencah masakan segera..saya akan merge thread later on
agak2 nak promote bisnes..bleh letak kat thread direktori online FnR, tapi sila follow panduan yang diberi..

seri tunjung nih produk mana?
mcm nama kampung saya aje ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by ninoZ at 9-11-2009 01:36

nak kongsi pengalaman, ok [saya dah nampak posting anda yg sama di jual beli ]
tapi kita dah ada thread perencah masakan segera..saya akan merge thread ...
ninoZ Post at 9-11-2009 01:30 AM



Produk ni dari kelantan. Keluaran bumiputera. Memang ada banyak jenis rempah segera yang berada di pasaran. Terpulang ler pada kita nak beli yang mana. Setakat ni, yang menjadi pilihan kami sekeluarga ialah produk Seri Tunjung ni. Kalau nak makan mee bandung, saya akan pilih jenama adami. Kalau beli jenama lain, memang kureeeng tahap kesedapannya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 04:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by idah_genetik at 8-11-2009 22:45

KUZI

/


KUZI GORENG (sesuai dimakan bersama  ...
idah_genetik Post at 8-11-2009 22:42

saya pernah masak kuzi guna perencah ni..
My bos cakap sedappp!

* pernah posted thread pasal kuzi ni kat mana ntah, sekali dgn pek dia sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 08:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by idah_genetik at 10-11-2009 20:15

Kalau guna rempah seri tunjung ni tak payah tambah bawang atau rempah rastus lain. Semuanya ada dalam pek ni...Senang dan jimat masa kita kat dapur...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 08:24 PM | Show all posts
Antara pes masakan seri tunjung yang di jual di pasaran..

*  Nasi Beriani
* Nasi Tomato
* Kuzi
* Rendang
* Kerutuk
* Mee/ Kuey Teow Goreng.
*  PES KARI IKAN
* PES KARI AYAM/ DAGING
* PES DALCA
* PES KURMA AYAM/ DAGING
* PES GULAI KAWAH
* PES MASAK LEMAK LENGKUAS IKAN/ UDANG (Nasi berlauk/ Nasi Dagang)
* PES MASAK LEMAK CILI PADI UDANG/ IKAN
* PES TOM YAM
* PES SUP TULANG/ AYAM
* PES AYAM GORENG BEREMPAH (Ayam Goreng Nasi Kukus)
* PES BIHUN GORENG
* PES BIHUN/ KUEY TEOW/ MEE TOM YAM
* PES MEE KARI
* PES SATAY
* PES LONTONG
* PES MEE KARI
* PES SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
* PES SAMBAL UDANG
* PES SAMBAL SOTONG
* PES AYAM MASAK MERAH
* PES IKAN MASAK PEDAS
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:49 PM | Show all posts
wahhh..sakan promosi
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 12:35 AM | Show all posts
saya kalau beli barang mcm ni, selalu cari brand ADABI. sebab biasalah HALAL & bumi. kalau tak de, cari yg lain kalau boleh muslimproduct juga...lasttt choice baru la MAGGIE.....kalau rempah2, saya ta ...
batricia Post at 25-10-2009 15:14


Nama melayu tak semestinya pengeluarnya org melayu/Islam. Sos tiram Adabi, botol labelnya Adabi tapi buatan Sri Nona Food, Chinese owned. Same goes for minyak masak Sri Murni. Company Kuok Brothers, tak ingat exactly nama company. It's their marketing strategy untuk capture malay market. just an info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2009 02:53 PM | Show all posts
Petang semalam saya buat sup sampur guna rempah sup seri tunjung. Sorry, tak sempat nak ambik gambar. Dah licin di makan oleh bala tentera kat umah ni. He..he..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:55 AM | Show all posts
memang sedap!
saya selalu wat nasik beriani guna perencah ni..
tapi saya akan tambah ramuan lain ...
Kacip_Fatimah Post at 27-10-2009 13:07


sy dulu pakai perencah ni tambah ayam sket,air pulak campur ngan susu low fat sket

sebelum tu gune ghee goreng bawang,kayumanis,pelaga sume dulu.baru masukkan nasi.sedap juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 12:27 PM | Show all posts
orang sarawak kalau merantau kat mana2 tak miss bawak perencah laksa sarawak...
aku nye favourite... liza's dgn swallow brand(cap burung layang2)..
tp liza's keluaran melayu...cap burung layang2 ni mmg ori tp keluaran cina...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 10:26 PM | Show all posts
hi dah lama dah sy tak lepak kat thread ni. sorry lah sy bukan nak buat promosi tp sbg sorang penggu ...
cmf_Presa1200 Post at 23-10-2009 19:54



    ohh product nie ada jual kat tesco uk.. tapi nasi goreng kampung and nasi goreng cina.. yang kampung sedap sebab ada ikan bilis.. jadi makanan bunny waktu tenghari kat office.. heat jer kat microwave.. hahah baunya boleh tahan jugaklah bila tgh2 panas2.... mat salleh pandang jer.. hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052480 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list