|
membaca cerita ni buat kan kita mengalir air mata.... rasa kerdilnya diri.... rsa bnyk sungguh dosa.... tapi kenapa ya.. sampai satu masa, tetap jugak kita berbuat dosa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Seketul keju dan sehelai tuala kecil
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya
terampun. INSYALLAH" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belanga at 14-5-2006 10:09 PM
Buatkan saya teringat betapa ramainya orang Islam yg bencikan anjing seolah2 binatang ini bukan makluk Allah seperti mereka juga.
benci je tak memudaratkan haiwan tu...... but some people even harm the poor animals by inflicting physical injury upon the animals...... manusia nie kekadangnye lebey binatang drpd binatang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 22-5-2006 09:10 AM
aku taknak hanya memijak bumi tapi aku nak memijak akhirat dan syurga.. so aku rasa tak salah mengusi ilmu2 agama ni kan2???? tak kira laa dia kopi ker dia paste ker dia taip ker apa ker.. ...
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
MARI LETAK KAT SINI KOLEKSI KISAH TELADAN
Aku rasa alangkah bagusnya kalu dapat dikumpulkan semua kisah-kisah teladan kat dalm satu thread. Mungkin banyak juga manfaat yang dapat kita kongsikan bersama-sama. Harap2 MOD board ini tak off thread aku nih...So biar aku yang mula dulu la....
HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Seksaan Kubur Org Bakhil
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya di sorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan ditanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku didalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat diitangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan didunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya.
Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insyaallah" |
|
|
|
|
|
|
|
Rabi'atul Adawiyah
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau?.
KISAH 1:
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk
ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."
KISAH 2 :
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.
"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."
KISAH 3 :
Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"
Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.
"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "ergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s. w. t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s. w. t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s. a. w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KETABAHAN SITI HAJAR
牋ALLAH S.W.T. memerintahkan Nabi Ibrahim memindahkan isterinya Siti Hajar bersama bayi kecilnya ke negeri Makkah, yang pada waktu itu henyalah sebuah padang pasir yang tandus. Siti Hajar patuh.
牋Nabi Ibrahim berkata, "Aku tinggalkan kamu Hajar dan Ismail di sini... bukan untuk dibiarkan tetapi untuk dipelihara Allah s.w.t. yang maha kuasa".
牋Hari demi hari berlalu. Akhirnya bekalan makanan telah kehabisan. Anak kecilnya mula menangis. Air susu sudah tiada lagi untuk diberikan. Siti Hajar memandang sekeliling. "Tiada apa yang ada di sini kecuali padang pasir tandus. Tapi aku mesti dapatkan air. Jika tidak, Ismail akan mati!" kata Siti Hajar.
牋Siti Hajar mula berlari-lari ke sana ke mari untuk mencari air.Tanpa disedari, Siti Hajar telah berulang-alik antara dua tempat yang dikenali sebagai Safa dan Marwa sebanyak tujuh kali. Siti Hajar mula cemas. Tetapi hatinya teguh. Kepada Allah, yakin sekali. Sedang dia mencari-cari air, tiba-tiba terpancar air dari tendangan kaki anaknya Ismail.
牋Siti Hajar lalu melutut dan mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana membantunya pada ketika dia tiada ternpat lagi untuk mengadu. Siti Hajar lalu mengumpul air sambil menyebut "Zam Zam! Zam Zam!" yang bermakna "Berkumpullah! Berkumpullah!"
牋Mata air itu tidak pernah kering-kering. Sebaliknya ia terus mengalir hingga ke hari ini. Itulah air zam zam yang terletak di sisi Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Begitulah cantik dan indahnya Allah atur sesuatu perkara. Allah datangkan rahmat, bantuan dan per tolongan pada saat akhir kerana hendak menguji keimanan Siti Hajar. Siti Hajar telah menghadapi ujian tersebut dengan penuh tawakal tanpa sangsi sedikit pun akan kehebatan dan maha pengasihinya Allah.
-rufaqadaily.com-
[ Last edited by paranormal_85 at 6-3-2007 05:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wuduk zahir dan batin
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya
kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk
zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin
itu? " Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh
semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah
membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat
terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian
aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
//artikel dari ladang.net. macam best gak untuk dikongsi.
*saya dapat kat email saya, yahoogroup/kedah ...
[ Last edited by paranormal_85 at 18-3-2007 11:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 18-3-2007 11:37 AM
Wuduk zahir dan batin
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada ...
hebatnya ibadah mereka.....bila membaca bgmana mereka berwudukpun, terasa betapa gerunnya jika diletakkan di hati rasa-rasa itu....
la haula wala quwwata illa billa... |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Sulaiman Dengan Jin Ifrit
Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Nabi Daud Dengan Ulat
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untukmembaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan Pun Takut ...
Kisah ini dikatakan berlaku pada era selepas zaman para sahabat.. Wallah hu alam...
Pada ketika itu ada seorang hamba Allah yang sangat warak dan rajin beribadat siang mahupun malam. Tidak pernah dia sekali pun melanggar perintah yang di suruh dan melakukan perkara yg di larang Allah.
Pada suatu malam datang Syaitan cuba menguji hamba Allah ini tadi. Maka terpedayalah hamba Allah ini, lalu berjanji untuk bersahabat dengan syaitan itu. Pada malam itu syaitan dan hamba Allah itu berboraklah sehingga masuk waktu Subuh. Hamba Allah ini tidak menunaikan solat Subuh. Syaitan dah senyum sikit.
Sambung borak lagi, sehingga masuk waktu Zuhur. Hamba Allah ini tidak bersembahyang Zuhur juga. Syaitan tambah gembira lalu berkata dalam hati "dia ni lah sahabat aku dunia & akhirat." Terus berborak lagi sehingga masuk waktu Asar. Hamba Allah ini terus asik bercerita dan tidak menunaikan solat Asar. Syaitan dah mula pening kepala.
Sambung borak lagi, sehingga terlepas waktu Maghrib dan Hamba Allah ini tidak mengerjakannya. Syaitan langsung tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Hamba Allah dan syaitan terus berborak sehingga masuk waktu Isya'. Hamba Allah ini juga tidak menunaikan solat Isya. Terus syaitan berkata :
Syaitan : Aku tidak mahu lagi menjadi sahabat ko wahai Hamba Allah.
Hamba Allah : Mengapa begitu? Bukankan baru malam tadi kau berjanji mahu bersahabat dengan aku??
Syaitan : Sesungguhnya aku takut. Tahukah kau bahawa aku ni dulu waktu di suruh oleh Allah untuk sujud sekali sahaja pada Nabi Adam, aku tidak mahu lalu betapa murkanya Allah dan aku di usir keluar dari Syurga Allah untuk selama-lamanya. Inikan pula kau yang telah lima kali sehari semalam menginkarinya. Aku tidak tahu bagaimana murkanya Allah kepada kamu nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putra_bengal at 19-3-2007 10:28 PM
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat mera ...
kisah ni bersumberkan dari hadis sohih atau al-quran? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 20-3-2007 07:36 AM
kisah ni bersumberkan dari hadis sohih atau al-quran?
Kalau tak silap aku membaca putera_bengal mengatakan bahawa ia bersumberkan dari kitab Imam Ghazali. Mungkin ada orang yang lebih hebat lagi ilmu laduninya dari Imam Ghazali seperti tok mufti Arab saudi dan bang mufti Perlis boleh mempertikaikannya pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 20-3-2007 07:36 AM
kisah ni bersumberkan dari hadis sohih atau al-quran?
grave.........dier kater, ader sumber dr hadis sohih atau ai-quran ?............hehehe maner derang nak caya kitab2 dr Imam Ghazali tuh...........sbb derang lebey hebat dr Imam Ghazali......... selain dr 2 sumber itu sumer tertolak.....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Allah Nilai Hati Si Majusi
Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin AlMubarak tertidur di HijirIsmail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya:
"Wahai Abdullah, apabila engkaukembali ke Baghdad, pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agamaMajusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya."
Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada syaitan. Namun mimpiitu datang tiga kali berulang-ulang. Maka setelah selesai mengerjal kanhaji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan mencari Bahramal Majusi.
"Wahai Bahramal Majusi, boleh aku tahu apa kebaikan yang pernah engkau lakukan?" tanya Abdullah setelah bertemu dengan orang yang dimaksudkan.
"Baru sebentar tadi aku pinjamkan wang kepada orang dengan faedah yang sedikit."
"Itu haram hukumnya, ada yang lain?"
"Ya, aku ada empat anaklelaki dan empat anak perempuan. Maka aku telah mengahwinkan sesamamereka dengan mengadakan jamuan yang besar."
"Itu juga haram, ada yang lain?"
"Ya, aku ada seorang anakperempuan yang cantik dan tiada tandingannya. Itu sebabnya aku bernikahdengannya dengan belanja perkahwinan yang besar. Lebih seribu orangMajusi menghadirnya."
"Itu juga haram..."
"Oh, baru akuteringat.Seminggu lepas, sewaktu aku sedang tidur bersama anakku padawaktu malam, datang seorang wanita yang sama agamanya dengan kamu. Diadatang dan pergi beberapa kali. Aku syak dia seorang pencuri. Maka akucuba mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah wanita tersebut,kelihatan empat anak perempuannya sedang kelaparan."
"Mereka bertanya, " Ibu adakah makanan untuk kami malam ini?"
Ibunya lalu menjawab," Aku malu untuk meminta kepada selain Allah. Tambahan pula kepada musuh Allah, orang Majusi itu."
"Wanitatersebut sedih hingga mengalirkan air mata. Aku tidak tergamak melihatkeadaan mereka. Lantas aku pulang dan membawa makanan yang banyak.Semua makanan itu aku serahkan kepada wanita malang itu. Mereka sangatgembira dan aku rasa puas hati."
Inilahkebaikan yang telah kau lakukan hingga aku bermimpi bertemu Rasulullah.Dan Rasulullah sudah berpesan kepadaku agar menyampaikan salamkepadamu.Dia juga memberitahu bahawa Allah telah redha kepadamu,擺/b] beritahu Abdullah.
Bahramal tersentak dengan berita tersebut. Dia lantas mengucap kalimah syahadahdi hadapan Abdullah Mubarak.Selesai mengucap,Bahramal tersungkur lalutidak bangun lagi.
sumber : rufaqadaily
[ Last edited by paranormal_85 at 20-3-2007 08:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 20-3-2007 07:24 PM
tak leh lawan ilmu ladunni abuya. tahap makrifat tu.
Kalau Abuya tu tak dapeklah den nak kato apo-apo.
Apo nak dikato?
|
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
terima kasih atas cerita-cerita ni semua...tak kisah apa orang nak kata, Nabi Muhammad pun orang ramai benci beb!!! apalah nak dibanding dengan kita zaman hancur lebur nih....
wallahua''lam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|