CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: katana83

Mohamed Nor Khalid (LAT)

[Copy link]
Post time 16-1-2009 01:21 PM | Show all posts

Reply #60 cronicle86's post

memang ada.. aku ada terbaca kartun yang lat lukiss pasal ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 11:49 PM | Show all posts
my fave cartoonist..klu baca komik karya die mmg so believable rase mcm u were there..legend a die ni..same gak ngan ujang aku budak minang so nostalgic and realist..i wonder bila la dpt tgk aku budak minang jadi real animation same like what he did in majalah gila2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:55 PM | Show all posts
Lat terima ijazah kehormat UPSI

TANJUNG MALIM: Kartunis negara, Datuk Dr Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni daripada Universiti Sultan Idris (UPSI) sempena istiadat konvokesyen ke-11 UPSI, di sini, hari ini.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Lat berkata, anugerah itu, satu pengiktirafan kepada pelukis kartun tanah air dan kejayaan beliau menerima penghargaan itu daripada UPSI haruslah dikongsi bersama semua kartunis di negara ini.

Beliau berkata, angerah seumpamanya juga membuktikan golongan kartunis sentiasa mendapat tempat serta diiktiraf masyarakat di negara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 06:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 11:24 PM | Show all posts

Balas #7 alphawolf\ catat

betul ke bro "adik" to Mamat Khalid ??

tak silap aku dlm Town Boy dia ckp "adik" tu nama Rahman....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 11:40 PM | Show all posts
aku baru beberapa hari mula membeli karya Lat ni kat MPH Alamanda.. harga dlm RM16 lebih jerk...

baru 2 aku beli........ Yesterday & Today, Town Boy

Dlm Yesterday & Today menceritakan pasal diri dia sehingga umur dia 10 tahun di kampung di Gopeng...

Dlm Town Boy menceritakan diri dia selepas bapak dia berpindah ke Ipoh sehingga habis sekolah menengah.....

(aku beli masa tunggu wife aku nak bersali... yela mengimbau kenangan budak kampong)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2009 10:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 14-2-2010 14:09

The Kampung Boy's world in music



NST Online - Local News 2009/05/03





Lat with fans at the Dewan Filharmonik Petronas at the premier of Lat
Window to the World performance by the Malaysian Philharmonic Orchestra
on Friday night.


KUALA LUMPUR: It's been a long journey for the Kampung Boy, whose perspective on Malaysian life entertained and enthralled readers for decades.

Little did anyone expect the cultural icon would get the classical treatment -- courtesy of the Malaysian Philharmonic Orchestra.

Dubbed Lat's Window to the World, the three-day performance is a first in local cartoon history, a fact that was not lost on the man himself.

The performance was expertly-weaved by renowned screen and stage composer Carl Lewis, using the ingredients found in a storyline Lat developed specially for this collaboration, portraying big-city life through the eyes of the Kampung Boy.

Describing it as a "grand" performance, Lat, otherwise known as Datuk Mohd Nor Khalid, felt it was a tribute that reflected the great potential Malaysia, and South East Asia, had to offer the world.

"Its a Lat story. I made it as simple as possible, to show that whatever we do, stick to our identity and share it with the world," he said at the performance's premier on Friday.

Ever unassuming, Lat acknowledged that having a classical performance composed in his honour was a major milestone for him as a cartoonist, but reserved the credit for his fans.

"When people read my work, I feel honoured and appreciated. Malaysians have always been supportive of cartoonists' work. It just so happens that I'm one of the longest serving,"

Lewis leads the MPO as conductor in the three-day performance, which ends tonight.


- NST -


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 10:03 PM | Show all posts
aku dah beli buku dato lat yg nstp keluarkan bebaru nih...aku dpt harga rm80 je sbb kawan abg aku kerja kat nstp...dpt harge staf...harga kat luar rm120 kira save rm40...tak sempat nak bedek sangat lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2009 12:51 AM | Show all posts
sy n org gopeng n quite bangga coz ad org kpg yg femes cam dato' lat...

kalo xslap dye msk star kjap kowt coz dlm bk dye ad lukis cm area star...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:10 PM | Show all posts
Lat tekankan budaya Malaysia dalam lukisan kartun

Susunan oleh SHAHRIL ADZRIN



DATO' MOHD NOR KHALID yang juga dikenali sebagai Lat merupakan kartunis yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Hasil lukisan kartun Lat juga sangat terkenal di Asia Tenggara malah dengan usahanya yang berterusan mencetak dan menterjemah semula kartun-kartunnya, Lat telah dikenali seluruh dunia.

Kartun-kartunnya juga telah banyak muncul di akhbar tempatan sejak tahun 1960-an lagi, di mana pertama kali dikeluarkan di Berita Minggu dan kemudiannya dalam The New Straits Times.
Dato' Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, banyak menghasilkan lukisan kartun yang menceritakan budaya kehidupan di kampung serta rakyat Malaysia.

Lat telah dilahirkan di Kota Baru, Perak, pada 5 Mac 1951. Bakat luarbiasanya dalam bidang lukisan mula dikesan ketika dia melukis sebuah komik pada usia kanak-kanaknya. Pada usia 9 tahun, Lat telah menggunakan bakat yang dimilikinya itu bagi membantu keluarganya mencari sumber pendapatan.

Buku pertama yang dihasilkannya adalah 'Tiga Sekawan' yang menceritakan tentang tiga orang kawan yang bersatu padu untuk menangkap perompak. Buku tersebut telah dicetak ketika Lat bersekolah di Sekolah Rendah Jalan Pasir Puteh, Ipoh, dan pada ketika itu Lat masih lagi di darjah enam.

Lat telah dibayar sebanyak RM25 bagi setiap lukisan yang dihasilkannya dan pada 1968, Lat telah berjaya memperolehi pendapatan RM100 sebulan.

Lat kemudiannya telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang kartunis. Dia telah ditawarkan untuk menyertai New Straits Times sebagai wartawan jenayah. Tidak lama selepas itu Lat telah menjadi seorang kartunis di New Straits Times pada tahun 1974.

Bagaimanapun, Lat kemudiannya telah meninggalkan syarikat akhbar tersebut dan memutuskan untuk menjadi seorang pelukis bebas.

Buku autobigrafinya yang pertama 'Kampung Boy', telah dicetak pada 1979 dan telah terjual beribu salinan dalam tempoh tiga bulan. 'Kampung Boy' juga telah dicetak di Perancis oleh seorang penerbit buku di Perancis.

Ekoran pencapaiannya, Lat telah dianugerahkah gelaran 'Datuk' pada tahun 1994.

'Kampung Boy' edisi Amerika juga telah diterbitkan pada Ogos 2006 dan merupakan buku pertama Lat yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Malah 'Town Boy' juga telah dicetak pada Oktober 2007 dan menjadi karya kedua Lat yang dicetak di Amerika Syarikat.

Kartun-kartun yang dihasilkan Lat mencerminkan pandangannya tentang kehidupan rakyat Malaysia dan dunia.

Sebuah lagi karya Lat yang terkenal adalah buku komik 'Mat Som', yang menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang berada dalam dunianya yang baru. Ia menunjukkan gambaran serta ilustrasi permandangan di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Lat juga telah menghasilkan sebuah buku berjudul 'Dr Who?!, yang didedikasikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Tema lukisan Lat

Tema utama lukisan Lat adalah tentang kehidupan pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi kenangan peribandinya sendiri di dalam 'Kampung Boy', isu-isu politik yang sering dibahaskan dan kehidupan sebagai perantau di luar negara dari sudut pandangan Malaysia.

Lat sering mencampurkan elemen kelakar dan pandangan peribadinya di dalam setiap karya yang dihasilkannya. Elemen-elemen ini dapat dilihat dalam karyanya seperti 'The Kampung Boy', 'Budak Kampung', 'Entahlah Mak …', 'It’s A Lat Lat Lat Lat World', 'Kampung Boy: Yesterday and Today', 'Keluarga Si Mamat', 'Last as Usual', 'Lat at Large', 'Lat’s Lot', 'Lots More Lat', 'Town Boy', 'With a Little Bit of Lat', 'Be Serious Lat', 'Better Lat Than Never', 'Dr. Who?', 'Lat and Gang', 'Lat and His Lot Again', 'Lat Gets Lost', 'Lat was Here', 'Lat with a Punch', 'Mat Som' dan 'The Portable Lat'.

Apa yang ingin ditekankan oleh Lat adalah dengan memasukkan semua pengalaman zaman kanak-kanaknya di kampung serta menceritakan kehidupan keluarga Melayu dan diceritakannya dalam buku autobiografinya iaitu 'Kampung Boy' dan 'Town Boy'.

Buku tersebut juga telah dicetak semula dalam bahasa Jepun. Lat menceritakan berbagai kenangannya di kampung dengan suasana yang aman biarpun terpaksa berpindah ke kota moden dan hidup di sana. Lat adalah seorang yang sangat bangga dengan kehidupannya yang 'simple' di kampung. Justru, dia selalu menggunakan latar belakang kampung dalam lukisannya.

Pelukis yang dikenali ramai ini juga merupakan abang kepada pengarah filem, Mamat Khalid, yang mengarah filem seperti 'Kala Malam Bulan Mengambang' dan 'Estet'.

Malah cara unik lukisan Lat pada bentuk hidung setiap wataknya juga telah diguna pakai oleh seorang pelukis kartun Sepanyol, Sergio Aragones, dalam satu edisi lukisannya 'Groo' bagi memberi tanda penghormatan kepada Lat.

Lat merupakan pelukis serta anak Malaysia yang telah mengharumkan nama negara dengan berbagai usaha dalam memperkenalkan budaya Malaysia melalui lukisan kartunnya sehingga kini.

Lat juga merupakan kartunis negara yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka XIII pada tahun 2002 dan pada 11 Ogos 2007, Lat telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Terhormat dalam pengajian Anthropology dan Sosiology oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pastinya pengiktirafan Lat di peringkat antarabangsa menjadi kebanggaan kita juga kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:34 PM | Show all posts
up..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:55 PM | Show all posts
up..........
lanun_darat Post at 16-9-2009 16:34


Rajinnye ko posting , semua thread ada.. aku pun nak tiru ko
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:56 PM | Show all posts
up.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 02:10 PM | Show all posts
KARTUN LAT DI AWAN BIRU





LAT bersama Fernandes (kiri) ; Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (dua dari kiri) dan Geldof (kanan) pada majlis AirAsia-Lat Livery di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang


Kartunis negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, diberi penghormatan untuk mengabadikan hasil lukisannya pada barangan cendera hati yang akan dijual di dalam pesawat AirAsia Bhd (AirAsia). Cenderahati seperti kemeja-T, topi dan buku yang mengandungi lukisan Lat itu akan dijual di dalam pesawat tunggal AirAsia, Airbus A320, yang mana badannya turut dihiasi lukisan kartunis itu. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata pihaknya bercadang untuk meluaskan mesej Lat yang boleh disampaikan dalam bentuk watak kartun supaya dapat diterima orang ramai.


" Memang saya ada menerima pujian secara peribadi oleh penumpang sebaik mereka melihat lukisan (Lat) pada badan pesawat AirAsia sebelum ini. Selepas ini saya bercadang untuk bekerjasama lagi dengan Lat supaya kartunnya bermesej dapat dipaparkan dengan cara berbeza. " Sebagai contoh mungkin antara karakter kartun yang boleh dipaparkan ialah bagaimana Kampung Boy memakai jaket keselamatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan AirAsia-Lat Livery di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, semalam. Hadir sama, Lat dan isteri Datin Faezah Ahmad Zanzali serta aktivis kemanusiaan, Sir Bob Geldof.


Pesawat Airbus A320 adalah pesawat ke-17 baru milik AirAsia yang lebih besar mengetengahkan kartun Lat pada badannya bagi menggantikan kapal terbang lebih kecil Boeing 737-300 sebelum ini.



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.759068 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list