|
Originally posted by jojoba_beads at 10-1-2007 10:41 AM
kite swim lu 1k kat pool tgk mampu ker tak..
tp kan. swim kat laut lain ler. lagi ringan ler.. besa ler ketumpatan berbezakan... so kat laut lagi cpt sket bbanding pool ni...
1km pool saya boleh swim -
in fact masa training untuk desaru tu
saya swim every night for 2 month 2.5km - kat pool
tapi masalahnya - pool tak sama dengan laut -
ada arus -- ombak - dan challenging lagi-
saya ni hydrophobia sikit --
anyway untuk triathlon training saya willing buat relay
tapi untuk individual saya perlu at least a year untuk
fit training tu -
[ Last edited by dexa at 11-1-2007 07:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 dexa's post
jom masuk swimathon.. bulan 4 ni dah.. 14-15 april 2007. tinggal lagi 3 bln je ni.. meh la.. training sesama.. baru syok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jojoba_beads at 11-1-2007 04:18 PM
jom masuk swimathon.. bulan 4 ni dah.. 14-15 april 2007. tinggal lagi 3 bln je ni.. meh la.. training sesama.. baru syok..
gosh jojo -
dun think i will be ready to do that swim there --
mungkin kalau end of year or in august okay lagi -
the date is quite close though --
good luck to you -- tapi nanti kalau betul nak buat relay triathlon
ha - saya dun mind training sikit2 -- swim for stamina okay gak - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 dexa's post
skang tgh training ler ni. tp releks.. lu... hehe
wanna join |
|
|
|
|
|
|
|
jo...
untuk tri,race bike guna berapa speed selalunye...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 digweed's post
tak sure ah.. sbb ako tau swim jer.. huhu...
cuba ko ty dexa |
|
|
|
|
|
|
|
dexa... cheer up sket thread ni..
more info mana..
nape tak de respon je ni.. meh ler join ako swimathon ni..
meh ler...
wuawuawua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 jojoba_beads's post
sorry --
tak post kat triathlon ni dah lama -
everyday saya training though
(after class) --
lari, speed run, striding and fartlek -
sebab nak masuk klmarathon tu --
hari ni memang tak sihat
wheezing sikit - tapi kena lari juga
sebab rasa tak best kalau tak lari
dapat 30 min pun okay --
jojo masih swim lagi ka
kat mana?
saya teringin lak --
kat cheras?
pa |
|
|
|
|
|
|
|
Ironman kembali menggegar
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 dexa's post
ako skang training biasa2 je.. biasa dlm 500m or 1k or 1.5k jer skang.. ikut kerajinan. tak sure bile swimathon tu.. kol penganjur pun derang tak sure lagi bile.. so training cm besa jer.. teman mmber swim.. je..
bile kl marathon tu.. huh...
jom ah.. swim.. kl cheras ramai org ah.. susah nk swim.. bersantai ok ler.. kat situ. huahua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 jojoba_beads's post
kl marathon 18th march -
masuk tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Hajat besar dua OKU
Oleh Harris Rajahdin
Mahu jadi jaguh Ironman bawah 17 jam di Langkawi
DUA insan istimewa, seorang dengan keupayaan satu kaki dari Amerika Syarikat dan seorang lagi warga cacat penglihatan dari Jepun akan berusaha melakukan sesuatu yang dianggap sukar sekali pun bagi manusia normal |
|
|
|
|
|
|
|
Ironman: Juara bertahan kembali lagi
Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 dexa's post
running ni pancit sket ler.. dah lama tak join benda2 cani.. so stamina pun turun ler...
ko nk join ek.. gluck to u..
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #76 jojoba_beads's post
kalau setakat 10km to 21km okay lagi
tapi kalau full marathon - mati saya -
42km is too much for me -
dah surrender dah -
pengsan nanti - |
|
|
|
|
|
|
|
Sonja Tajsich sukar digugat
Oleh Hamzah Osman
TIDAK sukar untuk meramalkan triatlit wanita profesional yang bakal dinobatkan sebagai juara pada edisi kelapan kejohanan sukan lasak Ironman Langkawi pada 24 Februari ini.
Tanpa kelibat Susan Peters dari Australia, juara 2000, Belinda Cheney (Australia, 2001), Danielle Florens (Mauritius, 2002), Gilian Bakker (Kanada, 2003) dan Marylyn Macdonald (Kanada, 2004), Belinda Halloran (Kanada, 2005), Sonja Tajsich, 32, juara tahun lalu dilihat sukar digugat dalam usahanya mempertahankan kejuaran itu.
Tahun lalu, jaguh Jerman itu melepasi garisan penamat dengan 10 jam 08 minit dan 13 saat yang bagaimanapuan masih jauh berbanding rekod kejohanan milik Cheney pada 9:44:12s.
Sonja bakal menghadapi cabaran hebat daripada rakan senegaranya yang juga bekas juara dunia 2002, Nina Kraft, 38, selain naib juara dan pemenang ketiga tahun lalu, Zsuzsanna Harsanyi (Hungary) dan Charlotte Paul (Australia).
Pengarah kejohanan, A Chandrakumanan, berkata juara dua kali 2001 dan 2002 kategori lelaki profesional, Bryan Rhodes dari New Zealand dan juara tahun lalu, Jason Shortis (Australia) turut mengesahkan menyertai kejohanan kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tekankan keselamatan
Oleh Hamzah Osman
ASPEK keselamatan menjadi tumpuan utama penganjur, Langkawi Ironman Endurance Marathon Sdn Bhd (LIEM) bagi memberi keselesaan peserta mengharungi cabaran Ironman Langkawi 2007 pada 24 Februari ini di Langkawi
Pengarah kejohanan, A Chandrakumanan, berkata aspek itu perlu berikutan pertambahan peserta yang mendadak berbanding kejohanan lalu.
"Ini satu perkembangan yang cukup menarik kerana dalam keadaan dunia yang sedang mengalami pelbagai masalah, Ironman Langkawi kembali mendapat sambutan peserta sukan lasak, sekali gus menjadi acara yang prestij di dunia," katanya.
Setakat ini, seramai 700 peserta daripada lebih 38 negara termasuk Jepun, Singapura, Australia, Perancis, Hong Kong, Denmark, Norway, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat dan tuan rumah, Malaysia mengesahkan penyertaan mereka.
Juara dua kali Kategori Lelaki Profesional 2001 dan 2002, Bryan Rhodes dari New Zealand dan juara tahun lalu Jason Shortis (Australia) serta penyandang juara Kategori Wanita Profesional, Sonja Tajsich, 32, turut mengesahkan untuk kembali bersaing.
Lebih 500 sukarelawan dijangka bertugas secara berperingkat seminggu sebelum pertandingan bagi membantu peserta luar negara yang tiba awal menyesuaikan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ah Thiam, Dr Fiona ketuai cabaran negara ke Ironman Langkawi
Oleh Harris Rajahdin
NAMA yang tidak asing lagi dalam dunia triatlon tempatan, Wong Ah Thiam dan juga atlit unggul wanita, Dr Fiona Lim akan mengetuai senarai lebih 100 peserta Malaysia pada Kejohanan Ironman Langkawi kelapan yang bakal berlangsung pada 24 Februari ini.
Di samping itu, peserta veteran Yee Sze Mun, Don Khoe Ngee, anak jati Langkawi, Che Mansor Kamis dan pendatang baru, Hairul Azwar Hashim juga dijangkakan akan memberikan saingan kepada atlit luar negara.
Namun Ah Thiam dilihat harapan terbaik negara dalam acara ini, sekurang-kurangnya untuk mengulangi pencapaian melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Kona, Hawaii selepas menamatkan acara di Langkawi tahun lalu yang menggabungkan disiplin berenang (3.8km), berbasikal (180km) dan larian (42km) di bawah 10 jam.
Penampilannya di Kona ketika itu menyaksikannya menduduki tangga ke-349 daripada 1,793 peserta terbaik dari seluruh dunia dalam catatan 9 jam 57 minit dan 28 saat.
Sasaran atlit berusia 33 tahun di Langkawi kali ini adalah 9 jam 45 minit dengan dia kini mempunyai insentif tambahan untuk melakukannya dengan penajanya, PowerBar menjanjikan 慿ejutan |
|
|
|
|
|
|
| |
|