CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafiz_alghumari

Perbicaraan tentang Tasauf dan SUFI

[Copy link]
Post time 6-3-2007 12:20 PM | Show all posts
ilmu fekah dan ilmu tasauf tak bleh dipisahkan...dlm al-quran sendiri byk diperingatkan tentang mengingati ALLAH s.w.t...dengan alam yang terbentang luas jelas menunjukkan kebesaran ALLAH s.w.t...tp kalau mengingati ALLAH s.w.t sahaja tapi tetap lakukan maksiat..berdosa kan..itulah sebab pentingnya ilmu hukum..atau ilmu fekah..tasauf yang sebetulnya langsung tidak menyalahi hukum dan saling melengkapi di antara satu sama lain...tp aku sendiri pelik..ada org mengatakan dia ahli sufi tapi mendedahkan aurat..benda tu sah2 sesat...so kesimpulannya mintak doa banyak2 kepada ALLAH s.w.t supaya kita2 semua nie terselamat dr golongan yang sesat..dengan kata lain janganlah kita jadi 'tersungkur di pintu syurga'..kita ingat syurga itu dekat tp sbenarnya jauh dan jauh sangat sebenarnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 12:41 PM | Show all posts
TIGA SERANGKAI ILMU                                                                                                        

Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)

Dalampengamalannya setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentakketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, ataudari segi ilmiah dan amalinya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada 3 serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yanglain-lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tigailmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak bolehdiamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Berfeqah sahaja atauberusuluddin sahaja atau berakhlak sahaja, tentu akan merosakkankeislaman seseorang. Jadi 3 serangkai ilmu ini tidak bolehdipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisah-pisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi fasiq.Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kafir tanpa sedar.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yg menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu,maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah foundationnya. Bangunan rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalaubegitu rumah dan peralatan rumah tersebut tidak dapat ditegakkansekiranya foundation rumah tersebut tidak ada atau tidak kukuh dantidak kuat. Justeru itu dalam ajaran Islam :

1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam
2. Syariat dan tasawuf ialah furu抎an cabang-cabangnya.

Kalaubegitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama.Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak adanilai disisi Allah kalau aqidah atau usuluddin telah rosak.Perkara-perkara  yang berkaitan dengan ilmu usuluddin adalah yangterkandung di dalam rukun iman yang meliputi 6 perkara tersebut.

Makailmu usuluddin yg menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yangpaling penting. Ia menjadi perkara  utama dan pertama untuk setiapindividu Islam yg mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini adalah fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf .Jatuh berdosa besar bagi orang yg tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secar tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.

Ilmuusuluddin yg berkait dengan ALLAH dan sifat-sifatNya kalau tidak dipelajari paling mudah untuk menyebabkan jatuh kepada kufur. Sebab itudihukumkan wajib bag setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulumendahului ilmu-ilmu lain. Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut(terjemahannya) : Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Oleh itu ilmuusuluddin ini tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya. Supaya iadapat dijadikan pegangan dan keyakinan yg mantap dan teguh dihati.Tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh syak,zan dan waham atau salah satu darinya maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak ada apa-apa disisi Allah. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yg dipersembahkan pada Allahs ekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula kemuka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya. Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan dari akar tunjangnya yg kuat tadi.Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga yg cantikdan harum mewangi serta buah yang banyak lagi sedap rasanya.  Sehingga mejadikan kepingin semua makhluk terutama manusia utk mendekatinya dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulahjuga bagi mereka yg akidahnya baik tentulah syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum hakam yg lima yakni yg wajib dan sunat dapat ditegakkan, yg haram dan makruh dapat dijauhi, dan yangharus (mubah) terpulang, hingga ia mencorak hidup individu danmasyarakat. Alhasil kalau sudah ramai yg aqidahnya tepat dan kuat makaakan lahirlah Negara yg aman dan makmur yg mendapat keampunan Allah.

[ Last edited by  Abuyazid at 6-3-2007 12:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:05 PM | Show all posts

Antara Syariat dan Tasawuf

Penulis pada saat ini ingin menyuarakan pandangan hati berkenaan dengan hubungan antara syariat dan tasawuf di dalam Islam. Topik ini dirasakan amat signifikan memandangkan kepada wajah persekitaran kita yang kian membeku dewasa ini.



Nur Islam telah menyuluhi hidup al insan dan telah mengeluarkannya daripada kongkongan kegelapan kepada sinaran yang terang. Allah telah pun menyempurnakan Islam seperti dalam firmanNya yang bermaksud: 揚ada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan aku telah cukupkan kepadamu nikmatku, dan aku telah diredhai Islam ini menjadi agamamu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:33 PM | Show all posts
kroit belajar Tasawur Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #1 anak_pejuang's post

ye..saya setuju sangat,tasawuf mampu memandu rohani kita supaya lebih dekat dengan Allah.Ilmu ini mampu membasmi masalah sosiol dikalangan masyarakat hari ini.Malangnya sesetengah ulama' fiqh yang ekstrem menolak tasawuf kerana dianggap sesat pula.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 09:56 AM | Show all posts
Boleh tolong tunjuk tak?..  cari kalimah "tasauf" dalam Quran tak jumpalah.... hehe jangan marah ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #1 anak_pejuang's post

Al Ghazali - the Alchemist of Happiness




http://www.matmedia.org/
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:14 AM | Show all posts
salam

kan NABI ada tinggalkan
IMAN ISLAM dan IKHSAN
itudah merangkumi semua ilmu yg ada
tak berpecah dlm kandungannya

seperti MENDIRIKAN SOLAT
kita menjalankan syariatnya dgn menzahirkan
dan rohaninya dgn mengingatinya sentiasa dlm solat
tak ada pecahan disini
semuanya adalah SATU
iaitu PENGABDIAN KEPADA YANG MENCIPTA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 04:10 PM | Show all posts
sy prnh tbc, ilmu tasauf berkaitan dgn hati..kesucian hati dan sifat kehambaan terhadap pcipta..
siapa yg merasakn dirinya paling bersifat hmba, itulah darjat mnusia yg paling tinggi di sisi Allah..
rasulullah sndri yg dijanjikn syurga, selalu gementar semasa mdirikn solat krn sifat kehambaannya yg amat tinggi..sehingga baginda takut sekali sedangkn kedudukan baginda sbg manusia yg paling mulia..
ada sahabat yg bertanya akan ketakutan baginda..
klu tk silap sy, baginda mjawab  " apakah aku tidak mahu bersyukur atas ni'mat yg diberikan?"
hebatnya baginda.., mmg layaklh kemuliaan baginda di sisi Allah..
kite sbg hamba yg byk melakukan dosa, selalu lalai hati dlm solat, tp jarang sekali ataupun tidak prnh gementar semasa melakukn solat. .
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:47 PM | Show all posts
bara nak ckp.. tp x reti... huhuuhu.. mcm nie lah... x kenal maka x cinta.. dh kenal baru dtgnyer cinta.....
dulu.. diajarnyer tauhid dulu.. biar semua kenal pencipta... then baru turun smpai ke bawah... yakni syariat.. atau bleh dikatakan... tauhid... then iman islam dh ehsan... then diajar lg.. hukum2 syariat....
kalo x teguh keimanan..tak teguh islam.. tak teguh ehsan.. n x kenal or tahu tauhid.. mcm maner nak kata kiter nie x serupa apa yg orang bukan islam sembah.... dan penah dgr... tuhan kamu di bawah tapak kaki aku... mungkin ayat ni agakkasar.. tp bg yg faham.. mungkin mengerti apa maksudnya..... yakni.. solat kiter x kusyuk.. masih ader khawas... dan masih x yakin....
kalo zaman ni ramai yg cerdik pandai.. mengapa sedikit sgt golongan masa kini masuk syurga??? sori x hafal hdis... so xleh nak paste..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 02:07 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 17-1-2008 05:56 AM
Boleh tolong tunjuk tak?..  cari kalimah "tasauf" dalam Quran tak jumpalah.... hehe jangan marah ek


perkataan "fekah" dalam Quran ade ker?....hehe jgn marah ek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 08:32 AM | Show all posts
haku benar2 heran bagaimana pada masa ini amat mudah generasi terkini menuduh dan melabelkan pengamal sufi dan tasawuf sebagai sesat......baru pandai berbahsa Arab sudah berani menyanggah pendapat ulama2 muktabar silam...semata2 utk menengahkan pendapat2 dari logikal akal yang amat terbatas itu...dalam hal ini saper yg sesat sebenarnya......fikir2kan lah dimana kita sebenarnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 10:40 AM | Show all posts
cuba lah blajar.. mengisafi diri... renung diri.. lihat dlm cermin muka@air... renungkan lah. layak diri ini...?? jgn jadi kan benda2 mcm ni satu permusuhan yg nyata... yg tahu.. kiter blajar... yg reti sampai2 kan... baru ader sifat tabligh,siddiq,amanah dan merendah diri
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 07:20 AM | Show all posts
masaalah yang paling besar adalah......generasi kini merasakan diri mereka lebih pandai dan boleh menafsirkan sesuatu sumber hukum lebih baik dari ulama Islam dgn bantuan teknologi terkini.........tanpa memperdulikan bagaimana ulama silam menafsirkan sesuatu sumber hukum........bila dalam hati penuh dengan sifat ego, sombong dan takabur..........merasa diri sendiri lebih baik dr orang lain.........ingatlah dimana tempat kita akan kembali........
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 19-1-2008 02:07 AM
perkataan "fekah" dalam Quran ade ker?....hehe jgn marah ek...


Hehe tak boleh marah ha Perkataan "fiqh" dari bahasa  arab bermakna "memahami dengan mendalam" -
Perkataan "tasauf" bukan berasal dari bahasa arab ha... hehe jadi kalau bukan bahasa arab macam mana boleh terdapat dalam quran dan hadis hadis... rekaan dan ciptaan baru yang dipertahankan bermati-matian... jangan marah ha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:34 AM | Show all posts
Kata Imam Al Ghazali dalam kitab Minhajul 'Abidin (saya pharaprase ikut penerangan ustaz):

Yang dikatakan fardhu pada ilmu sirr (tasawwuf) itu ialah
- mengetahui sifat2 dalam hati sendiri
- mengenali sifat-sifat hati yang terpuji dan yang menegah akan dia (sifat2 hati yang terpuji itu)
Sehingga hasil olehmu
- membesar akan Allah
- mengenali niat kamu, ikhlas bagiNya
- dan sejahtera  amal kamu (kerana betul niat dan ikhlas itu)
- dan sejahtera kamu dari perkara hati yang membinasakan amal.

Tak nak belajar kah ilmu penting ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2008 11:14 PM | Show all posts
Jangan keterlaluan dan berlebihan dalam usaha mendidik jiwa dan rohani, hidup zuhud tidak bererti memencilkan dunia, jangan biarkan negara Islam jatuh ketangan orang lain lagi.... jangan marah ha
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 09:58 AM | Show all posts
hehehe.. bnyk gak yg salah faham.. consep tasawuf ni semua...  walaupun a'na masih baru lg. dan jahil..
katakanlah... kalo seseorang tu sakit ... sakit kanser... so kene berjumpa dgn yg pakar kenser...xkan nak jumpa doktor biasa kot...??
mcm sakit "hati" so kene jumpa yg pakar dgn penyakit "hati"...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #13 Kerengge's post

ulama zaman dulu nak mentafsirkan semua nie kene belajar dan tahu semua ilmu.. dan menghafal.. semua yg dipelajari.. dan imam hadis... dan bagai semua tue.. jgnlah kerana sekeping sijil/kertas.. dah mengklaim.. kamu ahli dalam nya.... patutnya sesama lah kiter belajar sesama apa yg kurangnyaa.... untuk majukan umah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 20-1-2008 11:14 PM
Jangan keterlaluan dan berlebihan dalam usaha mendidik jiwa dan rohani, hidup zuhud tidak bererti memencilkan dunia, jangan biarkan negara Islam jatuh ketangan orang lain lagi.... jangan marah ha ...


hehee... rasa tersindir dan terpanggil lak....

kisah seorang teman yg mangajak In join tarikat.... lalu ia melampirkan zikir2 dan wirid2 yg katanya sgt kaya dengan hasanah, dan kaifiat serta ganjaran yg sangat tinggi... mcm pahalanya sama dgn haji dan umrah...( cm xyah pi haji jek, wlaupun mmpu, sbb pahala dh byk dpt..huhuu) ....etc

selamba, In katakan.... rasul saw, adalah satu2nya insan maksum da manusia itu sehebat mana pun ia, ttp punyai dosa... dan pengajar yg baik utk diikuti adalah baginda saw... dan In cuma ingat, satu2nya kalimah yg berat timbanganya di akhirat kelak ialah, LAILAHAILLAH...(sila rujuk hadis tentang ketinggian kalimah ini )  inilah zikir yg paling tinggi nilai dan tidak ada yg dpt menandingi timbngannya... lalu utk apa kita mencari yg tohor kalau sudah ketemu yg dalam....



~ ampun maaf buat org tarikat n tasauf...... In sekadar bercerita.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.085777 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list