CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

Perihal Linda Onn.......

[Copy link]
Post time 9-3-2007 02:28 PM | Show all posts
mmg tak minat LO sejak dolu-dolu lagi. Sejak dia kat best 104 lagi. dia nih agaknya mmg suka org kot org ckp2 pasal dia. gelagat dia masa bg ucapan kat anugerah bintang popular yg baru lepas, org tak lupa lagi. ni pulak kes yg ini. dia nih ego sikit aa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 02:45 PM | Show all posts

Reply #61 Adeknana's post

Nak cari controversi lah tu... nak popular kan.... boleh dapat keta cam Mawi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 06:53 PM | Show all posts
Ni aku dpt drp forwarded email.. x dpt dipastikan kebenaran sumbernya..

Statement Linda Onn

PERINGKAT AWAL

* Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus
Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star
Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies)
untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.

- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian
jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.

- Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG diberikan kepada
Linda (bertarikh 9

Februari 2007 seperti dilampirkan).

- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG
(KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai
dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa
pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya pakaian
model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai
dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat
Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara
Anugerah Bintang Popular)

- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran
pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang
ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej
Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut
dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa
pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri wanita
timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .

- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb),
Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan VISA
US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA bersama
kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami kembali
untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum
akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.

Kronologi peristiwa ('kehilangan' Linda)

20 Feb 07

- Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic ke
Los Angeles untuk acara 'Live From The Red Carpet-79th Academy Awards'
anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa
staf Star Movies yang lain turut hadir.

- 'Sketch' atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan
kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum
sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang
diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

- Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia untuk
baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.

- Keadaan masih berjalan lancar.

21 Feb 07

- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di kebanyakan akhbar di
Malaysia

22 Feb 07 (waktu Malaysia)

- Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan
bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam 3 petang.

- Kapal terbang transit di Taipei.

-Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms diterima
daripada sesiapa.

22 Feb 2007 (waktu LA)

- Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7 malam (11 pagi
waktu Malaysia- 23 Feb)

- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen
Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan segera.

-Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO
(majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang yang
berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang 'melarang' Linda
mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara 'red
carpet' di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa
Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen
tempatan.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.

-Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon berlangsung antara Linda
dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu
untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.

- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke LA.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

23 Feb 07

- Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra
(produser) di Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan
sebagainya.

- Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar

- Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia cuba
membantu menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini
.

- Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan
keputusan yang sama.

- Linda meminta Kudsia memberi bukti 'larangan'dalam bentuk bersurat
(hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima arahan
daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut
Kudsia,tiada surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak
diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam,
kira-kira 10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia) kepada
Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall. Menurut Kudsia
lagi , panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup
kuat untuk sesuatu arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung
juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen stesyen TV akan
ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak akan disambung dan kerjaya serta
kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal tergugat.

-Linda bertanya kepada Kudsia - Benarkah termaktub dalam mana-mana
undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak boleh mengenakan
pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang
sepanjang pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.

-Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak
atasan supaya Linda boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai
dengan Linda tetapi beliau mengatakan ini adalah arahan pihak
atasan,bukan dari beliau.

- Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada
pihak atasan dan terus memujuk Linda supaya menerima keadaan.

- Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan rayuan serta pujukan
membuat Linda tersentuh untuk mempertimbangkan semula walaupun dalam
keadaan yang amat berat.

- Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah
seorang pereka terkemuka di Malaysia

- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan pertukaran pada
saat-saat akhir (last minute). Tambahan lagi pakaian tersebut dikatakan
dibuat dalam keadaan 'kecemasan'

- Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan mengharap kesesuaian
pakaian tersebut.


24 Feb 07

- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk 'rehearsal'
bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah
datang ke bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan
(kakak merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut
Cheng ini adalah atas arahan pihak Star Movies.

- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu meninggalkan Linda
seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun,Linda telah memberitahu Cheng
saiz yang sesuai untuk Linda.

- Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang
telah diarahkan oleh pihak Star Movies kepadanya

- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali mengatakan dia
tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang dikemas
(housekeeping)

- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk menjalani
latihan (rehearsal)

- Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini (Star Movies) akan
tiba bersama pakaian rekaan Radzwan Razwill. Tidak dinafikan,pereka
tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-rekaan
beliau amat menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 06:54 PM | Show all posts
sambungan..


25 Feb 07

- Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan
rambut akan datang ke bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara
Academy Awards dan kami harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30
tengahari

- Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .

- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon supaya Linda
mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari Malaysia dan
kemudiannya menjalani latihan bersama Dominic pula.

- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan yang diaturkan
sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak mahu mengganggu masa rehat
Linda.

- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan kemudian pulang ke
biliknya.

- Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai pakaian. Intan
terus merayu dan memohon berkali-kali kepada Nini supaya
mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa yang diberi
sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun,Intan memohon Nini datang ke
bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.

- Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun tetap
dengan pendiriannya.

- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini untuk
mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula
mengenai pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,"We'll talk about the
dress later"

- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11
pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.

- Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian
bersama Linda.

- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang dibawanya
lebih kurang jam 11.30 pagi.

- Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana kami menyangka
soal pakaian bukan lagi menjadi isu.



- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata tidak
selesa disebabkan ;

1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan bahagian atas tubuh
Linda. (Ini kerana tiada proses 'fitting'/ukuran badan yang dilakukan
bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam Linda yang
ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di badan. Linda
rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai
apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi 'tali' pakaian dalam dapat
dilihat jelas. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi
persembahan Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana tidak
sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.

2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color) yang
mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit Linda.
Ini juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai
masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti
'skin color'. Jika ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi
peluang untuk membuat pilihan. Linda tidak menyalahkan pereka fesyen
tersebut kerana kami tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan
pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang keselesaan Linda.



* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini
membawa beberapa pasang pakaian gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia di
saat-saat akhir begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya
satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh
keluar di TV? (Pada awalnya,Linda sangka mereka akan terbangkan beberapa
pasang baju gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)



* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar Nini
mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju Jovian di
saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.



* Nini berkata,"You are not doing a fashion show,you are just the
host". (Anda bukan membuat persembahan pakaian,anda hanya sebagai
pengacara). Begitu jugalah di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang
model pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang begitu
terdesak mengenai pakaian Linda ?



* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan
kepada pihak pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia
Kahar dan Ralph Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian ini
sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian
lain tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.



* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang paling buruk akan
terjadi jika Linda terus memakai pakaian Linda. Jawab Nini," Linda,If
you don't wear this dress,you're not going on TV". (Linda,jika anda
tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)



* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan tidak boleh
mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada tegas,"...then you are
not going to be on tv- pack your things". Lantas Nini terus keluar dari
bilik hotel Linda.







* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan yang sungguh
keras daripada beliau. Dengan harga diri dan maruah yang sangat
tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata pujukan dan rayuan kami
tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada
profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang karier.
Sungguh tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda
ke LA, tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang berulang
kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan,
semuanya rasa seperti tidak berbaloi.



* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali
pertama dalam hidup Linda sepanjang menjadi pengacara TV hampir 10 tahun
,'diugut' sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada paksaan ?
Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak menentukan apa yang
disarungkan di tubuh sendiri atau sekurang-kurangnya ada perbincangan
terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?



* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas
diperlakukan begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat
walaupun, pada masa yang sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di
acara yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan Linda,apakan daya sudah
tidak dibenarkan.



* Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali
untuk mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu Intan,"...Kalau
wartawan tanya saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? ".



* Intan lantas menjawab - "Just tell the truth" (Ceritakan sahaja
perkara yang sebenar)



* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng untuk mengambil
salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak ada di situ.
Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada. Yang
ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap



* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk keudara tetapi
masih lagi perlu mengenakan pakaian yang sama. Maka, Linda masih tiada
pilihan.



* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan) dan meminta kami
mengembalikan pas masuk ke 'red carpet' Academy Awards.



* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 06:56 PM | Show all posts
SPEKULASI

- Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan andaian negatif
mengenai 'kehilangan' Linda dibuat dan perkara ini melibatkan reputasi
dan nama baik Linda di dalam kerjaya mahupun masa hadapan.

- Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang mengatakan ....

- Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.

- Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang Hollywood

- Linda tarik diri kerana tidak pandai berbahasa Inggeris

- Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah di LA

- Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak profesional.

- Linda tarik diri kerana ada masalah dengan produksi,,,

- dan pelbagai lagi....

.....sudah maklum dan jelas dengan penerangan Linda .


JOVIAN

- Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di Indonesia tetapi
sudah menetap di Malaysia sejak kecil.

- Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia atas sebab-sebab
komersial

- Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu institut di Malaysia.

- Bapanya adalah orang Malaysia.

- Pernah berkhidmat untuk ramai artis lain di acara2 besar (Anugerah
dsb) .

- Pakaian yang dibuat untuk Linda adalah idea Linda dan Intan (kakak) .
Jovian merealisasikan

idea kami dalam bentuk pakaian siap.

- Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan dan Jovian
mengambil masa yang lama iaitu berminggu-minggu dan hampir setiap hari
kami berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi untuk
membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian yang kami inginkan
semata-mata untuk acara berprestij Star Movies ini.

PERSOALANNYA

- Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal tentang perkara ini
sebelum Linda berangkat ke LA? Mengapa bila Linda di LA baru terdengar
'larangan' ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk bertugas di sana telah
dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah berlangsung dua hari
sebelum tarikh Linda berlepas ke LA dan dalam majlis tersebut telah
dinyatakan dengan jelas pakaian yang akan linda kenakan sewaktu bertugas
di 'red carpet'. Kenapa persediaan awal mengenai apa yang boleh dipakai
dan tidak boleh dipakai tidak diberitahu awal-awal ?

- Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda mengenai perkara
ini,mereka tidak berjaya mengemukakan surat rasmi untuk arahan
'larangan' dan membiarkan Linda tertanya-tanya adakah ini benar kerana
tiada sebarang pengesahan bertulis.

- Mengapa pada peringkat awal,pihak Star Movies mencadangkan Linda
menggunakan pakaian jenama antarabangsa (contoh: BCBG,Versace dsb) untuk
acara ini (sila rujuk lampiran) dan sekarang pakaian pereka fesyen
Indonesia menjadi persoalan ?

- Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini, tetapi benarkah
warganegara Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka fesyen luar
negara apabila menjalankan tugas di luar negara? Ataupun perkara ini
hanya direka atas alasan tertentu?

- Andai Linda salah,harap maafkan dengan persoalan ini- Wujudkah
undang-undang sebegini sebelum ini? Seandainya ia bukanlah undang-undang
tetapi ingin dijadikan terma dan syarat dalam tugasan ini, haruslah
ianya dinyatakan dengan jelas dan lebih awal serta juga dinyatakan dalam
kontrak.

- Mengapa pakaian pengacara Malaysia yang pergi ke acara yang sama
tahun lepas yang menggunakan pakaian jenama antarabangsa tidak
dipertikaikan,tiada larangan dan tiada isu mengenainya ? Malah kali ini,
Linda cuba menampilkan ciri-ciri kemelayuan dan ketimuran.

- Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang baju? "Hanya
baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain tidak boleh?" Mengapa tugas
Linda untuk mengacara diperkotak-katikkan hanya kerana Linda tidak dapat
memakai pakaian tersebut? Mengapa semua pihak begitu terdesak hanya
kerana sepasang baju atau cuba memastikan hanya baju itu yang dipakai
oleh Linda di Red Carpet?

* Di manakah hak dan keperibadian seseorang dalam mempertahankan apa
yang disarung pada badan sendiri ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 06:57 PM | Show all posts
* Sila rujuk lampiran keratan akhbar:-



KERATAN 1

Akhbar Harian Metro, Khamis, 1 Mac 2007, sisipan tengah - RAP, m/s R7,

"Radzwan Nafi Baju Linda Seksi" oleh Rudy Imran. Memetik beberapa
perenggan dari artikel itu,

"Sebelum itu timbul kontroversi apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM)
menegur Linda yang bercadang menggayakan baju ciptaan pereka Indonesia,
Jovian Mandagie di majlis itu. JPM mengarahkan pereka tempatan, Radzwan
Razwill menghasilkan busana menggantikan pakaian rekaan Jovian."

"Saya tahu Linda tidak suka bergaya seksi, malah seawal menerima arahan
JPM, itu juga yang dikatakan kepada saya supaya baju yang dihasilkan
tidak boleh seksi," katanya (Radzwan Razwill)


KERATAN 2

Akhbar Harian Metro, Jumaat, 2 Mac 2007, sisipan tengah - RAP, m/s R3
oleh Hartati Hassan Basri, "JPM Nafi Arah Pereka Fesyen". Memetik
beberapa perenggan dari artikel itu;

"Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak tahu menahu
mengenai perkara itu dan menafikan ada mengeluarkan arahan kepada
Radzwan."

"Apa yang jelas, Jabatan Perdana Menteri tidak ada kaitan dengan
perkara ini," katanya (jurucakap Jabatan PM) ketika menghubungi Harian
Metro, semalam.



KERATAN 3

Akhbar Harian Metro, bertarikh 2 MAC 2007, Jumaat, m/s 14 (halaman
nasional@setempat), artikel "Salah faham tempahan baju".Memetik bebarapa
perenggan dari artikel itu;

"Saya sendiri menempah baju terbabit dan tidak timbul isu, Radzuan
menerima arahan daripada pihak lain," katanya. (Naib Presiden Bersekutu
Serantau Asia, STAR Movies, Nini Yusof.

"Namun, apa yang pasti STAR Movies sendiri yang memilih Radzuan Razwill
menghasilkan baju khas terbabit," kata Nini Yusof


- Andai benar Nini menjelaskan kepada pihak HM ketika dihubungi yang
'pihaknya sudah menempah sehelai baju khas untuk digunakan pengacara
bertugas bagi mengacarakan majlis berprestij itu' daripada Razwan
sebelum ini. Mengapa Linda telah berangkat dan tiba di LA baru baju khas
itu ingin diterbangkan dari Malaysia? Dan mengapa tidak diberitahu
awal-awal oleh pihaknya kepada Linda? Mengapa ketika di sidang akhbar
tidak dibantah pernyataan Linda kepada wartawan yang hadir mengenai baju
rekaan Jovian ? Malah di peringkat yang lebih awal, menawarkan pakaian
berjenama antarabangsa. (sila rujuk Lampiran)

* Terkini, berita yang terakhir sekali dikhabarkan oleh keluarga di
tanah air sejurus sebelum Linda menamatkan penulisan ini dan bersiap
untuk berangkat pulang pada hari Ahad, 3pm waktu Malaysia), terdapat
beberapa berita di akhbar-akhbar tempatan bertarikh Ahad, 4 Mac 2007,
yang turut bercanggah dengan pernyataan dan bukti sebelumnya. Di mana
secara ringkasnya (seperti yang dikhabarkan oleh keluarga), sidang media
khas telah dilangsungkan yang dihadiri oleh Radzwan dan Nini Yusof, di
mana intipati terpenting adalah tentang arahan membuat baju datang terus
daripada Nini, dan Radzwan tidak menerima sebarang arahan daripada pihak
atasan (JPM).



* Bukankah pernyataan di dalam ketiga-tiga artikel tersebut dan berita
terkini bercanggah antara satu sama lain? Bagaimana perkara ini boleh
berlaku ? Adakah sebarang penjelasan tentang percanggahan ini?





AKHIR KATA

-Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui keadaan yang sebenar. Linda
berdiri atas nama maruah dan harga diri yang Linda pertahankan.

-Apa yang disarungkan di tubuh Linda tidak seharusnya menjadi perkara
paksaan atau ugutan, tetapi ia sepatutnya menjadi suatu perbincangan dan
tolak ansur yang profesional.

-Ini bukan perkara mainan, kerana ia melibatkan prinsip, maruah, harga
diri malah reputasi serta nama baik Linda di dalam bidang ini. Rancangan
TV sehebat dan sebesar dunia sekalipun tidak akan dapat membeli maruah
dan harga diri seseorang.

-10 tahun Linda bergiat dalam bidang ini dan ini adalah kali pertama
Linda mendapat peluang sebegini yang dianggap mungkin sekali sepanjang
hayat,untuk Linda menarik diri tanpa sebab yang mendesak dan terpaksa
adalah suatu perkara yang terlalu bodoh. Ini kerana Linda lihat peluang
ini adalah sebagai platform untuk terus maju dan melonjakkan lagi nama
dalam bidang ini.

- Bukan niat menghampakan peminat,bukan merajuk atau tidak
professional. Apakan daya,sudah tidak dizinkan untuk keudara di TV.
Linda adalah mangsa keadaan. Ini adalah penjelasan Linda yang sebenar.

- Diharap segala spekulasi buruk mengenai Linda dapat dijernihkan.

* Di sebalik rasa teramat kesal dan kecewa tidak bermakna Linda
menyimpan dendam dan kemarahan serta tidak menuding jari kepada
mana-mana pihak yang terbabit. Linda menerima keadaan di mana semua
pihak mungkin mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri untuk bersuara
dan bertindak sedemikian.



* Malah Linda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak khususnya pihak STAR Movies (terutamanya Pn Nini Yusof),
Pihak Astro, Pihak Radio ERA (Cik Kudsia dan En Rostam) yang memberi
kepercayaan kepada Linda untuk acara tersebut. Tidak dilupakan juga,
kepada pihak rakan media serta peminat yang menyokong karier Linda
khasnya untuk acara ini.



* Cuma harapan Linda, perkara seperti ini tidak harus berulang lagi
kepada mana-mana personaliti, pengacara, artis atau mana-mana pihak,
bukan sahaja khusus untuk acara ini tapi kesemua acara tempatan mahupun
antarabangsa. Semoga isu ini dijadikan teladan dan pengajaran di masa
hadapan agar lebih berhati-hati serta profesional.


* Linda secara peribadi amat merasa kesal, sedih dan kecewa dengan isu
ini. Apatah lagi harapan dan cita-cita musnah hanya kerana isu sehelai
baju. Linda memohon kepada pihak-pihak yang terlibat dan
bertanggungjawab supaya menjelaskan isu ini dengan telus dan benar agar
reputasi Linda yang sedikit sebanyak tercalar dapat dibersihkan


* Di sebalik segala persoalan yang masih belum ada jawapannya, Linda
tetap menuntut penjelasan dan kebenaran.


"Terima kasih kerana sudi membaca. Terpulanglah apa andaian dan
penilaian yang bijaksana daripada pihak anda. Yang penting Linda punya
harga diri dan maruah dan tidak mahu dipijak semudahnya oleh pihak-pihak
tertentu. Berani kerana benar. Tidak berpeluang mengacara di Oscars
bukanlah penamat hidup Linda....."

Wassalam.

LINDA ONN

(3 MAC 2007)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2007 09:41 PM | Show all posts

Reply #66 mr-judd's post

tahniah mr jude. tahniah linda. micha br membaca artikel ini. micha menangis teresak esak. micha membayangkan betapa ketidakadilan telah berlaku di sini...

dari dulu lg micha da yakin, LO tak bersalah. LO sgt profesional n komited dgn kerjaya nya...

xtau la ape nk jadi...
Reply

Use magic Report

mukhrez This user has been deleted
Post time 10-3-2007 02:28 AM | Show all posts
all the best to u linda...tabik spring...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Neo-Artz This user has been deleted
Post time 10-3-2007 08:20 AM | Show all posts
sudahlah isu nie...susah jugak malaysia nie..perkara kecil pun nak besar2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:05 PM | Show all posts
aku suka fara fauzana dr linda onn.. aku msh tak phm mcmn fara dpt d kalahkn oleh linda dlm abp aritu utk kategori penyampai radio.. isk!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 09:21 PM | Show all posts
aku dah dapat email yang tunjukkan baju linda yang direka radzuwan tu....totally cantik dan tak seksi (as usual rekaan radzuwan).....jadi, kejadahnya si linda nih nak salahkan baju lak...actually mmg bukan linda tak pegi kepada radzuwan untuk test baju tu...tapi baju tu dah dihantar ke kementerian untuk demo...so kira dah lepas sebenarnya...tapi linda nih macam dah x da modal lain nak tutup kesalahan sendiri....just imagine apa perasaan radzuwan pasal isu nih...dia bukan tailor yang bukak kedai kecik kat tepi jalan...dan pelanggannya bukan makcik2 yang datang setahun sekali tempah baju raya...dia korporate designer...

sebelum apa linda kena pk banyak kali sebelum bagi alasan...aku rasa kalau dia bagi alasan kena cirit birit pun lagi logik....or habis kuat kata dia pengsan, kot lah dok dalam flight lama sangat....ini idak....buat pangai macam budak kecik jer...

pasal ini memalukan negara ke idak...ini boleh dihurai lagi...malu ke idak sekarang ni dia deligate malaysia untuk Academy Award...and yes anugerah tu mmg berprestij untuk industri hiburan...dan walaupun impak linda kat red carpet tu tak sebesar mana, tapi ini lah peluangnya orang malaysia nak tempa nama di luar...kata nak maju, kalau belum apa2 hal dah buat macam nih jangan haraplah nak dapat peluang lagi...kenangan manis dek maya karin je la....

pandai2 la ko menjawab linda....harap2nya ko malu la lepas nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 02:30 AM | Show all posts
bravo LO.. bravo. caya sama lu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 04:49 AM | Show all posts
all the best to linda!!! sy skong 100%. memang isu baju bunyi mcm masalah kecil, tp setelah baca tulisan dia sy rasa it's more than about 'baju'. memang suka linda n fafau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 09:14 AM | Show all posts
aku nak tengok ada org gayakan baju RR tu...nak tengok vogue ker tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:19 AM | Show all posts
Nak kata LO salah 100% tak le juga, tapi LO tak sepatutnya mengedar visi cerita dia kat wartawan...walau apa pun alasan dia, dia sekarang bukan saja berdepan dengan public tapi juga dengan majikan dia, ERA. Sebab dia pegi sebagai DJ Era.

Tengok je nasib dia lepas nie, namun kalau nak ke luar negeri atas tiket kerja, dia takkan berpeluang untuk setahun dua ni...!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 03:35 PM | Show all posts
Skarang, aku dh mule suke kt L.Onn nie.. :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2007 10:41 PM | Show all posts
LO tak patut bising2 pasal ni dgn buat press release lah..
dia nampak tak professional...
kalau dah rasa diva tak nak pakai baju sponsor..
aku rasa dia tak sesuai kerja ngan org..
jaga je kedai nasi ayam tak sedap dia tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:41 PM | Show all posts
tutuplah TOPIK NI.. DAH BOSAN hah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 10:43 PM | Show all posts
Originally posted by tsumawee at 12-3-2007 10:41 PM
tutuplah TOPIK NI.. DAH BOSAN hah...



eee....jgn la mawi bagi pendapat cam nie.....
ramai lagi kot forumer nak bagi pendapat
sya tau la abg mawi nie popular
akak linda onn tu ape la sngat kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 12:00 AM | Show all posts
aku rasa ramai lagi org dah bosan ngan topik nih..
move on lah..
biar panjang akal jgn panjang lidah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.268750 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list