CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Nape?Tak caye?

PETUNJUK KIBLAT

[Copy link]
Post time 6-1-2008 12:33 AM | Show all posts
Cara piring astro ni dah dekat 5 tahun aku praktik. Mmg agak tepat la 45 darjah ke kanan arah piring astro tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2008 12:47 AM | Show all posts

Reply #9 kupia's post

kalau hr hujan, gelap, jam takder pendek  kata segala kemudahan takder la..camner nak buat..?

soalan ni penah tanya ustaz, tp mlgnya ustaz tu mcm tak cukup ilmunya  lagi..
dia tak bg jawapan pun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 10:45 PM | Show all posts

Reply #13 h4ntu_sl33p's post

laaa...  aku pun pening baca tu...   45 darjah separuh dari 90 darjah..  

ikut le mengadap arah piring astro, bahu kanan arah 90 darjah.  ambik tetengah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by zfaz010 at 4-1-2008 09:18 AM
Aper yang saya paham, kalau kita tak tau arah kiblat tak per, kita kena lah sembahyang, dan yakin arah kita, jgn was2. ikut petua org tua2, kena mengahadap arah matahari terbenam.


Ader satu  ...



info yang menarik..
tapi wonder gak, apa kaitannya piring astro dgn penentuan arah kiblat..
sbb mmg tngok kat piring astro kat umah dan arah kiblat sama seperti yang dikatakan..
astro ada petua tertentu ker nak pasang piring dia atau signal astro berkait rapat dgn arah kiblat..
aku pun tak paham..
sesiapa yang arif tolong jelaskan..aku tgh teruja ni..takut takleh tido malam sebab
fikirkan piring astro dan kiblat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:12 AM | Show all posts

Reply #17 haZelEyEz's post

secara kebetulan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 02:15 AM | Show all posts

Reply #17 haZelEyEz's post

Sebenarnya takdak kaitan langsung pun cuma untuk memudahkan pengiraan angle jer. Nie kerana dish Astro tu dia menghadap ke west 270 darjah dari true north. Dan kalau contohnya kedudukan Mekkah tu kat lokasi kita 300 darjah dari true north, apa yg kita perlu buat ialah menambahkan 30 darjah mengikut putaran jam daripada dish astro tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2008 02:20 AM | Show all posts
kalau time malam...ader tiga bintang sejajar. masa aku dok kampung dulu2 selalu peratikan bintang tu...memang mengikut arah kiblat..tapi tak tahu lah pulak apa nama bintang tu...

jarak bintang ketiga agak menjauh dari bintang no.2...dan bintang pertama agak rapat ngan yg nombor dua..
kalau tak silap bintang yg no.1 & no.2 tu adalah kepala dia ...so, arah kiblat kearah situ..tapi sejak dok KL ni...nak nampak bintang bersinar pun payah...sinar lampu neon banyak ler.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 07:55 AM | Show all posts
Saya rasa yang terbaik beli kompas penunjuk kiblat.  Selain boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat kalau kita baru berpindah rumah, kita juga boleh bawak pergi memana macam travel ke sebab tak sema country ada ditunjukkan arah kiblat dlm hotel diaorang.... senang. Astro pun boleh gak tapi ikutlah yang mana kita rasa lebih yakin.

Satu lagi tanya jiran tentu mereka dah sedia maklum arah kiblat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 08:26 AM | Show all posts

Reply #19 St.Yeepi's post

bila sebut true north, nanti ada yang konfius sebab magnetic north berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by hanna1905 at 6-1-2008 12:47 AM
kalau hr hujan, gelap, jam takder pendek  kata segala kemudahan takder la..camner nak buat..?

soalan ni penah tanya ustaz, tp mlgnya ustaz tu mcm tak cukup ilmunya  lagi..
dia tak bg jawapan  ...


Kalau malam yang indah terang cuaca boleh juga berpandu pada bintang yang tiga sederet tu, tu pun kalau tersilap dah menghala ke timur peginya....

Kalau dah gelap tak ada matahari tak bintang tak ada jam, tak ada apa panduan lain, tawakal ajalah jawabnya, kat mana mengadap kat situlah hala, esok siang tengok2 menghala ke utara pulak... darurat tak apa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 7-1-2008 02:02 PM


Kalau malam yang indah terang cuaca boleh juga berpandu padabintang yang tiga sederet tu, tu pun kalau tersilap dah menghala ketimur peginya....

Kalau dah gelap tak ada matahari tak bintang tak ada jam, tak ada apapanduan lain, tawakal ajalah jawabnya, kat mana mengadap kat situlahhala, esok siang tengok2 menghala ke utara pulak... darurat tak apa...

dah tahu kita nak bersolat..dan takut was-was arah kiblat...so, kita kena get readylah...kena beli jam, kena beli kompas kiblat. Itu adalah yg lebih baik. Kereta mahal2 kita boleh beli..Rumah kita leh beli....takkan setakat kompas kiblat yg tak sampai 20 henggit kita tak mampu... Fikirkan2 lah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 09:49 PM | Show all posts
okey la korang tak yah gaduh2 pasal priring astro ker kompas ker aku ada satu laman web yg free dan bleh menunjukkan arah qiblat dgn tepat siap dari bumbung rumah korang berdasarkan korang banyak asyik tanya macam nak tentukan... emhh actly family aku pun selama ni sembahyang lari 20-30 darjah dari arah sebenar... tp lepas check balik baru dpt arah yg sebenar... dan untuk kepastian lg aku dh check dgn bebrapa buah masjid dan surau kat area negeri aku...
dan sama-samalah kita manfaatkanya dia nya address http://www.qiblalocator.com/


then aku nak bg tutorial skit.....
1-kat search firstly ko tp la negara exp: Malaysia
2-pastu korang drag guna mouse sampai kt negeri korang
3-pastu bila dah sampai zoom kan then drag lagi mouse sampai area perumhan korang
4-guna mode hybrid utk memudahkan lagi carian..
5-InsyAllah ia sgt berkesa..
6-sekian terima kasih

[ Last edited by  xzimit at 7-1-2008 09:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by matlampir at 7-1-2008 09:27 PM

dah tahu kita nak bersolat..dan takut was-was arah kiblat...so, kita kena get readylah...kena beli jam, kena beli kompas kiblat. Itu adalah yg lebih baik. Kereta mahal2 kita boleh beli..Rumah k ...


Ini bukan soal kedekut duit nak beli compass ke apa, ni masalah dharurat, manalah tau satu hari nanti kita terpelanting jatuh dari kapal terbang ke tecampak dalam sungai ke, jatuh dalam hutan tebal, tak sempat apa2 hari dah malam, semua benda tak ada.  Itu yang timbul cerita ni, matahari tak ada, bulan bintang tak nampak, hari dah malam, jam tak ada, kompas tak ada, jadi nak buat camana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:36 PM | Show all posts

Balas #73 kupia\ catat

teringat plak kat cerita LOST...

Kalau dah satu hari suntuk dok pikir kat mana arah kiblat...nampaknya tak boleh solat lah kita...

[ Last edited by  matlampir at 7-1-2008 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:15 PM | Show all posts

renungan

ni aku dpt dr al-ahkam.net

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Jumhur Ulama berpendapat: yang diwajibkan ialah menghadap arah kiblat sahaja, bukan menghadap tepat ke kiblat (kaabah) bagi mereka yang jauh dari Masjidil Haram.

Ini berdasarkan hadis:

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 01:02 AM | Show all posts
buleh juga tengok bintang apa yang perlu kalau perhatikan betul-betul pada garisan bintang tu kita buleh nampak macam anak panah yang mana menunjukkan utara jadi kita buleh tengok barat disebelah mana jadi kita buleh tahu dimana arah kiblat secara rawa. tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 05:33 PM | Show all posts
Camne ye nak tentukan arah kiblat dlm keadaan darurat....
Cam aku pi holiday, dlm apprt tu xde arah kiblat lak...

Nak berpandukan pada bintang, aku tgk langit satu bintang pon tarakk
Nak guna jam analog, aku xpakai jam...
Nak guna kompas....lagi lah harammm seumur hidup xpernh beli...
Nak tgk arah matahari terbit, sampai pon dah mlm....mana sempat tgk...
Nak tanya org, kat situ de org lak..sunyi jek....
Nak tanya tuan kat situ.,....tokey nyer cine lak....
(kalo ada astro, leh guna kaedah tu..kalo xde?)

Masalah kan....
Jadi aku tawakal jer la..  

So kalo next time jadi balik perkara seumpama begitu...nak buat camne ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 02:09 PM | Show all posts
Salam,

Saja nak share website utk tentukan arah Kiblat pakai google map.

http://www.qiblalocator.com/
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 03:52 PM | Show all posts
Penentuan arah kiblat
Oleh Hazirah Che Sab


Zamihan memberi penerangan kaedah yang digunakan untuk mencari arah kiblat.

Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali setahun.

Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.

Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.
Che Alias menunjukkan cara untuk mencari kiblat dengan menggunakan Ushikata.

Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.

“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.

“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.

“Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.

“Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya,” katanya.

Zamihan berkata, cara tradisi masih boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan berpandukan arah matahari yang membabitkan dua hitungan.

“Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.

“Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap hari terutama di kalangan mereka yang tidak mahir dalam ilmu falak. Cuma pakar falak yang dapat berbuat demikian kerana ia membabitkan kaedah separa hitungan,” katanya.

Beliau berkata, masalah yang timbul sekarang ialah umat Islam tidak menguasai ilmu falak sepenuhnya dan pada masa sama masih tidak terlatih menggunakan teknologi moden.

“Justeru, ILIM berperanan melatih pegawai Islam untuk menggunakan alat ukur ini dengan mahir dan menjemput pakar dari universiti tempatan bagi tujuan itu,” katanya.

Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.

Rujuk Jabatan Mufti untuk panduan

SELANGOR mendahului negeri lain dalam memastikan setiap bangunan mengandungi surau atau ruang solat yang bakal didirikan mempunyai arah kiblat betul menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya mengambil tindakan pencegahan dengan mencadangkan kepada PBT di seluruh negeri supaya meletakkan syarat tambahan kepada sebarang pelan pembangunan dirujuk terlebih dulu kepada jabatan mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat sebelum kerja pembinaan dijalankan.

“Langkah ini bertujuan mencegah kesilapan dalam menentukan arah kiblat. Dalam hal ini, PBT akan merujuk kepada Jabatan Mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat. Kita tidak mewajibkan pembinaan bangunan menghadap kiblat, memadai surau atau ruang solat mempunyai arah kiblat yang betul.

“Ia meliputi bangunan perumahan, pejabat, kilang, kompleks beli belah, stesen minyak, hotel, hospital dan pelbagai lagi. Namun bangunan masjid dan surau keseluruhannya perlu menghadap kiblat,” katanya.

Beliau menegaskan langkah itu mendapat sambutan baik dan kontraktor sendiri yang memahami keperluan itu, malah ada kontraktor yang mengunjungi pejabat mufti dengan membawa pelan bangunan untuk dirujuk bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat.

Rizal berkata, Selangor juga mengambil inisiatif membuat ketetapan supaya semua tanah perkuburan di seluruh negeri mempunyai replika tanda arah kiblat bagi memudahkan urusan penggalian kubur.

“Dengan adanya replika itu, ia memudahkan kerja penggali kubur dan memastikan tidak timbul lagi sebarang kekeliruan mengenai arah kiblat.

“Bagi memudahkan orang ramai, jabatan mufti melancarkan permohonan menentukan arah kiblat secara online yang boleh didapati di laman web www.muftiselangor.gov.my. Maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan sehingga September lalu, 45 permohonan diterima.

“Khidmat diberikan secara percuma dan ia dilakukan dalam tempoh tidak lebih 12 hari dari tarikh permohonan diterima. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya sambil setakat ini tiada aduan diterima mengenai arah kiblat salah di Selangor.

Beliau berkata, pihaknya selalu menerima permohonan daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meminta mereka menyemak semula arah kiblat dan selepas mendapatkan arah yang tepat, jemaah akan mengikut arah baru dengan sekadar mengubah permaidani atau sejadah.

INFO: Cara mengukur arah kiblat

    * Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
    * Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
    * Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
    * Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
    * Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.072243 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list