CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanarizqman

TERBARU DI SEREMBAN

[Copy link]
Post time 31-8-2007 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 31-8-2007 12:49 AM
Terima kasih kerana memberikan ulasan yang penuh berilmiah.

Dalam mengungkap persoalan, kita perlu kembali kepada USUL-FIQH. Sumber yang tertingi ialah Al-Quran, kemudian ialah hadis. hadis ya ...

DALIL NO 4

Rasulullah SAW telah bersabda

" Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunuhlah ia" (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain2)

*Rujukan buku MANUSIA DAN ISLAM karangan Prof. Dato' Dr. Haron Din

Cik kak oiii.....yg ini pon Hadis dhaif ker?......apa yang disepakati oleh Ulama' dah menjadi hukum.....
yg nih pon takleh terima?.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 31-8-2007 12:49 AM
Juga terdapat pandangan ulama bahawa hadis ini hanya khusus terpakai dalam kes-kes yang melibatkan pemberontakan. Rasullulah menghukum demikian keatas sekumpulan orang yang murtad kemudian memerangi ISLAM. Hukuman dijatuhkan bukan kerana mereka murtad, tapi kerana mereka mengistiharkan pemberontakan terhadap ISLAM.

...

Orang Islam yang digolongkan sebagai murtad di zaman Abu Bakr ialah:
1. Mereka yang kembali menyembah berhala.
2. Mereka yang patuh dan menjadi pengikut Nabi palsu Al-Aswad, Musailamatul kazzab, sajjaah
3. Mereka yang menafikan kewajipan membayar zakat*

*Sumber: Dr. Abdur Rahman Ibn Salih Al-Mahmood, Trans. Nasiruddin Al-Khattab, Man-Made Laws VS Syariah, Riyadh: International Islamic Publishing House
2003, p233.


Gejala murtad bermula semenjak selepas kewafatan Nabi SAW, Dalam sejarah Islam, Saidina Abu Bakr As-Sidq telah mengisytiharkan PERANG KEATAS UMAT
ISLAM YANG MURTAD SETELAH RASULULLAH SAW WAFAT antara sebabnya mereka TIDAK MEMBAYAR ZAKAT bermakna menolak hukum ALLAH swt..

Bila menolak hukum ALLAH swt secara automatik menjadi SYIRIK, Bila syirik automatik jadi MURTAD wahai ustazah....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 01:58 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 31-8-2007 12:49 AM
tentang soalan pertama. Saya tak pernah bersetuju dengan hukum murtad ialah membunuh. bagi saya itu ialah ihtihad sesetengah ulama, dan ditolak oleh sesetangah ulama seperti Dr Yusof Al-Qaradawi.

...

Adakah anda lebih bijak dari para Ulama' yang telah berijtihad itu dgn menolak apa yg telah mereka sepakati?...Ulama' adalah pewaris para Nabi..
jika anda menolak sebahagian Ulama' maka anda menolak apa yang disampaikan Nabi.....jika anda berpegang pada AHL SUNNAH WAL JAMAAH
maka anda perlu mengambil kata sepakat Ulama'...mmg benar Ulama' adalah manusia ade kekurangan...maka jika tiada para Ulama' ini,
siapa pula yang layak untuk mentafsirkan Al-Quran di zaman Nabi sudah tiada?...siapa?...tolong jawab....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 02:29 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 29-8-2007 12:08 AM
Hukum hudud bukanlah syariat. Ianya boleh dilakukan atau boleh ditinggalkan bergantung kepada kesesuain fikah. Dan Hadis nabi yang anda sebut tentang bunuhlah dia ialah hadis Ahad. Ianya bukannya hadis sahih dan tidak terdapat dalam mana-mana kitab sahih (sepanjang pengetahuan saya).*
...

*Adakah anda seorang Ulama'? yg mengkaji dan menghafaz hadis?...
Hukum Hudud bukan syariat?.....

HUDUD> Hudud ialah suatu istilah undang2 yg bererti: HUKUMAN2 YG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARA' YANG WAJIB DILAKSANAKAN SEBAGAI
MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH SWT.

contoh2 kesalahan yg dhitung sbg kesalahan yg membolehkan hukuman hudud dilaksanakan ialah mencuri, merompak, berzina, melemparkan tuduhan
berzina keatas seseorang tanpa bukti yang cukup, meminum khamar dan murtad (menukar agama dari Islam kpd selainnya)

"Dan org lelaki yg mencuri dan org perempuan yg mencuri maka hukumannya  potonglah tangan mereka sbg satu balasan dgn sebab apa yg mereka
telah usahakan, (juga sbg) satu hukuman pencegah dari ALLAH swt. Dan (ingatlah) ALLAH swt Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

                                                                                                                                                                                                           (Al-Maidah 38)


ayat ini menunjukkan Hukuman Hudud terhadap pencuri...tidak pula menceritakan setakat mana tangan yg hendak dipotong, belah kiri atau kanan,
berapa banyak barang yg dicuri baru boleh potong?....so now...who's have qualification to translate this?...Ulama' u said cant..coz u said early they dont have
kredibility...then who?....mcm mana nak tahu secara detail?...perlukan hadis kan?...sapa yg nak syarah matan hadis?...ULAMA' laaaaa.....

yg kedua...........bila dah jd hukum , tak kiralah ustazah nak cakap syariat ke hape, wajib dilaksanakan sebab ini hukum ALLAH swt...sempurna dan sesuai
sepanjang zaman...kenapa perlu ambil undang2 penjajah?...ALLAH swt ciptakan Bumi dan Alam ini bersama manual instruction siap2...iaitu AL-Quran..
jadi kena berhukum dgn AL-Quran...ustazah cakap kena ikut Al-Quran tapi kenapa tak setuju jalankan hukum HUDUD?...

ibaratnya macam nih...sebuah kereta telah dicipta dgn menggunakan petrol sbg bahan api bg menghasilkan pecutan....jika kita guna air apa akan jadi pada kereta tersebut?....begitulah bumi ALLAH swt ini...jika tak ditadbir menggunakan manual yg ALLAH swt dah kasik..maka tunggulah
kehancuran yg ustazah sendiri boleh tengok sekarang...sehingga ratusan ribu dah orang Islam dah murtad...
wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 30-8-2007 12:45 AM
1. Apabila ercakap mengenai akidah, saya sentiasa tekankan didikan. Sentiasa mendidik dan mendidik. Jika anda bercakap mengenai TV memesongkan akidah kerana rancangannya, maka mengapa anda tidak masukkan sekali komputer, dimana terdapat ribuan akses yang lagi jelas boleh meruntuhkan akidah dan pegangan. Dimana anak-anak boleh mencari pronografi, tentang black metal, memgakses web-web berkenaan ateis, gay, lesbian, kristian dan lain-lain. Seujukah anda kalau saya katakan internet lebih memesongkan akidah, lebih hebat dari TV, lebih hebat dari program AF.
Oleh sebab itu saya tegaskan didikan. Didiklah anak-anak apa yang baik dan batil. Didiklah apa erti akidah muslim, apa erti dosa dan sebagainya. Sebab itulah saya katakan jika didikan elok dan benar, anak-anak tidak akan mudah terpesong dan tergelincir. Intipati saya ialah cara didikan menentukan kekuatan akidah. Mudah dan simple. Tak perlu salahkan TV, tak perlu salahkan itu ini kalau didikan kita tak betul.

...

Dimana Jawapan Anda?................saudara mollwyy bertanya, adakah menonton rancangan yg bertentangan dgn Islam boleh memesongkan akidah umat Islam?...jawapanya hanya YA atau TIDAK shj...tak perlu nak kaitkan dgn komputer atau apa2.....berapa ramai yg ada komputer dan tahu guna serta ada internet?...TV rasanya semua org ade.........so?...the answer is?.....were waiting...........


Satu lagi...konsep Islam....Menyuruh kepada yang Baik...mencegah kemungkaran....jika anda hanya mendidik, itu hanya menyuruh kpd yang baik...
tapi dimana mencegah kemungkaran?..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 08:48 AM | Show all posts
tumpang baca sat.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2007 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 31-8-2007 08:48 AM
tumpang baca sat.....

baca laaaaa...........awal bangun?......da makan?.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 08:53 AM | Show all posts

Reply #67 Durian^Belanda's post

huhuu... 4pg da bangun... baru rehat ni...

lum mkn ler... awal lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 29-8-2007 12:08 AM
Hukum hudud bukanlah syariat. Ianya boleh dilakukan atau boleh ditinggalkan bergantung kepada kesesuain fikah. Dan Hadis nabi yang anda sebut tentang bunuhlah dia ialah hadis Ahad. Ianya bukannya hadis sahih dan tidak terdapat dalam mana-mana kitab sahih (sepanjang pengetahuan saya. ...


tolong terang jelas sikit weh...
syariat tu bende wehh.. makne lafaz die,istilah die . bio kawain jelas sikit maksud awok tu..bende lagi tu yang x masuk dalam syariat tu.. banyok lagi ker weh hok bukan syariat tu.. yang hanye bergantung pada kesesuaian fikah tu...terang yer wehh.. bermiant sangat nih.. pendapat muktabar pun boleh tolak tepi nih mesti ulamak besoo nih..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 31-8-2007 12:49 AM
Terima kasih kerana memberikan ulasan yang penuh berilmiah.

Dalam mengungkap persoalan, kita perlu kembali kepada USUL-FIQH. Sumber yang tertingi ialah Al-Quran, kemudian ialah hadis. hadis ya Jadi anda perlu melihat dengan mata hati mengapa para ulama tidak bersepakat didalam perkara ini. juga terdapat pendapat dimana jika terdapat kekhilafan diantara hadis dan Al-Quran, maka anda perlu kembali kepada seumber yang utama iaitu Al-Quran. Hadis tidak boleh melangkaui Al-Quran. Inilah kesepakatan ulama. juga anda perlu ingat, bahawa hukum bunuh ini ialah hukum ijtihad, bukannya hukum muktamad yang dikeluarkan oleh ALLAH. Apabila bercakap hukum ijtihad, ianya ialah perkara yang ditetapkan oleh ulama, dan manusia tidak akan ada yang sempurna. Jika anda merujuk kepada hadis, yang adakah anda yakin bahawa ianya tidak tercemar atau adakah hadis ini palsu? Jika anda was-was maka anda perlu merujuk kepada Al-Quran. Juga cabaran yang dilontar pada ulama silam ialah sebutkan peristiwa dimana Nabi Muhammd membunuh orang yang murtad, dimana mustahil jika ada peristiwa ini ianya tidak akan dicatatkan, sedangkan peperangan Al-Riddah ada dicatatkan didalam sejarah ISLAM. Satu cabaran yang sehingga kini tidak terjawab walau dari abad ke 7....



weh ! awok was-was ker  hadis2 tu? naper palsu eh??  terang sikit kat maner tu palsu nyer.. leh kite pakat2 tau..
ramai gok tu ulamak dok berpegang dengan hadis tu.. kalau x tegur tu boleh menyesatkan orangkan dengan hadis palsu tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #70 Durian^Belanda's post

kita kan bersumberkan pada Al-Quran dan As-Sunnah..

apa plak yg palsunya.. tak phm btl la..
mmg la hadith ada mcm2 jenis hadith..
mlm td t dh jmpa dah.. tp tak sempat nk paste kat sini..
terlelap terus..
nti la cari smula..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 12:22 PM | Show all posts
PERBEZAAN ANTARA HUDUD DENGAN QISAS DAN DIAT






1. Jenayah Hudud




Pengarangan Kitab-kitab fiqh Islam oleh tokoh-tokoh perundangan Islam seperti Imam Syafi抜, Hanafi, Maliki dan Hanbali serta murid-muri mereka yang ulung,mereka tidak memberi takrif ( definisi ) hudud secara khusus. Cuma, kesimpulan dapat dibuat mengenai definisi hudud itu bila mengkaji penulisan mereka mengenai hudud dalam kitab-kitab fiqh Islam.

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; 揌ukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Qur抋n atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayahHudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Qur抋n
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 12:23 PM | Show all posts
Telahdisebut bahawa pengharaman bagi tiap-tiap jenayah Hudud dan Qisas danseksaan-seksaan yang dikenakan keatasnya adalah bersumberkan al-Qur抋ndan l-Sunnah.




1)
Pengharaman Zina,
firman Allah yang bermaksud :

揇an janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 12:34 PM | Show all posts
Menurut SS Mufti Perlis hampir mustahil nak menghukum zina sebab perlukan 4 ornag saksi yang nampak benda tu keluar masuk... kalau tak nampak jelas tak jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 12:37 PM | Show all posts
Jenayah Qisas dan Diat







Jenayah-jenayah( jarimah-jarimah ) qisas dan diat ialah jenayah-jenayah yang diseksa kerana melakukannya dengan seksaan qisas dan diat. Hukuman qisas dan diat ialah hak individu ( huquq al-adrad ) yang tertentu. Maksud tertentu ialah hukuman qisas dan diat adalah tertentu ( tidak ada pilihan atau kepelbagaian dalam hukuman ) sepertimana hukuman hudud juga. Tetapi qisas berbeza dari hudud ialah tentang unsur hak individu,iaitu mangsa atau pihak mangsa seperti waris atau wali mempunyai hak pengampunan dan hak menuntut diat jika mereka kehendaki terhadap penjenayah. Apabila diampunkan maka gugurlah hak qisas, tetapi berhak menuntut diat atau mengampunkan tanpa sebarang bayaran.

Pengertian hukum qisas ialah penjenayah diseksa atau dibalas sepertimana jenayah yang dilakukan. Jika membunuh maka dibalas dengan membunuh, dan jika mencederakan mata maka hendaklah dibalas dengan mencederakan mata penjenayah juga, begitulah seterusnya. Konsep qisas ini terdapat didalam al-Qur抋n, Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

揌ai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas berkenaanorang-orang yang dibunuh, orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat kemaafan ( pengampunan ) dari saudaranya, hendaklah ( yang memaafkan )mengikut dengan cara yang baik, dan hendaklah ( yang diberi maaf )membayar ( diat ) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah satu keringanan dari Tuhan kamu dan satu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yangsangat sedih. 揫/i]
( al-Qur抋n, S. al-Baqarah : 178 )

Dalam ayat di atas ternyata bahawa jenayah qisas boleh diampun sama ada dari mangsa atau walinya. Jenayah yang terlibat dengan qisas dan diat ini ialah bunuh dengan sengaja dan mencederakan dengan sengaja.

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 12:46 PM | Show all posts
Diat

Pelbagai pengertian terhadap diat dibuat oleh fuqaha . Ada yang mengatakan bahawa diat adalah sebagai hak kepada yang dibunuh atau waris atau walinya. Tetapi sebagai penjelasan umum dikatakan bahawa diat ialah sejumlah harta yang tertentu yang dikeluarkan oleh penjenayah atau pihaknya kepada mangsa atau wali apabila tidak dapat dijalankan hukuman qisas, sama ada kerana terdapat halangan-halangan yang menghalang perlaksanaan hukuman qisas seperti pengampunan, subahat( termasuk tidak sengaja, tersalah dan lain-lain ). Dari definisi itu menunjukkan bahawa diat dikenakan kerana dua sebab yang utama :

a) Kerana terdapat sesuatu yang menghalang perlaksanaan hukuman qisasseperti tidak sengaja, tersalah dan lain-lain. Dalil dari al-Qur抋n tentang diat kerana terdapat halangan, adalah berdasarkan firman Allahyang bermaksud :
揇an tidak layak bagi seorang Mukmin membunuh seorang mukmin ( yang lain) kecuali kerana tersalah ( tidak sengaja ), dan barang siapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah ( hendaklah ) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarga mangsa. 揫/i]
( al-Qur抋n, S. al-Nisa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #76 indah1285's post

thanks In for information..............
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 03:08 AM | Show all posts
Originally posted by Durian^Belanda at 31-8-2007 01:26 AM

DALIL NO 4

Rasulullah SAW telah bersabda
" Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunuhlah ia" (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain2)

*Rujukan buku MANUSIA DAN ISLAM karangan Pr ...


Hadis yang anda sebut ialah hadis riwayat Al-Jamaah.

terdapat 2-3 hadis lagi yang mempunyai makdus yangsama tapi ada sedikit perbezaan.

"TIDAK HALAL DARAH SEORANG MUSLIM KECUALI TIGA, JIWA DI BALAS DENGAN JIWA, DUDA YANG BERZINA ORANG YANG BERPISAH DENGAN AGAMANYA"
Hadis riwayat Al-Jaamah.

Ada riwayat lain yang menyatakan :-
"SESEORNG YANG KAFIR SETELAH ISLAM, ATAU BERZINA SETELAH MENIKAH ATAU MEMBUNUH JIWA YANG TIDAK BERDOSA "
Hadis Riwayat tarmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah.

"TIDAK HALAL DARAH SEORANG IALAM KECUALI SALAH SATU DARIPADA TIGA, JANDA YANG BERZINA, JIWA DENGAN JIWA DAN YANG MENINGGALKAN AGAMANYA DENGAN MEMISAHKAN DRI KAUM MUSLIMIN"
Hadis diriwayatkanoleh Al-Bukhari dan Muslim.

Semuanya bersetuju kepada dua perkara, dan perbezaan pada satu perkara. Persoalannya hadis manakah yang anda pilih sebagai sahih? Saya mengambil contoh hukuman pada penzina. Jika anda mengambil contoh 1, maka duda sahaja yang dibuh, bukannya suami orang atau isteri orang. Jika anda memilih hadis yang ketiga, maka janda yang dibunuh bukannya suami atau isteri. Jika anda memilih hadis yang kedua, maka anda menolak kedua-dua hadis 1 dan 3. Anda boleh memilih kesemuanya,tapi mana satukah yang paling sahih antara ketiga-tiganya?

Dalam kaedah fikah yang diasaskan oleh Iman Syafi, dua ajaran pokok dalam ISLAm dirumuskan sebagai Al-Quran dan Hadis. kemudian barulah Ijmak dan Qias. Hadis dikatakan menerangkan atau mentafsirkan Al-Quran, dan untuk itu hadis mestilah tidak bercanggah dengan Al-Quran. Ini kesepakatan para ulama dari dulu lagi. Malangnya terdapat banyak hadis yang bercanggah dari Al-Quran, lantas boleh dikatakan mengubah apa yang diturunkan oleh Al-Quran.

Dalam kes murtad, kebebasan beragama adalah kebebesan mutlak, dantidak ada hukuman di dalam dunia ini, melainkan di akhirat di mana kita akan diadili. Dalam surah Al-Baqarah ayat 256 menerangkan "TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA. SESUNGGUHNYA TELAH JELAS JALAN YANG BENAR DARI YANG SALAH". Islam menjamin kebebasan beragama. Termaktud didalam Al-Quran, malah NAbi sendiri dilarang hendak memaksa manusia dari beriman (surah Yunus : 99). Jika ada hadis yang menyuruh meletakkan pedang pada orang yang murtad, maka ianya telah menyalahi kedua ayat ini dan mengiakan pendapat bahawa ISLAM tersebar melalui pedang. Ini sudah lari dari firman yang ALLAH turunkan sebagai pedoman kepada manusia.

"OLEH ITU, BERIKANLAH SAHAJA (WAHAI MUHAMMAD, KEPADA MANUSIA, DAN JANGANLAH BERDUKACITA KIRANYA ADA YANG MENOLAKNYA, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU HANYALAH SEORAN RASUL PEMBERI INGATAN"

"BUKANLAH ENGKAU SEORANG YANG BERKUASA MEMAKSA MEREKA (MENERIMA AJARAN ISLAM YANG ENGKAU SAMPAIKAN ITU)"

"AKAN TETAPI SESIAPA YANG BERPALING (DARI KEBENARAN) SERTA IA KUFUR DAN ENGKAR,"

MAKA ALLAH AKAN MENYEKSANYA DENGAN AZAB SEKSA YANG SEBESAR-BESARNYA.

SESUNGGUHNYA KEPADA KAMILAH KEMBALINYA MEREKA

SELAIN DARI ITU, SESUNGGUHNYA TANGGUNGAN KAMILAH SOAL MENGHITUNG AMALAN MEREKA"

-SURAH AL-GHASASIYAH : 21-26.

Diulangi lagi oleh Allah, sebagai peringatan kepada Nabi Muhammad SAW, janganlah memaksa dalam berdakwah, dan ALLAH akan memberikan azab (tidak menyuruh mencabut nyawanya dengan cara membunuh), dan sesungguhnya kamilah soal menghitung amalan mereka, (dan ALLAH sahaja yang berhak menentukan soal amalan mereka).

Tugas seorang Rasul ialah menyampaikan perintah-perintah ALLAH. Jika dia masuk ISLAM kemudian murtad, tugas Rasuluntuk kembali menyampaikan. tentang berimannya manusia, semunya terserahlah kepada ALLAH, kerana ALLAH akan memberikan hidayah dan petunjuk mengikut undang-undang dan syariatnya. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.

Adakah anda menidakkah ayat -ayat ini hanya kerana sepotong hadis? Jika YA, bermakna anda membuat tafsiran yang baru terhadap agama, berpandukan hanya pada sepotong hadis, dan menidakkan kalam-kalam ALLAH? Nescaya Ilmu ALLAH itu amat luas, jika dia kehendaki membunuhnya orang-orang murtad, nescaya disuruhnya membunuh, sepertimana di suruh memotong tangan orang yang mencuri, membunuh orang yang membunuh orang lain dan sebagainya.

Juga adakah anda mengatakan Al-Quran ini tidak sempurna sehingga anda mengambil sepotong hadis untuk menyempurnakannya? ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI..

"DAN TURUTLAH AL-QURAN - SEBAIK-BAIK (PANDUAN HIDUP) YANG DITURUNKAN KEPADA KAMU DARI TUHAN KAMU, SEBELUM KAMU DIDATANGI AZAB SECARA MENGEJUT, SEDANG TIDAK KAMU MENYEDARINYA"
-Surah Az-Zumar ayat 55-

Janji ALLAH itu benar. Lihat azab yang menimpa umat ISLAM sekarang, berpecah belah, mundur, pertembungan sunnah dan syiah, sedangkan kita masih tak menyedarinya. Masih taksub dengan menghukum. Subhanallah... Jika firman ALLAH tidak mampu menyedarkan kita, apa lagi yang mampu menyedar dan membuka mata hati kita...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 03:16 AM | Show all posts
Originally posted by Durian^Belanda at 31-8-2007 01:58 AM

Adakah anda lebih bijak dari para Ulama' yang telah berijtihad itu dgn menolak apa yg telah mereka sepakati?...Ulama' adalah pewaris para Nabi..
jika anda menolak sebahagian Ulama' maka anda m ...


Kadang-kala saya masih bingung adakah anda membaca apa yang saya tulis, atau anda hanya melihat berdasarkan sentimen. Ulama tidak pernah sepakat sejak dari 1,400 tahun dulu mengenai solah hukum bunuh dalam kes murtad. Perdebatan bermula dari aad ke 7 lagi, sehinggalah sekarang.

Mengapa menghukum orang yang menghurai dari segi ilmu? Manusia di ajak untuk sentiasa berijtihad. Wahyu pertama bermula dengan IQRA'. Bacalah, pelajarilah, tuntutlah... ISLAM itu berpaksikan ilmu, bukan hanya sentimen, hati dan otak yang dungu semata-mata. Bukan menerima dengan membuta tuli. Bila ada sanggahan,perlu ada huraian dan bukti. Ulama ialah pewaris Nabi, namun ulama pun kadang-kala berbeza pendapat di antara mereka. Maka, wajib untuk kita mendalami dan menhayati ilmu yang ALLAH turunkan, bukan hanya menerima mengikut hati dan menyanggah yang lain...

UMAT YANG KUAT IALAH UMAT YANG BERPAKSIKAN ILMU. ILMU DPAT MEMANTAPKAN AKIDAH DAN KEPERCAYAAN. BILA AKIDAH KUAT, BARULAH IMAN ITU KUAT.. TAK GOYANG, KUKUH. BARULAH DAPAT MEMBENTUK DIRI MUSLIM YANG SEMPURNA, BUKAN DIRI MUSLIM YANG MENERIMA TANPA MENELITI.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 03:21 AM | Show all posts

Reply #65 Durian^Belanda's post

Saya telah memberikan jawapan saya, kalau anda dapat memahami maksud yang saya berikan. Jawapan saya TIDAK. Saya tak akan rasa tergugat dengan TV, internet atau apa-apa sahaja. INSYA-ALLAH, dengan kekuatan yang ALLAH beri, apabila kita sentiasa mencari kebenaran, kita akan kuat. Sebab itulah saya tak tertarik kepada hadis Malaikat pun memakai serban, sepertimana sata tidak tertarik kepada AF.

Tunjang saya ialah ilmu dan didikan. Anda perlu mendidik diri anda apa yang benare dan batil. Apa yang nak ditakutkan dengan TV, sedangkan zaman Nabi mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran lagi. TV boleh ditutup sesuka hati. Hanya insan yang lemah hati dan jiwa yang takutkan pada perkara-perkara begini.

QUOTE ANDA:-
Satu lagi...konsep Islam....Menyuruh kepada yang Baik...mencegah kemungkaran....jika anda hanya mendidik, itu hanya menyuruh kpd yang baik...
tapi dimana mencegah kemungkaran?..........

Dimana mencegah kemungkaran. Melalui TV juga. Apabila melihat benda yang mungkar, dari situ kita kenal mana satu dosa dan pahala. Apabila melihat budaya barat, saya tekankan pada diri saya dan anak-anak, bahawa itu bukan budaya ISLAM. Apabila melihat gambar orang terkinja-kinja macam beruk dalam disko, saya tekankan juga benda yang serupa. Apa yang nak takut? Malah saya bersyukur kerana ada TV, sebab saya boleh tunjukkan contoh tanpa keluar rumah. Takkan saya nak bawa anak saya ke disko semata-mata nak tunjukkan bukti. Lihat sesuatu perkara dari sudut yang baik.. Sebab itu saya berkata, mengapa tidak ambil yang baik... Lainlah kalau anda hanya berminat nak ambik yang buruk. bagaimana nak kukuhkan iman kalau dengan TV dan rancangannya pun dah merasakan diri itu lemah?

[ Last edited by  zalliza1717 at 1-9-2007 03:30 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.087464 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list