CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ianho

BINCANG MENGENAI SEMUA PERIHAL KOPERASI [merged wif tok^dalang]

[Copy link]
 Author| Post time 22-9-2007 03:10 PM | Show all posts
Keterangan lanjut berkaitan Koperasi kinta Barat Berhad
sila hubungi JPK Taiping

Penolong Pengarah         
Jabatan Pembangunan Koperasi         
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Istana Larut         
34000 Taiping         
        
TEL   :   05 - 808210
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2007 04:41 PM | Show all posts
apa masalah dengan koperasi nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2007 11:10 PM | Show all posts
masalahnyer dari mana sumber yang dijana oleh koperasi ini untuk memberikan keuntungan 3 - 4% sebulan kepada pelabur
dalam jangka pendek 12 tahun mungkin boleh
tapi kalau berlarutan ke tahun 3 dan seterusnya
kalau keuntungan yang diberikan 3 -4 % sebulan bermakna 36 - 48% setahun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2007 03:48 PM | Show all posts
揫size=4]anggota
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 05:59 AM | Show all posts
Originally posted by ianho at 22-9-2007 11:10 PM
masalahnyer dari mana sumber yang dijana oleh koperasi ini untuk memberikan keuntungan 3 - 4% sebulan kepada pelabur
dalam jangka pendek 12 tahun mungkin boleh
tapi kalau berlarutan ke tahun 3  ...


macam skim cepat kaya  je bunyinya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2007 04:39 PM | Show all posts

Reply #65 tanya's post

penerangan tu bagi mengulas soalan sinar_inspirasi #62
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2007 01:11 AM | Show all posts
Jap, koperasi ni dapat hasil dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 08:28 AM | Show all posts
....apa surat sokongan utk tuboh koperasi...ahli kurang dari 100 orang..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by ianho at 22-9-2007 11:10 PM
masalahnyer dari mana sumber yang dijana oleh koperasi ini untuk memberikan keuntungan 3 - 4% sebulan kepada pelabur
dalam jangka pendek 12 tahun mungkin boleh
tapi kalau berlarutan ke tahun 3  ...



kenapa tidak boleh? kata meniaga boleh untung sampai 300% sekali niaga..... kalau modal 1000 tentu dapat 3000...... apa yang tak logik nya ye?....
kalau 100 ahli sumbang 1000 sorang, ada 100,000 jual barang sekali untung 2 kali ganda takkan tak dapat profit 100,000 lagi....

aku ingat bukan pasal keuntungan tu tak logik, tetapi mungkin rekod dari mana tu yang tidak dinyatakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2007 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 25-9-2007 01:11 AM
Jap, koperasi ni dapat hasil dari mana?

perkara itu yang menjadi persoalan sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2007 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 25-9-2007 08:28 AM
....apa surat sokongan utk tuboh koperasi...ahli kurang dari 100 orang..?

untuk menubuhkan koperasi yang anggotanya kurang dari 100 orang
jawatankuasa penaja perlu membuktikan bahawa kumpulan berkenaan sukar mengumpulkan anggota yang ramai kerana sesuatu sebab
misalnya kumpulan tukang yang mahir dalam pembuatan barangan dari perak
peniaga atau kedai menjual barangan daripada emas
kumpulan profesional misalnya jurutera
maksudnya suatu kumpulan khusus kepada sesuatu bidang/aktiviti/profesion

[ Last edited by  ianho at 25-9-2007 12:58 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2007 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by herba at 25-9-2007 09:36 AM



kenapa tidak boleh? kata meniaga boleh untung sampai 300% sekali niaga..... kalau modal 1000 tentu dapat 3000...... apa yang tak logik nya ye?....
kalau 100 ahli sumbang 1000 sorang, ada 1 ...

kalau dapat dibuktikan secara jelas dan berekod tentu saja boleh dipercayai
malangnya maklumat tu tak dapat dibukti dan tiada rekod
maka sukar untuk dipercayai dan meragukan

[ Last edited by  ianho at 25-9-2007 12:59 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2007 01:02 PM | Show all posts
揫color=red]anggota eksekutif Lembaga
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 02:06 PM | Show all posts
Adakah produk dari kita sendiri, atau pun boleh menjual produk dari syarikat lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 08:33 AM | Show all posts

Reply #74 nik2121's post

perniagaan koperasi tidak terhad kepada jenis atau bentuk
koperasi boleh melibatkan diri dalam sebarang peniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 08:38 AM | Show all posts
prinsip-prinsip koperasi adalah
(a)        keanggotaan sukarela dan terbuka;
(b)        kawalan secara demokrasi oleh anggota;
(c)        penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi;
(d)        kebebasan dan otonomi;
(e)        pendidikan, latihan dan maklumat;
(f)        bekerjasama diantara koperasi-koperasi; dan
(g)       prihatian terhadap masyarakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2007 08:46 AM | Show all posts
syer ertinya bahagian dalam modal syer bagi Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 07:18 AM | Show all posts
Koperasi perlu beri keutamaan tujuan asal penubuhan
PETALING JAYA 6 Mac - Koperasi perlu memberi keutamaan kepada tujuan asal penubuhannya dan tidak melencong bagi memastikan ia mencapai matlamatnya.
Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa), Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, terdapat segelintir koperasi melencong dari dasar penubuhannya dengan memberi keutamaan kepada perniagaan pinjaman yang dianggap mudah dan cepat memberi keuntungan.
"Kalau koperasi ditubuhkan untuk pertanian, buat pertanian dengan betul-betul supaya mencapai objektif penubuhannya,'' katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Petanque Kebangsaan Angkasa 2005 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang menyarankan koperasi memberi penekanan kepada bidang tertentu sahaja.
Pada 2 Mac lalu, Kabinet telah meluluskan penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) sebahagian besar koperasi menghadapi masalah serta kelemahan serius terutama dalam aspek pengurusan, struktur dan kewangan.
SKM akan bertanggungjawab mengawal selia kesemua 5,052 koperasi di negara ini di bawah satu bumbung terutamanya dalam aspek pengurusan dan kewangan.
Dr. Mohd. Ali juga berkata pihaknya menyokong penuh penubuhan suruhanjaya koperasi bagi mengambil alih Jabatan Pembangunan Koperasi
Katanya, dengan adanya suruhanjaya ini, gerakan koperasi akan lebih maju kerana ia membabitkan pemindaan beberapa undang-undang.
"Beberapa hal dalam undang-undang berkenaan koperasi yang tidak menggalakkan pertumbuhan koperasi akan dihapuskan,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 04:39 PM | Show all posts
yuran ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini dan boleh dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 04:43 PM | Show all posts
Anggota-anggota Koperasi ini terdiri daripada semua orang yang turut sama dalam permohonan untuk mendaftarkan Koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini dari semasa ke semasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.180480 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list