CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jojoba_beads

Netball men's team

[Copy link]
 Author| Post time 12-3-2008 12:15 PM | Show all posts

Reply #60 dexa's post

tak de arr.. mana pandai.. micha dak mana ek.. hahaha

tak kenal pun.. nk join main boleh je.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 12:40 PM | Show all posts

Reply #60 dexa's post

hai.... u guys nk main netball ke.... tp i pmpuan la, leh ke lwn guys. tp kalo nk main gak micha ok je. kat sni pn sllu lwan ngan team lelaki....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #62 micha's post

micha.. dok KL ke.. nanti boleh contact kita arrange..

kita satu team - micha dan saya
kita karamkan team jojo dan karam.. pun not intended  

walaupun mungkin kita yang terkaram dulu..
almaklum.. jojo dan karam ni.. state players..

i will inform you more about the match -

btw - ada lagi ke match team netball lelaki ni micha?
nak gak tengok depa main sesama depa -
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by jojoba_beads at 12-3-2008 12:15 PM
tak de arr.. mana pandai.. micha dak mana ek.. hahaha

tak kenal pun.. nk join main boleh je.. huhu



ha  tu micha dah reply..  eh jojo nanti kena book ke padang kat UKM tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 06:59 AM | Show all posts
Sukan baru kaum lelaki
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Biarpun mungkin dianggap sebagai sukan asing bagi kaum lelaki, bola jaring kini mula mengumpul peminatnya daripada kedua-dua gender.




"ABANG, jangan ambil gambar dia. Sebab mak dia tak tahu yang dia main bola jaring di Kuala Lumpur. Mak dia tahu, dia main futsal sahaja," usik seorang pemain yang lengkap berjersi merah, sambil disambut ketawa rakan-rakan lain.

Tidak mempedulikan usikan tersebut, dia kembali asyik mengikat tali kasutnya. Sementara beberapa pemain lain sibuk menyapu krim pelindung cahaya matahari di muka dan lengan masing-masing.

Mujurlah cuaca di Dataran Merdeka tidaklah terlalu terik sebagaimana biasanya, sekali gus membuatkan perlawanan bola jaring lelaki pada hari itu dapat dilaksana seperti yang direncanakan.

Anda tidak tersalah baca. Ini memang perlawanan bola jaring yang disertai oleh beberapa pasukan bola jaring lelaki dari Kuala Lumpur dan Selangor.


WALAUPUN kelihatan janggal tetapi sukan bola jaring kini semakin diterima oleh kaum lelaki.

Dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perlawanan ini adalah sempena sambutan Hari Wilayah serta pertandingan lumba basikal Le Tour de Langkawi.

Disertai oleh 47 pasukan kesemuanya, ia terdiri daripada 25 pasukan bola jaring wanita dan baki pasukan lain adalah pasukan bola jaring lelaki.

Setiausaha Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan (PBJWP), Zakiah Mohd Kassim memberitahu, sambutan pasukan lelaki lebih menyerlah kerana ini merupakan permainan yang baru dan asing bagi sesetengah orang.

"Banyak juga kejohanan yang dianjurkan melibatkan kategori lelaki. Bola jaring lelaki memperlihatkan perkembangan memberangsangkan. Malah, mutu permainan mereka lebih menarik berbanding pemain wanita.

Pemain lelaki lebih bertenaga"Sebabnya, kemahiran dan tenaga pemain lelaki bagus. Jika permainan wanita agak perlahan, permainan pasukan lelaki lebih menarik dan laju. Tetapi, masih belum ada perlawanan di peringkat kebangsaan yang mengiktiraf pertandingan bola jaring lelaki," katanya di sebalik bingit muzik dari pentas berhampiran.

Lapan gelanggang mula dipenuhi dengan para pemain yang bersedia memulakan perlawanan. Selaku salah seorang penonton di situ, penulis harus akui bahawa permainan pasukan bola jaring lelaki lebih menarik untuk ditonton.

Aksinya lebih pantas dan tersusun, walaupun kadangkala kerancakan itu terganggu apabila pengadil meniup wiselnya untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh pemain.

"Mengadili perlawanan bola jaring lelaki lebih mudah berbanding wanita kerana mereka lebih bertenaga, selain jarang melakukan kesalahan. Misalnya, para pemain dari pasukan Royale dan Legend tahu dengan baik tentang teknik bola jaring.

"Apabila mahir mengenai permainan, ia menjadi lebih lancar. Pengadil pun tidak perlu banyak tiup wisel. Para pemain cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan bola, tidak timbul masalah tolak menolak antara pemain.

"Justeru, menjadi satu cabaran pula buat pengadil supaya bergerak lebih pantas untuk melihat keadaan dan selari dengan kepantasan permainan mereka," jelas salah seorang pengadil perlawanan, Mazlah Abidin, 48, yang mempunyai 18 tahun pengalaman sebagai pengadil bola jaring.

Psikologi pengaruhi pengadil

Mengulas mengenai permainan pasukan wanita, Mazlah menyatakan mutunya cukup baik terutamanya bagi pemain yang bermain di peringkat negeri atau wilayah.

Tetapi apabila pasukan ini bercampur dengan pemain yang sudah lama tidak bermain dan tidak bertenaga, mereka cenderung untuk menggunakan fizikal dan psikologi untuk mempengaruhi pengadil.



PENGADIL turut dicabar untuk lebih pantas
bergerak menyaingi pergerakan bertenaga
pemain bola jaring lelaki.

"Mereka juga tidak fokus dalam permainan, sibuk komen pengadil berbanding bermain. Mengganggu konsentrasi pengadil sahaja," katanya sambil menyatakan masa perlawanan bagi pasukan lelaki masa itu dipanjangkan kepada 10 minit berbanding tujuh minit untuk permainan pasukan wanita.

Pemain lelaki juga ada kelemahannya. Mereka perlu memperbaiki kekurangan dari segi halangan. Halangan dalam bola jaring adalah tiga kaki, oleh kerana pemain lelaki cepat, jadi mereka akan angkat tangan dahulu sebelum mengambil jarak tiga kaki tersebut.

Jurulatih bola jaring dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Choo Kon Lee, juga bersetuju bahawa pemain lelaki memiliki kekuatan fizikal. Namun, untuk memahami dan mencantikkan permainan, mereka perlu mendalami pengetahuan menerusi bantuan jurulatih berpengalaman.

Jika mahir tentang peraturan permainan, teknik dan strategi, rasanya pemain lelaki akan lebih bagus daripada pemain wanita.

"Biarpun begitu, dalam konteks masyarakat Malaysia, untuk memperkenalkan permainan bola jaring lelaki di peringkat sekolah masih belum tiba masanya kerana kita pun masih menganggap bola sepak tidak wajar dimainkan oleh pelajar perempuan," kata Choo, ringkas.

Libat banyak pergerakanSempat berbual dengan beberapa orang pemain bola jaring lelaki, memberi serba sedikit gambaran mengenai senario menarik ini.

Mohd Firdaus Mazalan, 28, dari pasukan Legend yang juga seorang pakar terapi pertuturan dan bahasa dari Gleneagles Intan Medical Centre berpendapat perkembangan bola jaring dalam kalangan kaum lelaki semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, apabila semakin ramai lelaki yang berani tampil untuk bermain.


MOHD FIRDAUS MAZALAN

"Dahulu, permainan ini dianggap hanya untuk golongan wanita sahaja, tetapi apabila sudah terlibat dalam sukan ini barulah saya tahu bola jaring bukanlah satu sukan yang lembut. Ia sebenarnya mencabar dari segi mental dan fizikal.

" Pencapaian terbaik setakat ini ialah menjadi finalis dalam banyak kejohanan. Susahnya bermain bola jaring ialah terpaksa berada di bawah panas terik, selain peraturan permainan yang pada peringkat awalnya sedikit sukar untuk dikuasai. Sekarang, tiada masalah lagi," kata Firdaus yang nyata tidak ambil pusing dengan persepsi orang ramai terhadap pemain bola jaring lelaki.

Seorang lagi pemain pasukan Legend, Pee Chen Huan, 35, menyatakan minatnya untuk bermain bola jaring mula timbul kerana sering menonton teman wanita (kini telah menjadi isterinya) yang merupakan seorang pemain kebangsaan bermain bola jaring.

Bagi Pee, perbezaan paling ketara antara bola jaring dengan bola keranjang ialah berkaitan body contact antara pemainnya.

"Bola jaring melibatkan banyak pergerakan, kerana pemain tidak boleh tolak menolak dengan pemain lawan. Bagus juga kalau hendak tubuhkan pasukan bola jaring lelaki kebangsaan. Ini kerana percaya Singapura dan Australia sudah pun mempunyai pasukan masing-masing," katanya.

Seorang guru dari sekolah Sri Aqmar, Muhamad Farif Marlias yang menyertai pasukan Royale, memberitahu, dia mula bermain bola jaring sejak tiga tahun lalu.


MUHAMAD FARIF MARLIAS

"Mula-mula cuma main passing bola sahaja, kemudian ada kejohanan bola jaring lelaki dan kami pun tubuhkan pasukan.

" Permainan ini sama sahaja, cuma lelaki lebih agresif dan ia satu aktiviti yang boleh disertai oleh sesiapa yang berminat," jelasnya sebelum berlari ke padang menyertai rakan-rakannya yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

ah.. terbaca artikel ni.. teringat kat jojo..yang main netball ni..
dan juga game kita nak lawan nanti eh..  rambut mohd firdaus tu
mcm rambut jojo,, eh.. gs    


[ Last edited by  dexa at 16-3-2008 11:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 11:06 AM | Show all posts

Reply #64 dexa's post

sorry dexa internet micha problem sket. so bile nk main????? micha yakin kte bleh karamkan team jojo.... micha pn state player ok..... hahahaha..... dexa tinggi bpe???? kalo tggi bleh jd gd or gk.... micha pn sbnrnye prefer defend, tp rs nk try attack plak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2008 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by micha at 16-3-2008 11:06 AM
sorry dexa internet micha problem sket. so bile nk main????? micha yakin kte bleh karamkan team jojo.... micha pn state player ok..... hahahaha..... dexa tinggi bpe???? kalo tggi bleh jd gd or gk ...



ahh okie.. that's alright.. hopefully internet mischa better..
well.. saya plan dgn jojo dalam april insya Allah dan
akan inform micha lagi.. rasanya april is a good month.. one fine saturday
perhaps on the second week.. we shall confirm again..

saya 164cm - so rasanya tu sederhana aje.. baguslah micha state player -
saya dulu district player aje - then sebab moved to go to school in canada -
so tak main lagi - main softball and baseball aje kat sana -

saya dulu jadi GD .. so oleh kerana kita mungkin ada 2 positions - saya rasa
GS and GK aje la kan -- sorang aje yang boleh shoot dan sorang lagi tu kena
defend -  so saya ambil GK - mischa ambil GS.. kita 'karam'kan team jojo and
karam - no sweat  - pun not intended  ..
  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #67 dexa's post

yes.... micha pnh jd GS dulu. actually bpe org nk main nih. kalo complete team lg best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by micha at 16-3-2008 03:00 PM
yes.... micha pnh jd GS dulu. actually bpe org nk main nih. kalo complete team lg best.



saya ada ajak sorang lagi.. tapi a guy - tak tahu dia boleh join or not utk team
jojo dan karam....

otherwise 2 on 2  -  ok juga lah tu  UNLESS ada lagi yang nak join
would be fun -
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:13 AM | Show all posts

Reply #69 dexa's post

wat la match antara forumer.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #70 micha's post

gila la micha... state player tu.. aduh...

mati ler jojo n karam ni... bebetul karam nnt kat dalam d..

ada lagi ker forumer yg berminat nk join.. boleh aja..

dex ty ler dak laki lain... mana tau ada yg berminat ker...

boleh aja.... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #69 dexa's post

sure team korang menang ni..

tak pe.. laki pantang dicabar.. blum lawan blum tau lagi sapa  yg menang.
hhahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by jojoba_beads at 17-3-2008 12:10 PM
sure team korang menang ni..

tak pe.. laki pantang dicabar.. blum lawan blum tau lagi sapa  yg menang.
hhahahaaa


'saya pantang dicabar'  kata jojo  (ala ala pak lah la tu   )

nanti kita lawan.. mesti best kan.. tapi entah lah tetiba rasa macam
seram lak nak lawan dengan jojo dan karam.. takut kena karam..

but - belum cuba belum try.. hope kitorang dapatlah juga
sebijik dua  gol  .. jadilah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by micha at 17-3-2008 11:13 AM
wat la match antara forumer.....


karam dan jojo tu forum member la..

tapi tak tahu la kalau ada forum members lain nak join
boleh saje... mesti best kalau ada..

ingatkan reuk dan akughi interested.. kalau depa interested
bagus nya... depa tu  body best best - memang jenis ahli sukan
gila gila punya...
mungkin sorang boleh masuk team pompuan (reuk kot - )
sorang masuk team jojo...  okay gak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #71 jojoba_beads's post

mmg best mischa tu  state player lagi...

saya harap ada lagi dak laki lain nak join  jojo..
hopefully reuk dan akughi..  nak join..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 11:01 AM | Show all posts

Reply #75 dexa's post

so nih match antara laki n girls???? seram gak.... laki main ganas. tp xpe dexa, kte main sistematik. pastikan team dorg xdpt shoot lgsg..... hhahaahhaha.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2008 02:06 PM | Show all posts
dex ajak ler reuk ker akugi ker. sesapa ler..

hahaha

ala.. micha n dex tak yah risau ler...

jojo n karam pun bkn tau main... stakat pas2 bola tau ler..

stepping hancos.... hahaha

promote sket dex n micha kat forumer lelain ek..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 02:25 PM | Show all posts

Reply #77 jojoba_beads's post

ajak team royal n legend. ahhahahahahaaha.....

tp mmg. netbal nih mmg very sensitive game.... byk peraturan, tp best
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by micha at 18-3-2008 11:01 AM
so nih match antara laki n girls???? seram gak.... laki main ganas. tp xpe dexa, kte main sistematik. pastikan team dorg xdpt shoot lgsg..... hhahaahhaha.....



rofl..  micha saya ada satu idea.. ha! masa depa nak shoot aje
micha kena goyang goyang pinggul la...  aleh kan sikit pandangan depa tu
KABOOM........... saya rampas la bola dari jojo..

whoaaaaa bjiak kita ni...

*dah menggigil gigi jojo dan karam.. ha! -    
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:18 PM | Show all posts

Reply #77 jojoba_beads's post

dex ajak ler reuk ker akugi ker. sesapa ler..
hahaha
ala.. micha n dex tak yah risau ler...
jojo n karam pun bkn tau main... stakat pas2 bola tau ler..
stepping hancos.... hahaha
promote sket dex n micha kat forumer lelain ek..


nanti saya akan tanya pada depa...
micha pun tolong gak eh..

saya dgn micha nak lawan jojo dgn karam pun seram gak.. -
al maklum  kitorang cuma pemain netball picisan aje...

jojo dgn karam  tere
r  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072610 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list