|
Reply #61 dCrook's post
salah satu sebab...org melayu mmg patuh dgn raja..dan sebab tulah tanah melayu setiap negeri ada raja dan sultan...
dan cara penyebaran islam di kalangan org melayu lebih senang dgn pengislaman kerabat di raja...
tak ingatlah nama tuhan segala tuhan melayu tuh..
apatah nama dia..tapi itu adalah tuhan yang org melayu sembah..
kira tuhan nieh jaga anak2 tuhan dan dewa dewi..
sapa ada maklumat nama tuhan segala tuhan org melayu (bapak tuhan)..
bleh kongsi maklumat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 highlander07's post
setuju...tokoh yang sama untuk benua yang berlainan..
dan dikenali dengan nama yg berlainan mengikut gelaraan setempat..
cth nabi sulaiman pun pernah jadi sembahan pada masyraakat cina
nama cina nabi sulaiman pada masyarakat cina tak ingatlah..
sapa ada naklumat bleh kongsi..
ini kawan cina aku kasi tau |
|
|
|
|
|
|
|
remizati, aku rasa "Tuhan Segala Tuhan" yg ko maksudkan tu namanya Sang Hyang Tunggal, yg sehingga kini masih disembah org Hindu Bali dan Jawa. |
|
|
|
|
|
|
|
HINDU DHARMA/AGAMA HINDU
Hinduism is a monotheistic religion with one Godhead. In Bali, this is called Ida Sanghyang Widi Wasa or Sang Hyang Tunggal or Sang Hyang Cintya. These are all words for the one God. Hinduism is often misunderstood as being a faith with many Gods and Goddesses (Dewas and Bhataris). These other Gods are merely the realization or manifestations of the holy rays from the One God. The word Dewa (Deva) comes from the Sanskrit word Dev, meaning ray. Bhatara comes from the word Bhar, meaning protector. The Dewas (holy manifestations of God), which appear most often in Balinese religion are called the Tri Murti, or sometimes the Holy Trinity.
- Brahma - The creator
- Wisnu - The preserver
- Ciwa - The destroyer or returner
More info here http://www.baliadvisor.com/pages/inspire.html |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 highlander07's post
Cerita highlander mencerminkan Hang Tuah itu seakan-akan ubiquitous spook.....Hmmmm very interesting.
Phasa pertama Melayu Nusantara ( amnya bangsa Austronesian) mengamalkan agama Animism di mana kuasa ghaib ujud di atas atau di dalam sesuatu benda termasuk binatang, bukit, busut, hutan, danau, sungai, pokok tumbuham, cuaca...dll. Tiap benda itu serupa dengan manusia mempunyi roh dan perasaan saperti marah, pemurah dan adil. Konsep Animism tidak serupa dengan konsep Pantheism.
Mereka percaya hidup mereka di pengruhi oleh kuasa-kuasa ini. Sebagai contoh , kalau gunung berapi mengeluarkan lahar ini bermaksud tuhan sedang marah dan ritual-ritual tertentu di lakukan, saperti ayam dikorbankan, untuk menyejukan hatinya. Di sebalik itu upcara-upacara saperti membuang ancak, makanan dan hiasan di apongkan dalam danau atau sungai, untuk memberi terima kaseh kapada kuasa ghaib kerana hasil padi yang lumayan pada tahun itu. Semangat pada adalah satu tradisi animism yang maseh lagi ujud di kalangan orthodok Melayu.
Phasa keDua dalam agama Melayu Kuno ialah percaya kapada konsep 'super-being' hasil pedekatan agama Hindu di Nusantara. Falsapah Hindu sungguh komplek dan abstrak dan cara senang sekali ia dengan memasukan cerita epik [size=-1]Mahabharata . Di sini di serapkan konsep ' super-being' saperti dewa-dewa, mambang dan jin. Bukti-bukti penyerapan agama Hindu amat jelas sekali kerana banyak material-material yang maseh lagi tinggal sebagai bahan kajian sejarah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 thamrong's post
Apa maksud ubiquitous spook tu tuan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 highlander07's post
Janganlah panggil saya tuan...Kita sama semuanya sama- Ramli Sarip
Maksudnya seorang insan yang ujud dimana-mana dalam satu masa ibaratkan bayu atau angin??
Petikan dari karya Joseph Heller "plodded through the shadows fruitlessly like an ubiquitous spook" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dCrook at 27-1-2008 12:19 AM
Ijad, pasal pontianak/matianak tu, aku ade gak tgk kat dalam National Geographic.. Tak salah aku Matianak tu disembah orang asli Mahmeri kan?
Yup!! Matianak tu memang disembah Orang Asli suku Mahmeri, dan ianya berbeza dari Pontianak versi masyarakat Melayu.
Walau bagaimanapun, Pontianak, Matianak, Tiyanak dan Kuntilanak adalah berasal dari satu akar yang sama iaitu berdasarkan kepercayaan animisme yang asal rumpun Bangsa Melayu zaman purba...
Originally posted by dCrook at 27-1-2008 12:19 AM
Ko ade ape2 information tak pasal Semangat Puteri dalam Ulek Mayang.
Menurut sebuah buku yang aku pernah baca di pusat sumber sekolah dulu, Semangat Puteri dalam Ulek Mayang merujuk kepada 7 Semangat yang berasal dari laut. Sebenarnya, Semangat Puteri memang sudah wujud dikalangan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar-umbi dari kepercayaan animisme Melayu.
Pada zaman dahulu, penduduk Terengganu yang tinggal di pesisiran pantai menyembah 7 Semangat Puteri. Mereka percaya bahawa 7 Semangat Puteri ini adalah Penunggu Laut yang memberi rezeki kepada nelayan. Malah jika ada nelayan yang hampir mati lemas, 7 Semangat Puteri akan menyelamatkan nelayan tersebut dengan membawanya semula ke pantai.
7 Semangat Puteri itu diberi nama Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. Di dalam Tarian Ulek Mayang, Puteri Tujuh dikatakan lebih kuat dari 6 Semangat Puteri yang lain..
Menurut wikipedia, Semah Pantai merupakan upacara sembahyang yang diamalkan oleh penduduk di Pantai Timur Semenanjung pada zaman dahulu. Upacara tersebut adalah untuk memuja segala jenis Penunggu Laut (termasuklah 7 Semangat Puteri ini)...
Originally posted by dCrook at 27-1-2008 12:19 AM
Kalau ikut ape yang aku baca kat dalam tenet ni, dikatakan yang ulek mayang tu wujud sebelum kedatangan islam lagik.
Ulek Mayang merupakan salah satu cara perubatan tradisional orang Melayu Terengganu pada zaman dahulu. Ketika upacara Ulek Mayang sedang berlangsung, Tok Bomoh akan memegang bunga kelapa (daun pinang). Sambil membaca jampi serapah, Tok Bomoh akan mengulik (menyapukan) daun pinang ke atas seluruh badan pesakit berulang kali. Itulah sebabnya kenapa ia dipanggil Ulek Mayang...
Tarian Ulek Mayang pula hanya dicipta kira-kira 150 tahun yang lalu oleh seorang guru lelaki (aku dah lupa nama dan asal-usul dia). Guru tersebut ingin membuat kajian mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perbomohan, kedukunan atau kepawangan...
Maka, guru tersebut telah pergi ke Terengganu untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat Terengganu melakukan upacara Ulek Mayang. (Masyarakat Melayu Terengganu pada 150 tahun yang lalu masih percaya kepada 7 Semangat Puteri, meskipun mereka sudah beragama Islam...)
Ketika upacara Ulek Mayang sedang berlangsung, Tok Bomoh kerap kali menyebut nama-nama 7 Semangat Puteri. Setelah selesai melihat upacara tersebut, guru tersebut mendapat satu idea - mencipta Tarian Ulek Mayang berdasarkan upacara Ulek Mayang. Itulah asal-usul Tarian Ulek Mayang |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah hikmahnya org Melayu taat pada raja - mereka senang nak peluk Islam.
Aku yakin agama bangsa kita dulu tak jauh beza pun dgn agama anutan org Bali hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Samsuri la yg paling klaka Disebabkan kesemua keramat ni Melayu dan beragama Islam, maka tak bleh diberi offerings mengandungi daging babi dan arak. So amusing! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 ijad_adiputera's post
hehehe..quite amusing..but without this dewa2, kita sendiri tak tau kewujudan diorang.. Orang cine panggil tokong, tokong ke? or tokong tu perkataan melayu utk kuil cina? mane le tau sebenarnya perkataan tokong tu asalnya dari Na Tuk Kong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 ijad_adiputera's post
Di zaman Majapahit pulau Jawa memang beragama Hindu. Petikan dari wiki......
Majapahit pupus apabila kuasa di bawah Mataram yang beragama Islam bangkit dan menawan kesemua jajahan Majapahit Hindu kecuali Pulau Bali. Memang benar kalau Bali adalah perwaris agama Hindu di Nusantara. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dCrook at 27-1-2008 03:08 PM
Menarik info nih, mungkin hindu buddha hanya dianuti oleh rakyat sahaja tetapi rajanya tidak?
alangkah syoknya kalau tembok tu masih ade sampai sekarang.. tapi.. kat mane pulak tembok ...
Nak tahu kemana hilangnya tembok dan kota-kota itu.Baca catatan ini
Dalam bahasa Tamil yang digunakan oleh Rajendra Chola, Kedah disebut sebagai "Kadaram". Sebuah inskripsi di dalam sebuah kuil di Tanjor berbunyi:
"Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama."(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)
Di ceritakan juga bahawa Kedah dimusnahkan oleh raja Chola sehingga menjadi padang jarak padang terkukur.Ketika Raja Derbar raja sampai diwilayah itu masih terdapat kesan kebakaran akibat kemusnahan perang itu.Derbar Raja yang berasal dari Gumarun di wilayah utara Parsi dipesisiran Laut Hitam(dibawah kekuasaan Byzantine atau Rum timur)telah dipelawa oleh pembesar melayu Kedah iaitu Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa untuk merajai negeri Kedah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita mengenai peperangan antara Merung Mahawangsa(Derbar Raja) dengan Burung Garuda didalam Hikayat Merung Mahawangsa sebenarnya ialah pertempuran diantara angkatan Merung dengan salah satu dari angkatan Raja Rajendra Chola yang sedang dalam pelayaran pulang setelah memusnahkan Kedah.Burung Garuda adalah nama kapal Induk dalam angkatan itu.Nama itu diambil sempena nama kenderaan Dewa Visnhu iaitu Garuda.Merung Maha Wangsa adalah nama melayu bagi Raja Derbar.Merung bermaksud Naga dari istilah melayu kuno dan bukan dari istilah Siam. |
|
|
|
|
|
|
|
Serangan Chola keatas Kedah telah menjatuhkan empayar Sriwijaya keran Kedah merupakan pelabuhan teragung bagi empayar tersebut.Kedah Tua hasil tinggalan empayar Langkasuka dan selepas itu menjadi sebahagian dari empayar Sriwijaya musnah dan dibangunkan kembali oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Tun Derma dan Tun Perkasa dengan Dirajai oleh Derbar Raja.Warisan dari Derbar Raja lah yang menjadi nenek moyang Raja-raja Kedah hingga sekarang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehubungan dari peristiwa itu ramai ahli sejarah samaada lahiriah atau ahli astral berpendapat bahawa tinggalan Candi hindu yang wujud di Kedah sekarang ini adalah dibina oleh pengikut Raja Rajendra Chola yang membakar negeri itu.Sebab itulah Raja Merung Maha Wangsa membina Kotanya agak jauh dari pusat hindu tersebut.Kesimpulannya adalah ugama penduduk Melayu Kedah dan juga rajanya ketika itu bukanlah ugama Hindu.Penemuan Batu Nesan yang terukir Nama Ibnu Sardan mengukuhkan lagi bahawa hindu cuba menenggelamkan bukti sesuatu sejarah sebenar.
[ Last edited by sayapghaib at 29-1-2008 02:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #80 sayapghaib's post
hmm..i hope these have nothing to do with 'Kerajaan Kedah Siam Pasai Ma' stuffs..
[ Last edited by dCrook at 29-1-2008 03:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|