|
Sukan Sea Laos 2009 : Update - Laos Sudah Bersedia -
[Copy link]
|
|
MSN puas hati persediaan Vientiane
+ berita harian
Zolkples yakin Sukan Sea XXV tidak akan beri masalah besar kepada kontinjen negara
TANGGAPAN pertama Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai persediaan Laos menganjurkan Sukan Sea XXV adalah positif dan seharusnya tidak akan mendatangkan masalah besar kepada kontinjen negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong yang mengetuai delegasi MSN ke Laos, berpuas hati dengan tahap persediaan Vientiane menganjurkan temasya itu Disember ini, yang membabitkan 21 sukan dengan beberapa gelanggang sudah hampir siap sepenuhnya.
揘ampak tiada masalah buat Laos untuk menganjurkan temasya itu, |
|
|
|
|
|
|
|
MOM tak kenakan syarat baru
+ berita harian
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) tidak bercadang memperketatkan syarat kelayakan ke Sukan Sea Laos, Disember ini biarpun berdepan peruntukan yang lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berdepan masalah ekonomi yang tidak menentu serta peruntukan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipotong sebanyak 30 peratus tahun ini, timbul persoalan kemungkinan kontinjen negara ke Sukan Sea XXV akan lebih kecil.
Namun, kemungkinan itu pantas dinafikan Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi (gambar), yang memberi jaminan tiada perubahan kepada syarat kelayakan dengan badan induk itu akan mengekalkan catatan tempat kedua kejohanan lalu sebagai pengukur kelayakan.
“Tiada perubahan dalam had kelayakan. Jika kita lakukan sekarang, ia tentu tidak adil kepada atlit dan persatuan sukan kebangsaan, apa lagi persediaan untuk memastikan atlit mereka layak, adalah berdasarkan kepada catatan yang sedia ada.
“Selain itu, saya pasti masalah ekonomi atau kekurangan bajet tidak akan menyumbang kepada pengurangan atlit ataupun MOM mengetatkan syarat kelayakan.
“Saya berpendapat tiada keperluan untuk mengambil tindakan sedemikian dan MOM yakin mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menghantar atlit negara yang layak beraksi di Laos,” katanya.
Ibu negara Laos, Vientiane akan menjadi tuan rumah Sukan Sea XXV yang akan berlangsung Disember ini, membabitkan 21 sukan.
MOM juga tidak bercadang membatalkan kelayakan Kategori B - pembiayaan sendiri - sekalipun ada persatuan sukan yang masih belum melunaskan ‘pinjaman’ mereka kepada MOM.
“Saya berpendapat kita masih memerlukan Kategori B,” kata Kok Chi. “Ia tidak memberikan kesan kepada bajet yang sudah ditetapkan kerana pembiayaan ditanggung sendiri oleh persatuan sukan kebangsaan.” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Elaine Sasar Emas Pada Sukan SEA Laos
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Setelah meraih pingat emas pada Sukan SEA Korat, Thailand, dua tahun lepas, atlet taekwondo kebangsaan Eliane Teo bertekad untuk mempertahankan kejuaraan itu pada temasya sama di Laos Disember ini.
Atlet berusia 28 tahun itu yakin dapat mengulangi kejayaan di Laos nanti walaupun bakal menghadapi saingan dari peserta muda dari negara lain.
"Saya kini gigih menjalani latihan walaupun terpaksa membahagikan masa dengan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Selain Sukan SEA Laos, Eliane berkata beliau akan menyertai Temasya Sukan Universiti Dunia di Belgrade, Serbia, Julai ini dan Kejohanan Dunia di Denmark, Oktober ini.
"Bagi Kejohanan Dunia, saya meletakkan sasaran untuk layak ke peringkat separuh akhir," katanya.
Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Elaine tewas kepada bekas juara Eropah, Azize Tanrikulu dari Turki pada pusingan awal acara bawah 57 kilogram.
Namun pada Sukan Universiti Asean (AUG) di sini bulan lepas, beliau kembali membina keyakinan dengan merangkul pingat emas. |
|
|
|
|
|
|
|
SEABA Sedia Bantu Laos Jika Bola Keranjang Disenaraikan Dalam Sukan SEA
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolakeranjang Asia Tenggara (SEABA) sedia membantu Laos, selaku tuan rumah Sukan SEA ke-25 Disember ini, untuk membuat persiapan jika Persekutuan Sukan SEA (SGF) menyenaraikan kembali acara sukan itu pada temasya tersebut.
Timbalan setiausaha agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Sim Sin Heng berkata komitmen tersebut diberikan oleh enam negara anggota SEABA yang bermesyuarat di sini, minggu lepas.
"Terlebih dahulu, kesemua anggota SEABA perlu meminta Majlis Olimpik negara masing-masing untuk merayu kepada SGF supaya mempertimbangkan kembali kemasukan acara itu di Laos," katanya di sini hari ini.
Justeru itu, katanya, MABA akan menghantar surat rasmi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk merayu keputusan awal SGF yang mengugurkan acara tersebut di Laos atas alasan tuan rumah tidak mempunyai kemudahan gelanggang.
Sim berkata mesyuarat SEABA diberitahu, Laos kini mempunyai sebuah gelanggang bola keranjang di dalam sebuah stadium yang baru dibina.
"Anggota SEABA memberi komitmen untuk membantu Laos dari segi teknikal sekiranya bola keranjang dipertandingkan kembali," katanya.
Beliau berkata Malaysia sendiri akan kehilangan satu pingat emas dalam acara wanita sekiranya sukan itu kekal digugurkan di Laos.
Pada temasya Sukan SEA di Korat, dua tahun lepas, pasukan wanita negara merangkul satu emas sementara pasukan lelaki mendapat gangsa.
Sukan SEA di Vientiane, Laos dari 9 hingga 18 Dis depan akan mempertandingkan 390 acara melalui 26 jenis sukan.
Sukan yang dipertandingkan ialah olahraga, memanah, renang, badminton, biliard & snuker, tinju, berbasikal, bolasepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, tenis ringan, ping-pong, taekwondo, tenis, bola tampar, gusti, angkat berat, wushu, muay thai, petanque, silat, timang bulu ayam, dan renang sirip. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepak Takraw Hilang Dua 'Killer' Utama
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Usaha untuk memantapkan skuad sepak takraw kebangsaan menjelang Sukan SEA di Laos penghujung tahun ini tampak terjejas setelah dua 'killer' utama bakal berehat panjang akibat kecederaan.
Skuad bimbingan Haris Abd Rahman itu tidak akan dapat menggunakan khidmat pemain apit kanan yang juga 'killer' berpengalaman, Mohd Azlan Mubin untuk tempoh sekurang-kurangnya setengah tahun.
"Beliau baru sahaja menjalani pembedahan di lutut sebelah kiri dan akan menjalani pembedahan untuk lutut sebelah kanan dalam masa terdekat yang semestinya memerlukan tempoh rehat yang panjang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Haris berkata ketika pemain berusia 26 tahun itu mewakili negara pada Sukan Universiti Asean (AUG) pada bulan lepas, beliau telah pun mengalami kecederaan namun tetap bermain.
"Selain Azlan seorang lagi pemain apit kanan yang juga saya anggap sebagai 'killer' yang berpotensi ialah Helmi Heri yang mengalami kecederaan buku lali yang memerlukan rehat sekurang-kurangnya empat bulan," katanya.
Haris berkata ketiadaan dua 'killer' utama itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk melatih pemain lain untuk bermain di posisi itu, dengan tujuh pemain kini giat menjalani latihan di kompleks Majlis Sukan Negara, Keramat.
Mengenai sasaran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan SEA Laos, Haris berkata perkara itu boleh direalisasikan jika tiada sebarang kecederaan dialami pemain.
Bagi program tahun ini, skuad kebangsaan akan memulakan perlawanan ujian dengan kelab di seluruh negara selama dua hari bermula Sabtu depan dengan lebih 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan.
Selepas itu, mereka akan menyertai Kejohanan Jemputan Piala Pusingan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis pada 6 hingga 8 Feb depan.
"Kejohanan di Perlis bakal menguji pemain-pemain kita kerana terdapat beberapa kelab dari Thailand akan menyertai pertandingan itu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemanah kita lebih sedia
+ utusan malaysia
TIGA pemanah negara (dari kiri) Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian dan Wan Mohd. Khalmizam Wan Abd. Aziz kini lebih bersedia untuk bertarung dalam Kejohanan Dunia di Korea dan Sukan SEA Laos pada tahun ini.
KUALA LUMPUR - Tatkala aksi hambar bola sepak tempatan mengundang seribu satu persoalan, lain pula masalah di benak jurulatih memanah negara dari Korea Selatan, Lee Jae-Hyung.
Masalah yang ditanggung Jae-Hyung sebenarnya mungkin mampu menjadi penawar buat rakyat Malaysia yang masih berduka dengan aksi longlai skuad bola sepak kebangsaan.
Masakan tidak, ketika diminta menamakan pemanah terbaik negara kala ini, jurulatih itu seakan teragak-agak berikutan prestasi para pemainnya kini berada di tahap yang amat memuaskan dan lebih kurang sama.
"Cheng Chu Sian, Muhammad Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd. Khalmizam Wan Abd. Aziz serta beberapa pemain lain semuanya berada di prestasi terbaik. Agak sukar untuk menentukan yang terbaik di kalangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
''Sekalipun tidak menyertai sebarang kejohanan sepanjang lima bulan selepas Olimpik, prestasi pemanah kita masih di tahap yang baik dan saya lebih banyak menumpukan kepada latihan fizikal bagi memastikan mereka sentiasa bersedia,'' ujarnya.
Ditanya mengenai kejohanan-kejohanan yang bakal menjadi tumpuan skuadnya sepanjang tahun ini, Jae-Hyung meletakkan Kejohanan Memanah Dunia di Korea selain Sukan SEA di Laos sebagai fokus utama.
"Kami akan bermula dengan Grand Prix Asia di Bangkok Februari depan sebelum mengorak langkah lebih jauh pada kejohanan-kejohanan lain seperti Kejohanan Memanah Dunia di Korea sehinggalah Sukan Sea di Laos.
"Setakat ini saya masih belum mahu menetapkan sebarang matlamat tetapi pastinya kami akan melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pingat," katanya.
Pada Sukan Olimpik Beijing tahun lalu, skuad memanah negara beraksi cemerlang sekalipun gagal membawa pingat dengan Chu Sian, Wan Khalmizam dan Muhammad Marbawi mara ke suku akhir acara berpasukan sebelum tewas kepada Itali.
Chu Sian turut mencipta kejutan dengan menewaskan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang-Hwan dari Korea Selatan dalam acara individu sebelum tumbang kepada pemanah Rusia, Badenov Bair di separuh akhir.
Jae Hyung menambah, setakat ini masih belum ada pemanah yang akan pasti dihantar ke Laos dan pemilihan mereka hanya akan dilakukan dalam masa dua atau tiga bulan sebelum kejohanan itu.
"Saya tidak ragu dengan kemampuan para pemanah kita. Cuma saya kini sedang berusaha memantapkan pasukan dari segi mental dan keyakinan mereka.
"Mengenai pemilihan pemanah ke Laos, masih terlalu awal untuk menentukannya dan saya akan memilih di kalangan yang terbaik dalam masa dua atau tiga bulan sebelum sukan itu berlangsung," tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya empat terbaik layak ke Laos
+ kosmo
CHEE WEI (kanan) merupakan antara pemain senior kebangsaan ketika ini.
EMPAT daripada lapan pemain terbaik yang menyertai sirkit kebangsaan akan dipilih membawa cabaran Malaysia pada Sukan SEA ke-25 di Laos Disember depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF), Melvin Chia berkata, pihaknya hanya akan membuat pemilihan pemain yang layak beraksi pada temasya dwitahunan itu pada September depan.
"Keputusan untuk mewakili negara berpandukan kepada prestasi pemain pada sirkit kebangsaan.
"Ini kerana, ada kriteria yang perlu diikuti dalam memilih atlet beraksi pada temasya Sukan SEA dan MSBF tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya," kata Melvin kepada Kosmo! semalam.
Ditanya mengenai kekurangan pemain kebangsaan yang ada ketika ini, Melvin berkata, MSBF tidak menganggap ia satu masalah besar.
"MSBF telah mempertimbangkan saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri untuk menghantar atlet pelapis pada temasya Sukan SEA di Laos nanti."
Ketika ini, hanya Lai Chee Wei dan Chooi Yee Wah sahaja yang berstatus pemain senior kebangsaan.
"Walaupun mereka berdua yang bernaung di bawah bimbingan MSBF, saya tidak rasakan ini satu masalah. Sebabnya, kita sudah rancang program khas bagi memilih pemain untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan," katanya.
MSBF dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah bekerjasama dengan mengadakan program Jelajah Snuker 2009 bagi memberi laluan kepada pemain kebangsaan memperbaiki prestasi mereka dari masa ke semasa.
Program yang melibatkan 64 pemain dalam negara ini telah bermula sejak tiga minggu lalu.
"Pada dasarnya, program ini dianjurkan untuk menguji tahap konsistensi pemain kebangsaan selain berpeluang beraksi di Laos," ujar Melvin.
Pada saringan pertama yang diadakan di Pusat Snuker Pandan Indah, Cheras, pemain veteran, Ng Ann Seng muncul juara.
Melvin menambah, peringkat kedua akan diadakan di Hotel Grand Season pada 10 Februari ini.
"Saringan akan diadakan sehingga Mac ini dan 16 pemain terbaik akan beraksi pada peringkat Grand Final bagi menentukan siapa yang terbaik," jelas Melvin. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarat Sukan SEA diperketat
KUALA LUMPUR - Berita baik buat pasukan takraw kebangsaan, apabila Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) buat pertama kalinya mengetatkan syarat satu negara hanya dibenarkan menyertai tiga dari empat acara yang dipertandingkan di Sukan SEA Laos tahun ini.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader pada sidang akhbar yang berlangsung di sini, semalam.
''Sistem ini bukan sahaja akan diperkenalkan di Sukan SEA Laos nanti tetapi dalam usaha untuk berbincang dengan Jawatankuasa Sukan Asia di China tahun depan,'' katanya.
Jelas Abdul Halim, sistem tersebut diperkenalkan bukan kerana iri hati terhadap mana-mana negara tetapi atas tujuan pembangunan sepak takraw.
''Setiap negara hanya boleh menghantar maksimum 18 pemain dan minimum 10 pemain serta memberi peluang kepada negara lain untuk memperoleh pingat.
''Apabila hanya satu negara sahaja monopoli sesuatu sukan, pada masa akan datang tidak ada lagi negara lain yang ingin menyertai sukan ini sekali gus akan lenyap ditelan zaman,'' ujarnya.
Kata Abdul Halim, perkara tersebut telah dipersetujui oleh 21 negara yang menghadiri Kongres Istaf Mei tahun lalu di Bangkok.
''Kita mahu pelbagai negara turut serta dalam sukan sepak takraw bukan sahaja Thailand, Malaysia, Indonesia dan Myanmar ini kerana lebih ramai negara mula bermain sukan ini lebih cerah untuk membawanya ke temasya besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.
''Pasukan tuan rumah mungkin akan diberi sedikit kelonggaran menyertai empat acara yang dipertandingkan iaitu berpasukan, antara regu, beregu dan gelung bagi lelaki dan perempuan,'' katanya.
Di Sukan SEA Korat 2007 Thailand mendominasi acara sepak takraw lelaki dengan memenangi empat emas yang dipertandingkan. |
|
|
|
|
|
|
|
MTA risau tiada atlit ke Sukan Sea Laos
PERSATUAN Taekwondo Malaysia (MTA) khuatir gagal menghantar atlit pada temasya Sukan Sea di Laos, Disember ini, berikutan kemelut dalaman persatuan menyebabkannya terumbang-ambing.
Naib Presiden MTA, Nur Ekmal Buhary berkata beliau difahamkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) memerlukan masa agak lama sebelum MTA boleh dihidupkan semula.
揥alaupun demikian latihan bagi atlit taekwondo negara tetap diteruskan seperti biasa, |
|
|
|
|
|
|
|
19 Februari, 2009
Laos Prepares To Welcome Sports Fan For Sea Games
VIENTIANE, Feb 19 (Bernama) -- Authorities have said Laos will be ready to welcome sports fans from around the world coming for the 25th Sea Games as over 20 luxurious hotels with around 900 bedrooms are under construction and expect to be completed as planned.
The hotels will provide service for athletes and guests who attend the upcoming sports event, Lao News Agency (KPL) has said, citing Vientiane Vice Mayor Somvandy Nathavong.
Early this month, the Vientiane Committee for Accommodation, Food, Decoration and Tourism completed its survey on hotels, guesthouses, restaurants and tourism sites to accommodate athletes and provide service for tourists during Sea Games.
At present, there are 88 hotels with 3,368 bedrooms, 171 guesthouses with 2,725 bedrooms and 69 international standard restaurants in Vientiane Capital are ready to welcome international tourists.
The committee has signed contracts with all hotels and restaurants on using coupons in order to make athletes' staying in the country duing the games as much comfortable as possible. In addition, it will publish accommodation manuals for new arrivals.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Laos senarai semula acara lebuh raya
KUALA LUMPUR - Berita gembira buat pelumba basikal lebuh raya negara apabila acara lepas beramai-ramai kembali disenaraikan untuk dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Ke-25 pada Disember ini.
Keputusan mengejut itu dibuat tuan rumah, Laos yang memaklumkannya kepada negara anggota ASEAN lain, kelmarin.
Presiden Persekutuan Berbasikal ASEAN, Abu Samah Wahab ketika mengesahkan perkara itu berkata, langkah drastik Laos itu ternyata di luar dugaan banyak negara anggota lain tetapi cukup melegakan.
Ini kerana katanya, Laos pernah menolak mentah-mentah untuk menyenaraikan acara lebuh raya sebelum ini dengan memberi alasan faktor keselamatan sebagai masalah utamanya.
"Bagaimanapun pada sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Berbasikal Thailand yang saya hadiri di Bangkok kelmarin, nada mereka ternyata berbeza dan mengejutkan.
"Saya sendiri tidak tahu apa yang mendorong mereka membuat keputusan mengejut sedemikian.
"Mereka memaklumkan akan menggugurkan acara kriterium untuk digantikan dengan acara 160km lepas beramai-ramai lelaki dan wanita," katanya, semalam.
Menurut Abu Samah yang juga merupakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) lagi, keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah jumlah lapan pingat emas yang ditawarkan keseluruhannya dalam acara berbasikal di Laos nanti.
Selain acara lebuh raya, acara lain yang dipertandingkan adalah ujian masa individu lelaki dan wanita, basikal bukit menuruni bukit lelaki dan wanita serta basikal bukit merentas desa lelaki dan wanita.
"Di pihak PKBM, kita memang menyambut baik keputusan Laos itu walaupun usaha kita untuk menyenaraikan acara trek tidak kesampaian," tegas Abu Samah.
+ sukan sea yg paling pelik dalam sejarah .. |
|
|
|
|
|
|
|
Cai Lin sasar tiga emas di Laos
+ berita harian
Cai Lin selain bergelar pemilik baru rekod 400m Nurul, juga bergelar pemegang rekod kebangsaan dalam 800m, dengan semua dilakukan pada SUA.
Mahu sertai acara 200m selain acara 400m dan 800m gaya bebas
TIDAK cukup bergelar pemenang dua pingat emas dalam 400 meter dan 800m gaya bebas di Sukan Sea, perenang negara, Khoo Cai Lin berhajat untuk menambah jumlah itu kepada tiga di temasya Laos pada penghujung tahun ini.
Cai Lin yang membuat penampilan pertama di Olimpik Beijing dalam acara 400m dan 800m, terfikir untuk beraksi dalam 200m dengan acara itu bukan asing baginya selepas dua kali merakamkan catatan kebangsaan pada tahun lalu.
"Saya ada memasuki 200m tetapi belum berfikir untuk menyertai acara itu nanti. Keputusan untuk menyertai acara ini terletak sepenuhnya pada diri saya tetapi ia bergantung kepada beberapa perkara," katanya yang ditemui pada majlis pembukaan 'The Club' di Bandar Utama, kelmarin.
Cai Lin bersama-sama pemain skuasy kebangsaan, Ong Beng Hee berbesar hati untuk menawarkan khidmat mereka pada klinik kejurulatihan sepanjang bulan ini sempena pembukaan kelab sukan 'The Club'.
Perenang berusia 18 tahun itu dilihat sebagai pengganti legenda, Nurul Huda Abdullah apabila memecahkan kedua-dua rekodnya dalam 200m dan 400m gaya bebas yang belum pernah dilakukan mana-mana perenang wanita dalam 20 tahun.
Cai Lin yang belum dilahirkan ketika Nurul Huda melakarkan namanya dalam buku rekod pada 1988, memadamkan masa ratu renang negara itu dalam 200m di Terbuka Malaysia, Mac 2008 yang disusuli dengan catatan baru pada Sukan Universiti Asean (SUA), Disember lalu.
Selain bergelar pemilik baru rekod 400m Nurul, Cai Lin juga bergelar pemegang rekod kebangsaan dalam 800m, dengan semua dilakukan pada SUA.
Perenang Selangor yang mengkhususkan kepada jarak jauh itu, baru saja pulang daripada menyertai satu kejohanan di Jepun tetapi dengan ia adalah kejohanan pertamanya tahun ini, catatan yang dilakukannya disifatkannya sebagai tidak membanggakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seela tak cadang bersaing dalam kedua-dua acara 400m
+ berita harian
Noraseela kini sedang menjalani latihan di HPC Universiti Pretoria, Afrika Selatan.
PAKAR lari 400 meter berpagar wanita, Noraseela Khalid tidak bercadang untuk bersaing dalam kedua-dua acara 400 meter dan berpagar pada Sukan Sea 2009 di Laos, Disember ini sekalipun sudah berjaya layak dalam acara berkenaan.
Bagi Seela, dia hanya mahu menumpukan kepada acara kegemaran 400 meter berpagar dan lariannya dalam 400 meter hanya sekadar menguji keupayaan diri serta petunjuk yang baik kepada keupayaan dalam acara berpagar yang lebih teknikal.
"Saya tidak berhasrat atau pun bercadang untuk berlari dalam kedua-dua acara 400 meter dan 400m berpagar pada Sukan Sea nanti atau pun pertandingan antarabangsa yang lain," kata Seela. "Saya hanya mahu menumpukan kepada acara berpagar.
"Walaupun sudah berjaya melepasi syarat kelayakan dalam kedua-dua acara itu tetapi bukan tujuan saya untuk berlari dalam kedua-duanya di Laos atau mana-mana pertandingan.
"Tujuan saya berlari dalam 400 meter adalah sebagai satu latihan dan petunjuk kepada tahap kemampuan saya dalam mengharungi acara berpagar yang lebih teknikal," kata Seela, yang kini sedang menjalani latihan enam bulan bermula, Disember tahun lalu di Pusat Berprestasi Tinggi (HPC) Universiti Pretoria, Afrika Selatan.
Dalam tiga pertandingan pertama disertainya, Seela sudah berjaya melepasi syarat kelayakan Sukan Sea 400m dan 400m berpagar dengan catatan yang dilakukan mengatasi masa kemenangan pemenang emas temasya dua tahun lalu di Korat.
Dalam larian 400m di Pretoria, dua minggu lalu Seela mencatat 54.62 saat - masa keempat terbaik dalam jarak itu oleh pelari wanita negara, sekali gus mengatasi catatan kemenangan pingat emas Sukan Sea Korat 54.75 saat dilakukan Saowalee Kaewchuy dari Thailand.
Akhir Januari lalu, Seela mencatat 56.91s dalam acara kegemaran 400m berpagar, jauh mengatasi masa kemenangan musuh ketatnya Wassana Winatho 57.21s.
Namun, sasaran sebenar Seela ialah layak ke Kejohanan Dunia di Berlin, Ogos ini - syarat utama yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) ketika bersetuju membiayai kos latihannya di Pretoria.
Dan berdasarkan kepada masa yang lakukan sekarang, Seela atas landasan untuk melakukannya dan mungkin apa yang di harapkannya kini ialah tidak dilanda sebarang kecederaan serius yang boleh menggagalkan matlamatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Adi tidak minat timba ilmu di luar negara
+ berita harian
Adi tidak berminat berlatih di luar negara.
Sasar pecah rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri
ANDAI kebanyakan atlit olahraga lain kepingin menjalani latihan di luar negara yang disifatkan mampu memperbaiki catatan terbaik mereka, jaguh lontar peluru negara, Adi Alifuddin Hussein tampak lebih gembira berlatih di dalam negara.
Jaguh Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu dan pemenang pingat emas Sukan Universiti Asean, tahun lalu itu kini menumpukan perhatian untuk memperbaiki catatan peribadi, 16.09 meter sebelum mahu mencapai kemuncak pada Sukan Sea di Loas, Disember ini.
Dia juga mensasarkan memecahkan rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri, Mohd Nazar Abd Rahim - 16.67m yang dicipta pada 1995.
"Mungkin April ini saya akan menyertai Kejohanan Terbuka Negeri Sembilan tetapi itu terpulang kepada jurulatih untuk menghantar saya atau tidak.
"Kejohanan lain sama ada di dalam atau di luar negara masih belum tentu kerana saya hanya akan diberitahu selepas ini," katanya.
Adi menegaskan, dia gembira dengan latihannya setakat ini sambil menjelaskan banyak lagi peningkatan mampu dilakukannya untuk menyertai kejohanan utama seperti Sukan Universiti Dunia dan juga Sukan Sea tahun ini.
Atlit berusia 21 tahun dari Terengganu itu akan melakukan penampilan kedua pada Sukan Sea 2009 selepas berkedudukan keempat pada saingan di Korat, dua tahun lalu ketika dia masih mengumpul pengalaman bersaing dengan jaguh Asia Tenggara.
Adi yang akan memulakan pengajiannya dalam jurusan pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia Jun ini adalah antara atlit yang mampu menyinar dalam acara itu selepas sekian lama negara kekurangan atlit dalam acara berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan SEA XXV hilang sinar?
KUALA LUMPUR - Sukan SEA XXV di Laos Disember ini dilihat semakin hilang serinya kesan daripada kemunculan banyak kejohanan dan temasya baru di rantau ini serta ketidakmampuan Laos menawarkan pingat yang banyak seperti sebelumnya.
Walaupun ada antara kejohanan lain diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) tetapi tujuan sesetengahnya menjadi persoalan, iaitu sama ada ia berlandaskan keuntungan atau sekadar memenuhi kalendar sukan di Asia.
Bagi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebanyak lapan temasya antarabangsa berlangsung tahun ini.
Temasya-temasya itu ialah Festival Olimpik Remaja Australia V (14-18 Januari), Temasya Seni Mempertahankan Diri Asia Pertama (Bangkok, 25 April-3 Mei), Temasya Arafura (Darwin, 9-17 Mei), Temasya Remaja Asia Pertama (Singapura, 29 Jun-7 Julai), Temasya Sukan Dunia (Taiwan, 16-26 Julai), Sukan Perpaduan Islam Kedua (Iran, 15-26 Oktober), Sukan Dalam Dewan Asia Ketiga (Hanoi, 30 Oktober-8 November) dan Sukan SEA (Laos, 9-18 Disember).
Publisiti yang diberikan kepada kesemua temasya dan temasya ini sedikit sebanyak menyebabkan tumpuan kepada Sukan SEA semakin tenggelam.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mengakui penganjuran pelbagai kejohanan itu, walaupun baik bagi tujuan pendedahan atlet pelapis, menyebabkan temasya utama bagi tahun ini, Sukan SEA, semakin hilang serinya.
Menurut Kok Chi, kemunculan pelbagai kejohanan baru menyebabkan MOM sendiri terpaksa menapis dahulu sesuatu kejohanan tersebut, sama ada penghantaran atlet Malaysia berfaedah atau tidak.
Menurut Sieh, beliau telah membangkitkan mengenai pelbagai penganjuran kejohanan yang diragui tujuannya pada satu forum di rantau ini tetapi mendapat reaksi negatif kerana ada negara tuan rumah yang melihat sesuatu penganjuran itu sebagai pentas untuk mendapat keuntungan segera.
Beliau memberi contoh iaitu Kejohanan Sukan Pantai Asia yang pertama di Bali, Indonesia, dari 18-26 Oktober tahun lepas mengalami kerugian walaupun penganjurnya menyasarkan keuntungan.
"Walaupun temasya tersebut mendapat pengiktirafan OCA tetapi kos penganjurannya ditanggung sendiri oleh tuan rumah. Acara sukan pantai yang tidak begitu popular di rantau ini menyebabkan tuan rumah mengalami kerugian," katanya.
Sieh berkata, beliau akan membangkitkan lagi perkara itu pada Kongres OCA di Kuwait pada 13 dan 14 Mac ini agar badan induk sukan di Asia itu menapis dahulu sebarang kejohanan anjurannya.
Bagi Malaysia, katanya, MOM hanya akan membiayai temasya tertentu sepanjang tahun ini yang memberi faedah maksimum kepada atlet Malaysia.
Daripada lapan temasya dan kejohanan dalam kalendar MOM bagi 2009, keutamaan utama tetap kepada Sukan SEA.
Temasya Remaja Olimpik, Temasya Belia Komanwel Asia dan Temasya Remaja Asia merupakan pilihan kedua manakala Sukan Dalam Dewan Asia, Temasya Seni Mempertahankan Diri Asia dan Sukan Perpaduan Islam Kedua diletakkan sebagai pilihan ketiga.
Bagi kejohanan di peringkat pilihan ketiga, persatuan perlu menanggung sendiri kos penyertaan, melalui dana persatuan ataupun penaja.
"Krisis ekonomi global yang menyebabkan banyak syarikat mengehadkan tajaan atau tidak lagi menaja persatuan sukan menyebabkan MOM juga terpaksa selektif dalam memberi bantuan kepada persatuan atau atlet yang mahu menyertai lapan kejohanan sepanjang tahun ini," kata Sieh.
Sehingga kini, Laos telah menerima bantuan melebihi RM300 juta dari negara serantau seperti China, Vietnam dan Thailand. - Bernama
***************************************************************************
bukan baru aje tentang hilang sinar ni... dari mula lagi...
dengan acara2 yang dikurangkan.. dan acara yang god knows
tak ada ramai peserta -- macamana nak meriah sangat -
rasanya ni yang first and last laos jadi host -- patutnya sukan yang
establish macam ni.. bagi la host yang bagus lagi -
|
|
|
|
|
|
|
|
Laos Muktamadkan 25 Sukan Dan 386 Acara
+ bernama
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Persekutuan Sukan SEA (SGF) dan tuan rumah Sukan SEA bagi edisi ke-25, Laos, mengesahkan untuk mempertanding 25 sukan dan 386 acara pada temasya di Vientiane, 9 hingga 18 Disember depan.
Setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata jumlah tersebut diperolehi selepas Laos menggugurkan acara tenis ringan daripada jenis sukan yang dipersetujui semasa mesyuarat majlis SGF pada Nov lepas.
"MOM difahamkan, tuan rumah tidak akan mempertimbangkan lagi sebarang rayuan bagi acara yang digugurkan sebelum ini walaupun negara lain mahu membantu penganjuran jenis sukan tersebut.
"Laos juga memasukkan acara polo air tetapi bukan sebagai acara berasingan kerana polo air diletakkan di bawah sukan akuatik," katanya kepada Bernama, Khamis.
Sieh selepas mesyuarat SGF tahun lepas berkata Laos akan mempertanding 25 sukan dan 390 acara.
Ketika itu, tenis ringan dianggap satu acara dalam sukan tenis tetapi kemudian diasingkan menjadikan jumlah sukan yang dipertandingkan ialah sebanyak 26.
Acara yang akan dipertandingkan di Laos ialah olahraga, memanah, akuatik, badminton, biliad & snuker, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, ping-pong, taekwondo, tenis, bola tampar, gusti, angkat berat, wushu, muay thai, petanque, silat, timang bulu ayam dan renang sirip.
Sebanyak 43 jenis sukan dipertandingkan pada Sukan SEA di Korat, Thailand dua tahun lepas.
+ tak paham btol .. negara lain dah nak bagi bantuan (penganjuran), pon deme takmoh jugek
neh mesti pasal kes takut hilang banyak sangat pingat aa neh .. |
|
|
|
|
|
|
|
8 gelanggang Sukan SEA Laos
TUAN rumah Sukan SEA ke-25, Laos akan menggunakan lapan gelanggang utama di sekitar ibu negaranya, Vientiane pada temasya sukan itu yang dijadualkan bermula pada 9 hingga 18 Disember depan.
Stadium Sentral, stadium utama bagi acara pembukaan dan penutup temasya tersebut, turut menjadi gelanggang bagi acara bola sepak (lelaki), olahraga, badminton, memanah, bola tampar manakala gelanggang di sekitarnya pula akan digunakan untuk acara menembak dan golf.
Menurut beberapa laman web berkaitan temasya tersebut, gelanggang kedua ialah Universiti Kebangsaan Laos yang menjadi tempat acara bola sepak (wanita), petanque, gusti, taekwondo, ping pong dan angkat berat, sementara Pusat Pameran Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Laos (Laos ITECC) menjadi gelanggang bagi acara sepak takraw, wusyu dan silat.
Tenis, judo dan karate pula akan berlangsung di Stadium Chao Anou, sementara acara lumba basikal di wilayah Patouxay.
Acara biliard dan snuker akan dilangsungkan di Don Chan Palace Hotel, sementara acara Muay Thai dan badminton di Jabatan Sukan dan Gimnastik Vientiane.
Stadium Tentera merupakan gelanggang bagi pusingan kelayakan acara bola sepak lelaki.
Semua gelanggang tersebut terletak di sekitar Vientiane selepas tuan rumah mahu ibu negaranya mengendalikan semua acara walaupun perancangan asalnya untuk melibatkan wilayah lain di negara tersebut.
Acara bola sepak yang menawarkan dua pingat emas (lelaki dan wanita) akan bermula awal pada 1 Disember dan menjadi acara paling lama dipertandingkan iaitu selama 16 hari, sementara acara renang sirip yang menawarkan 16 pingat emas, menjadi acara paling singkat iaitu selama tiga hari bermula 15 Disember.
Olahraga menjadi acara paling banyak menawarkan emas iaitu 45 pingat diikuti akuatik (41), menembak (34), taekwondo (21), gusti (21), wusyu (21), karate (19), silat (19), judo (18), tinju (16), renang sirip (16), angkat berat (15), Muay Thai (14), petanque (11), biliard & snuker (10), memanah (8), lumba basikal (8), sepak takraw (8), badminton (7), ping pong (7), tenis (7), timang bulu ayam (7), golf (4), bola sepak (2), bola tampar (2), bola tampar pantai (2).
Sebanyak 25 sukan dan 383 acara dipertandingkan pada temasya di Laos, yang buat kali pertama menganjurkan temasya sukan dwitahunan itu. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Empat lepasi syarat ke Laos
Oleh Lukman Salleh
EMPAT pejalan kaki negara diterajui atlit muda, Lo Choon Siang berjaya melepasi syarat kelayakan Sukan Sea XX di Vientinne, Laos, penghujung tahun ini dalam kejohanan Grand Prix Asia di Komamatsu, Jepun, minggu lalu.
Choon Siang, 23, merekodkan masa terpantas di kalangan tiga lagi rakannya dengan catatan satu jam 29 minit 28 saat untuk mengatasi syarat kelayakan catatan masa tempat kedua Sukan Sea XX 1:32:58s, serta masa kemenangan yang dilakukan rakan senegara, Teoh Boon Lim, 1:30:53s.
Boon Lim, yang turut mengambil bahagian mencatatkan masa kedua terpantas 1:31:17s, manakala dua lagi wakil negara iaitu juara Sukan Sea 2003 di Hanoi, Shahrulhaizy Abdul Rahman merekodkan 1:31:33s dan B Thirukumaran 1:32:59s.
揑a keputusan yang memuaskan daripada pejalan kaki negara, |
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen petanque intai emas
IMBAS KEMBALI... Aksi pemain petanque negara,
Saiful Baharin Musmin pada Sukan SEA 2007 di Korat.
SETELAH gagal dalam empat percubaan, skuad petanque negara tidak mahu kempunan lagi untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA di Vientiene, Laos hujung tahun ini.
Setiausaha Persatuan Petanque Malaysia, Kamaluddin Niat berkata, pada tema- sya di Laos nanti, kontinjen petanque negara akan menampilkan atlet muda yang kini dalam persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka tahun depan.
"Dalam program persediaan ke Sukma, prestasi mereka lebih konsisten. Ini kerana mereka lebih banyak menghadiri latihan berbanding atlet-atlet senior.
"Saya difahamkan, semua atlet negeri yang terlibat dalam Sukma tahun depan sedang giat menjalani latihan intensif dan banyak bakat baru yang lebih berkemahi- ran dan mempunyai konsentrasi tinggi telah dikenal pasti," kata Kamaluddin semalam.
Pada kejohanan petanque peringkat kebangsaan seperti Terbuka Terengganu yang baru berakhir minggu lepas, prestasi atlet pelatih Sukma dilihat melepasi prestasi peserta yang jauh lebih berpengala- man dan pernah mewakili negara.
Kamaluddin berkata, pendedahan kepada latihan intensif dan selain jadual latihan yang lebih terancang di bawah program persediaan Sukma 2010 membolehkan prestasi atlet-atlet terbabit meningkat dengan mendadak.
"Sebenarnya ramai atlet senior yang mempunyai pekerjaan tetap, jadi mereka tak boleh bagi komitmen penuh untuk latihan," katanya.
Tambah Kamaluddin, pihaknya telah mempunyai senarai atlet-atlet pelatih Sukma 2010 yang berpotensi dan satu pertandingan akan diadakan hujung bulan depan untuk memilih senarai akhir atlet- atlet yang bakal berlepas ke Laos.
Bagaimanapun katanya, bilangan atlet hanya akan ditentukan apabila maklumat lanjut berkaitan penghantaran kontinjen diketahui daripada negara tuan rumah, Laos.
Sejak acara petanque diperkenalkan pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia hanya memenangi dua pingat perak dan lapan pingat gangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua regu emas tahun 2005 bersedia wakili negara di Laos
KUALA LUMPUR - Dua daripada anggota regu emas Sukan SEA 2005, Normanizam Ahmad dan Futra Ghani menyuarakan kesediaan kembali menyarung jersi negara khususnya bagi menghadapi Sukan SEA Laos, Disember ini sekiranya ada pelawaan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
Malah, secara merendah diri, Normanizam, 27, tekong regu yang mengakhiri kemarau emas 12 tahun negara dengan Futra (pelibas) dan pengumpan, Zulkarnain Ariff di Cebu, Filipina, sempat bertanya kepada Utusan Malaysia, semalam: "Tak kan mereka (PSM) mahu memanggil saya balik?"
"Tapi jika ada pelawaan, apa salahnya," kata pemain kelab Sri Putra selain Futra dan Ariff Ramli yang muncul naib juara siri ujian kedua 2009 setelah dikalahkan regu elit negara, Malaysia B 2-1 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, Taman Keramat di sini, semalam.
Selepas sekadar membawa pulang dua perak Sukan Asia Doha 2006, trio emas ini terbabit dalam adegan 'tarik tali' dengan PSM berhubung isu kerjaya dan masa depan mereka sehingga Presidennya, Datuk Ahmad Ismail mengarahkan mereka 'berehat' daripada skuad elit yang turut mengalami rombakan besar pemain, setahun kemudian.
Normanizam, Futra dan Ariff bagaimanapun tampil menjadi penawar kehampaan dua regu elit negara dalam Piala Datuk Bandar Hatyai, bulan lalu apabila regu mereka, Malaysia A menewaskan kelab Audas Thailand untuk bergelar juara kejohanan bertaraf tiga bintang itu.
Sesuatu yang agak membimbangkan skuad negara ketika ini ialah kegagalan mereka untuk mengakhiri badi kecundang kepada Thailand mahupun kelab lawan sejak tahun lalu termasuk dalam beberapa pertandingan antarabangsa yang diadakan di tanah air.
Kehilangan seketika pelibas utama, Azlan Mubin dan Hamikhairi Roslan kerana kecederaan dan kemungkinan pengunduran tekong kidal senior, Sulaiman Salleh, mulai menjejaskan persediaan awal skuad negara ke Laos atau yang terdekat, Kejohanan Dunia Piala Malaysia Ketiga di Kuala Terengganu, Mei ini.
Kata Futra, 28, dia masih berminat kembali ke pangkuan skuad negara yang banyak menjulang namanya, empat tahun lalu malah berjanji untuk tidak lagi menimbulkan banyak masalah dengan pengurusan pasukan atau PSM seperti sebelumnya.
"Jika saya diterima masuk pasukan semula, saya tidak mahu memikirkan banyak masalah lagi termasuk hal peribadi malah saya rasa tidak sukar untuk mendapatkan pelepasan majikan. Ketika ini kami sudah banyak menyertai pertandingan tempatan dan luar negara," kata guru pendidikan jasmani sekolah di Petaling Jaya ini.
Sementara itu jurulatih negara, Haris Abdul Rahman mengakui pengalaman mereka masih menjadi aset yang meningkatkan kualiti skuad elit terutama apabila tiga regunya yang terpaksa dirombak kerana kecederaan pemain asal, terkandas pada pusingan kedua siri ujian itu.
"Kemasukan mereka boleh dipertimbangkan dalam perbincangan dengan pihak atasan PSM," katanya yang setakat ini cuma menyaksikan anak buahnya memenangi satu sirkit Grand Prix Antarabangsa Malaysia 2007 di Kuala Lumpur dan Jemputan Vietnam di Dong-nai, Disember lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|