|
BULAN BERTEMU MATAHARI [Setiap Khamis, 9 mlm, RTM2]
[Copy link]
|
|
saya try citer epi akhir tu, dah dekat 2 minggu nii kot2 termiss part jek
masa tu dah dekat2 hari adam ika nak kawin, dia bgtau kat yg dia nak tangguhkan majlis tu. dia kata hati dia mcm rasa x sedap je nanak teruskan majlis tu. mak dia cakap batal terus pun xpe
orang lain semua xsetuju, ika dah kluar ayat sedih dah.:@
su try pujuk kata kesian kat ika. adam cakap asyik2 dia je yg berkorban utk bahagiakan org tp hati dia xde org kesah pun, sape nak bahagiakan dia plak tapi dengan berat ati dia teruskan juga.
masa ika pi cuba baju kawin, mak dia terjumpa kawan lama and bgtau yg ika dah nak kawin. makcik tu yang pass ika ni kat mak dia utk jd anak angkat. rupanya mak ika pun xtau ikat tu sbnrnya amik dari mana sbb byk tgn dah ika tuh kena pass.
balik tu mak ika bgtau husband dia ttg pertemuan tu and hubby dia marah2 jgn bgtau ika pasal tu. rupa2nya ika xtau langsung yang dia tu anak angkat sbb bapak dia tukar nama ngan binti skali. mak dia cakap la nak mohon wali hakim, hubby dia marah la kata ika tu anak dia, dia la yg akan walikan. selagi boleh dia xnak ika tau yang dia tu anak angkat jek.
mak ika xsedap ati dia pi jumpa ngan sorg ustaz. ustaz tu kata dosa tu mmg dah dosa sbb binti kan kat nama bapak angkat dia so jgn tambah dosa lg yang akan menyebabkan perkahwinan anak tu x sah. pastu mak ika pakat ngan kawan dia tu nak cari juga orang yang mula2 amik ika ni sbb surat beranak asal ada dengan orang tu.
sampai ari kawin tu, bapak ika ni confident jek nak walikan anak dia tu. mak ika buat muka suspen je sbb org yang dia cari tu x muncul2 & dia takut nak bongkar awal2 sbb takut kat laki dia.
time nak akad nikah tu, si ika dah luar ngan senyum simpulnya , muka adam tension jek, mak dia pun masam jek.
tok kadi pun mulakan upacara tny pengantin perempuan, mintak ic wali and masa tu dah nak jabat tangan adam ni. jeng jeng jeng
mak ika bersuara kalo bleh dia nak bincang ngan tok kadi nak guna wali hakim sbb tu cuma anak angkat. tok kadi dah bengang dah cakap wali hakim ni bkn bleh apply terus, kena melalui mahkamah so majlis kena tangguh la.
laki dia dah marah2 dah. mak ika pun bgtau la hal yg sebenar tp laki dia nafikan cakap dia la bapak si ika tu, nama dalam ic pun sama. masa tu ika dah terperanjat dah bila tau yg dia anak angkat. adam diam je lagi time ni.
dalam dok kecoh2 tu muncul la pakcik yg dicari2 tu dengan surat beranak asal si ika ni. masa dok berkelahi antara pakcik tu ngan bapak ika , surat beranak tu jatuh kat adam, mula2 dia xnak tgk tapi pelan2 dia amik and terkejut bila baca nama & tempat lahir asal ika tu. masa tuh dia dah separuh sedar dah, dia meluru kat pakcik tu. pakcik tu bgtau dia amik ika tu dr rumah anak yatim yg diorg tinggal dulu. so confirm la yang ika tu azwa adik dia yg dicari selama ini.
dia pun jerit kat mak dia bgtau yg ika tu azwa. orang lain semua terkejut besar la termasuk si liza othman yg beria2 kenen2 kan ika ngan adam tu. terdiam x terkata dah dia.. mak dia nangis and adam tu dah cam histeria dah sambil jerit2 azwa adik dia. dia pi kat ika and jerit yg ika tu azwa. terpaksa la org ramai pegang dia & tok kadi tu tenangkan dia srh mengucap & istighfar. ika pun dah jadi cam gila jerit2 kata yg dia ika bukan azwa.
ending dia kat situ. mmg betul2 klimak la. betul2 meninggalkan kesan dihati :cf:. nyaris2 dah kisah silam famili diorg berulang disebabkan sikap degil & penting diri orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
x puas ati ngan ending cter ni.kenapa pengarah x satukan keluarga ni.baru la best.kesian kt Aaron |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis ker? Patutlah ku tunggu2 tak kunjung tiba...frust nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
korang...nak lagu ending cite nie...ape tajuk n sape yg nyanyi yek... |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan Bertemu Matahari (TV1- Start 8 Dis)
Drama mengisahkan adik-bradik yg terpisah....abang sulong bekerja sbg wartawan cuba mencari adik2nya yg terpisah...Ako adalah salah sorang adik yg menjadi angkat kpd keluarga kaya, manakala Lisda menjadi gadis liar...Serina menjadi kekasih kpd Aaron yg cuba menolong Aaron utk mencari adik2nya...setelah satu persatu adiknya ditemui...Aaron berusaha menjejak adik bongsu, Lisda...seterusnya, tgk sendiri....
Antara pelakon2 yg menjayakan drama ini, Aaron Aziz, Ako Mustapha, Lisdawati, Serina... |
|
|
|
|
|
|
|
mod thanks merge the thread...sb rasanyer mmg ada thread nie...tp biler cari tk jumpa... |
|
|
|
|
|
|
|
ulangan citer ni mlm td kt tb1 kul 9 |
|
|
|
|
|
|
| |
|