CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DianaA

MASAKAN BERASASKAN IKAN

[Copy link]
Post time 14-3-2006 03:59 PM | Show all posts

Ikan kembung masak cuka/jeruk


Ikan kembung masak cuka/jeruk

Bahan-bahan:-

Ikan kembung 2 ekor
4 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh letak lebih)
Sedikit biji sawi (secubit)
Serbuk kunyit (secubit)
Cuka
Air masak
Garam/gula


Caranya:-

Ikan kembung di goreng terlebih dahulu dan asingkan. Bwg merah dan putih di ketuk Sedikit shj. Begitu juga dgn cili padi. Gunakan sedikit shj minyak utk menumis. Setelah bwg2 dan cili padi agak garing, masukkan pula biji sawi, serbuk kunyit dan kemudian masukkan air masak 1/2 cawan. Masukkan cuka mengikut citarasa sendiri (kalau suka makan masam, masukkan la lebih.) Masukkan garam+gula secukup rasa. Lebih kan gula sbb masakan ni masam manis mcm kuah jeruk. Tunggu sehingga mendidih, kemudian akhir sekali masukkan ikan kembung yg dah digoreng dan boleh tutup api.
Utk pengetahuan, masakan cuka/jeruk ni mmg menggunakan cuka agak banyak dr masakan biasa sbb nak bagi rasa masam. Tapi jgn terlalu masam sbb cuka tak elok letak banyak2.
Gambar tak dpt lagi. nanti-nanti nano paste


[ Last edited by nano at 14-3-2006 04:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 04:57 PM | Show all posts
kak liza..saya nak resepi kuah nasi lemak guna ikan aya a.k.a tongkol..bleh x?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 01:02 PM | Show all posts
saya nak tanya..mcm mana resepi ikan bersantan yang guna buah cekur tu? nie masakkan org jawa kalau tak silap..selalunya guna ikan keli/pari bakar baru masukkan dalam santan yg ada buah cekur tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 01:12 PM | Show all posts

siakap stim perasa tomyam

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap - kukus 5 minit

Bahan utk kuah tomyam :
1/2 bawang besar - hiris halus
2 biji bawang putih - ketuk
6 biji cili padi - potong 2
2 biji tomato - potong dadu
1 hiris halia
1 batang serai
4 helai daun limau purut
garam/sos ikan/cuka/sos ayam
2 cawan air

Cara
1. tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sampai naik bau.
masukkan tomato. goreng sampai tomato hancur.  masukkan air dan daun limau purut

2. didihkan. masukkan garam, sos ikan, cuka dan sos ayam.  

3. siram kuah tomyam atas ikan. kukus ikan sekali lagi sehingga ikan masak.

[ Last edited by Achik-Yaya at 20-3-2006 01:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 06:16 AM | Show all posts

Battered Fish

Hari ni boring makan melayu style, saja la makan pesen omputih plak..SImple aja..patutnya makan ngan chips, tapi asben suh buat wedges plak..so jadi la fish n wedges, bukan fish n chips

Battered Fish






4 keping isi ikan size sederhana (cod/haddock/plaice)
2/3 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
2 sudu kecik minyak masak
3/4 cawan air
Garam secukup rasa


Masukkan tepung n garam dalam mangkuk
Buat lubang di tengah, masukkan telur, minyak dan sedkit air
Kacau rata, sambil masukkam sedikit demi sedikit air sehingga adunan menjadi sederhana pekat (sesuai untuk salut ikan tadi)
Panaskan minyak di dalam kuali, tunggu sehingga betul2 panas.
Celup isi ikan ke dalam tepung, masukkan dalam minyak dan goreng seperti biasa

Hidangkan ikan di atas pinggan bersama chips, peas, chilli sauce n tartar sauce (kalau suka)
Picitkan lemon/cuka atas ikan dan chips tadi..

:mll:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by zunur at 20-3-2006 01:02 PM
saya nak tanya..mcm mana resepi ikan bersantan yang guna buah cekur tu? nie masakkan org jawa kalau tak silap..selalunya guna ikan keli/pari bakar baru masukkan dalam santan yg ada buah cekur tu...


rasanya resepi ni ada kat dlm thread masakan jawa..ce carik kat sinun..masak pecal
masak pecal org jawa panggil.

[ Last edited by ThousandIsland at 27-3-2006 08:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2006 10:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by Achik-Yaya at 31-10-2009 17:25




bila dah jadi yg ni..baru boleh makan...nyumm..nyumm..nyumm..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

yusnina This user has been deleted
Post time 27-3-2006 03:41 PM | Show all posts
Semalam buat IKAN KELI MASAK DAUN KESUM......ini my fav.....2 ekor ikan boleh sekali ngadap je....mudah je buat pun...

Bahan Bahan

4 ekor Ikan Keli (sederhana besar)
1 ikat daun kesum
1 biji kelapa - untuk ambil santan

Santan diperah dan dimasukkan ke dalam periuk.  

Bahan untuk ditumbuk
4 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
1 in halia
5-6 batang cili padi
6 cm kunyit hidup

SEMUA BAHAN DITUMBUK HALUS.  

1 keping Asam Keping
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam santan tadi.  Masak dengan api sederhana, sehingga mendidih.  Kacau perlahan2.  Kemudian masukkan ikan tadi dan daun kesum (ikut suka banyak mana pun)....kita suka banyak, lagi bnyk lagi sedap....
Siap untuk dihidangkan.

[ Last edited by yusnina at 27-3-2006 03:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


amida This user has been deleted
Post time 27-3-2006 05:57 PM | Show all posts
Hari ini masak ikan sembilang masak bercili...(pakai sos cili korea)

satu masak tak bercili utk anak makan satu yg bercili heheheh








[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 31-7-2006 01:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

amida This user has been deleted
Post time 27-3-2006 06:14 PM | Show all posts
Ikan Goreng Bercili lagi





Ikan asam pedas




Ikan Bawal Masak Merah




[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 31-7-2006 12:58 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

amida This user has been deleted
Post time 27-3-2006 06:19 PM | Show all posts
RESEPI BARU

Hwang Te (Ikan kering Goreng Sambal) Masakan Korea


Rupa Ikan Kering sebelum di masak


Ikan kering yg diperap dgn sos cilil korea (Ko Chu Jang)
* kalau tak da sos cili korea kat msia bolehlah pakai cili kering yg sudah  di blender


Ikan yg sudah siap di masak


RESEPI
1. Ikan kering yg dibeli di basuh kemudian di perap dgn sos cili korea selama 1 jam
2. Panaskan minyak, goreng macam biasa....alihkan kedua2 belah ikan supaya garing.
3. Kalau nak senang makan ikan ni apabila sudah masak potong/gunting kecil
4. Angkat dan taburkan dgn daun bawan atau daun sup (saderi)

* Jika di Msia tiada sos cili korea...anda boleh guna cili kering yg diblend + bawang + gula + garam

SELAMAT MENCUBA!

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 31-7-2006 01:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by amida at 27-3-2006 06:19 PM
RESEPI BARU

Hwang Te (Ikan kering Goreng Sambal) Masakan Korea


Rupa Ikan Kering sebelum di masak
[img]http://dingo.care2.com/pictures/c2c/galleries/cache/deriv ...


lamanya tak pekena ikan kering..stok ikan kering dah abis..hu hu hu

ok gak ikan kering goreng sambal stail korea nih..teringat makcik k Noor dia goreng ikan kering garing2 pastu buh sambal tumis pung sodap..makan dgn nasik panas2..:mll:
Reply

Use magic Report

amida This user has been deleted
Post time 27-3-2006 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 27-3-2006 06:33 PM


lamanya tak pekena ikan kering..stok ikan kering dah abis..hu hu hu

ok gak ikan kering goreng sambal stail korea nih..teringat makcik k Noor dia goreng ikan kering garing2 past ...


Try lah buat hehehe....tapi masakn kak noor pon sedap gak:cak: selalu gak buat resepi kak noor tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 27-3-2006 06:33 PM


lamanya tak pekena ikan kering..stok ikan kering dah abis..hu hu hu

ok gak ikan kering goreng sambal stail korea nih..teringat makcik k Noor dia goreng ikan kering garing2 past ...

siannya stok ikan kering dah abis ker..
apa kata kita terbangkan ikan kering to p UK..
tak kan kastam nak amik dan buang kottt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by amida at 27-3-2006 06:52 PM


Try lah buat hehehe....tapi masakn kak noor pon sedap gak:cak: selalu gak buat resepi kak noor tu


tunggu stok ikan kering dtg dulu..:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 27-3-2006 06:57 PM

siannya stok ikan kering dah abis ker..
apa kata kita terbangkan ikan kering to p UK..
tak kan kastam nak amik dan buang kottt...


alamakkkk k Liza nih tak yah susah2..yg k Liza terbangkan dulu pun tak terbls lagi..

laggiii pun BIL nak dtg tak lama lagi..buleh ah  Noor kirim kat dia je..:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2006 12:09 PM | Show all posts
Ikan Tenggiri Bakar....guna resepi ikan bakar dari  ninoz kat archive
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 12:44 PM | Show all posts
nampak sedap betuilah ikan tenggiri maisya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 13-4-2006 12:09 PM
Ikan Tenggiri Bakar....guna resepi ikan bakar dari  ninoz kat archive


sedapnya..teringat time pantang hari2 makan ikan tenggiri...tapi ni nampak selera betul la maisya
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 13-4-2006 02:05 PM | Show all posts
smlm ada beli 2 keping ikan dory..nak wat ape sedap ek?? bule bg idea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.495624 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list