CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Spa Q]Siti Nurhaliza berlakon Spa Q

[Copy link]
Post time 9-12-2008 08:58 PM | Show all posts

Reply #61 calmille's post

aku pon sexcited jugek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 12:16 AM | Show all posts

Reply #61 calmille's post

mcmmana ru?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:17 AM | Show all posts
Spa Q musim ini turut membuat kejutan apabila buat julung kalinya penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan membawakan watak dirinya sendiri.

Siti pegang watak diri sendiri

PASTINYA ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan Datuk Siti Nurhaliza dengan penampilan pertamanya sebagai aktres menerusi telenovela Spa Q musim kedua ini.

Jika dulu kita sudah menyaksikan Siti muncul sebagai pelakon teater dalam P Ramlee The Musical yang memegang watak sebagai Azizah dan kini percubaannya dalam telenovela pula. Mungkin dengan percubaan pertama ini juga Siti akan selesa untuk meneruskan bidang lakonan.

揔emunculan saya hanya penampilan istimewa. Watak saya terlalu kecil sekadar merasmikan butik Spa Q di Langkawi.

揑ni juga berlaku secara kebetulan di mana pada masa itu saya tidak banyak komitmen di dalam nyanyian. Puan Zaiton sekadar bertanya sama ada saya ingin mencuba berlakon di dalam produksinya atau tidak. Saya terbabit di dalam produksi itu hanya setengah hari saja.

揝oal adakah saya ingin terbabit dalam bidang lakonan selepas ini rasanya belum lagi. Itupun akan saya pertimbangkan sekiranya watak, skrip dan yang berkaitan menarik perhatian saya.

揃uat masa ini saya masih lagi mahu menumpukan bidang nyanyian,
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:18 AM | Show all posts
dalam babak tu siti ade berdialog ker? ke just pose2 potong riben jer?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:41 AM | Show all posts

Reply #65 calmille's post

mesti la ada... dalam p ramlee pun dia dok berdialog inika pulak rakaman!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 09:20 PM | Show all posts

Balas #66 adie82\ catat

x sabar nak tgk record plisssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 12:42 AM | Show all posts

Reply #67 calmille's post

aku takleh rekod la pasal aku keja.... spa-q ni tayang waktu bila?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:50 AM | Show all posts
arap2la ada kat utube...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 02:38 PM | Show all posts
630-730...senin depan start..ganti sutera maya.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:13 PM | Show all posts

Reply #70 pzan213's post

Wah.. Peminat setia drama melayu la ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:36 PM | Show all posts
ehem..ehem...dulu slalu layan spa q..bella n majalara...ezora n sutera maya kadang2 je..xbest..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:08 AM | Show all posts

Reply #72 pzan213's post

nanti ko rakamkan yer!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:53 PM | Show all posts
Spa Q 2 lebih emosi

Oleh Norhayati Nordin
[email protected]

Rap


KEJAYAAN meraih dua juta penonton sepanjang tayangan 60 episod tahun lalu membawa drama rantaian berkonsep telenovela, Spa Q disambung untuk musim kedua.

Bahkan, musim baru menjanjikan tontonan lebih menarik.

Bukan itu saja, Spa Q 2 juga mendapat sentuhan tiga pengarah berkaliber yakni Feroz Khan, Hanafiah Sharif serta dibantu Redza Fahmy.

Masih mengekalkan jumlah episod seperti musim terdahulu, kali ini jalan ceritanya lebih konflik, dendam dan emosi.

Namun, apa yang pasti ia tetap menggambarkan ketabahan dan kekuatan seorang wanita bernama Qistina. Bergelar ibu tunggal kerana kematian suami, ujian hidup Qistina tidak berakhir apabila dia terjerat dengan masalah cinta, karier dan keluarga.

Redza berkata, bersama Spa Q musim pertama secara tidak langsung membantunya untuk membentuk lanjutan kisah seterusnya.

Walaupun tiada masalah, tetapi perbincangan tetap utama kerana harus mencari apa yang hendak diberi kepada penonton.

“Hasilnya boleh disaksikan pada 15 Disember ini (Isnin), jam 6.30 petang dari Isnin hingga Khamis di TV3. Saya yakin penonton akan lebih terasa kerana plot ceritanya yang kuat, termasuk konsep telenovela yang masih dikekalkan.

“Bagi penonton Spa Q 2, jangan sesekali menganggap kisah dipaparkan umpama drama bersiri yang dipanjangkan ceritanya.

“Ia sama sekali tidak kerana penamat setiap episod tidak tergantung. Malah, watak diketengahkan juga ada cerita tersendiri,” katanya.

Menurut Redza lagi, hebatnya Spa Q 2 terbitan produksi Global Station Sdn Bhd ini apabila turut menggabungkan lapan pelakon yang pernah memenangi anugerah. Justeru, dengan pembabitan itu boleh dikatakan penghasilan Spa Q 2 seperti filem.

Banyak mengetengahkan watak baru, Spa Q 2 ditunjangi Norish Karman sebagai Qistina, Azizah Mahzan (Marlia), Zafrul Nadzarin (Zaefrul), Fazren Rafi (Dafi) Zaris Nellydya (Melisa), Nisha Dirr (Tania), Khairil Anuar (Helmi), Faradhiya (Julia) dan Liza Abdullah (Zalina).

Tidak ketinggalan diperkenalkan watak Norell lakonan (Zizie Ezzete), Sharifah Sofea (Lola), Jasmin Hamid (Datin Sofira), Eryana (Fouziah Gous), Datuk Rohani (Siti Shahrizah), Shah (Faizal Yusuf), Zarina Zainudin (Datin Seri Anum) serta Erynn Erynna (Anis).

Lebih hebat lagi penampilan khas penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di pentas lakonan. Malah, Siti juga menyanyikan lagu tema Spa Q 2, Pada Cintanya.

Ditanya mengenai jumlah babak yang membabitkan Siti, kata Redza penyanyi tersohor itu tampil dalam episod tertentu.

Jelasnya, kemunculan Siti tidak terikat pada satu episod saja kerana adakalanya penyanyi juga perlu menuturkan dialog.

“Saya tidak sangka Siti boleh menjayakan wataknya dengan baik. Beliau sangat bagus walaupun kali pertama terbabit dalam lakonan,” katanya yang turut memberitahu penghasilan Spa Q 2 dibuat demi kepuasan dan tidak berlandaskan keuntungan semata-mata.

Redza berkata jika musim lalu lokasi Spa Q dibuat di Gombak, kali ini setnya nyata lebih berprestij di Sungai Buloh. Bagi memastikan ia spa terbaik, dekorasi dalamannya direka mewah.

Dalam soal ini, tidak dinafikan kos dibelanja agak tinggi.

“Namun, apa yang diutamakan penonton dapat melihat spa itu bagaikan benar-benar wujud. Sedangkan, realitinya saya reka hanya untuk penggambaran Spa Q 2. Seperti musim terdahulu, maklum balas diterima daripada penonton sangat bagus.

“Hingga ada bertanya alamat sebenar Spa Q kerana hendak datang buat rawatan. Jadi, saya kira konsep spa rekaan yang dibuat berjaya. Oleh itu, ia harus dikekalkan lagi,” katanya memaklumkan penggambaran Spa Q 2 sudah siap sebanyak 70 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #75 ruffly_sya's post

aik? byk plak babak ct????

:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 12:48 AM | Show all posts

Reply #75 ruffly_sya's post


bukan satu plot jer la watak ct!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 01:12 AM | Show all posts
A confession....aku minat tengok spa-q satu.

walaupun aku banyak gak miss, tapi bila ada peluang,aku mesti tengok.

aku suka sebab spa-q jenis drama "laju" macam drama2 hongkong.

aku reka term drama "laju"...

cuba korang bandingkan ngan drama gelora di hati sara kat tv1 pukul 10.30 mlm Selasa-Sabtu...tu kategori drama "slow"....shot yg diambil utk satu2 subplot tu meleret2...pastu lambat.

korang tgk dan buat perbandingan mesti korang faham apa maksud aku drama laju dan drama lambat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 01:31 AM | Show all posts

Reply #78 sixret's post

drama laju bagi aku ialah gilmore girl... sampai tak sempat nak tangkap apa lorelai n mak dia cakap!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 01:52 AM | Show all posts

Balas #79 adie82\ catat

drama laju bagi aku ialah gilmore girl... sampai tak sempat nak tangkap apa lorelai n mak dia cakap!


exactly Adie!

tu la contoh terbaik drama laju.bukan shot je laju, cakap pun laju

one scene shot does not dwell too much on one subplot...one scene moves so fast, then another scene.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 03:35 AM | Show all posts

Reply #80 sixret's post


aku pas cemerlang!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 08:39 PM | Show all posts
esok start kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.213817 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list