CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eastrun

Gila Isim

[Copy link]
Post time 25-9-2008 12:21 PM | Show all posts
"Gila Isim" ni maybe because of "terkejut beruk". Nak cari Allah sangat-sangat, pastu bila Allah tunjukkan sikit, dah terkejut beruk.

Alaa macam orang nak gi cari rimau dlm hutan, beria-ia sgt, dah terserempak ngan rimau serta ngaumannya, terus terkejut beruk, terketar lutut, parang sudah ke mana, terkencing dlm seluar, balik terus demam, pastu jadi tak betul (mereng), asyik sebut rimau nak baham dia..

Orang tengok rimau dlm zoo takpe la.. tak rasa effect tu..  ngauman rimau produces low frequency, boleh melemahkan musuh (kajian sientifik).. just try to make sense of something that I don't really understand..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2008 12:24 PM | Show all posts

Balas #57 mnm77\ catat

Rasanya bukan zikir saja, 'gila' ni boleh berlaku kepada amalan2/perbuatan lain juga. Orang yang belajar PhD pun ada yang jadi gila, salah satu sebab nak terlalu perfect tapi tak tercapai

Jawapan saya:

Sebab tu saya kata, ia adalah berdasarkan kepada kapasiti seseorang itu dalam menerima sesuatu..Apabila tidak dapat menerimanya, maka akan jadi sakit...Pasal PhD tu, tu la sebabnya ramai orang kata bahawa PhD bukan sahaja Doctor of Philosophy, tapi ia juga bermaksud Permanent Head Damage...apa lagi yang buat PhD, pada masa yang sama ada anak ramai yang nak kena dijaga, keje lain nak kena dibuat dan sebagainya..So, ia bergantung kepada kapasiti...tetapi dalam kajian (memandangkan awak pun researcher), mana boleh kita dapat yang perfect...kadangkala kita terpaksa menerima ' come what may'... Sebagai contoh, awak buat analisis...tapi dekat tiga kali buat analisis, tak juga kena pada teori literature reviewnya. So apa nak buat?. Ha, cari la jawapan kenapa tak kena pada teori...tak semestinya kena perfect sesangat, tapi kena pandai cuba cari jawapan...lagipun perfect gila-gila pun, nanti waktu VIVA, panel nak tanya jawapan kepada results yang kita dapat, bukannya berapa perfect kita buat, sebab panel tak ada dengan kita waktu kita buat semua eksperimen tu... .Kesimpulannya, gila di sini, boleh jadi adalah disebabkan tidak mampu atau melebih-lebih dalam membuat sesuatu yang melebihi kapasiti badan dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 12:28 PM | Show all posts

Balas #58 niceghost2005\ catat

ini pun benar juga..mungkin kerana disebabkan dia kelihatan lain dari yang lain, maka orang kata dia gila...nice opinion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 12:51 PM | Show all posts

Balas #58 niceghost2005\ catat

Hantu baik,

Boleh ke macam tu?. Ok, mungkin niat dia untuk membantu pemuda tersebut untuk mendapatkan pahala berjemaah,tapi boleh ke solat jemaah tersebut dibuat berulang-ulang kali?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 12:53 PM | Show all posts

Balas #59 sirri_khafi\ catat

Bila cinta, maka akan teringat-ingat...maka akan rasa yang dicintai itu begitu dekat, sekalipun jauh di mata...mengenai roh, saya pun tak berani nak sentuh...mungkin juga ia memang benar roh para wali, atau jin2 yang diseru?. Tapi nak berbaik sangka, maka saya katakan ialah roh para wali...Hanya Allah Yang Tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 01:55 PM | Show all posts

Balas #51 sirri_khafi\ catat

Owh, penyair gile bukan gile isim

Alhamdulillah dpt sedikit ilmu mendengar hujjah korang semua. Utk pengetahuan am shj.

Saya sebagai org biasa cuma mampu hidup seperti biasa, yakni mematuhi kesucian naluri manusia.

Saya pasti itulah yg dimahukan pencipta daripada ciptaanNya, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2008 03:49 PM | Show all posts

Balas #66 kubakoya\ catat

setiap manusia ditentukan kapasiti amalannya...sesuai tak statement ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-9-2008 11:23 PM
Assalammualaikum, saya baca dalam buku Dr. Amran Kasimin, SURAH YASIN UNTUK RAWATAN DAN DOA

"Kalimah - kalimah yang disebut berulang-ulang, yang mungkin jugamelibatkan sebutan-sebutan  zikir A ...



gila ISENG , arwah abah saya dulu kena gila iseng sebab mengamalkan ilmu silat utk kekuatan diri. bila belajar silat tenaga batin ini mesti selari dgn amalan zikir nya, Tetapi bapa saya  bukanlah orang yg rajin sangat dan dia tidak mengikut ajaran gurunya seperti yg disuruh. Bila bercampur aduk , zikir yg tidak lengkap...jadilah macam tu, dia sembuh 90% setelah dirawat oleh gurunya juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2008 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 24-9-2008 10:23 PM

ini macam abuya jugak ke?


lebih kurang cmtu ler gamaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 10:36 PM | Show all posts

Balas #68 shidahameera\ catat

Saya tanya kawan saya tentang ni, dan dia kata, kalau kita lihat kepada kursus2 kebatinan, selalunya Tuan Guru akan MENGIJAZAHKAN keilmuan tersebut kepada anak muridnya.. kerana jika anak murid membuat / mengamalkan keilmuan tersebut itu tanpa mendapat pengijazahan dari Tuan Gurunya, maka Gila Isim la jadinya..entahlah..benda2 ghaib ini saya tidak berani nak komen lebih...tapi itulah yang dikatakan oleh kawan saya yang juga seorang karkun.

Mengenai keilmuan yang ada juga disogokkan DARI LUAR (ayat ni nak mengelakkan jemaah tabligh salah sangka) kepada karkun2..ini memang berlaku, terutamanya ilmu-ilmu pengasihan yang menggunakan ayat-ayat Quran yang juga memerlukan pengijazahan dalam mengamalkannya...pengasihan ini bukan apa..untuk kerukunan rumahtangga, terutamanya apabila si suami pergi bertabligh selama 4 bulan lamanya itu..supaya si suami tersemat dalam hati si isteri dan sebaliknya...

Tanpa bersifat prejudis, kawan saya juga mengatakan bahawa pada malam pertama (bukan sahaja kpd keluarga karkun tapi juga kepada orang kebanyakan), keilmuan untuk mengetatkan 'anugerah' wanita selalunya diijazahkan kepada si isteri oleh ibu-ibu mereka,sehinggakan kalau anak ramai sekalipun, tetap juga 'anugerah' tersebut kekal seperti masa baru-baru kahwin...begitu juga untuk si lelaki...tetapi keilmuan begitu biasanya diijazahkan bila dah kahwin sahaja...itu je la...kalau saya ada masa saya akan tanya dia lagi...

Saya perlu memberitahu, kerana saya di sini bukanlah nak cari musuh tapi berkongsi apa yang saya tahu mengenai ini...

[ Last edited by  eastrun at 25-9-2008 10:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 10:46 PM | Show all posts

Reply #67 eastrun's post

bukan ditentukan kapasiti amalannya, tetapi dalam kelas masing2.....

dalam standard masing2.....

ada ayat Quran kata, setiap manusia itu usahanya berbeza-beza......kerana pelbagai perwatakkan yg telah ditentukan.....namun, Tuhan Maha Bijaksana untuk menilai.....

dan  yang penting, tidak ada yang boleh rilek saja goyang kaki......semua pun kena berusaha....
dan Tuhan lebih mengetahui siapa yg berusaha dan siapa yg tidak.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 11:16 PM | Show all posts

Balas #71 ussopp\ catat

itu saya setuju...saya juga berusaha untuk meningkatkan amal sekalipun saya tahu ada lagi orang yang lebih hebat amalnya daripada saya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 02:34 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 25-9-2008 10:36 PM
terutamanya ilmu-ilmu pengasihan yang menggunakan ayat-ayat Quran yang juga memerlukan pengijazahan dalam mengamalkannya..


bila lak ayat2 Quran perlukan pengujazahan dalam mengamalkanya, east :eek:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2008 08:25 AM | Show all posts

Balas #73 indah1285\ catat

Yang ni jangan salah faham.

Mengikut rakan saya itu, bila mereka mempelajari keilmuan begitu, pengijazahan tersebut bukanlah nak menunjukkan bahawa ayat-ayat Quran tu Tuan Guru tu yang punya sebaliknya ia cuba menunjukkan bahawa anak murid tersebut telah belajar keilmuan tersebut dan qualified untuk mengamalkan keilmuan tersebut. Pengijazahan itu katanya,ada sijil sekali, so boleh letak dalam CV kalau mahu, dan seperti yang saya katakan sebelum ni kepada saudara kita di Yorkshire / England, UK, iaitu MnM, ijazah tersebut tidak laku di Malaysia, tetapi ia laku di luar negara, sebab itu kalau saudari In lihat di negara-negara luar, ada ditawarkan ilmu metafizik dalam universiti mereka. Selalunya disebabkan jarang sangat orang ambil kursus ni, selepas menamatkan PhD, biasanya seorang pengamal itu akan dapat Prof. selepas satu tahun..

Macam saya hari tu, saya pergi Seminar Perbuatan Islam anjuran Morapis...yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran, pada akhir majlis ilmu tersebut saya dapat sijil..jadi,adakah Morapis 'menjual' ayat-ayat Quran?. Tidak, ia menunjukkan saya telah mengikuti keilmuan tersebut dan sebagai menyatakan bahawa saya layak untuk menggunakan ilmu yang telah saya pelajari sepanjang seminar tersebut.

[ Last edited by  eastrun at 26-9-2008 08:42 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2008 06:32 PM | Show all posts

Balas #69 indah1285\ catat

abuya tu apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 25-9-2008 08:32 AM
semasa saya imigran di makkah dahulu, yaitu ketika itikaf di masjidilharom ( tempat yg paling selamat dan line clear bagi imigran di sana )pun ada nampak amalan2 hamba ALLAH ( org tua ) yg kelihatan ganjilseperti kerjanya menyusun ALQURAN, nampak ALQURAN berterabur jer, diasusun ... yg lagi satu org tua nih pulak bersihkan sampah dan cawan2air zam zam dll ( bukannya bangla yg kerja cleaner tuh yer  ....   )


Err... yg macam tu perbuatan ganjil ke ustaz? I thought it is just normal kalau kita nampak benda berterabur, kita terus susun, nampak sampah, kita terus bersihkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2008 11:13 PM | Show all posts

Balas #76 antiQue\ catat

kan dia kata..bersangka baik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 27-9-2008 07:28 PM


Err... yg macam tu perbuatan ganjil ke ustaz? I thought it is just normal kalau kita nampak benda berterabur, kita terus susun, nampak sampah, kita terus bersihkan

Orang2 biasa nak buat ke kerja camtu kecuali orang tariqat yang dekat hatinya pada Tuhan saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2008 09:56 PM | Show all posts

Balas #78 BatuApi\ catat

semua manusia ada sisi baiknya hokeh..bukan mereka yang bertarikat sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 12:15 PM | Show all posts

Reply #76 antiQue's post

bagi aku ganjil sebab masjidil haram lebih besar dari surau kat rumah aku siot ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068610 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list