CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 93933

[DRAMA MELAYU] RTM1 vs RTM2 - Pendapat korang?

[Copy link]
Post time 26-11-2008 01:07 PM | Show all posts
RTM patut jd saluran pertama yg buat HD system kat msia.. mesti ade org nak tgk.. gambo pon lebey lawo gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2008 12:55 AM | Show all posts
Awak rasa RTM bakal mengalami perubahan besar tahun depan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 26-11-2008 01:07 PM
RTM patut jd saluran pertama yg buat HD system kat msia.. mesti ade org nak tgk.. gambo pon lebey lawo gitu...

ade byk gak rcgn rtm yg bagus... tp rtm gagal bg imej yg baik tuk rcgn terbitan diorang cam agrotek n panorama.... rcgn panorama tu sah2 tiru format majalah 3....
paling buruk kat rtm ni montaj/graphic diorang n of course set rcgn diorang buruk yg amat.... ngan tulis pusing2 360 drjh tuh... cam katun.... 10 tahun dulu klau buat camtu... yes canggih habis.... tp skrg dah 2008 weh kena la ikut peredaran semasa.....

stakat ni takde satu pun produk rtm org btul2 ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:12 AM | Show all posts
:kant: PALING MENYAMPAH N SAKIT ATI KALO SARI KATA TIBE2 XDE (KALO TGK CITE HINDI KEW, CINA KE ETC......) MCM LA ORH FHM MENGOOGN BODOS:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by 93933 at 27-11-2008 12:55 AM
Awak rasa RTM bakal mengalami perubahan besar tahun depan kan.

stakat perubahan kosmetik ajo.... imej kg akan kekal....
yg pasti promo2 rcgn rtm tetap hodoh.... ngan pilihan warna yg tak kena.... ngan font2 fancy yg hodoh.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 09:18 AM | Show all posts

Balas #64 Anak_cucu@adam\ catat

Apalagi cerita animasi STORM HAWKS kat PETRONAS TV1 yang sekajap ada Malay subtitle sekejap tiada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #63 dino's post

ade gak grafik yg cantek.. tp da namanya rtm.. sume nampar pudar   tros tacantek gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:23 AM | Show all posts
RTM patut buat rombakan secara besar2 ran.. buang sume pekerja.. ambil sume org baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 27-11-2008 10:21 AM
ade gak grafik yg cantek.. tp da namanya rtm.. sume nampar pudar   tros tacantek gitu

sah2 jd tak cantik...
cuba nengok website rtm... buruk bebenor... bandingkan ngan website tv3 ka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 27-11-2008 10:23 AM
RTM patut buat rombakan secara besar2 ran.. buang sume pekerja.. ambil sume org baru

mslh kat rtm ni geng veteran susah nak terima pendpt org2 muda.... yg bebudak ade fresh idea ni klau bg idea... bos besar dpt nama... die tak dpt ape2
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #70 dino's post

aku de dgr cite gak.. bos besar yg ala2 kertu ni slalu rejek idea best2 graphic designer kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 27-11-2008 11:56 AM
aku de dgr cite gak.. bos besar yg ala2 kertu ni slalu rejek idea best2 graphic designer kat situ

bebdak dr uitm ramai ape kat sana... idea dah tahap frozen food dah.... ade idea tp disekat... smp bile2 pun rtm smp tahap tu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 11:55 AM | Show all posts
x ramai org tahu apa maksud pendigitalan tu...terutamanya penonton perlu membeli kelengkapan baru utk menerima siaran digital, lebih2 lagi siaran analog bakal dihentikan wat selamanya menjelang 2015
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 08:15 PM | Show all posts

Balas #73 scorpio_mmiv\ catat

Siaran TV terrestrial berkualiti digital percuma kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 09:46 AM | Show all posts

Cerita Adam sempena Aidiladha di RTM

SEMPENA sambutan Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi, RTM mengambil inisiatif menerbitkan drama yang bersesuaian dengan tema pengorbanan tahun ini.

Drama terbaru berjudul Cerita Adam dihasilkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengisahkan mengenai kehidupan masyarakat.

Secara realiti kekuatan drama seumpama ini mudah menyampaikan mesej secara jelas kepada penonton. Ia bukan sekadar hiburan kosong semata-mata malah penonton juga berupaya menyelami erti pengorbanan mahupun kegigihan watak utama yang berusaha mencari kesenangan hidup.

Menerusi kerjasama yang terjalin mewujudkan ruang pada RTM untuk menerbitkan drama yang diadaptasi daripada novel terbaik terbitan DBP.

Seperti Cerita Adam, ia adalah karya asal Baharuddin Kahar yang mengisahkan kehidupan remaja iaitu Adam sebagai watak utama yang berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan dan pandangan masyarakat sekeliling terhadapnya.

Adam lakonan Chomatt Samad meneruskan kehidupan bersama ibunya, Kasmah lakonan Sherie Merlis selepas bapanya, Surip lakonan Sahronizam Noor terbunuh dalam satu peristiwa lombong runtuh.

Berpindah dari Tapah ke Ipoh, Adam dan ibunya kemudian menumpang di rumah rakan lama, Mak Cik Juni lakonan Sheila Mambo di Kampung Setinggan Seri Mat Jenin.

Adam memulakan persekolahan baru di Sekolah Menengah Anderson lalu berkenalan dengan Fatimah lakonan Erin Malek dan Rahmat (Addy Ashraff).

Bagaimanapun, Adam diganggu samseng sekolah yang dianggotai Bakar, Jain dan Cheong Beng.

Perasaan Adam tambah terguris apabila rakan samseng itu mengetahui ibu Adam bekerja sebagai penyanyi kelab malam. Dalam mencari ketenangan, Adam berkenalan pula dengan rakan baru yang
hidup di jalanan iaitu Jalil, Piro, Andy, Limin serta bekas pemuzik yang uzur, Pak Cik Thomas. Sungguhpun niat Adam ikhlas terhadap kenalan barunya tetapi dia berhadapan dengan konflik kerana berkawan dengan remaja jalanan hingga bergaduh di sekolah.

Drama ini yang mengambil durasi 90 minit diarahkan Mohd Zamani Ibrahim dan akan ditayangkan di RTM1 pada 8 Disember ini jam 3.05 petang.

Menurut Zamani, drama ini mempunyai tarikan pada penonton berdasarkan kisah realiti yang pernah berlaku dalam kehidupan remaja.

Katanya, pemilihan novel ini untuk dijadikan drama dibuat berdasarkan plot penceritaan yang dinilai menarik untuk dikongsi bersama penonton. Malah penerbitan drama ini adalah kesinambungan antara RTM dan DBP yang bermula sejak beberapa tahun lalu.

揗atlamat penerbitan drama ini ialah mahu mengangkat nilai kesenian dan kebudayaan menerusi karya terbitan DBP. Menariknya, drama ini berlatar belakang zaman 1970-an yang mengetengahkan kehidupan remaja yang berhadapan dengan konflik kehidupan,
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:33 PM | Show all posts

Reply #74 93933's post

ah betul tu. yg buat ku rimas, tv3 dan geng belum lancarkan ujian digital apatah HDTV. RTm pernah uji HD waktu olimpik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 11:05 AM | Show all posts

Balas #76 scorpio_mmiv\ catat

camna die uji tapenah tao pon
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #77 jac_diehard_fan's post

uji kat kawasan kl...derang dijangka mula balik ujian tahun '09. full launch kiranya 2010. astro pun dah kompem sedang uji hdtv. media prima ...xde brite sampai masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 12:53 PM | Show all posts

TV1 RTM, Jadi Saluran Berita Dan Informasi

KUANTAN, 20 Dis (Bernama) -- Saluran RTM1 yang akan dikenali sebagai TV1 akan menjadi saluran berita dan informasi selaras dengan penstrukturan semula saluran RTM mulai 1 Januari 2009, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sesuai dengan tema "informasi", TV1 akan menjadi saluran yang akan menyiarkan 49 siaran berita sehari dan program lain berbentuk informasi seperti bicarawara, dokumentari dan lain-lain.

Katanya RTM2 yang akan dikenali sebagai TV2 pula dengan temanya "Dunia Ria" pula akan menyajikan pelbagai program lain termasuk hiburan, filem, drama untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

"Penstrukturan semula saluran-saluran ini adalah satu langkah awal RTM untuk mewujudkan saluran-saluran yang lebih khusus yang telah menjadi satu trend di dalam dunia penyiaran sekarang.

"Kita kini dalam proses pendigitan selaras dengan perkembangan dunia dan penstrukturan semula saluran ini adalah sebahagian daripada persediaan RTM untuk menjadi sebuah stesen televisyen terbaik di negara ini," katanya ketika menutup Mesyuarat Pengurusan Jabatan Penyiaran di sini, Sabtu.

Shabery berkata satu ciri utama TV1 yang pertama kalinya ada pada stesen televisyen di Malaysia di mana walaupun setiap hari, pelbagai program telah ditetapkan di dalam jadual, tetapi ia akan mengutamakan siaran "breaking news" jika terdapat laporan yang penting untuk disiarkan.

Beliau berkata dengan menjadikan frasa "every time is a prime time" sebagai pegangan, TV1 akan membawakan berita-berita terkini daripada tempat kejadian apabila suatu kejadian yang perlu diketahui masyarakat berlaku.

"Sebagai contoh, seperti kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, atau gempa bumi di sesuatu tempat, maka RTM akan menghentikan siaran biasa dan melaporkan kejadian tersebut di salurannya.

"Ketika berlakunya kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di mana buat pertama kalinya dalam sejarah RTM, rating untuk "breaking news" pada jam 10 pagi melonjak lebih 800,000 penonton dan melebihi "Warta Perdana" sendiri," katanya.

Shabery berkata rating program-program RTM yang lain pada hari tersebut di mana RTM telah menyiarkan 26 kali "breaking news" dan berita sepanjang hari tersebut meningkat dengan banyaknya berbanding hari biasa.

"Kami percaya masyarakat di Malaysia adalah masyarakat yang pentingkan maklumat, dan jika kita dapat memberikan maklumat yang tepat dalam masa yang pantas dan mendalam, TV1 mampu untuk menjadi tumpuan penonton semula.

"Masyarakat kita juga mengikut trend dunia di mana penonton lebih gemar kepada siaran yang lebih tertumpu kepada satu-satu genre, berbanding dengan siaran berbentuk rojak," katanya.

Shabery berkata penstrukturan semula ini juga akan membolehkan TV2 menjadi satu saluran yang lebih baik dan mendapat perhatian masyarakat dengan penyiaran program program hiburan yang terbaik.

"Program TV2 juga tidak akan diganggu siarannya kerana sebarang lintas langsung akan diadakan di TV1, dan ini akan memberikan lebih keyakinan kepada pengiklan dan penonton untuk terus bersama RTM.

-- BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=379554)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 08:15 PM | Show all posts
aku pedulik apa tv apa pun...
janji best!!!!
critanya lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057035 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list