|
Gempar jumpa ular berkaki empat
SEEKOR ular ganjil yang mempunyai empat kaki dan lima jari ditemui di Sulawesi kelmarin.
GOWA - Penduduk Gowa di Sulawesi Selatan gempar setelah menemui seekor ular berkaki empat yang lengkap dengan lima jari di kakinya, lapor akhbar Bali Post semalam.
Kejadian di Sungguminasa kelmarin itu ditemui oleh seorang anggota calon wakil rakyat, Muh Hatta Hamzah Karaeng Gajang ketika beliau berada di pejabat partinya.
Ketika kejadian, Muh Hatta sedang bermain domino namun beliau hanya menyedari kehadiran ular itu beberapa minit kemudian.
Ular berkenaan berukuran 15 sentimeter panjang itu berjalan dan tidak menyusur seperti biasa.
Muh Hatta yang terkejut melihat reptilia itu kemudian menyimpannya di dalam sebuah balang setelah mendapati haiwan itu jinak dan unik. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lembu hidup selepas disambar petir
GAMBAR menunjukkan tubuh kanan seekor lembu menjadi kehitaman akibat disambar petir.
GLADSTONE - Tubuh kanan seekor lembu di Australia hitam akibat disambar petir tetapi haiwan itu masih meneruskan kehidupan seperti biasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu disambar petir di Gladstone, Queensland pada bulan lalu.
Seorang profesor di Universiti James Cook, Jon Nott berkata, lembu cenderung disambar petir kerana keempat-empat kakinya berada di tanah di mana arus elektrik mengalir.
"Arus elektrik kilat akan memasuki kaki hadapan dan keluar mengikut kaki belakang lembu dan berdasarkan gambar haiwan itu, terdapat kemungkinan ia disambar petir," katanya. - Agensi
**ciannya lembu ni... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WAH...TERUJA NYER LAYAN TOPIK NI...
MCM2 SPISIS ADE... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkai dugong ditemui di Tanjung Kupang
JOHOR BAHRU: Satu bangkai Dugong (Dugong dugon) dewasa berukuran 3.15 meter panjang dan berat kira-kira 300 kilogram (kg) ditemui tidak jauh dari Jeti Pangkalan Sungai Pok Besar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, dekat ini.
Pengarah Perikanan Johor, Abdul Hamid Yasin berkata bangkai dugong itu ditemui seorang penyelidik dari Universiti Malaya dan nelayan, terdampar di akar pokok bakau, 8 Februari lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dugong
The Dugong has probably never been common in Malaya waters. Cantor ( Cantor, 1846: p. 274) says that in his time it was not at all numerous round Singapore, and fairly scarce furthers north, though it had been observed in a few instances in the estuary of the Muda River, between Kedah and Province Wellesley. It is certainly not common on the coasts of Malaya now, but occasional specimens turn up at intervals. A fine male, about 8 1/2 feet long, was stranded on Pulau Tekong, at the eastern entrance to the Johore Strait, in January 1924 and is now represented by a papier-m鈉h |
|
|
|
|
|
|
|
:cry:
Pak Atan & Si Tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak berkuasa ni kekadang bengap jugak.
Tak semestinya tekanan / desakan drpd ngo wild life diorang kna ikut...aduuh... |
|
|
|
|
|
|
|
[img]http://tbn2.google.com/images?q=tbn:AU2e6gL2EbGN4M:[/img]
sebijik sama |
|
|
|
|
|
|
|
10 ekor singa 'kepung' kereta
BEBERAPA ekor singa mendekati sebuah kenderaan di Knowsley Safari Park, Merseyside, England.
MERSEYSIDE - Apabila anda memandu di sekitar taman safari, tidak ada keraguan lagi bahawa anda akan mendekati beberapa haiwan yang sedang berkeliaran, menurut sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, penumpang-penumpang sebuah kereta Ford mungkin tidak menjangka bahawa sebanyak sepuluh ekor singa 'mengepung' kenderaan mereka di Knowsley Safari Park, Merseyside, England. Anda boleh bertaruh bahawa tingkap dan pintu kenderaan itu dikunci sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti haiwan tersebut bertindak di luar jangkaan.
Taman itu kini didiami oleh 20 ekor singa berikutan kejayaan program pembiakan beberapa bulan lalu.
Menurut pengurus taman itu, David Ross, singa itu menjadi tarikan utama pelancong-pelancong pada musim panas. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wanita hampir maut dibaham beruang
SEEKOR beruang kutub menggigit seorang wanita di Zoo Berlin Jumaat lalu.
BERLIN - Seorang wanita hampir maut diserang seekor beruang kutub di Zoo Berlin di sini selepas dia tiba-tiba memasuki kandang haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada Jumaat lepas, orang ramai panik melihat wanita berumur 32 tahun itu memanjat pagar dan menceroboh kawasan kurungan beruang kutub tersebut.
Dia kemudian berenang di kolam dan cuba mendekati seekor beruang berkenaan sebelum menggelupur akibat digigit haiwan tersebut.
Seorang jurucakap zoo, Heiner Kloes berkata, penjaga-penjaga zoo berkenaan bergegas menolak beruang itu dari mangsa dan menarik wanita itu keluar dari kawasan berbahaya.
Menurutnya, pihak zoo masih terkejut dengan kejadian itu dan belum dapat memastikan motif mangsa bertindak demikian tetapi dia dikatakan teruja menyaksikan beruang-beruang kutub itu.
Wanita itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital dan dia kini dilapor semakin sembuh selepas menjalani pembedahan bagi merawat luka-lukanya. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #63 Syd\ catat
tak berakal punye pompuan...
kalau aku le.... aku biar kan pompuan 2 nyawa2 baru selamat kan....
mengong betol :@ ....
menyusahkan orang je :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 FiRe_Fly's post
kekadang omputeh nih
mmg mengong2 skit
kalau dia tu mmg ada ilmu binatang
tak kisah
ni main redah je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 Syd's post
Syd.. off topik..
sapo gambar jejaka ensem dalam avatar ko tu? nampak dari tepi dah jambu gilers.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 Syd's post
besor2nye singa2 tuh..
nampak kecik je keta tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 mesmerize's post
heheeheh
ohh mamat tu
salah sorang ahli kabinet malaya
/- dari tepi mmg jambu, dari depan hazab gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Syd's post
ini kalau x silap kejadian ni berlaku dlm tahun 90-an kan?
mangsa ni cina kena dlm kebun di Segamat ke Yong Peng..
betul x? |
|
|
|
|
|
|
|
ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.
E Heng Chuan dipatuk dan dibelit sebelum ditelan sawa seberat 140 kilogram
KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.
Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.
Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.
Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.
Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.
PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.
Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.
Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.
Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.
Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.
Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.
Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.
Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.
Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.
Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,
"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.
"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.
Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.
Info:
Ular sawa telan manusia
Saiz ular sawa - ukur lilit 53.34 sentimeter, seberat 140 kilogram dan panjang tujuh meter.
Kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.
Polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #71 Syd\ catat
kalau tak salah, besar python ni sama dengan yang dok ade kat zoo negara 2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|