Sebab utama yang membawa kepada penindasan rakyat Turkestan Timur oleh China adalah kerana mereka beragama Islam. Kerajaan komunis China melihat Islam sebagai halangan terbesar untuk mereka memantapkan penguasaan terhadap kawasan tersebut.
China telah menggunakan bermacam-macam bentuk penindasan untuk membuatkan mereka berpaling jauh dari agama. Puncak peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan diktator komunis Mao. Ketika itu, Revolusi Budaya sedang berlaku dari tahun 1966-76. Masjid-masjid diruntuhkan, ibadah secara beramai-ramai diharamkan, pengajaran Al-Quran dihalang, dan rakyat China yang berpindah dibenarkan untuk mengganggu umat Islam. Sekolah-sekolah digunakan untuk menyebarkan propaganda atheis. Segala bentuk komunikasi dikawal untuk membuatkan manusia lari dari agama. Mereka telah dilarang untuk mendengar ceramah-ceramah agama yang menyentuh tentang keimanan, dan pemimpin agama pula dilarang mengajar tentangnya. Namun demikian, di sebalik segala penindasan yang dilakukan, mereka masih berpegang teguh kepada tali Islam.
Salah satu cara ugutan dan tekanan yang dilakukan masih terus dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan. Pendidikan universiti di kawasan tersebut telah diberikan kepada rakyat China, dan umat Islam yang belajar di universiti-universiti tersebut hanya membentuk 20% sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar. Kemelesetan ekonomi turut menjadi faktor halangan yang membawa kepada rendahnya tahap pendidikan yang diterima oleh umat Islam di situ. Sekolah-sekolah yang diajar dalam bahasa China menikmati kemudahan-kemudahan yang canggih. Sebaliknya sekolah-sekolah Uighur berada dalam keadaan serba kekurangan. Pendidikan yang kononnya dianggap bersifat keagamaan yang diajar di sekolah-sekolah sebenarnya didirikan di atas fahaman ateisme.
Peristiwa penukaran abjad sebanyak 4 kali dalam tempoh 30 tahun merupakan sebahagian daripada polisi asimilasi yang ditujukan kepada umat Islam di sana. Meskipun Revolusi Budaya sedang berlaku, Mao tetap tidak mengubah skrip abjad China. Namun Mao menukar abjad Uighur daripada abjad Roman kepada abjad Cyrillic jenis Rusia. Selepas abjad itu digunakan buat beberapa ketika, ia ditukar semula kepada abjad Roman. Walau bagaimanapun, selepas itu ia ditukar menjadi skrip Arab untuk menghalang dari terbentuknya jambatan budaya dengan Turki. Kesannya, generasi-generasi di situ sukar untuk memahami di antara satu sama lain yang mana abjad mereka telah diubah berkali-kali.
[ Last edited by anakencana at 12-11-2008 08:17 PM ]
Peranan Komunis China yang Anti-Islam di Timur Jauh
Penindasan berdarah yang dikenakan ke atas umat Islam Uighur Turki di Turkestan Timur masih belum reda sehingga kini. China telah menangkap golongan muda Uighur Turki yang menyuarakan penentangan mereka, dengan alasan mereka adalah musuh yang berpotensi di masa hadapan. Untuk melepaskan diri dari penganiayaan tersebut golongan muda telah melarikan diri ke gunung-gunung ataupun ke padang pasir.
Semenjak tahun 1996, berpuluh ribu remaja Uighur Turki telah ditahan di kem-kem yang mana di situ mereka telah dikenakan bermacam-macam jenis penderaan. Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan di dalam laporan rasminya bahawa para suspek telah dibawa ke khalayak ramai, dan mereka sama ada dikenakan hukuman berkerja berat ataupun dibunuh oleh skuad penembak di hadapan masyarakat awam. Mahkamah-mahkamah beroperasi di bawah arahan Parti Komunis. Mungkin apa yang lebih dahsyat ialah wanita-wanita mengandung dibawa lari dari rumah mereka. Selanjutnya kandungan mereka digugurkan secara paksa dengan menggunakan teknik yang tidak selamat. Manakala kanak-kanak yang dilahirkan melepasi kuota kerajaan dibunuh, dan harapan keluarga mereka tidak didengari dan dihiraukan.
Peristiwa yang berlaku pada bulan Februari 1997 telah menambahkan lagi bilangan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan China. Pada satu malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan tahun itu, yang berlaku pada 4 Februari, lebih daripada 30 orang wanita yang pergi ke masjid untuk menyambut malam yang amat bermakna kepada umat Islam itu, telah dibelasah sewaktu mereka sedang membaca Al-Quran, dipukul oleh ahli-ahli militia China dan kemudian diseret ke ibu pejabat keselamatan. Penduduk tempatan telah pergi ke ibu pejabat dan merayu supaya wanita-wanita tersebut dibebaskan. Namun demikian, mayat tiga orang wanita yang mati akibat diseksa telah dilemparkan kepada mereka yang datang merayu itu.
Kemudian, terjadilah pergaduhan di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China. Kira-kira 200 orang penduduk asal Turkestan Timur kehilangan nyawa di antara 4 dan 7 Februari, dan lebih 3,500 yang lain telah dipenjarakan di kem-kem. Pada pagi 8 Februari pula, penduduk yang berkumpul di masjid telah dihalang dari mengerjakan solat oleh pasukan keselamatan. Pergaduhan tercetus lagi, dan akibatnya bilangan mereka yang ditahan iaitu seramai 58,000 orang pada April-May 1996, tiba-tiba melonjak melebihi 70,000 orang. Kira-kira 100 orang penduduk yang masih muda telah dihukum mati secara terbuka. Manakala 5,000 orang Uighur Turki telah ditelanjangkan dan dipamerkan untuk tontonan umum di dalam kumpulan-kumpulan yang setiap satunya seramai kira-kira 50 orang.
Setelah mengetahui semua ini, maka kita patut memberi perhatian kerana rakyat Turkestan Timur masih tidak menerima sebarang sokongan daripada Barat sepertimana yang diharap-harapkan.
Definisi rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang genocide sudah tepat terhadap apa yang sedang berlaku di Turkestan Timur yang dijajah oleh China itu. Namun, rakyat Turkestan Timur masih tidak mendapat sebarang perlindungan dari PBB. Kira-kira 25 juta umat Islam Turkestan Timur masih menderita disebabkan oleh penindasan China, dan dunia menutup mata atau terus memalingkan muka terhadap kekejaman ini. Terdapat beribu-ribu tahanan politik, dan banyak di antara mereka yang sudah "lenyap" dari penjara. Penderaan ke atas tahanan sudah menjadi satu perkara rutin.
Untuk menamatkan penganiayaan di Timur Tengah, pertama sekali dunia mesti diberitahu tentang syarat-syarat perjanjian yang tidak menentu yang sedang berlaku di situ, dan kemudian sekatan antarabangsa mesti dikenakan supaya China dapat merasakan bahangnya. China sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai secara tersembunyi, dan rakyat Turkestan Timur yang ditindas kehilangan cara untuk membolehkan suara mereka didengari. Masyarakat dunia mesti bertindak secara bersama terhadap perkara yang perlu diberi perhatian penting ini.
Harus diingat bahawa punca kekejaman dan penganiayaan di Turkestan Timur terletak pada falsafah Komunis China yang bencikan agama. Perang yang tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan terhadap manusia yang tidak berdaya adalah kesan daripada pemikiran materialistik dan komunis yang bersifat ateis. Para pemimpin komunis yang kejam sewaktu abad ke-20 telah me璶inggalkan suatu ideologi pembunuh dan kesannya berjuta nyawa terkorban. Turkestan Timur adalah contohnya. Satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyekat mimpi ngeri ini dari terus menghantui manusia adalah dengan melancarkan peperangan ideologi untuk menentang ideologi-ideologi atheis seperti komunisme. Penghapusan asas-asas ideologi komunis adalan langkah pertama untuk menamatkan penindasan komunis di muka bumi.
Seperti yang telah ditegaskan di awal bab buku ini, asas kepada komunisme ialah Darwinisme. Karl Marx, iaitu pengasas komunisme telah mendedikasikan bukunya Das Kapital kepada Darwin, iaitu seorang tokoh yang amat beliau sanjungi. Di dalam bukunya yang bertajuk Ever Since Darwin, seorang saintis pro-Marxis-evolusinis yang terkenal telah menulis:
...Marx dan Darwin adalah secocok, dan Marx memuja Darwin setinggi-tingginya... Darwin sesungguhnya seorang pejuang revolusi yang berhemah.."
Pemimpin komunis China, Mao telah berkata menerusi satu ucapannya:
...Sosiolisme China dibina dengan berasaskan Darwin dan teori evolusi "... maka dengan itu jelaslah dari mana beliau mendapat inspirasi terhadap kekejaman yang dilakukannya.
Himpunan kenyataan ini yang telah mendedahkan asal-usul Marxisme dengan jelas memberitahu kita bahawa Darwinisme merupakan ideologi yang berselindung di sebalik praktis-praktis kejam yang dilaksanakan beberapa tahun dahulu di negara-negara seperti Rusia dan China, dan yang mana sehingga kini ia masih dilakukan terhadap orang-orang Chechen dan umat Islam di Turkestan Timur.
yesszaa... untuk info pengarang Harun Yahya ader di sini... Reply #6 dan boley layari segala khazanah penulisan beliau di sini...http://www.harunyahya.com/
..katanyer... "Jika kita merasakan ilmu yang kita pelajari tidak bermakna, ayuh kita memaknainya. Dunia tanpa sempadan. Ilmu ada di mana-mana. Malah di hujung jari. Antara nak atau tak ajer..."
..di kesempatan sebegini.. kita akan melihat betapa pentingnya Sejarah & Geografi dalam membentu insan
Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di璴akukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me瓀ujudkan negara Yahudi yang merdeka.
Pokok utama yang menerangkan apa yang sedang berlaku di sana adalah kerana tanah Palestin dianggap suci oleh tiga agama langit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan pandangan Zionis telah melakukan polisi yang bertujuan untuk meng環apuskan yang lain, berbanding untuk men璲adikan kawasan suci itu berada dalam ke璦daan aman dan bersatu-padu. Zionis ber璸endapat bahawa orang-orang Yahudi me璻upakan "bangsa terbaik", yang telah dipilih oleh Tuhan dan semua manusia lain di dunia ini harus tunduk kepada mereka. Bagi Zionis璵e, kepercayaan kepada "tanah yang di璲anjikan" adalah sama penting dengan ke璬udukan mereka sebagai "insan terpilih".
Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, orang-orang Yahudi mesti tinggal di kawasan tanah suci yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Kawasan ini yang bermula dari Sungai Nil ke Euph璻ates, terdiri dari tanah-tanah milik rakyat Pa璴estin, dan Jerusalem pula terletak di tengah-tengah璶ya. Zionisme percaya ba環awa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang di璲anji璳an, dan segala macam bentuk kekejaman dan pe璶indasan boleh dilakukan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Kepercayaan dan pan璬a璶gan terhadap perkauman menjadi sebab utama ke璸ada ketidakadilan yang sedang berlaku di Palestin, dan juga kepada pem璪entukan polisi-polisi kejam dan penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Pales璽in.
Bagi orang-orang Yahu璬i, penubuhan negara Yahudi merdeka di atas tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci. Matlamat penting yang lain adalah untuk terus mengekalkan kewujudan negara tersebut, yang mana telah dibuat ada Mei 1948. Berdasarkan kepada pemerintah kerajaan Israel, ia hanya boleh dijamin dengan me璶am璪ahkan populasi mereka di dalam wilayah Palestin dan seterusnya meluaskan lagi kawasan pendudukan mereka. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, keseluruhan populasi Israel mesti diusir keluar dari tanah tersebut, ataupun dihapuskan sahaja. Sehingga kini sudah lebih separuh abad, negara Israel melakukan proses penghapusan jangka panjang rakyat Palestin, selaras dengan kepercayaan mereka.
Harus dijelaskan bahawa keinginan Yahudi untuk memiliki tanah air mereka sendiri adalah berjustifikasi sepenuhnya. Malah, wilayah Palestin merupakan bekas tanah air Yahudi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Zionisme merupakan ideologi terpesong yang menggunakan pelan-pelan agresif untuk mengambil-alih keseluruhan Palestin dan mengusir atau menghapuskan umat Islam Arab yang tinggal di dalamnya, dan melihat tiada apa yang salah dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa pendekatan yang dilakukan bukan sahaja dikecam oleh umat Islam, tetapi juga oleh ramai orang-orang Israel, Yahudi dan Kristian.
Apabila Zionis bercadang untuk menubuhkan negara Yahudi merdeka di dalam wilayah Palestin, masalah pertama yang terpaksa mereka hadapi ialah kekecilan saiz populasi Yahudi yang tinggal di situ. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruh populasi Palestin. Berdasarkan kepada perangkaan rasmi, dengan usaha Zionis, bilangan pendatang Yahudi, telah meningkat dari 100,000 orang pada 1920-an, kepada 232,000 orang pada 1930-an Pada tahun 1939, ada kira-kira 445,000 orang-orang Yahudi daripada populasi jumlah 1.5 juta. Bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Pada tahun 1939, kawasan yang dimiliki oleh Yahudi telah berganda jika dibandingkan pada tahun 1920-an. Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin.
Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak. Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampung-kampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang.
Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam. Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan. Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949. Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan undang-undang Harta Tidak Bertuan. Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah.9 Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Seperti yang telah kita lihat, setiap kedatangan orang-orang Yahudi yang baru membawa maksud kekejaman, penindasan dan keganasan terhadap populasi umat Islam. Dalam usaha menempatkan pendatang yang baru, organisasi Zionis memaksa rakyat Palestin supaya meninggalkan tanah yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun.
Joseph Weitz, yang manjadi ahli komiti perpindahan kerajaan Israel pada tahun 1948, menulis di dalam diarinya pada 20 Disember 1940: "Ia mesti jelas bahawa tiada tempat bagi kedua-dua pihak di dalam negara ini. Tiada pembangunan yang akan membawa kita lebih rapat kepada matlamat, untuk menjadi rakyat merdeka di dalam sebuah negara yang kecil ini. Selepas orang-orang Arab dipindahkan, negara ini akan terbuka luas untuk kita; jika orang-orang Arab terus tinggal, negara ini akan menjadi lebih sempit dan terbatas. Satu-satunya cara ialah dengan memindahkan orang-orang Arab dari sini ke negara-negara jiran, kesemua mereka. Tiada sebuah perkampungan ataupun sebuah suku kaum mesti dibiarkan wujud."
10 Heilburn, pengerusi komiti untuk pilihan raya semula untuk jawatan Jeneral Shlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, telah mengekspresikan pandangan Zionis terhadap rakyat Palestin seperti berikut: "Kita mesti membunuh seluruh rakyat Palestin, melainkan mereka bersetuju untuk hidup di sini sebagai hamba..."
Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.
Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab "keselamatan" dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit.
Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.
Di dalam buku The Israe璴i Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, se璷rang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pan璬a璶gan orang-orang Israel terhadap mereka:
Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Ke璪anya璳an penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan - tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.
Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.
Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ.
Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999: ..melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu.
Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: ....perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan... Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan...dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun..
makasih lizz.. pasal kredit point tu akak rasa takyah ler dijadikan isunyer.. bukan tu yg di cari kat cari.com nie.. (kekwat erk..) nanti tak ikhlas jadiknyer.. heeehee ;)
..life is so hectic kan... dalam masa/keadaan yg serba kekurangan.. info sebegini perlu dikongsi bersama... sebab tak semua orang berpeluang nak beli/baca buku2 ilmiah (Islamic books) camnie buat santapan jiwa dan rohani..:tea:
..petikan kata2 Prof Dr. Khoo Khay Kim: "Seringkali kita memilih bahan bacaan yang sesuai dengan apa yang telah kita persetujui. Kita jarang cuba membaca bahan yang bertentangan.."
[quote]Israel telah melaksanakan keganasan yang sungguh sistematik untuk menentang penduduk Palestin sejak ia mula-mula ditubuhkan lagi. Kebiasaannya, sasaran utama mereka adalah umat Islam yang tinggal di kawasan tersebut. Sekarang sudah lebih separuh abad, umat Islam Palestin dihalau dari rumah-rumah mereka tanpa sebarang justifikasi diajukan, dan telah ditembak dan diserang, melihat kediaman mereka dirobohkan dan tanah serta kebun dirampas, dan sentiasa dizalimi dan dikejami. Apa yang sedang berlaku kepada tanah rakyat Palestin mendedahkan genocide dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan Israel.
Hanya sedikit sahaja serangan-serangan dan pengeboman-pengeboman ke atas wanita, orang muda dan kanak-kanak Palestin yang dilaporkan oleh media antarabangsa.
Di Palestin, 70 peratus populasi yang terdiri dari orang muda dan kanak-kanak telah mengalami pengalaman diusir, ditahan, dipenjara dan disembelih sejak pendudukan Israel pada 1948. Mereka telah dilayan sebagai rakyat kelas kedua di tanah air sendiri, dan telah belajar untuk menentang walaupun dalam keadaan yang amat sengsara. Separuh dari mereka yang terkorban di dalam Intifada yang bermula apabila Ariel Sharon melakukan lawatan provokatif ke Dome of the Rock pada Oktober 2000 adalah berumur bawah 16 tahun. 60 peratus dari mereka yang cedera pula kurang dari 18 tahun. Sekurang-kurangnya 5 orang kanak-kanak mati setiap hari di kawasan-kawasan yang terus berkonflik, dan lebih dari 10 orang cedera.
Tidak ragu-ragu lagi bahawa tindakan keganasan menyerang penduduk awam oleh beberapa kumpulan radikal Palestin sebagai tentangan kepada penindasan Israel adalah tidak berjustifikasi, dan kami seharusnya mengutuknya. Serangan-serangan tersebut biasanya menjadi kritikan dunia secara besar-besaran dan lebih membawa keburukan dari kebaikan kepada pihak Palestin. Namun, harus diingat bahawa detik permulaan yang membawa kepada tercetusnya tindakan keganasan ini ialah pendudukan rakyat Israel. Sebelum 1967, dengan kata lain sebelum Israel menduduki wilayah Palestin, Israel tidak berhadapan dengan sebarang ancaman keganasan. Pendudukan Israel dan strategi "pembersihan etnik" telah melahirkan dan membenarkan kewujudan terorisme rakyat Palestin.
Adalah jelas bahawa serangan-serangan tersebut seperti menentang penduduk awam tidak boleh dimaafkan. Seperti yang diterangkan di atas, cara tersebut tidak konsisten dengan ajaran Islam sama sekali.
Apabila kita memeriksa ayat-ayat Al-Quran dan tingkah-laku Nabi Muhammad s.a.w., adalah jelas bahawa serangan terhadap penduduk awam bukan dari ajaran Islam. Sama ada semasa pembukaan Kota Makkah atau pun perang-perang yang lain, Baginda sangat berhati-hati melindungi hak-hak mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, dan menghalang mereka dari dicederakan. Baginda mengingatkan orang-orang Mukmin tentang perkara ini dalam pelbagai peristiwa, dan mengarahkan mereka supaya....
"Mulakan perang dengan nama Allah dan untuk Allah. Jangan letakkan tangan ke atas orang tua yang hampir mati, ke atas wanita, kanak-kanak dan bayi. Berbuatlah baik, yang mana Allah mencintai meraka yang berbuat baik dan beramal soleh" (Hadith riwayat Muslim). Umat Islam menentang kezaliman dan barbarisme, penggunaan senjata yang tidak perlu, dan segala macam praktis yang tidak adil.
Di dalam segala perbincangan tentang serangan ke atas penduduk awam Israel, topik lain yang mesti dilihat ialah tentang pembunuhan diri dalam Islam. Sesetengah golongan terlampau salah faham tentang Islam, percaya bahawa agama yang damai ini membenarkan serangan berani mati; ia jauh dari kebenaran. Hakikat bahawa Islam melarang seseorang dari membunuh diri, adalah seperti mana ia melarang seseorang dari membunuh orang lain. Allah mengutuk dengan jelas tentang perihal membunuh diri di dalam ayat "jangan membunuh diri." (An-Nisaa', 29). Tidak kira apa jua sebabnya, Islam mengharamkan seseorang dari membunuh diri. Nabi Muhammad s.a.w. turut mencela seseorang yang membunuh diri di dalam satu hadith, memberitahu bahawa mereka yang mengambil tindakan ini akan menerima azab keras untuk selama-lamanya:
Sesiapa sahaja yang dengan sengaja terjun dari gunung dan membunuh diri sendiri, dia akan masuk Neraka dan jatuh di dalamnya dan kekal berada di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang meminum racun dan membunuh diri sendiri, dia akan membawa racun di tangannya dan meminumnya di dalam Neraka yang ia akan tinggal di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh diri dengan senjata besi, dia akan membawa senjata tersebut di tangan dan menikam-nikam perut dengannya di dalam Neraka tempat dia tinggal selama-lamanya. (Hadith riwayat Muslim)
Oleh itu, setiap umat Islam harus mengutuk insiden ini, yang menyulitkan lagi tindakan damai rakyat Palestin.
Haruslah diingat bahawa sebarang bentuk perjuangan yang diluar nilai-nilai Al-Quran - sebagai contoh, taktik "gerila" yang dicipta oleh ideologi komunis - adalah salah, dan tidak akan berjaya. Atas sebab ini, situasi semasa di Palestin mesti dipertimbangkan dengan berakal dan realistik, dan strategi baru yang konsisten dengan Al-Quran mesti diputuskan. Jika Palestin mahu melibatkan diri dalam perjuangan diplomasi dan budaya untuk menetang Israel, yang dari segi ketenteraan lebih berkuasa dari Palestin, berbanding jalan peperangan, ia bukan sahaja akan menjamin kejayaan yang lebih baik, malah akan mengakhiri penderitaan rakyat yang tidak bersalah.
Kesimpulan:
Seseorang boleh berkata dengan lebih baik lagi, dan mengambil lebih banyak contoh tentang keadaan yang sedang berlaku di Palestin. Namun, apa yang tidak boleh kita lupa tanggungjawab setiap individu yang berkesedaran untuk berhadapan dengannya. Peristiwa di Palestin bukan hanya perang Arab-Israel. Ia mempunyai maksud yang lebih mendalam. Pertama sekali, umat Islam yang tanahnya telah dirampas sedang bergelut untuk mendapatkan keadilan. Tanah yang di璸er璼oalkan dianggap suci oleh keseluruhan dunia Islam. Rakyat Palestin menentang untuk meninggalkan Jerusalem, sebuah bandar kepunyaan dunia Islam. Inilah sebabnya mengapa setiap Mukmin mempunyai tugas untuk melancarkan peperangan idea terhadap ideologi-ideologi yang menyokong kepada penindasan berterusan di Palestin, dan juga turut berusaha mencari jalan penyelesaian.
Sebaliknya kalau kita tinjau kekalahan tentera Islam dalam peperangan Uhud, sebenarnya kerana tentera Islam telah melakukan dosa. Pertama, dosa kerana tidak mematuhi arahan pemimpin (Rasulullah saw) agar pasukan memanah tidak berganjak dari kedudukan mereka di atas bukit. Keduanya, kerana hati sebahagian mereka didatangi sifat tamak akan dunia (harta rampasan). Dosa-dosa inilah yang menyebabkan Allah berlepas tangan daripada membantu mereka.
Begitu juga yang terjadi dalam sejarah peperangan Hunain yang berlaku selepas pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera Islam yang maju ke medan pertempuran ketika itu berjumlah puluhan ribu orang. Hingga terdetik dalam hati masing-masing. 揇engan jumlah yang sebegini ramai tentu sahaja kita tidak akan dapat dikalahkan.
Just wanna share this video. Atas konsep sharing is caring. (Upload khas buat warga HML Cari)
Lihatlah bagaimana satu lagi empayar islam yg begitu hebat tp akhirnya terhapus. Umat Islam bukan setakat tewas dlm pertempuran jiwa malah yg lebih sadis, umat Islam tewas dlm pertempuran nafsu. Musuh menewaskan kita bukan sekadar melalui peperangan jiwa tapi juga melalui peperangan minda!
Kita hari ini dijajah dr sudut pemikiran dan minda. Kita semakin jauh dari Allah. Keimanan dan ketaqwaan kita semakin pudar, sebaliknya kita berusaha beria2 menguatkan kekuatan stamina dan fizikal sedangkan kekuatan rohaniah kita lupa pertingkatkan. Kerana musuh itu tahu, Islam akan selamanya terbuang selagi tiada kekuatan taqwa!
Wallahualam.
Sebuah Negara Yang Cuba Lari Dari Pergaduhan dan Perang Saudara
Sudan, sebuah negara yang betul-betul terletak di bahagian selatan Mesir, turut menyebabkan kuasa-kuasa anti-Islam berasa tidak senang dan tidak selesa di璼ebabkan oleh identiti keislamannya.
Salah satu masalah paling utama yang melanda Mesir ialah konflik berpanjangan di antara penduduk di bahagian utara dan selatan. Konflik ini adalah pertembungan di antara agama dan etnik yang berbeza. Umat Islam tinggal di bahagian utara, manakala Kristian Afrika membentuk masyarakat di bahagian selatan. Pemecahan etnik dan agama ini adalah satu legasi ataupun warisan British yang telah membentuk satu sempadan di negara tersebut. Legasi ini menuntut korban nyawa.
Semenjak tahun 1960-an, penduduk di bahagian selatan (yang beragama Kristian) membentuk sebuah pemberontakan terancang bagi menentang pemerintahan Khartoum oleh umat Islam Arab di bahagian utara. Pemberontakan ini di璾ruskan oleh Pertubuhan Kristian yang meng璯elarkan diri mereka sebagai "Anya-Nya."
Pada tahun 1989, pemberontakan di bahagian selatan menjadi lebih agresif ber璱kutan penubuhan rejim Islam di negara tersebut. Ini kerana terdapat "sesetengah pihak" yang sering mengapi-apikan pem璪erontakan menentang pentadbiran Khartoum.
Seperti yang boleh di璪ayangkan, Israel menjadi ketua yang menyokong ke璪angkitan Anya-Nya. Di dalam buku The Israeli Connection (Perhubungan Israel) tulisan Benjamin Beit-Hallahmi, beliau mendedahkan bahawa Israel telah menyokong pem璪erontakan di bahagian selatan semenjak 1960-an lagi.
Semenjak itu, Israel telah memberikan kepada pergera璳an Anya-Nya pelbagai senjata api dan latihan ketenteraan. Mossad, iaitu sebuah agensi pakar milik Israel, telah mem璪ina hubungan dengan pem璪erontak di bahagian selatan melalui stesen-stesennya yang terletak di Uganda, Chad, Ethiopia dan Congo, dan kira-kira 30 gerila Anya-Nya telah diberi latihan khas di ibu pejabat Mossad yang terletak di bandar Torit.
Pada tahun 1970, Israel membuat perjanjian dengan Uganda, yang terletak di selatan Sudan, dan dengan itu meningkatkan kebolehannya untuk mengeksploitasi sempadan Uganda-Sudan dan juga untuk memberikan sokongan kepada Anya-Nya. Berdasarkan maklumat Rolf-Steiner, seorang askar upahan, yang bertarung dengan Anya-Nya, Israel menjadi pelindung utama pihak pemberontak di bahagian selatan
Sudan melalui era pergolakan politik sehingga tahun 1989, apabila Pertubuhan Persaudaraan Islam yang dipimpin oleh Hasan al-Turabi mengambil-alih sistem pemerintahan negara. Semenjak itu, wujudlah sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh al-Turabi. Berikutan dengan pengenalan undang-undang Islam oleh Parlimen Sudan, Anya-Nya memulakan kebangkitan barunya. Kali ini mereka bergerak di bawah nama Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA). Sebelum duduk semeja untuk berunding dengan pihak pemerintah, pemimpin SPLA iaitu John Garang mahukan pembatalan undang-undang Islam sebagai satu pra-syarat. Apabila parlimen enggan menerima pra-syarat tersebut, kezaliman mula meningkat. Ke璪angkitan ini yang menentang rejim Islam telah mendapat sokongan daripada pelbagai negara.
Israel sekali lagi menjadi penyokong utama. Dr Ahmed Abdul Halim, Duta Sudan ke Mesir memberitahu kepada Al-Ahram Weekly yang diterbitkan di Mesir bahawa, "(SPLA) mendapat sokongan ketenteraan terutama sekali dari Israel dan pembantu-pembantu militari Eritrea". Fakta-fakta yang muncul hari demi hari mendedahkan bahawa Israel menjadi dalang utama kepada pemberontakan bersenjata Kristian.
Ketika ini sedang berlaku peperangan bagi menentang rejim Islam di Sudan. Perang ini mempunyai dua dimensi yang berasingan. Satu adalah helah kebuluran dan satu lagi adalah konsep "negara pengganas."
Jika dilihat menerusi sumber-sumber alamnya, Sudan boleh dikatakan sebuah negara yang kaya. Terdapat uranium, emas dan juga simpanan minyak, malah tanahnya juga subur. Namun disebabkan oleh perang saudara yang berlaku sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Sudan kini dilihat sebagai sebuah negara yang sangat miskin.
Walaupun dihantui dengan pelbagai jenis musibah, Sudan telah mengambil langkah serius bagi membangunkan semula negara tersebut dengan berkuasanya pihak rejim Islam pada tahun 1989. Pentadbiran tersebut, yang dipimpin oleh mahasiswa Sorbonne iaitu Hasan al-Turabi yang berslogankan "Agama adalah enjin sebenar kemajuan," telah menjadikan beribu-ribu hektar tanah sesuai digunakan untuk tujuan pertanian. Dua buah projek empangan terbesar di Sungai Nil telah dimulakan bagi menggunakan sumber air Sudan yang melimpah-ruah. Ia digunakan untuk mengairi tanah seluas kira-kira 1.5 juta ekar di sepanjang sungai tersebut dan juga bagi menjadikan Sudan sebagai negara penghasil tenaga elektrik terbesar. Namun demikian, Sudan gagal untuk memasarkan produk keluar璦n璶ya kerana ia telah dilabel sebagai sebuah "negara pengganas," di samping sekatan ekonomi yang dikenakan ke atasnya.
Dengan cara ini, proses kemajuan di Sudan sedang dihalang. Di sebalik semua ini, para wartawan Barat sering melaporkan berita-berita tentang kes-kes kelaparan di Sudan. Satu-satunya kawasan di negara tersebut yang dilanda kelaparan sebenarnya adalah di bahagian selatan, yang memberontak menentang pemerintahan pusat.
[ Last edited by anakencana at 18-11-2008 05:11 PM ]
Konflik Darfur melibatkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi pelarian . Konflik ini berikutan pergaduhan sesama penduduk Islam berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan penduduk keturunan Arab yang memuncak pada 2003.
Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari puak Abbala Rizeigat (Arab Badwi) dengan puak Fur, Zaghawa dan Massaleit yang mendiami Darfur. Kesemua pihak yang terlibat dalam konflik di Darfur adalah terdiri daripada orang Islam. Ini berbeza dengan konflik di selatan Sudan yang melibatkan pihak Muslim di utara dan Kristian di selatan.
Pihak Barisan Pembebasan Darfur (atau nama lamanya Gerakan Pembebasan Sudan) yang ditubuhkan pada 2002 cuba memanipulasi pemikiran penduduk tempatan di Darfur untuk bangun memberontak menentang kerajaan Sudan. Gerakan Pembebasan Sudan mendapat sokongan negara Eritrea, negara musuh Sudan di selatan yang juga menyokong satu lagi pemberontakan di selatan Sudan menentang kerajaan Sudan di sebelah utara.
Kekacauan politik yang berlaku di Sudan semakin meruncing sejak beberapa tahun yang lalu. Tumpuan kali ini adalah di sebelah barat Sudan, iaitu Darfur. Di sebelah selatan, Sudan masih bergelut memadamkan ancaman South People Liberation Army ( SPLA). Jadi, pada ketika ini, kerajaan Sudan sedang menghadapi dua kekacauan yang berat, satu di sebelah barat dan satu lagi di wilayah selatan.
Sebagai sebuah negara yang terbesar di benua Afrika, Sudan mempunyai jumlah penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam iaitu mewakili sebanyak 75%. Selebihnya adalah beragama Kristien. Daripada 75% yang beragama Islam itu, mereka terbahagi pula kepada yang berketurunan Arab dan Afrika. Ramai yang mendakwa bahawa krisis di Darfur adalah suatu pembersihan etnik. Dakwaan ini dibuat berdasarkan sasaran serangan adalah ke atas perkampungan masyarakat Islam keturunan Afrika. Itulah yang didakwa menyebabkan ramai penduduk-penduduk Islam yang berketurunan Afrika melarikan diri daripada kampung halaman dan menjadi pelarian. Seramai 1.2 juta dilaporkan telah menjadi pelarian. Lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada November 2004.