|
Bush dibaling kasut di Iraq - Update: wartawan dibebas isnin ni!!
[Copy link]
|
|
Pembaling kasut dipukul - Hakim
KAKAK Muntazer menangis selepas dia kembali dari
sebuah mahkamah di Baghdad, Rabu lalu.
BAGHDAD - Pembaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, Muntazer (gambar kecil) dipukul selepas insiden berkenaan sehingga dia mengalami lebam di muka dan matanya, kata seorang hakim semalam.
Hakim tersebut, Dhia al-Kinani berkata, mahkamah membuka satu kertas siasatan selepas wartawan itu didakwa dipukul.
Muntazer, 29, dikerumuni oleh sejumlah ejen keselamatan Iraq dan AS selepas melempar kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad Ahad lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.
Sejak itu, timbul beberapa khabar angin berhubung keadaannya yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Iraq di Zon Hijau, tengah Baghdad.
Salah seorang abang Muntazer mendakwa wartawan itu dipukul dengan teruk tetapi seorang lagi saudaranya mendakwa dia berada dalam keadaan baik.
"Muntazer dipukul dalam sidang media itu dan kami akan meneliti pita rakaman serta meminta secara rasmi nama mereka yang terlibat memukulnya," kata Dhia.
Wartawan itu yang masih ditahan dijangka didakwa menghina seorang pemimpin asing dan mungkin menghadapi hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.
Hakim itu juga memberitahu bahawa dia tidak boleh menutup kes tersebut walaupun Bush atau Nuri tidak membuat sebarang aduan.
Muntazer membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban
Dia kini dianggap sebagai hero dunia Arab kerana dalam budaya Arab, tindakan membaling kasut dianggap untuk menghina seseorang.
Beribu-ribu penunjuk perasaan juga membanjiri jalan-jalan raya di Iraq bagi mendesak pihak berkuasa membebaskan hero mereka itu. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Ulama Iran anggap intifada kasut
SEBAHAGIAN penduduk menunjukkan kasut dalam tunjuk
perasaan membantah penahanan Muntazer di Kufa, Iraq semalam.
TEHERAN - Seorang ulama Iran, Ayatollah Ahmad Jannati semalam memuji tindakan seorang wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.
Ahmad yang menyampaikan khutbah Jumaat mendakwa tindakan wartawan tersebut, Muntazer sebagai intifada kasut.
Ulama itu menyeru penduduk di Iraq dan Iran supaya membawa kasut dalam tunjuk perasaan anti-AS pada masa akan datang.
"Tindakan ini sepatutnya menjadi satu contoh," katanya.
Ahmad juga mencadangkan supaya kasut yang digunakan oleh Muntazer itu disimpan di dalam sebuah muzium di Iraq.
Bagaimanapun, seorang hakim di Iraq memberitahu bahawa dua kasut itu telah dimusnahkan oleh pasukan penyiasat yang mahu menentukan sama ada ia mengandungi bahan letupan. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 amazed's post
main tuju kasut pula
dulu2 selalu main permainan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 reez54's post
tak leh nak lelong ..kasut tu dah dimusnahkan...
"Ahmad juga mencadangkan supaya kasut yang digunakan oleh Muntazer itu disimpan di dalam sebuah muzium di Iraq.
Bagaimanapun, seorang hakim di Iraq memberitahu bahawa dua kasut itu telah dimusnahkan oleh pasukan penyiasat yang mahu menentukan sama ada ia mengandungi bahan letupan. - AP" |
|
|
|
|
|
|
|
inilah pahlawan paling hebat dalam ketamaduan isele |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tak kena... still x puas hati gak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 HalimHeryanto's post
hek eleh... cuba ko bayangkan kalo negara kita x pasal2 dtuduh ada simpan WMD ..... |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi, yang payah sangat nak kawin tu, pakat2 la baling kasut kat pak lah. Nanti ramai la lobai tepun, offer anak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lelong kasut dia tu pasti ramai orang nak beli, ni lah kasut yang terbang kat penjenayah no1 dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #34 HalimHeryanto\ catat
ha'ah....Rais Yatim pun salute kat pahlawan nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Top 10 Players
1. | Osama you know which one | 35 | 2. | gran_orto orto | 35 | 3. | Shawn James | 35 | 4. | Dubya Here I am | 35 | 5. | bilel boumerdes | 35 | 6. | Orto | 35 | 7. | Anselmo | 35 | 8. | William | 35 | 9. | Chuck B | 35 | 10. | Tarek-Boom (from Syria) | 35
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntadar sambut hari jadi ke-30
BAGHDAD 17 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
majoriti mmg anggap bush ni jahat..tapi tgk jugak kebaikan yg dia bawa utk rakyat iraq sendiri..
ekonomi Iraq sekarang mmg menakjubkan selepas perang.Byk pelaburan diterima dari negara Arab sendiri serta beberapa negara lain.
malah ada yg menganggap Iraq bakal maju seperti negara Arab yg lain malah lebih maju lagi tak lama lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
baik tak kena tembak.....kalau ak masuk hari ini dalam sejarah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|