CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cyclops_psycho

1st Grand Slam : Australian Open 2009

 Close [Copy link]
Post time 17-1-2009 02:14 AM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 16-1-2009 06:52 PM
Draw dah kura..yahoo!!xc sbr nk tunggu nest monday!! :pompom:


Australian Open Men抯 Draw (1st round)

                                                                                    
...


excited tol ko sampai aku ingatkan ape la kaitannya kura2 ngn draw... dan pe pulak kaitan ngn sarang jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 07:02 AM | Show all posts

Reply #61 mgs's post

tu spelling aussie  tu    lol -

tapi rasanya yang paling orang nak tengok
men's single ni -

yang women's tu... tak rasa excited sangat pula -
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:05 AM | Show all posts

Siapa saja boleh juara

SYDNEY - Ketiadaan ratu Rusia, Maria Sharapova pada Kejohanan Tenis Terbuka Australia minggu depan menjadikan pentas Grand Slam pertama musim 2009 itu hilang serinya.


Sharapova mengumumkan keputusannya untuk menarik diri selepas gagal cergas sepenuhnya ekoran baru pulih daripada kecederaan bahu.

Ketiadaan Sharapova menyaksikan pasangan adik beradik, Venus dan Serena Williams diletakkan sebagai pilihan untuk muncul juara di Melbourne Park.

Begitupun, pasangan dari Amerika Syarikat itu dijangka berdepan tentangan sengit daripada kalangan pemain muda.

Dua pemain Serbia iaitu pemain No. 1 dunia, Jelena Jankovic dan naib juara musim lalu, Ana Ivanovic menjadi antara pencabar utama mereka selain empat bintang Rusia yang berada dalam kelompok lapan terbaik dunia.

"Situasi tahun ini begitu unik," jelas pemain Rusia, Elena Dementieva.

"Kamu boleh katakan bahawa ini adalah kejohanan yang terbuka kepada mana-mana pemain untuk memenanginya," ujarnya.

Serena menjulang trofi Terbuka Australia sebanyak tiga kali (2003, 2005, 2007) dan dia masih yakin untuk menambah koleksi tahun ini.

"Saya tidak kisah jika saya menghuni ranking ke-1,000 di dunia.

"Ia hanya memerlukan saya berfikir positif dan pada masa yang sama kamu perlu percayakan diri sendiri jika kamu berhajat untuk menjadi yang terbaik," tambah pilihan kedua itu.

Kakak Serena, Venus pula tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan pemanas badan di Australia, namun kehebatannya terbukti apabila membantu Amerika muncul juara pada Kejohanan Undangan Berpasukan di Hong Kong awal tahun ini.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak percaya mana-mana pemain berbanding diri saya," tegas Venus yang hanya muncul naib juara Terbuka Australia pada edisi 2003. - Reuters

********************************************************************************

sesiapa pun ada chance nak jadi juara kali ni....
rasanya tak ada yang one lebih dari another -
siapa lucky and have a great match tak ada
kecederaan;  ada lah peluang tu -

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:07 AM | Show all posts
Pertembungan antara kawan dan lawan


WAWRINKA dan (kanan) FEDERER

MELBOURNE - Kehebatan sebenar bintang Switzerland, Roger Federer bakal teruji apabila dia berdepan rakan senegaranya, Stanislas Wawrinka pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis Kooyong Classic hari ini.


Wawrinka yang memenangi pingat emas acara beregu lelaki bersama Federer pada Sukan Olimpik lalu mara ke perlawanan akhir selepas menang 7-6, 6-7, 6-4 ke atas pemain Chile, Fernando Gonzalez semalam.

"Ini adalah perlawanan sukar," jelas Wawrinka.

"Begitupun, saya berpuas hati untuk melangkah ke pentas akhir dan bertemu Roger."

Pada aksi kelmarin, Wawrinka memenangi set pertama selepas melalui mata penentuan sehingga permainan kesepuluh.

Begitupun, Gonzalez kembali bangkit menguasai set kedua juga dengan mata penentuan.

Pada set ketiga, Wawrinka yang juga pemain ranking ke-16 dunia bijak menggunakan kelebihan pukulan servis untuk memaksa Gonzalez akur dengan keputusan 4-6.

Federer pula melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan pemain Sepanyol, Fernando Verdasco 6-3, 3-6, 7-6 (7/5) dalam satu lagi aksi separuh akhir.

"Dia umpama saudara saya," ujar Federer mengulas pertemuannya menentang Wawrinka hari ini.

"Saya biasa bermain dengannya terutamanya pada Piala Davis dan dia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pemain yang baik.

"Apa pun, kejayaan kami memenangi pingat emas Sukan Olimpik menambahkan lagi hubungan antara kami berdua. Saya menghormatinya sebagai seorang kawan dan lawan," tambahnya.

Berdasarkan rekod lalu, Federer berjaya memenangi dua pertemuan ke atas Wawrinka masing-masing pada tahun 2005 di Rotterdam dan 2006 (Dubai). - AFP


[ Last edited by  dexa at 17-1-2009 07:08 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 09:08 PM | Show all posts

Reply #61 mgs's post

Biasa la...excited giler smpai tak perasan ejaan tu!!   
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:29 AM | Show all posts
Federer semakin panas


ROGER FEDERER menjulang trofi Kejohanan Kooyong Classic
selepas menewaskan Stanislas Wawrinka 6-1, 6-3 pada perlawanan
akhir kejohanan pemanas badan itu yang diadakan secara timbal balas
di Melbourne, semalam. - AFP


MELBOURNE - Roger Federer menundukkan teman karib dan rakan senegara, Stanislas Wawrinka untuk merangkul kejuaraan pemanas badan Kooyong Classic, semalam menjelang Kejohanan Terbuka Australia.

Federer yang hanya kurang satu gelaran untuk menyamai rekod 14 kejuaraan Grand Slam yang dilakukan jaguh tenis Amerika Syarikat, Pete Sampras kini menjadi pilihan untuk muncul juara Terbuka Australia, minggu depan.

Semalam, bekas pemain no. 1 dunia dari Switzerland itu mematahkan tiga daripada tujuh servis pertama Wawrinka untuk menang 6-1, 6-3 hanya dalam masa 57 minit.

Federer turut menjuarai kejohanan pertunjukan Kooyong pada 2005, iaitu tahun di mana dia tewas kepada jaguh Rusia, Marat Safin dalam separuh akhir Terbuka Australia.

Memandangkan Terbuka Australia 2009 bakal bermula esok, Federer tidak mahu membazirkan peluang untuk melakukan persiapan terbaik.

"Sekarang adalah musim baru, peluang besar menanti saya dan saya memburu banyak rekod.

"Maaf Stan! (Wawrinka), saya hanya mahu persediaan terbaik untuk Terbuka Australia.

"Saya tidak mengambil mudah perlawanan ini, saya serius dan kami bermain baik di final,'' kata Federer, sejurus mengalahkan Wawrinka yang juga pasangannya ketika merangkul pingat emas beregu lelaki pada Sukan Olimpik, Ogos lalu.

Menurut Federer, Wawrinka yang juga rakan sepasukannya dalam Piala Davis ibarat adiknya sendiri, malah pemain itu turut menjadikan dia sebagai mentor.

Pada kejohanan Kooyong Classic, Federer memberi pengajaran berguna kepada pemain berusia 23 tahun itu betapa dia tidak percaya kepada perlawanan persahabatan dan hanya mahu memberi aksi terbaik setiap kali beraksi, biarpun hanya pada pertandingan pertunjukan.

Federer yang tumpas kepada Novak Djokovic pada separuh akhir Terbuka Australia, tahun lalu memperoleh undian sukar pada kejohanan Grand Slam itu tahun ini.

Dia akan memulakan kempennya dengan menentang pencabar dari Itali, Andreas Seppi sebelum dijangka berdepan bekas pemain no. 1 dunia, Carlos Moya pada pusingan kedua, diikuti Safin (pusingan ketiga) dan Wawrinka di pusingan keempat. - AP


*****************************************************************************************************


ha! - fedex dah tunjuk rimau belang......
ada chance masuk final AO ni..

* cyclops - fedex ada chance tak jumpa murray or djokovic ?
clash ke matches depa before final ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2009 11:54 AM | Show all posts

Reply #66 dexa's post

possibility jumpe djokovic in semifnal...tp djokovic mcm down aje
skrg ni..
roger akan clash murray atau nadal kt final saja,itupun kalau takde 'pengacau'...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 03:25 PM | Show all posts
my personal choice is murai...sbb recently progress nampak mcm baguih ..

federer, aku xrasa dia mampu ke final..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 06:45 AM | Show all posts
Terbuka Australia milik siapa?



JANKOVIC

MELBOURNE - Saingan perseorangan wanita Kejohanan Tenis Terbuka Australia masih terbuka luas meskipun ramai meramalkan pasangan adik beradik, Serena dan Venus Williams bakal muncul juara.

Selain dua bintang dari Amerika Syarikat itu, beberapa pemain muda turut diramal memberikan saingan termasuklah pemain No. 1 dunia, Jelena Jankovic, pemain Serbia, Ana Ivanovic serta dua pemain Rusia, Dinara Safina dan Elena Dementieva.

Serena bagaimanapun masih dianggap sebagai pilihan utama untuk meraih kejuaraan Grand Slam ke-10 dalam kariernya.

Juara tiga kali Terbuka Australia itu akan memulakan kempen menentang pemain China, Meng Yuan esok.

"Sebenarnya saya gembira dengan persiapan saya.

"Saya rasa saya bermain dengan cukup baik pada kejohanan di Sydney lalu dan saya masih mempunyai cukup masa untuk berehat sebelum bersedia menyertai kejohanan ini," ujar Serena.

Serena juga mengakui prestasinya kini semakin baik berbanding lima tahun lalu ketika dia mendominasi sukan tenis dengan muncul juara di Roland Garros, Wimbledon dan Terbuka Australia.

"Saya rasa, saya kini lebih hebat berbanding lima tahun lepas," tambahnya.

Dalam pada itu, juara Grand Slam sebanyak tujuh kali, Venus pula percaya masanya telah tiba untuk dia meraih kejuaraan Terbuka Australia buat pertama kali tahun ini.

"Saya hanya perlu fokus tentang apa yang perlu saya lakukan," kata Venus yang akan menentang pemain Jerman, Angelique Kerber esok.

"Sudah jelas saya ingin menang pada setiap kejohanan dan saya rasa, saya mempunyai peluang terbaik untuk menang di sini tahun ini."

Pemain pilihan keempat, Dementieva juga mempunyai peluang meraih kejuaraan Grand Slam pertamanya selepas beraksi cemerlang sepanjang tahun lepas termasuklah memenangi pingat emas Sukan Olimpik dan menjuarai dua kejohanan berturut-turut di Auckland dan Sydney.

Pemain No. 1 dunia, Jankovic turut dianggap sebagai ancaman meskipun pemain Serbia itu masih belum pernah menjuarai sebarang kejohanan Grand Slam. - AFP



***********************************************************************************************

all the best to the players..... -
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 08:24 AM | Show all posts
Final

Djokovic vs Nadal. So aku pilih Djoker utk AO2009 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 10:27 AM | Show all posts
shiok gak tgk live scores nih. mcm tgh perang kat Oz sana

Ivanovic Roddick Cornet dah lepas 1st round
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 02:54 PM | Show all posts

Balas #69 dexa\ catat

Tp kan dia ni mcm xpandai serve jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 07:43 PM | Show all posts

Reply #72 karambunai's post

yang paling power
masa serve  sudah semesti venus williams - kencang makcik tu -

saya tak into sangat dengan women's tennis anymore -
semua pun.. dah mediocre aje pada pendapat saya -

nak tengok men's event - tu yang lebih mencabar --

fedex masuk akhir.. bagus juga -
tapi.. kalau djjokovic  pulak yang jadi juara.. saya happy juga..

ishh dah macam keliru sapa yang saya suka sangat ni --
terlalu close games -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:21 PM | Show all posts
1st day UPSET...

G. Muller                 6        7        4        4        16
F. Lopez (27)        3        6        6        6        14


G. Voskoboeva                 6        3        6                  
A. Szavay                 3        6        4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:27 PM | Show all posts
1st day UPSET...

G. Muller                 6        7        4        4        16
F. Lopez (27)       3        6        6        6        14


S. Bammer (24)        3        1                           
L. Safarova                  6        6


G. Voskoboeva                 6        3        6                  
A. Szavay (23)               3        6        4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 10:19 PM | Show all posts

Reply #75 cyclops_psycho's post

ha... memang upset la tu -
thanks cyclops -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 03:41 PM | Show all posts
gambar dinner AO

khas untuk tasyha...

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by MrFed at 20-1-2009 03:41 PM
gambar dinner AO

khas untuk tasyha...





tasyha suke 2nd pic
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:28 PM | Show all posts
they pass 1st round












-nanti la upload yang balance
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:31 PM | Show all posts

Balas #77 MrFed\ catat

UIKS macam muka nadal... tol ker? kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.334022 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list