|
About Sifu M Nasir - Update : Konsert Di Stadium Negara 25/7 (P4)
[Copy link]
|
|
Reply #57 izhar1000's post
ZALIM!
ZALIM!
lebih 4 lagu!!!
takpe, aku pegi malam last jap lagi
kurang lagu, siap nanti aku panjat pentas IB |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 izhar1000's post
aku gi second day.....gilerrr besttt...
*semua lagu aku leh ikut kecuali balada seorang teman.... tak pernah dengar pun tp sangat menarik...
*aku tak penah gi konsert mnasir, ni first time but sangat berbaloi..
*aku dok kat area depan n tengah...view cantik giler untuk aku yg nak tgk mnasir dari dekat..
*row depan ngan row belakang aku adalah org yg datang the night b4 n diorang sgt sporting...so aku pun syok...
*suka giler part mnasir rap masa lagu bukalah hati mu (walaupun ntah apa2 ), sebab kat konsert mana2 kalau dia nyanyi lagu tu, dia tak pernah rap, so aku penah request kat dia kat facebook...
*m.nasir cakap masa intro...sekarang promoter tgh kira duit kat belakang pentas.. Projek anak melayu...(semua tepuk)
* pas dia nyanyi lagu slow, fast, ...dia tanya nak lagu apa lagi? ada mamat sorang tu jerit.."lagu raya...!!" mnasir selamba jawab, "belia lah ko.."
*one of the best moment was when dia nyanyi lagu suatu masa...lighting, mood, feel mnasir, semua org ikut nyanyi..semua cukup... pastu mnasir kata, "saya ingat yg datang ni peminat2 untuk konsert alam mnasir, rupa rupanya semua minah2 ngan mamat2 sentimental...
*lagu sentuhan listrikmu pun best giler, mnasir kata bila dengar lagu ini, bila balik nanti, kita akan bayangkan dan mimipikan betapa seksinya lagu ni....!!!
*pas abis dia nyanyi lagu tu, dia tanya ada tak yg datang ngan husband n wife, bf gf? ada rasa tak bila lepas dengar lagu ni nk cakap i love u?? semua org jerit "yerr.." "katakan sekarang.... tp husband n wife jer, kalau bf n gf tak payah...sebab tak sure lagi kan? "
*lagu-lagu joget mcm ada, sahabat gua, mentera semerah padi, apokalips,raikan cinta, phoenix bangkit..mmg klimaks lah...
*ada mamat2 kat depan ngan sebelah aku..siap head banging lagi masa mentera ngan apokalips..sgt menakutkan..tp mayb diorang tgh syok gilerkan..aku tgk jerlah...
*walaupun aku tak joget mcm ramai org..tp bila mnasir suruh bangun.."ayuh..." aku pun bangun dan tepuk tangan sekali tanda respek kat mnasir, sebab aku nk rasa camner to be in dat situation, bila lagi nak rasa... dibuat nyer 10 tahun lagi baru dia nak buat konsert camni... melangutlah aku tunggu...
*crowd mmg best...really create the mood, org yg tak minat mnasir pun, bila in dat konsert pun leh minat bila tgk audience yg sgt sporting...
*mnasir pun nampk syok giler nyanyi, tak lupa lirik dan sangat hensem for his age, his stamina giler bagus
...nanti aku paste gambar yg sempat aku snap..
overall...bestt sangat!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laporan malam terakhir
malam penutup yang penuh klimaks
3,4 kali lagi best dari malam pertama
benci betul aku kenapa aku beli tiket malam pertama, baik aku beli tiket malam kedua
list lagu mula2 tu lebih kurang sama je
tapi sebab takde intermission, so momentum konsert terus naik & naik
1. Di Balik Cermin Mimpi
2. Gong Impian
3. Express Rakyat (intro macam malam first jugak)
4. Hati Emas
5. Rajawali Terbang Tinggi
6. Falsafah Cinta
7. Dah Lagu Tu!
8. Bukalah Hatimu
9. Balada Seorang Teman
- Set gitar kapok -
10. Suatu Masa (lepas lagu ni M.Nasir cakap ada yang datang konsert ni semata-mata nak dengar lagu ni, ish ish (sambil geleng-geleng kepala))
11. Getaran Jiwa
12. Perjalanan Hidup (tribute to Ramli Sarip - dengan selambanya M.Nasir lupa lirik & skip lirik ikut suka dia je, hahaha)
13. Langgam Pak Dogo
14. Keroncong Nostradamus
- Set joget sampai lupa diri -
15. Mentera Semerah Padi
16. Raikan Cinta
17. Sahabat Gua
18. Phoenix Bangkit Dari Abu
19. Ada
20. Apokalips
- Set cool down -
21. Hijab Kekasih
22. Sentuhan Listrikmu
23. Juwita
24. Kepadamu Kekasih
lagu no. 15 sampai 20 tu betul-betul buat crowd hilang pedoman, termasuklah aku...dah dia suruh berdiri, semua berdiri la, berjoget, melompat, terkinja2, aku rasa takde yg tak berdiri, semua berdiri...puas hati aku dapat beronggeng, hahaha
lagi ramai selebriti aku jumpa malam terakhir ni, hattan masih ada, ct nurhaliza & dato' k, ramli sarip, jehan miskin, raja azmi, roslin hashim, mansor puteh, aziz bakar, dato' a.rahman hassan & datin azizah..aku syak mamat khalid pun ada (duduk satu row dengan aku), tapi bile aku dengar suara dia, macam bukan mamat khalid
orang politik - menteri wilayah zulhasnan rafique, nurul izzah & husband, yb nik nazmi (s/u politik mb selangor) & wife
rasa2 aku macam akan ada lagi je konsert m.nasir semacam ni..m.nasir kata dia nak buat lagi
m.nasir memang crowd puller la, tiket sold out time2 ekonomi tak berapa stabil ni, penaja nak tengok apa lagi entah?
terima kasihla m.nasir, kerana kau hangus duit aku RM303.00, aku halalkan jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Malam pertama tu, test market kot, tu yang semua skema je........
Malam kedua & ketiga - tak de bg peluang dah, bila lagi fans nak layan muzik sifu secara lebih dekat macam tu.
Bila nak buat kat venue lagi besar plak??? |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya 2nd day ada lebih lagu masirah, andalusia, 3rd day ada lebih lagu perjalanan hidup n kepadamu kekasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap-harap ade la tepek konsert neh kat youtube |
|
|
|
|
|
|
|
frust aku hari ke3 tk de lagu masirah...aku harap sgt nk dengar m nasir nyanyi lagu ni live....
papepn persembahan malam tadi mmg malatop...tk puas berjoget semalam..tahniah pada crowd yg gempak...korang sume telah berjaya mengoyakkan panggung sari malam tadi....
kepada para penaja...harap anda sume bukak mata! |
|
|
|
|
|
|
|
m nasir mmg best
hidup ali bakar |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa....maybe crowd masa untuk full dress reherasal ngan 1st day tu tak gempak sangat, dats y ada yg komen tak best..
tapi sebagai penonton hari kedua...aku mengakui, crowd memang havoc gilerr!!
[ Last edited by mendonan at 2-3-2009 07:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 mendonan's post
Yup setuju dgn Mendonan. Pak dogo pun ada pada malam 28hb tu tapi duduk dkt tingkat atas sekali. So dpt tgk semua crowd. Memang superb! Semua org berdiri dan ikut serta bertepuk ketika sifu menyanyikan lagu-lagu rancak. (termasuk Mat Salleh, Cina, India Melayu..even OKU pun bertepuk juga)
Mmg kenangan yg tak boleh dilupakan! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 mendonan's post
sapa pula kata first day tak best -
comment first day best juga
pada saya - all 3 days were great
tak ada yang lebih dari yang lain
all different but he is great
tak ada rugi pergi first day ke, second day ke or final day -
m nasir memang best -
as a person (apart from he is an artist)
- he is even bester than best - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 mendonan's post
entahla...bagi aku sama je...
hari 1st tu siap ada yg bangun berjoget lagi tapi security suruh dia duduk, tak ke bodoh...pastu m.nasir boleh cakap "tadi saya ada nampak macam orang berjoget tapi saya tak nampak sebab spotlight terang sangat", tapi pastu dia tak ajak pun crowd bangun menari
hari last tu pun, crowd depan skali tu mula2 dah bangun nak menari, tapi entah nape tiba2 diorang duduk balik, nampak macam ada orang suruh diorang duduk..
crowd ni tunggu signal m.nasir je, m.nasir suruh bangun, security pun takleh kata apa, orang yg duduk belakang kita pun takleh komplen, nak tak nak dia pun kena bangun sama
mungkin rehearsal & hari 1st tu m.nasir 'berhati-hati' kot, yela selalu reporter buat review based on performance awal2 ni..hari 2nd & 3rd tu dia langgar je
memorable quotes from m.nasir, masa set joget hari last tu:
(masa ajak nyanyi korus lagu ada ramai2): "tadi saya dengar ada orang kata 'dalam hutan ada beruk', bukan beruk je, gajah semua ada..."
(masa dah abis): "saya ada nampak sorang tu, tu yg pakai baju putih tu (m.nasir tunjuk), orang lain semua berdiri & menari, tapi dia berdiri gosok2 tangan je" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 3-3-2009 09:49 AM
entahla...bagi aku sama je...
hari 1st tu siap ada yg bangun berjoget lagi tapi security suruh dia duduk, tak ke bodoh...pastu m.nasir boleh cakap "tadi saya ada nampak macam orang berjoget tapi ...
kawan2 dia ke aa dok plg depan tu..i pun notice diorang makin slow menari..penat kot..ahahaaa..
tapi tpt aku upper row kat hujung seat mmg depa bantai menari sakan..tapi ct nurhaliza kat middle row menten duduk je tapi i saw dia goyang2 kaki hokkay..ehehhe..best gak la dok upper row..nampak semua gelagat fan dia..ada satu mamat kat bawah leh pasang lighter time lagu ape aku tak ingat..aku nampak laser security dah tunjuk2 kat dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
m. nasir cakap patutnye penari montel tu ada 4 orang...sorang lagi tom abang saufi... |
|
|
|
|
|
|
|
konsert ari tu satu je yg aku nk komplen..die nye opening tk cukup meletop...tk sehebat pembukaan konsert akar...konsert akar dulu m nasir mula dengan lagu nusantara....siap julang baby pastu tetiba m nasir muncul dari dlm kain....gempak! |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka komen ramli ms dlm interview ni
Interaksi: Pengalaman saja tak memadai
Oleh ELRAFAEI SAPI
SELAMA tiga malam berturut-turut sejak 27 Februari lalu, penghibur terkenal M Nasir mengadakan konsert solonya yang mengambil pentas berprestij, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Biarpun hanya tiga malam, konsert Alam Muzik M Nasir berjaya kerana menambat ramai peminat untuk hadir hingga tiket untuk tiga hari itu habis dijual lima hari menjelang konsert berlangsung. Akhbar kumpulan New Straits Times Press (NSTP) menjadi rakan media dan penganjur bersama konsert ini.
Pada usia 52 tahun, aura muzik M Nasir yang bergelumang dengan dunia seni lebih tiga dekad masih kuat. Mereka yang berpeluang menyaksikan konsert ini memberi respons positif dan berpuas hati dengan persembahan diberikan.
Alam Muzik M Nasir cukup luas daripada pop rock kepada inang, joget, keroncong, jaipong dan irama padang pasir hinggalah muzik funky, segalanya dikeluarkan dalam konsert selama dua jam itu. Barisan pemuzik diketuai Aznan Alias (Nan) juga gitar utama, Mohd Hanafi Handan (gitar kedua), Jay Jay (bass), Zulkifli Mahat (piano), Ahmad Firdaus Mahmud (keyboard), Ujang (dram), Mohar (seruling), Pa'ang (perkusi) dan Hamzah Hashim (perkusi kedua) juga menjadi tulang belakang kehebatan konsert ini.
Berbanding konsert solonya sebelumnya, kali ini dianggap istimewa kerana diberi peluang mengadakan konsert di IB. Sebenarnya peminat mengharapkan lebih banyak konsert solo artis tempatan diadakan di IB kerana kita mempunyai ramai penyanyi hebat seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sheila Majid, Jamal Abdillah dan Anuar Zain.
Sebelum ini, Jamal berpeluang beraksi solo di IB manakala penyanyi lain, Sharifah Aini dan juga Siti Nurhaliza. Namun, di sebalik peluang penyanyi untuk mengadakan konsert di IB, apa yang menjadi persoalan apakah kriteria sesuai bagi melayakkan penyanyi itu menggunakan lokasi di sana sebagai pentas persembahan. Ini kerana pemilihan penyanyi sesuai difikirkan faktor penting kerana ia memberi impak pada nilai prestij lokasi.
Bagi mendapatkan pandangan mengenai kejayaan konsert M Nasir dan soal persembahan artis yang layak untuk mengadakan konsert, wartawan Rap, ELRAFAEI SAPI ([email protected]) menemu bual pengarah muzik terkenal, Ramli Mohd Salleh atau Ramli MS yang turut berkesempatan menonton konsert Alam Muzik M Nasir baru-baru ini.
SOALAN (S): Anda karyawan seni yang turut hadir menyaksikan konsert M Nasir. Apa komen anda mengenainya?
JAWAPAN (J): Sebenarnya sudah lama saya tidak menonton konsert M Nasir. Kali terakhir adalah Konsert Akar Manifestasi Akustika M Nasir yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 1995. Bagi peminat, mereka menantikan persembahan ini kerana M Nasir sudah lama tidak membuat konsert bertaraf besar.
Saya sendiri mahu menyaksikan konsert M Nasir kali ini kerana inti pati yang terdapat dalam persembahannya menarik minat saya untuk hadir. Walaupun pelbagai komen diberikan kepada M Nasir, saya fikir persembahan kali ini tidak boleh dibandingkan dengan konsert sebelumnya.
Persembahan di IB dengan persembahan di kawasan terbuka seperti di stadium adalah berbeza dari aspek sistem bunyi dan konsep persembahan. Pastinya, jika persembahan itu menggunakan orkestra atau lebih ramai pemuzik terbabit, ia mampu menjadi lebih hebat.
Namun, saya tidak pula mengatakan konsert M Nasir kali ini tidak berjaya kerana dia tetap mempunyai konsep persembahan tersendiri. Itu cara dia. M Nasir percaya dengan kekuatan 10 pemuzik yang mengiringi persembahannya mampu memberi kepuasan kepada penonton.
S: Ada peminat beranggapan persembahan M Nasir tidak sesuai diadakan di IB kerana faktor lagu dan konsep persembahan. Apakah anda bersetuju dengan pandangan ini?
J: Pada saya, konsert M Nasir kali ini seperti tidak sepadan dengan lokasi dan konsep persembahan. Maksud saya, konsert ini seperti mempunyai pagar yang membataskan penonton untuk dekat dengannya. Bukan salah konsep atau lokasi itu sendiri tetapi persembahan ini difikirkan lebih sesuai jika diadakan di lokasi terbuka seperti stadium.
Apa yang dapat kita lihat, kebanyakan lagu M Nasir yang disampaikan kali ini adalah rancak dan ini mengundang penonton untuk menari sama dengannya. Bagaimanapun, apabila penonton berada di lokasi di Istana Budaya, pergerakan mereka terbatas. Apapun, itu hak M Nasir untuk membawakan konsep persembahan sebegitu. Secara keseluruhan, konsert ini tetap menghiburkan cuma kemeriahan kepada penonton tidak dapat dirasai sepenuhnya.
S: Konsert yang menggunakan persembahan secara orkestra dikatakan lebih menghiburkan dan berjaya berbanding bilangan pemuzik yang sedikit? Apakah ini benar?
J: Tidak semestinya muzik orkestra menjadi faktor kejayaan sesebuah konsert. Ia sepatutnya dirujuk pada perjalanan cerita yang ingin disampaikan dalam persembahan itu. M Nasir mempunyai jalan cerita yang menarik minat penonton untuk hadir.
Selalunya penyanyi yang ingin membuat persembahan seperti konsert memerlukan lagu yang banyak tetapi tidak semestinya ia menjadi faktor kejayaan. Itu pentingnya pengarah muzik yang bertanggungjawab dalam menyusun persembahan supaya menjadi persembahan menghiburkan.
Jika difikirkan, Istana Budaya sepatutnya mempunyai kelengkapan instrumen muzik yang hebat sama seperti persembahan teater untuk membuatkan khalayak berasa selesa ketika menonton. Apabila faktor sistem visual dan audio yang mempunyai kualiti tinggi, penonton akan memberikan fokus kepada kepuasan yang mereka mahukan.
Untuk sesebuah persembahan sebesar ini, bilangan pemuzik perlu diberi perhatian. Jika menggunakan khidmat orkestra untuk persembahan, ia dinilai lebih baik.
S: Apakah kriteria penyanyi yang sesuai untuk mengadakan konsert di Istana Budaya?
J: Saya fikir jika seseorang penyanyi itu mempunyai pengalaman selama tiga tahun dengan enam album dan mempunyai 60 lagu hits, dia layak untuk mengadakan konsert sebegini. Bagaimanapun, jika penyanyi itu mempunyai pengalaman hampir 10 tahun tetapi hanya mempunyai dua lagu hits, dia juga tidak layak untuk mengadakan konsert.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, soal penyanyi mana yang layak membuat konsert di IB bukan hanya bergantung kepada pengalaman menyanyi tetapi pencapaian karier seni seperti mempunyai jumlah lagu hits yang banyak. Seperti M Nasir, dia layak untuk mengadakan persembahan di IB kerana dia mempunyai banyak lagu hits yang popular sejak lebih tiga dekad lalu hingga diminati generasi kini selain ada inti pati yang diperlukan untuk sesebuah konsert.
Peminat yang hadir mahu menyaksikan dia menyanyikan kembali lagu hitsnya. Malah hakikatnya untuk tiga malam persembahan pada malam itu, dia sebenarnya tidak cukup untuk menyanyikan semua lagu hitsnya. Pastinya, penonton turut mahu menyaksikan persembahan yang mempunyai kelainan agar dapat memberi kepuasan.
S: Apakah anda juga terfikir untuk mengadakan konsert dan mungkin mengajak beberapa penyanyi popular bersama anda suatu hari nanti?
J: Saya tidak layak untuk membuat konsert lagi. Untuk mengadakan konsert, persiapan perlu dibuat rapi. Apa yang perlu diberi keutamaan adalah faktor kewangan untuk membiayai kos seperti pemuzik dan lokasi. Ini pentingnya penaja untuk membantu dalam merealisasikan impian mengadakan sesebuah konsert.
Persiapan konsert juga memerlukan satu pasukan yang cukup seperti mahu menerbitkan filem. Apabila peminat mahu menonton persembahan secara langsung, ia perlu dibuat secara kreatif dan penyanyi bukan sekadar menyanyi. Jika persembahan penyanyi itu sama, lebih baik peminat itu mendengar lagu dari album penyanyi itu.
S: Senario kini menyaksikan konsert artis tempatan sukar mendapat sokongan penaja berbanding artis luar. Seperti M Nasir, walaupun dia penghibur terkenal dia juga berhadapan masalah penaja. Apakah punca permasalahan ini?
J: Artis kita sebenarnya terlalu banyak pendedahan ketika mengadakan persembahan. Kebanyakan persembahan ini adalah percuma. Ini mengakibatkan tiada nilai eksklusif kepada penyanyi itu untuk mengadakan persembahan seperti konsert yang memerlukan peminat membeli tiket.
Peminat hanya sanggup membayar harga tiket jika persembahan itu jarang ditonton. Bagi situasi M Nasir, saya juga tidak tahu kenapa konsertnya kali ini gagal mendapatkan penaja. Sikap penaja sebegini membuatkan saya sedikit kesal.
Akibat tiada penaja untuk konsert M Nasir, ini membayangkan artis tempatan masih sukar untuk mendapat sokongan penaja. Lebih mencabar kerana M Nasir adalah penyanyi popular tetapi gagal mendapatkan penaja. Ini turut memberi kesan kepada penyanyi lain yang akan mengalami nasib yang sama.
S: Apakah nasihat atau harapan anda pada konsert artis tempatan?
J: Bagi penyanyi yang berasakan dia berkeinginan untuk membuat konsert seperti M Nasir, dia harus fikir dulu apakah dia layak. Paling kurang, seorang penyanyi harus mempunyai 20 lagu hits sepanjang masa untuk menjadikan konsert itu berjaya.
Seperti M Nasir, dia mempunyai inti pati persembahan yang membuatkan peminat mahu menyaksikan konsert. Pada pengamatan saya, ada beberapa penyanyi yang layak membuat konsert. Saya sendiri jika ditanya, siapakah artis yang layak membuat konsert, saya akan sebut nama M Nasir dulu.
Untuk persembahan di IB, ia perlu mempunyai muzik yang gah dan mampu membuatkan penonton terpegun dan paling penting terhibur. Lokasi di IB tidak salah untuk mengadakan konsert tetapi seperti konsert M Nasir, ia difikirkan kurang sesuai diadakan di sana. Mungkin jika M Nasir mahu mengadakan konsert selepas ini, lokasi seperti Stadium Negara lebih sesuai.
memang ada jumpa ramli ms masa malam pertama
tengah syok mengulum asap kat kafe istana budaya |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju buat dekat stadium...tp jgn la stadium terbuka..indor stadium mcm stadium negara atau stadium putra tu dh cukup bagus...
bg aku biar org datang tk ramai tp tmpt penuh dari ramai datang tp tmpt byk kosong...bila stadium penuh die punye feel lagi besh...stadium tertutup sesuai sbb tempat nye sederhana besar... |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku prasan, dulu m nasir slalu pakai baju dari salikin...skang ni asyik dengan batik tom abang saufi plk... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #79 saudagar_mimpi\ catat
masa dia tgh duda dulu dia suka pakai baju design salikin, pas dia kawen ngan marlia baru tukar kat tom abang saufi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|