|
Berita Harian 21 Feb 08
Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Kemunculan penyanyi Mahakarya Cinta di Road Tour di Kuala Terengganu dapat sambutan hangat
ADEGAN membuka baju ketika membuat persembahan di konsert sambutan ulang tahun keempat saluran 8TV baru-baru ini membawa bahana kepada kerjaya seni Faizal Tahir, 30, seorang penyanyi yang lahir melalui program realiti One In A Million, apabila dia dilarang membuat persembahan secara langsung di kaca televisyen.
Namun, episod hitam yang dicetuskan di awal kedatangan 2008 itu tidak mempengaruhi keutuhan dan kesetiaan peminat dan pembaca Berita Harian dan Berita Minggu terhadap penyanyi berbakat dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi dalam persada seni tanah air.
Malah kemunculan penyanyi itu nyata masih lagi didambakan peminat. Buktinya, ketika dia muncul buat kali pertama di khalayak ramai pada siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) di Kuala Terengganu, Terengganu, hujung minggu lalu, Faizal mendapat tepukan hangat penonton.
Malah, mereka sanggup menunggu ke penghujung acara semata-mata untuk bertemu dengan penyanyi itu yang muncul di akhir persembahan. Saat kemunculan, dapat dilihat keterujaan mereka untuk melihat Faizal beraksi. Tepuk sorak bergema sebaik penyanyi itu muncul di atas pentas dengan membawa lagu yang menjulang namanya iaitu Mahakarya Cinta diikuti dengan lagu terbarunya Smpai Syurga.
Dengan kemeja-t Superman yang begitu sebati dengan imejnya, bapa kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun dilihat lebih berhati-hati ketika berada di khalayak ramai. Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Biarpun keletihan kerana semalaman tidak tidur kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja di studio rakaman, ternyata Faizal tidak mahu menghampakan peminatnya di Kuala Terengganu. Dia cuba memberikan persembahan sebaik mungkin. Mahakarya Cinta yang didendangkan sebagai salam perkenalan kepada peminatnya di Pantai Timur mendapat tepukan gemuruh penonton terutama wanita tidak kira tua atau muda.
揑ni persembahan pertama saya di khalayak ramai. Secara jujur, tidak terbit rasa takut untuk bertemu dengan orang ramai selepas insiden yang berlaku kepada saya. Memang saya teringin sangat bertemu mereka dan melihat bagaimana penerimaan mereka terhadap saya.
揃agi saya benda ini perlu ada dalam diri setiap artis. Kita perlu bersikap profesional. Apabila melakukan kesilapan kita tidak harus memencilkan diri, sebaliknya kita perlu tampil ke hadapan. Kontroversi tidak menjadi alasan untuk tidak berjumpa dengan orang ramai, |
|
|
|
|
|
|
|
murai - faizal tetap bagi saingan dlm ABPBH07
Faizal Tetap Beri Saingan Dalam ABPBH07
KUALA LUMPUR, 25 JAN 2008: Sekalipun sedang berdepan dengan hukuman yang melarang dirinya daripada menjayakan sebarang persembahan secara live menerusi kaca TV selama 3 bulan, Faizal Tahir tetap berjaya melayakkan diri dalam senarai Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Kedudukan Faizal sebagai finalis bagi kategori tersebut bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana selain memiliki pelbagai bakat sebagai penyanyi, komposer serta penulis lirik, dia juga disifatkan mempunyai potensi cukup besar untuk menggantikan penyanyi rock sedia ada seperti Amy Search dan Awie Wings.
Sungguhpun begitu, laluan Faizal tidaklah begitu mudah kerana dia terpaksa berhadapan dengan saingan daripada juara bertahan, Mawi, selain Adam serta dua penyanyi berkarisma, Anuar Zain serta Hazami.
p/s: credit to sharina@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
APM '08 - Faizal Calon Kategori Terbaik & Popular
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
SABAN tahun Anugerah Planet Muzik (APM) diraikan oleh para karyawan seni tempatan.
Majlis anugerah yang menghimpunkan tiga negara serumpun (Malaysia, Indonesia dan Singapura) itu bakal berlangsung sekali lagi pada 20 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.
APM dilihat sebagai satu landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat seni serumpun selain meningkatkan martabat seni itu sendiri.
Namun, suatu persoalan besar yang sentiasa muncul setiap kali berakhirnya APM adalah wujudnya rasa tidak puas hati terhadap penganjuran majlis anugerah tersebut.
Bukan mahu melabelkan APM sebagai anugerah kelas kedua atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, gambaran-gambaran APM 2008 kelak seakan-akan menimbulkan persoalan yang sama.
Masakan tidak, pada majlis sidang media APM 2008 baru-baru ini ketika pihak penganjur mendedahkan senarai finalis, ia telah menimbulkan tanda tanya di kalangan media.
Antaranya kenapa penyanyi popular tanah air, Mawi sama sekali tidak tercalon untuk kategori Artis Lelaki Terbaik dalam kesemua 17 kategori yang dipertandingkan.
Atas alasan apa atau mungkin tidak cukup baikkah Mawi jika dibandingkan dengan Anuar Zain, Faizal Tahir, Glenn Fredly, Iwan Fals dan Taufik Batisah yang dicalonkan dalam kategori tersebut?
Malah ada juga beberapa calon yang disenarai pendek sebagai lima terbaik juga dilihat tidak layak langsung untuk berada dalam kategori-kategori tertentu.
Menjawab persoalan tersebut, Pengarah Urusan Beyond DDB Malaysia, Amin Hussen mengemukakan alasannya, senarai yang telah terpilih semuanya telah diadili oleh sembilan juri profesional.
揝egala senarai akhir ini telah diadili oleh juri-juri profesional kami yang terdiri daripada sembilan juri. Rasanya tidak timbul segala keraguan tersebut kerana juri-juri itu terdiri daripada kalangan profesional. Antaranya wartawan, ahli muzik dan individu yang terlibat dalam industri itu.
揝ama ada terpilih sebagai lima calon terbaik atau tidak itu sukar untuk saya jelaskan kerana ada juga beberapa calon yang tidak terpilih untuk beberapa kategori lain tapi terpilih untuk kategori lain, |
|
|
|
|
|
|
|
MM 16 Mac - Faizal insaf selepas 慸igantung |
|
|
|
|
|
|
|
Hikmah Di Sebalik Peristiwa Hitam
gua.com.my 19mac08
Jika bukan disebabkan tindakannya membuka baju ketika konsert ulang tahun 8TV yang menyebabkannya digam selama tiga bulan dan diarah membuat kerja kemasyarakatan, Faizal Tahir tidak mungkin sedar betapa sayangnya keluarga kepada beliau.
Dalam laporan Hip (Berita Harian) hari ini, beliau memberitahu bahawa peristiwa hitam itu telah membuka matanya kepada sokongan padu keluarga serta sayangnya mereka kepadanya. Walaupun pada mulanya mereka tidak berapa menyokongnya menceburi bidang ini.
Selain itu, kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya telah merapatkannya dengan masyarakat dan menyedarkannya supaya tidak melupakan golongan orang tua dan anak yatim.
“Selepas tamat tempoh ‘edah’ saya ini, saya pastinya akan terus saling berhubungan dengan pihak berkenaan. Paling tidak, saya akan memastikan sekali sebulan saya boleh jamming bersama anak-anak yatim yang bermain muzik. Saya ingin mereka tahu, kami golongan artis juga amat menghargai peminat seperti mereka,” katanya.
Faizal sudah melakukan diantara enam hingga tujuh kerja amal dimana beliau mengemas bilik dan membersihkan persekitaran rumah kebajikan, orang tua dan anak yatim.
p/s:credit to sharina@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal & Fafau Hoskan GangStarz? - murai.com
27 MAC 2008
Sekarang semua orang dah riuh bercakap tentang Akademi Fanatsia musim keenam (AF6). Rahsia siapa dia hos, tenaga pengajar dan pelajar sudah lama kita ketahui dan sekarang hanya tiba masa untuk penonton memberi Afundi kepada pelajar yang berkenan di hati.
Dalam sibuk-sibuk bercakap tentang AF6, Murai Batu intai-intai juga apa perkembangan satu lagi program nyanyian popular iaitu GangStarz. Persiapan rancak sedang dilakukan dan komposer Ajai pun dihantar ke proses uji bakat sampai ke Jakarta.
Daripada sumber terdekat dengan program itu, Murai Batu dimaklumkan bahawa hos terbaru Gangstarz khabarnya masih lagi penyanyi kontroversi buka baju, Si Faizal Tahir!
Bagaimanapun difahamkan, Faizal bukan lagi berpasangan dengan DJ Anne sebalik mendapat seorang pasangan baru yang memang gempak. Siapa dia?
Orangnya adalah Fara Fauzana! Si Fafau tu ler," kata sumber terbabit kepada murai.com.my.
Amboi melonjak lagilah saham si Fafau, tak cukup dengan Melodi, Oh Lelaki (dengan Nana Era) dan siri Fara, sekarang dah nak jadi pulak pengacara Gangstarz.
Itulah rezeki namanya. Buatlah bagus-bagus sementara orang memberikan kepercayaan pada awak Fara.
credit to ffff@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
'Kejutan' Faizal sempena Minggu Setiausaha!
13-03-2008
WAHIDA ASRANI
SEPERTI tahun-tahun yang sebelumnya, bulan April yang bakal menjengah tidak lama lagi akan kembali 'rancak' dengan pelbagai persembahan istimewa oleh artis-artis terkemuka tanahair dan antarabangsa anjuran pihak-pihak tertentu sempena meraikan Minggu Setiausaha.
Jika sebelum ini penyanyi-penyanyi tersohor seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Anita Sarawak, Erra Fazira dan Dayang Nurfaizah adalah antara yang paling 'laku' dijemput untuk menjayakan sebarang persembahan Minggu Setiausaha, kali ini penyanyi yang pernah mengundang kontroversi di awal Januari lalu, Faizal Tahir juga berjaya 'menyertai' senarai artis yang menjadi pilihan penganjur untuk acara tersebut.
Faizal yang 'digantung' selama tiga bulan ekoran perbuatannya menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk `S' ketika siaran langsung `Rockin Birthday Concert' pada 13 Januari lalu akan beraksi pada Minggu Setiausaha Bersama Faizal Tahir anjuran Hotel Crown Princess Kuala Lumpur pada 17 April depan.
Faizal akan menjayakan Minggu Setiausaha bersama Faizal Tahir di Hotel Crown Princess pada 17 April depan (Foto The Star oleh Darran Tan)
Cukup menggembirakan penyanyi berusia 29 tahun ini kerana selain dapat beraksi buat pertama kalinya untuk persembahan Minggu Setiausaha, acara itu juga merupakan persembahan terbesar yang pertama buat dirinya sebaik proses penggantungannya berakhir dua hari sebelum acara tersebut.
Bagi tuan empunya diri, dia akui tidak sabar untuk untuk menantikan respon penonton yang hadir kelak setelah mengharungi episod hitam di dalam dirinya itu.
"It's good to be back. Ini adalah permulaan yang baik setelah apa yang saya lalui baru-baru ini. Tak sabar juga sebenarnya nak tengok macam mana reaksi penonton nanti.
"Sama ada saya takut atau berani, isu ini tidak timbul kerana ini adalah sumber pendapatan saya. Kalau takut, lebih baik dari awal lagi saya tidak perlu menceburi bidang ini.
"Saya ingin mulakan daripada zero semula dan buka 'buku' baru. Apa yang berlaku, saya ambil sebagai pengajaran.
"Tetapi saya tetap akan menjadi Faizal Tahir yang sama, cuma 'mentaliti' saya kena ubah sedikit. Insiden yang berlaku itu tidak menghalang saya untuk tampil dengan 'kejutan' lagi di pentas, cuma kali ini kena berhati-hati sedikit," ujar Faizal pada sidang media Minggu Setiausaha Bersama Faizal Tahir anjuran Hotel Crown Princess, semalam.
Pada acara tersebut nanti, Faizal dijangka akan membuat persembahan selama 25 minit dan akan menyampaikan kira-kira lima buah lagu seperti Mahakarya Cinta, Kasih Tercipta, Gemuruh dan We Will Rock You.
Acara tersebut juga akan dimeriahkan dengan celoteh pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Aleya serta pertunjukan fesyen koleksi pakaian hasil rekaan Amanda Brown.
"Saya memang tidak ada pengalaman buat persembahan sempena Minggu Setiausaha, tetapi saya tahu audien saya pastinya berbeza kerana rata-rata yang hadir adalah setiausaha dan mungkin bos masing-masing.
"Saya akan bawa banyak lagu-lagu balada kali ini, tetapi tetap diselitkan juga lagu yang 'rancak'. Tak kisahlah walaupun hanya beraksi selama 25 minit, yang penting saya puas dengan persembahan saya itu nanti.
"Saya tidak tetapkan standard persembahan yang bagaimana akan saya pamerkan, tetapi saya
Sharifah Aleya turut menjayakan Minggu Setiausaha tersebut sebagai pengacara
tetap akan jadi ada a bit wild seperti biasa, cuma yang pastinya tidak seperti sebelum ini," kata ayah kepada dua orang anak Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dan Siti Raudhah Nur Iman, 1, ini.
Bercerita mengenai perancangannya selepas berakhir proses penggantungan kelak, kata Faizal, dia masih belum tahu apa yang sedang dirancang oleh pihak pengurusannya.
Namun, luah Faizal, karier seninya akan berterusan seperti biasa memandangkan ketika ini juga dia sedang sibuk dengan pembikinan album keduanya serta perlu menjayakan ujibakat Gang Starz musim kedua yang mana Faizal merupakan hos program tersebut.
"Sebenarnya, proses 'penggantungan' ni ada baiknya untuk karier saya sebab saya mempunyai banyak masa untuk mencipta lagu dan build up lagi karier nyanyian.
"Terbaru, saya bekerjasama dengan Audi Mok menghasilkan lagu single untuk finalis MyStarz LG, Badri selain untuk album kedua saya sendiri.
"Jika tiada sebarang masalah, album terbaru nanti akan release pada hujung tahun," katanya yang juga merancang untuk berduet bersama artis lain untuk ditampilkan di dalam album tersebut.
Faizal juga masih lagi meneruskan kerja-kerja amal yang merupakan hukuman oleh 8TV kepadanya selama enam bulan dan mengakui semakin seronok mengikuti aktiviti sedemikian.
"Saya sudah lakukan macam-macam aktiviti bersama anak-anak yatim, orang kurang upaya dan juga warga tua seperti bersihkan persekitaran, kemas bilik dan sebagainya. Seronok sebenarnya sebab aktiviti seperti ini dapat dekatkan kita dengan golongan yang kita sering lupakan tanpa kita sedari.
"Pernah satu masa ketika saya ke rumah warga tua di Selayang, saya cukup terharu apabila lihat mereka mengenali saya dan ada yang tahu lagu saya, Mahakarya Cinta. Memang saya cukup terharu pada waktu itu.
"Perkara seperti inilah yang membuka mata saya bahawa public figure sepatutnya kena cuba dekati golongan seperi seperti ini kerana mereka ini tidak berpeluang berjumpa dan enjoy seperti mana masyarakat lain di luar.
"Sampai sekarang saya masih hubungi warden-warden di sana dan selepas habis hukuman saya ini, saya tetap akan curi masa melawat lagi tempat-tempat seperti ini at least sekali dalam sebulan," kata Faizal.
credit to sharina@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir, Siti ungguli AIM15
03-04-2008 12:28:30 PM
oleh WAHIDA ASRANI
SABAN tahun, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) memang tidak terlepas dengan sebarang kritikan sama ada dari aspek penghakiman dan juga kategori pencalonan.
Mengambil kira pandangan ramai serta inisiatif untuk memperbaiki kualiti penganjuran AIM yang bakal memasuki tahun ke-15 kali ini, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) bukan saja telah membuat sedikit perubahan terhadap beberapa kategori pencalonan, tetapi juga dari segi kriteria penghakiman.
Jika sebelum ini, kaedah penjurian dibuat secara undi pos oleh kira-kira 800 ahli Akademi, kali ini, proses penghakiman dijalankan dalam dua pusingan yang mana ia melibatkan lebih kurang 200 juri yang terdiri daripada karyawan industri muzik serta wartawan hiburan.
Peringkat pertama proses tersebut yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keputusan akhir telah berlangsung pada 2 Mac lepas dan pemilihan peringkat kedua pula telah dijalankan pada 21 Mac lalu.
Keputusan oleh juri bagi dua pusingan tersebut telah ditadbirkan oleh pihak Akademi di bawah pantauan Juruaudit Rasmi AIM dari Audit Ernst & Young.
Manakala komposer terkenal Ramli MS dilantik sebagai Ketua Juri yang menyelia segala keputusan penjurian yang dibuat dari proses pertama hingga ke penentuan pemenang bagi setiap kategori.
Mengulas mengenai 'perubahan' yang dilakukan oleh AIM15 kali ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM15, Freddie Fernandez, langkah tersebut diambil untuk memastikan penghakiman dijalankan dengan lebih telus.
"Proses penjurian adalah yang paling penting. Disebabkan itu bermula tahun ini kita juga melantik Ketua Juri yang mana sebarang persoalan mengenai kriteria finalis atau pemenang kelak boleh diajukan terus kepada beliau.
"Kita juga akan terus membuat perubahan di mana-mana aspek lain pada masa akan datang jika dirasakan perlu," ujar Freddie yang ditemui pada majlis sidang media AIM15, semalam.
Sebelum ini di dalam sidang media terdahulu, AIM15 turut mengumumkan perubahan untuk beberapa kategori. Antaranya ialah memperkenalkan dua kategori baru iaitu Album Cina Terbaik dan Album India Terbaik di mana album dalam kedua-dua kategori tersebut tercalon berdasarkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.
Kategori Susunan Muzik Terbaik juga dibuka kepada dua kategori iaitu Melayu dan bukan Melayu. Begitu juga dengan kategori Album Pop Rock Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik yang digabungkan menjadi satu kategori iaitu Album Rock Terbaik.
Bagi kategori Album Indonesia Terbaik pula, ia ditukar kepada Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara.
"Tujuan kita ubah kategori Album Indonesia Terbaik itu adalah sebagai salah satu langkah untuk kurangkan pengaruh 'Indonesia' di dalam AIM kerana kita peka terhadap aduan ramai tentang isu ini.
Siti dan Faizal 'mengungguli' pencalonan AIM15 kali ini
"Tetapi untuk menghapuskan terus kategori ini memang saya tidak bersetuju. Industri kita memerlukan saingan yang sihat dan pemuzik kita perlu tahu di mana tahap mereka," kata Freddie lagi.
Siti, Faizal ungguli AIM15
Debaran AIM15 yang bakal berlangsung pada 3 Mei depan mula dirasai apabila senarai finalis anugerah berpestij itu telah diumumkan semalam.
Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza menguasai AIM15 kali ini dengan lapan pencalonan antaranya di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Lagu Terbaik dan Album Pop Terbaik menerusi album terbarunya, Hadiah Daripada Hati.
Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi awal tahun lalu, Faizal Tahir juga berjaya menerima enam pencalonan daripada 21 kategori yang dipertandingkan (tidak termasuk Album Terbaik) menerusi album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu.
Antara kategori tersebut ialah Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Lagu Terbaik, Album Rock Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.
Kaer Azami dan Dayang Nurfaizah juga mendapat empat pencalonan menerusi album masing-masing iaitu Menjelma dan Dayang 2007.
credit to niki@ rockensteiners.net
[ Last edited by sayasukagame at 31-1-2009 11:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rancakkan hidup pembaca dan pendengar Kosmo! dan S
Apr 5, 2008
PERNAHKAH terfikir melakukan aktiviti sarapan pagi dengan artis kesukaan anda? Bukan itu sahaja, anda juga bakal melewati pengalaman mengujakan apabila dirai dengan hidangan nasi lemak dan teh tarik sambil membaca akhbar.
Teruskan bermimpi di siang hari. Ini kerana angan-angan kosong itu pasti menjadi realiti nyata dengan kemunculan rancangan Ops..Breakfast di Suria FM.
Inilah kejutan menarik yang cuba ditampilkan stesen radio popular, Suria FM demi menghargai para peminat yang selama ini berdiri di belakang menyokong aspirasi radio berusia kira-kira dua tahun ini.
Paling menarik, Ops..Breakfast turut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada akhbar kompak terkenal, Kosmo! yang bermurah hati mengedarkan suratkhabar secara percuma kepada peminat bertuah.
Menurut Penerbit Kreatif Suria FM, Julia Shapiee, program ini terjalin bagi merapatkan hubungan lebih akrab di antara penyampai Suria FM, artis dan para pendengar.
Ops..Breakfast ini dijangka mampu menaikkan semangat orang ramai untuk menjalani suasana bekerja yang disifatkan penuh tekanan dan memenatkan.
"Kehadiran penyampai Breakfast@Suria, Zhana dan Zizie bersama artis yang menjadi pilihan bakal menyerikan situasi kerja yang membosankan," katanya.
Julia menambah, idea ini timbul disebabkan ramai pengikut Suria FM terdiri daripada individu yang bekerja di pejabat.
"Ia nampak lain daripada yang lain dalam menarik perhatian seluruh pendengar sama ada yang lama atau baru," ulas Julia terhadap konsep Ops..Breakfast.
Buat masa ini, team Ops..Breakfast akan menuruti segala kemahuan dan kerenah peminat di sekitar Lembah Klang.
"Mengikut perancangan asal, pasukan Ops..Breakfast hanya akan memberi kejutan istimewa di sekitar KL.
"Jika ada permintaan, apa salahnya kami berkunjung ke negeri berhampiran seperti Negeri Sembilan dan Melaka.
"Kami buat ikut kemampuan. Setakat mana krew Ops..Breakfast boleh pergi, kami tetap akan tunaikan impian anda," janjinya bersungguh-sungguh.
Rancangan ini akan dijalankan lima hari seminggu bermula Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 pagi dan berakhir 12 tengahari.
Dan nampaknya wajah baru akhbar kompak Kosmo! yang bermula pertengahan Mac lalu bukan sahaja menarik perhatian pembaca lama dan baru, sebaliknya ia turut meraih tumpuan golongan artis.
Senario ini dapat dilihat apabila penyanyi dan pengacara terkenal, Faizal Tahir melapangkan masa dan turun padang mengedarkan Kosmo! wajah baru kepada pembaca di SNC Associates, Damansara Perdana baru-baru ini bersama Ops..Breakfast.
Faizal mengambil bahagian bersarapan pagi bersama peminat sambil membaca akhbar berkenaan.
Menurut Faizal, program ini menarik minatnya kerana acara rancangan seperti Ops..Breakfast tidak pernah dilakukan oleh mana-mana stesen radio swasta di negara ini sebelum ini.
"Program ini benar-benar menampilkan kelainan. Saya anggap Ops..Breakfast ibarat peluang berharga kepada peminat untuk mengenali lebih rapat artis pujaan mereka.
"Selain itu, mereka berpeluang menikmati sarapan pagi yang di hantar sendiri oleh deejay popular selain sambil membaca Kosmo! yang baru melakukan pembaharuan," ungkap Faizal.
Beritahu penyanyi yang terkenal menerusi lagu Maha Karya Cinta, dia merasakan Ops..Breakfast memberi peluang kepada semua individu - penyanyi, peminat dan media untuk berkumpul.
"Selain menyuntik semangat meneruskan hari-hari bekerja mereka, peminat Suria FM dan Kosmo! juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab," jelas penyanyi itu lagi.
Tentunya bersarapan bersama Faizal pasti menjadi saat menggembirakan buat Ayu Aizahira Abd. Murat, 27, yang tanpa jemu menghantar permohonan kepada Suria FM untuk menemui ikonnya, Faizal.
"Sudah tentu saya menghargai peluang ini. Memang menggembirakan kerana saya dapat bertentang mata dengan Faizal dan menemui penyampai Suria FM sambil membaca Kosmo! secara percuma yang dihadiahkan," ujarnya teruja.
Apa tunggu lagi! Hantarkan saja permohonan disertakan dengan tiga selebriti pilihan anda untuk bersarapan pagi menerusi [email protected] atau fakskan ke talian 03-40439125.
Pengalaman menarik ini pasti menjadi kenangan yang terindah yang tak luput di ingatan dan hidup anda pasti rancak untuk meneruskan kerja-kerja anda yang penuh dengan tekanan.
Ops..Breakfast akan menjadi segmen yang pastinya dinanti ramai sekali gus menjanjikan kenangan yang tidak mungkin terluput daripada ingatan. Hidup pasti rancak dengan Ops..Breakfast!.
credit to Hawa@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
kosmo - 6 april 08
'Saya sangat gemuruh'
SETELAH tiga bulan 'bertapa', pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) yang bakal berlangsung 20 April nanti menjadi ruang pertama untuk Faizal Tahir beraksi secara langsung semula.
Bapa kepada dua orang anak ini bercerita perihal perancangan akan an kolaborasi bersama Audi Mok untuk sebuah album rock menjadi nampaknya?
datang dan kesilapan aksi buka baju semasa konsert 8TV.
Dia juga mengheret kembali ingatannya terhadap panggilan telefon yang diterima daripada Amy Search dan Rahim Maarof bagi menaikkan semangat juang nyanyiannya.
Selepas pentas Anugerah Planet Muzik (APM), Faizal akan meneruskan tugasnya sebagai hos Gangstarz dan menjadi wajah komersial untuk Celcom.
Segalanya sudah termaktub dalam perjalanan hidupnya dan apa yang mahu diteruskan adalah bakat yang sudah berada sebati di dalam aliran darah dan keluar masuk nafasnya.
Segala sesuatu itu mempunyai hikmah bukan?
Saya akui kebenaran bahawa di sebalik setiap kesusahan itu ada hikmah. Saya percaya setiap kejadian yang tidak elok tidak akan menjatuhkan kita terus. Dan sesungguhnya pengalaman mematangkan saya. Saya melihat semuanya sebagai hikmah dan input.
Dan kamu tercalon dalam empat kategori dalam AIM, komen kamu?
Saya terkejut. Nama saya tercalon bersama nama-nama besar dalam industri. Secara peribadi, saya tidak bersetuju apabila orang mengaitkan kontroversi saya dengan pencalonan ini kerana AIM merupakan majlis penganugerahan yang mengiktiraf artis kerana hasil kerja mereka, bukan populariti. Berlainan dengan Anugerah Bintang Popular (ABP) di mana masyarakat yang menilai kita.
FAIZAL bakal beraksi semula secara live pada AIM, 20 April ini. Menurut Faizal, dia tetap akan muncul dengan kejutan!
Sebut hal ABP, nama kamu tersenarai sebagai top 5 Bintang Paling Popular.
Ini menunjukkan masyarakat kita sudah sangat bijak menilai. Maksudnya perkahwinan atau kontroversi bukan lagi penutup jalan artis. Ini petanda baik untuk artis kita.
Adakah kontroversi membantu kerjaya kamu?
Ia membantu diri saya untuk tidak melakukan kesilapan lagi. Kesilapan itu perlu! Saya belajar untuk tidak melakukannya lagi. Ia mematangkan saya supaya lebih berfikir panjang.
Pasti rasa lebih gemuruh untuk berada di atas pentas selepas episod buka baju?
Ya, saya rasa sangat gemuruh. Dicalonkan untuk AIM juga buatkan saya gemuruh. Saya risau kerana tiga bulan saya tidak beraksi di pentas live.
Saya perlu fikirkan dua pihak iaitu diri saya dan penonton. Tetapi untuk mengatakan saya berubah menjadi lain, tidak sama sekali.
Saya akan tetap menjadi diri saya seperti sebelum ini. Kontroversi hanya membuatkan saya lebih berhati-hati dan bukan mengurangkan semangat saya di pentas.
Saya akan tetap memberi kejutan atau gimik sebab saya mahu dilihat sebagai penghibur dan bukan sekadar penyanyi.
Atau sebenarnya mahu dilihat sebagai bintang rock?
Saya suka dilihat sebagai all-rounder, seorang pemuzik. Cuma rockstar adalah panggilan terhadap seseorang artis. Saya tidak pernah rasa begitu. Muzik adalah minat dan kerjaya saya. Saya tak boleh buat benda-benda lain selain muzik. Dan saya bangga jika dipanggil pemuzik.
Dan kolaborasi bersama Audi Mok untuk sebuah album rock menjadi nampaknya?
Ya, Audi terkenal dengan genre pop dan dance. Dan keserasian antara saya dan dia hebat. Kami 'bertemu' keserasian sewaktu pembikinan album saya. Dengan muzik popnya dan pembawakan rock saya, ia menjadi.
Kamu tak kisah kalau insiden kamu buka baju dijadikan jenaka kelak?
Saya sangat terbuka. Saya tahu ia akan jadi bahan jenaka. Saya tidak kisah kalau ia sesuatu yang menghiburkan. Sekurang-kurangnya saya sudah meninggalkan impak buat masyarakat.
Yang penting, insiden itu adalah tidak sengaja. Ada peminat yang jumpa saya dan jerit suruh saya buka baju, saya cuma senyum.
Sewaktu 'pertapaan', saya ada masa untuk membuat lagu dan lirik untuk artis-artis lain. Saya cipta untuk Maya Karin, Fara Asyikin, Bob dan Fiq. Itu satu hikmah!
Pandangan orang terhadap kamu, mungkin sewaktu berjumpa di luar?
Sejak insiden itu, saya banyak ditegur sapa oleh golongan yang berkeluarga. Dulu orang mungkin anggap saya garang dan tak berani tegur. Sebenarnya saya senang didekati.
Apa yang paling kamu pelajari?
Masa mula-mula saya masuk industri, saya cuma fikir soal muzik saya. Matlamat saya ialah menyumbang dalam industri dan memperbaikinya.
Sekarang baru saya tahu bahawa masyarakat melihat saya, memerhatikan saya. Baru saya tahu saya tidak boleh fokus kepada muzik sahaja. Saya sudah jadi figura publik. Apa yang saya buat, orang ambil kisah rupanya. - SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
credit to ffff@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Superman Returns-Malay Mail 14.04.2008
credit to zandradavis@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Malay Mail 15.04.2008
credit to zandradavis@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian,14 APR 2008
Gementar tempoh 'edah' tamat esok
ESOK tempoh penggantungan kemunculannya di kaca televisyen berakhir. Penyanyi Faizal Tahir semestinya tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila dia sekali lagi dapat beraksi secara langsung menghiburkan peminat menerusi program hiburan televisyen tempatan.
Namun begitu, jauh di sudut hati, Faizal tetap berasakan darah gemuruh kencang mengalir dalam diri sebaik saja mengenangkan kemunculannya menyanyi semula di hadapan khalayak. Biarpun dia sendiri lahir daripada program realiti yang memerlukannya beraksi di depan penonton, tetapi kehilangan selama tiga bulan daripada persembahan turut meninggalkan kesan bukan kecil pada artis ini.
"Saya sebenarnya cukup risau apabila dijadualkan muncul di hadapan peminat, mengadakan persembahan. Setelah sekian lama tidak menyanyi, rasanya berkarat juga suara ini," ujar naib juara program One In A Million musim pertama ini ketika ditemui pada majlis meraikan pelanggan Plus, di Planet Hollywood, 5 April lalu.
Biarpun memberikan persembahan yang dikira cukup memberangsangkan, tatkala menghiburkan pelanggan Plus pada petang itu, Faizal tetap berasakan dirinya masih dicengkam kebimbangan akibat terlalu lama tidak menaiki pentas persembahan.
Apatah lagi, antara kemunculan pertamanya di kaca televisyen (Astro Ria) selepas tempoh penggantungannya tamat bukan untuk program yang berskala kecil, sebaliknya adalah untuk Anugerah Planet Muzik (APM) 2008, 20 April ini.
"Saya juga mendapat tahu, penganjur sebenarnya cuba membuat rayuan untuk membolehkan saya mengadakan persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 yang baru berlalu. Namun nampaknya rezeki tidak menyebelahi kami pada waktu itu.
"Jadi, terpaksalah peminat menantikan kemunculan pertama saya di APM tidak lama lagi. Ia mungkin menjadi kemunculan sulung saya selepas tamat tempoh ‘edah’ ini. Saya dijadualkan menyanyikan sebuah lagu secara solo pada anugerah itu serta mengadakan persembahan secara duet bersama artis Indonesia.
"Jika peminat hendak mengetahui siapa artis Indonesia itu, mereka kenalah menonton siaran langsung APM nanti. Ia juga bakal menjadi duet pertama saya bersama artis seberang," katanya yang memulakan latihan persembahan pada 10 April.
Pada APM 2008 yang bakal berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur itu, Faizal dicalonkan dalam empat kategori iaitu Artis Lelaki Baru Terbaik, Artis Lelaki Terbaik, Album Terbaik (Aku.Muzik.Kamu) dan Artis Lelaki Paling Popular.
Penyanyi ini juga nampaknya berjaya menarik perhatian ramai juri Anugerah Industri Muzik ke-15 apabila dia menerusi album pertama dicalonkan dalam enam kategori termasuk Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik (Mahakarya Cinta), Rakaman Album Terbaik, Album Rock Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Melayu).
"Sebagai artis, saya sentiasa bersikap realistik. Banyaknya jumlah pencalonan bukan bermakna kita akan memenangi banyak trofi. Malah, pencalonan yang banyak juga tidak memberikan jaminan kita akan menang. Begitupun, jika ada rezeki, secara peribadi saya ingin sekali menggenggam trofi vokal terbaik.
credit to sharina@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo-15/04/08
Hukuman Faizal Tahir tamat!
SENYUM lebar dan tumpang gembira saat Marilyn menghubungi Faizal Tahir semalam. Bukannya apa, saja nak bertanya khabar dan menjenguk perasaannya apabila tarikh keramat ini tiba.
Tanpa selindung, Faizal mengatakan perasaannya bercampur baur, ada perasaan berdebar-debar dan juga seronok.
Mana tidaknya, sehari selepas tamatnya hukuman itu iaitu pada 16 April, orang ramai akan melihat wajahnya di kaca televisyen buat pertama kali selepas tiga bulan didenda.
Kata Faizal, bermula dari pagi hinggalah ke malam dia akan sibuk. Pagi berada di konti Hot FM, selepas itu ke studio Malaysia Hari Ini (MHI) dan terakhir di 8TV dalam program Quickie.
“Syukur orang ramai masih menerima saya. Kemunculan itu tandanya orang masih ingin melihat saya,” ujarnya.
Khabarnya, dia juga akan membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik (APM) serta Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Rasanya sebagai seorang artis baru itu satu penghormatan dan ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam majlis sebesar itu,” jelasnya.
credit to juma@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Harian Metro 16.04.08
credit to zandradavis@ rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Malay Mail 16.04.08
credit to zandradavis@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mstar online Apr 16, 2008
Pentas Gang Starz 2 lebih sengit!
oleh NURUL AIN HUSSAIN
BAHANG kehangatan program realiti terhebat TV3, Gang Starz kini kembali menggegar untuk musim kedua.
Gang Starz 2 tampil lebih mantap dengan mengekalkan Faizal Tahir sebagai pengacara bakal bergandingan buat pertama kalinya dengan pengacara popular, Farah Fauzana bagi konsert mingguan Gang Starz.
Lebih menarik lagi, kali ini Faizal Tahir telah meyertai krew Gang Starz 2 ke setiap lokasi ujibakat di dalam dan luar negara.
Musim terbaru Gang Starz turut menampilkan deejay Hot Fm, Kartini Kamalul Ariffin sebagai pengaraca bersama yang bakal mengendalikan slot aksi Gang Starz.
Pentas Gang Starz 2 bakal menyaksikan persaingan sengit dan menarik dengan penyertaan peserta daripada lima buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina , Thailand dan Singapura.
Barisan pengacara Gang Starz 2, Fara Fauzana, Tini dan Faizal Tahir (Foto Utusan)
Gabungan negara-negara serumpun bakal mewarnai persada industri hiburan tanah air dengan persembahan mantap dan keharmonian vokal yang lebih variasi daripada peserta yang pastinya menampilkan kelainan kepada peminat setia program ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Seri Farid Ridzuan, program Gang Starz 2 akan menampilkan kelainan dengan menambah penyertaan peserta dari dua lagi negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Filipina untuk musim terbaru ini.
“Ia bakal merancakkan lagi persaingan di kalangan peserta yang bertanding berbanding penyertaan peserta dari tiga negara sahaja pada Gang Starz musim lalu.
Menurut beliau lagi, Gang Starz 2 kali ini akan mengurangkan juri tetap yang akan mengkritik dan memberi komen kepada peserta.
"Jika pada musim lalu kita ada tiga orang pengkritik tetap musim terbaru ini kami hanya mengkekalkan dua orang juri sahaja".
“Pengurangan juri ini bagi memberi ruang lebih ramai juri undangan yang terdiri dari dalam dan luar negara untuk terlibat sama”.
“Kami mahu memberikan ruang yang lebih adil kepada peserta dari negara-negara yang bertanding mendengar kritikan daripada barisan juri yang dijemput nanti,” kata Dato Farid ketika majlis pelancaran Gang Starz musim kedua di Bangsar Avenue baru-baru ini.
Menurutnya dalam Gang Starz musim ini TV3 lebih menitikberatkan kualiti peserta yang bertanding dengan menggabungkan kumpulan yang kurang mantap dengan kumpulan yang lebih mantap.
"Kita satukan ahli kumpulan yang menyerlah dalam sebuah kumpulan yang baru bagi melahirkan kualiti peserta bagus dan persembahan yang lebih mantap kelak," katanya.
Kata beliau, Gang Starz musim pertama telah meletakkan batu asas dan kualiti yang sangat baik.
Dato Seri Farid Ridzuan optimis tentang kemampuan Gang Starz 2
"Gang Starz musim pertama telah berjaya menempatkan diri sebagai finalis dalam Asian Televison Awards 2007".
"Pencapaian tersebut mendorong kami menyajikan persembahan yang lebih mantap pada musim ini," kata Dato Farid yang merupakan pencetus idea penerbitan Gang Starz musim pertama.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi TV3, Dato Amrin Awaluddin bersama penaja utama Gang Starz 2, syarikat telekomunikasi terkemuka, Hotlink dan penaja bersama program tersebut, Oxy dan Maggi.
Menurut Pengurus Besar Segmentasi Maxis Communication Berhad, Rozila Abdul Rahman, "Hotlink amat berbangga menjadi penaja utama program Gang Starz 2".
"Diharap usaha ini dapat menyokong industri hiburan tanah air dalam melahirkan lebih ramai artis yang berbakat untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa satu hari nanti," kata Rozila.
Gang Starz 2 masih lagi mengekalkan hadiah lumayan bernilai USD100,000 serta kontrak rakaman album bagi juara. Konsert pertama akan bermula pada 5 Mei nanti dengan menampilkan dua pengkritik tetap yang tidak kurang hebat dan dihormati dalam industri hiburan tanah air.
Mereka adalah komposer terkenal Ajai dan Sheikh Haikal dari Singapura. Kedua orang pengkritik tetap ini akan dibantu dengan kehadiran juri jemputan mingguan dari dalam mahupun luar negara.
Dengan kehadiran pengkritik tetap sudah pasti para peserta memerlukan barisan penasihat untuk membimbing mereka dalam mengharungi cabaran dalam memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan tersebut berlangsung kelak.
Barisan penasihat ini terdiri daripada Azmeer dan Damien V.E. sebagai penasihat vokal dan persembahan sementara Shazlan bertindak sebagai penasihat koreografi. Helen Yap pula dilantik sebagai pengarah muzik, Hanizam Abdullah atau lebih dikenal sebagai Kak Cham sebagai penasihat komunikasi dan Dr Fazley pula bertindak sebagai penasihat motivasi sementara Faizal Hamid sebagai penasihat penampilan.
Sesi ujibakat telah pun berlangsung di serata Malaysia, (Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bharu, Kuching dan Kuala Lumpur), Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand pada bulan Januari lalu.
Setelah ujibakat diadakan, sebanyak 8 kumpulan telah berjaya memasuki peringkat akhir yang melayakkan mereka menyertai program Gang Starz 2 ini.
Kumpulan tersebut terdiri dari One Emcees, Akasia dan South Trio dari Malaysia, kumpulan Paragon Child dan 3.5 degrees (Filipina) manakala Indonesia diwakili D.Raz dan 3 Voices.
Kumpulan dari Thailand pula ialah DZG dan Step sementara Singapura terdiri daripada D.Reborn dan Brown Tone Girl.
Gang Starz 2 bukan hanya tertumpu kepada konsep hiburan semata-mata sebaliknya ia turut membantu merapatkan lagi hubungan di kalangan peserta dari negara-negara serantau secara tidak langsung.
Aspek budaya dan bahasa mungkin menyukarkan proses komunikasi namun menurut Dato Farid, TV3 turut menyediakan penterjemah kepada peserta yang kurang fasih berbahasa Inggeris.
Bagi program yang turut tersenarai sebagai 20 program teratas pada tahun 2007, pada musim baru ini Gang Starz 2 akan dibahagikan kepada 4 slot iaitu Konsert Gang Starz boleh disaksikan setiap hari Ahad jam 9:00 malam, Aksi Gang Starz pula dapat ditonton setiap hari Ahad jam 5:30 petang. Manakala Blog Gang Starz dapat bakal ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7:28 malam dan Teropong Gang Starz pula boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8:30 pagi.
Bagi peminat setia program realiti televisyen popular ini jangan lupa nantikan rangkuman sesi ujibakat peserta-pesrta Gang Starz musim kedua yang bakal bermula pada 27 April jam 9:00 malam di TV3.
Namun bagi peminat yang tidak dapat menontonnya secara langsung di kaca televisyen masih boleh menonton Gang Starz 2 di portal rasmi gua.com.my mulai 16 April ini.
Nantikan gegaran Gang Starz 2 pada 27 April ini di TV3! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bacaria 26 Apr
Faizal terkejut tewaskan Mawi
credit to sharina@ rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beruta Harian 1mei08
Faizal sah tak ke Perlis
Oleh Zainuri Misfar dan Adha Ghazali
TV3 akur selepas terima surat larangan ditandatangani MB
KUALA LUMPUR: Faizal Tahir disahkan tidak akan membuat persembahan pada Program Jom Heboh 2008 (Jom Heboh) anjuran stesen televisyen TV3 di sini pada Ahad ini berikutan tentangan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut sumber, keputusan itu dibuat selepas TV3 menerima surat yang ditandatangani Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu yang meminta stesen itu tidak membenarkan Faizal membuat persembahan.
Bagaimanapun, surat satu perenggan itu tidak menyatakan sebab atau alasan sebenar penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan di negeri ini.
Sementara itu, ahli Lembaga Pengarah Media Prima dikatakan akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu larangan Faizal daripada membuat persembahan di Perlis hari ini.
"Ketika ini kita tidak mahu mengulas lanjut berhubung arahan kerajaan Perlis yang tidak membenarkan Faizal Tahir membuat persembahan di sana. Ahli lembaga pengarah syarikat akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara ini sebelum sebarang keputusan dibuat," kata sumber itu semalam.
Semalam media melaporkan alasan Dr Mohd Asri tidak bersetuju Faizal membuat persembahan di negeri itu ialah kerana dia berambut panjang, sering meraung dan melompat-lompat ketika persembahan yang tidak sesuai untuk tontonan rakyat Perlis.
"Saya secara peribadi (apabila) menyebut nama Faizal selaku antara artis yang paling patut tidak dibenarkan hadir membuat persembahan di negeri ini selain artis aliran dangdut serta rock," kata Dr Mohd Asri.
Beliau juga mendakwa penyanyi itu sebenarnya tidak mengetahui siapa dirinya sebenar kerana 'sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman' dan menyifatkan Faizal masih berada pada tahap krisis identiti kerana tidak mengetahui hala tuju sendiri. .
Dr Mohd Asri menulis surat kepada Pejabat Menteri Besar meminta penganjur Jom Heboh menilai semula konsert yang diadakan, termasuk menghalang kemunculan Faizal di Perlis
Di KANGAR, Dr Md Isa berkata kerajaan negeri tidak menghalang kemasukan program Jom Heboh ke Perlis dengan syarat penganjur sedia mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
Katanya, satu mesyuarat khas membabitkan kerajaan negeri dan penganjur diadakan yang antara lain turut membincangkan secara terperinci garis panduan seperti yang disarankan Jabatan Mufti Perlis.
Md Isa berkata kerajaan negeri serta Jabatan Mufti Perlis tidak pernah bersikap anti atau menghalang hiburan, tetapi ia mesti berlangsung dalam keadaan terkawal serta tidak menyimpang daripada budaya dan ajaran Islam.
Beliau berkata, apa yang disuarakan Dr Mohd Asri adalah teguran membina yang patut dipandang serius kerana ia bertujuan menjaga keharmonian serta kepentingan agama dan rakyat.
"Saya sendiri sudah berbincang dengan mufti petang semalam (kelmarin), ketika beliau menemui saya untuk menyerahkan garis panduan penganjuran Jom Heboh di Perlis yang akan turut digunakan sebagai panduan, syarat serta ketetapan bagi sebarang bentuk program hiburan yang bakal dibawa ke Perlis," katanya.
credit to Sharina@ Rockensteiners.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|