|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 11:10
jadi, sudah tentulah hadis abu bakr RA itu berlawanan dgn nas QURAN. sedangkan kedudukan ALQURAN sebagai SUMBER HUKUM lebih UTAMA berbanding HADIS. namun sudah menjadi ijma' bahawa hadis juga adalah SUMBER HUKUM selepas ALQURAN.
Benar Al Quran adalah lebih utama, kemudian barulah Hadith. Namun, saya tidak nampak berlakunya berlawanan.
Maksud Al Quran adalah umum untuk semua orang, dan pengecualian kadang2 dijelaskan dari Al Quran sendiri, kadang2 dijelaskan melalui kalam Rasul (Hadith).
Satu contoh yang kita boleh lihat adalah kebenaran untuk berkahwin 4 orang maksimum pada satu masa (dalil Al Quran). Maklum diketahui Nabi mempunyai lebih dari 4 orang isteri, ini adalah khusus kepada baginda. Begitu juga perihal pewarisan harta, khusus bagi para Nabi harta mereka menjadi SADAQAH.
Dan juga isteri2 Nabi tidak boleh berkahwin selepas kewafatan Nabi, juga pengecualian yang khusus terhadap ahli keluarga Nabi (Ahlul Bait)
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 madie's post
tidak mempertikaikan, tetapi berbeza pendapat. hanya mahukan keadilan.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 13:24
tidak mempertikaikan, tetapi berbeza pendapat. hanya mahukan keadilan.
WALLAHU A'LAM.
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 mnm77's post
hukum kahwin 4 itu benar dan tak perlu dipertikaikan lagi. sedangkan kekhususan utk nabi itu tidak diwajibkan utk ummat di dlm ALQURAN.
mengenai isteri nabi SAW, adakah sesiapa yg tergamak mengahwini IBU mereka ? sedangkan isteri nabi SAW adalah IBU kpd org2 beriman. sudah barang tentulah nabi SAW itu BAPA kpd org2 beriman. dan perbuatan ini menyinggung perasaan nabi SAW dan org yg menyakiti nabi SAW bererti mencari bala dgn ALLAH SWT. perkara ini juga telah dijelaskan di dlm ALQURAN sendiri.
sedangkan soal fadak, tidak ada pengecualian bagi soal keadilan dan haq. ALQURAN telah menetapkan : DAN ORG2 YG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH SEBAHAGIAN MEREKA LEBIH UTAMA DGN SEBAHAGIAN ( YG LAIN ) DI DLM KITAB ALLAH.
sebagaimana ALQURAN menyebut : DAN TELAH MEWARISI SULAIMAN ( AKAN ) DAUD ( QURAN surah an naml ayat 16 ). oleh itu jika kita melihat dan menilai kembali hadis " harta para nabi menjadi sadaqah ", maka kerajaan daud AS itu juga sepatutnya menjadi sadaqah dan gugurlah sulaiman AS akan HAQ mewarisi kerajaan daud AS. namun ALQURAN menyatakan sebaliknya.
sebab itu ALQURAN menjelaskan : DAN ORG2 YG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH SEBAHAGIAN MEREKA LEBIH UTAMA DGN SEBAHAGIAN ( YG LAIN ) DI DLM ALQURAN ( surah al ahzab ayat 6 ). yakni menjamin keadilan haq manusia di dlm urusan warisan.
DAN ALLAH MENGATAKAN YG HAQ DAN DIA LAH YG MENUNJUK JALAN ( QURAN al ahzab ayat 4)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 sirri_khafi's post
"DAN TELAH MEWARISI SULAIMAN ( AKAN ) DAUD" ( QURAN surah an naml ayat 16
Mengikut apa yang saya faham..kalimah mewarisi disini adalah bermaksud mewarisi kenabian dan bukannya mewarisi harta. Perlu diingatkan anak nabi daud bukan nabi sulaiman seorang sahja bahkan ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 13:57
sebagaimana ALQURAN menyebut : DAN TELAH MEWARISI SULAIMAN ( AKAN ) DAUD ( QURAN surah an naml ayat 16 ). oleh itu jika kita melihat dan menilai kembali hadis " harta para nabi menjadi sadaqah ", maka kerajaan daud AS itu juga sepatutnya menjadi sadaqah dan gugurlah sulaiman AS akan HAQ mewarisi kerajaan daud AS. namun ALQURAN menyatakan sebaliknya.
sebab itu ALQURAN menjelaskan : DAN ORG2 YG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH SEBAHAGIAN MEREKA LEBIH UTAMA DGN SEBAHAGIAN ( YG LAIN ) DI DLM ALQURAN ( surah al ahzab ayat 6 ). yakni menjamin keadilan haq manusia di dlm urusan warisan.
DAN ALLAH MENGATAKAN YG HAQ DAN DIA LAH YG MENUNJUK JALAN ( QURAN al ahzab ayat 4)
Saya tak pasti samada ustaz sirri dah baca link yang saya bagi pada post #56 ataupun belum, tapi saya kira ustaz tak baca memandangkan ustaz mempertikaikan perkara yang telahpun dijawab oleh Ulama ASWJ
Saya tak pasti samada ustaz sekarang ni tengah belajar Syiah, ataupun tengah mencari dalil2 tertentu, namun hujjah ustaz ketika ini ketika ini mempunyai mirip2 persamaan hujjah Syiah berkenaan soal Fadak.
Nampaknya saya terpaksa menterjemah dari link di atas, walaupun saya kurang minat untuk terjemah.
Saya tidak bercadang untuk sambung berbahas di sini memandangkan saya rasa terpanggil untuk membela/membawa hujjah ASWJ, bukannya berhujjah untuk menyerang Syiah.
Berkenaan ayat Nabi Sulaiman mewarisi Daud:
1. Telah diketahui Nabi Daud mempunyai ramai isteri dan ramai anak. Kenapa HANYA disebut Sulaiman? Adakah anaknya yang lain tak layak mewarisi harta Nabi Daud? Jawapannya Sulaiman mewarisi KENABIAN, HIKMAH dan ILMU dari Nabi Daud, bukannya harta.
2. Sememangnya syariat dari dulu lagi anak memang mewarisi harta bapa bagi umum, hal yang demikian telah jelas bahkan dari ajaran Ahli Kitab terdahulu. Tidak ada apa2 keistimewaan ayat tersebut jika maksudnya seorang anak itu mewariskan harta bapanya, namun maksud ayat itu sebenarnya adalah nak menunjukkan kemuliaan Sulaiman yang mewariskan keNABIAN Daud.
3. Kalimah Al-Irth (warisan) bukan semestinya bermaksud harta secara ekslusif, ia membawa maksud ilmu (Al Quran), kenabian, kekuasaan (Syurga).
Contoh dalam surah Fatir:32 (kalimah aurathna)
Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
Contoh dalam surah al-Mu抦inun:10-11 (kalimah al-warithun)
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Maka akhir sekali bagi saya, tidaklah saya katakan Fatimah RA itu bersalah kerana beliau meminta harta berdasarkan dalil umum berkenaan harta warisan, dan tidaklah juga saya berkata Abu Bakr itu salah, kerana beliau menjalankan amanah Nabi berkenaan soal harta Nabi.
WAllahu a'lam
Saya ada persoalan untuk ustaz, mungkin boleh buat thread yang baru supaya tak kacau thread ni.
Adakah Ahlul Bait dibenarkan terima sadaqah? Dalil hadith atau Al Quran?
Terima kasih
[ Last edited by mnm77 at 17-6-2009 15:39 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #67 luluguagua\ catat
jadi kalau kalimah mewarisi itu hanya mencakup hikmah & kenabian, apa sudah jadi dgn harta & kerajaan nabi daud AS ? sudah jadi sadaqah ke dan dimana ia di sadaqahkan ? baytulmal ? dll....
tidak ada masaalah dgn ramai anak asalkan mengikut bahagian faraid maseng2. lagipun xkanlah semuanya sama bahagian kan ? dan takkanlah semuanya kena jadi raja kan ? tentulah ada bahagian maseng2 sesuai menurut ketentuan KITAB ALLAH.
jika sulayman AS mewarisi hikmah & kenabian dari nabi daud AS, tentulah fatimah RA juga ada mewarisi sesuatu dari nabi SAW.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 11:10
beliau ialah sahabat nabi SAW. RADIYALLAHU 'AN HU.
dosa & pahala hanya ALLAH yg tahu.
beliau lebih alim dari dari saya.
bagi abu bakr RA, tidak ada makna kaseh sayang terhadap nabi & ...
senang cerita saudara berkemampuan untuk berijtihad tentang sahabat, sebenarnya secara rasional nya cara saudara bercerita seolah olah sahabat besar nabi itu salah dalam membuat keputusan tentang tanah fadak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #69 mnm77\ catat
warisan itu tidaklah hanya khusus kpd harta shj seperti saudara katakan. soalnya ayat itu hanya mahu menceritakan tentang sulayman AS yg telah mewarisi dari daud AS, jadi anak2 nabi daud AS yg lain2 tu xder kena mengenalah dgn ayat di atas. lagipun, maseng2 ada bahagian maseng2 menurut ketentuan KITAB ALLAH. lagipun, xkanlah semua anak2 nabi daud AS mesti dapat sama bahagian dgn sulayman AS kan ? begitulah juga dgn kerajaan daud AS. xkanlah nak diwariskan kpd semua anak2nya. tentulah hanya seorg shj yg layak jadi raja. xgitu ?
jika kalimah AL IRTH itu tidak hanya khusus kpd harta warisan sebaliknya mencakup kpd hikmah, kenabian, kitab & kekuasaan ( khilafah/imamah/wilayah )seperti yg saudara jelaskan, sudah barang tentulah sayyidah fatimah RA & anak2 cucunya ada mewarisi SESUATU dari rasul SAW. kalau bukan harta, apa pula ? kitab kah ? sunnah kah ? imamah kah ? mestilah ada SESUATU yg di wariskan. xgitu ?
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #71 madie\ catat
keputusan itu menimbulkan kemarahan pihak waris. sedangkan yg marah pula bukanlah calang2 org. jadi perlulah kita menilai dgn adil menurut KEUTAMAAN sesuatu perkara itu. bukankah nabi SAW telah mengingatkan berkali2 tentang kedudukan ahlulbayt? jadi berhati2 & bertaqwalah dlm soal ahlulbayt.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 20:49
keputusan itu menimbulkan kemarahan pihak waris. sedangkan yg marah pula bukanlah calang2 org. jadi perlulah kita menilai dgn adil menurut KEUTAMAAN sesuatu perkara itu. bukankah nabi SAW telah m ...
saya tidak menafikan tentang keutamaan ahlul bayt, tapi apakah saidina abu bakar tidak begitu berhati hati dalam membuat sesuatu keputusan, apakah saidina abu bakar tidak faham akan alquran atau di tidak hafal alquran?
saya ingin bertanya pada saudara, apa hukumnya mengatakan saidina abu bakar sebagai munafik dan laknatullah? jawapan diharap dari fahaman aswj. kalau mengikut guru saya mka kafir. harap dari saudara pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 madie's post
org yg mengatakan org lain kafir, maka kekafiran itu akan kembali kpd org yg mengatakan ( hadis ).
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 23:00
org yg mengatakan org lain kafir, maka kekafiran itu akan kembali kpd org yg mengatakan ( hadis ).
WALLAHU A'LAM.
hadis tu semua orang tahu, tapi saya rasa saudara tidak memahami soalan saya atau saudara sedang bertaqiyah. saya kemukakan soalan itu berrtepatan dengan tajuk thread ini.
kalau saudara tak mahu menjawab soalan saya, saya ucapkan terima kasih, sebab malam tadi saya ada berbincang dengan Habib Ali Zainal Abidin tentang tanah fadak dan beliau mengatakan sebenarnya puak syiah ni melampau lampau.
Begitu juga tentang hadis dan nas quran yang saudara bawakan itu, beliau mengatakan adakah syariat Nabi Sulaiman sama dengan syariat Nabi Muhammad. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 madie's post
saya sudah jawab. mengatakan org lain kafir, maka kekafiran itu akan kembali kpd org yg mengatakan ( hadis ). jawapan saya bertepatan dgn soalan saudara. saudara kena ingat. menganggap seseorg itu muslim lebih selamat dari menuduh seseorg itu kafir. namun ummat islam ada yg berselisih tentang status abu thalib.
saya rasa tuan habib ali zainal abidin menganggap syiah itu melampau kerana sebahagian syiah ada yg ekstrim yaitu dlm menentukan definisi sahabat nabi itu sendiri sehingga tergamak membuat penilaian munafiq, kafir dll. walhal ALQURAN jelas mengatakan keredhaan ALLAH ke atas mereka. maka perlulah kita menilai kembali kesahehan sejarah menurut kacamata ALQURAN.
ALQURAN menjelaskan : bagi setiap ummat KAMI berikan syariat & aturan yg terang. jadi setiap ummat & zmn itu ada syariat yg telah ditentukan di dlm KITAB ALLAH. jadi tentulah xsama syariat sulayman AS dgn syariat & sunnah nabi SAW. jadi hadis " harta para nabi menjadi sadaqah " itu seolah2nya seperti syariat yg sama jugakkan ? sedangkan ALQURAN mengatakan : dan org2 yg mempunyai pertalian darah sebahagian mereka LEBIH UTAMA dgn sebahagian yg lain di dlm KITAB ALLAH. jadi saya bertanya kembali : adakah sama syariat nabi muhammad SAW dgn syariat nabi sulayman AS ? mungkin saudara ada dalil yg lebih tepat.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_billionaire at 21-7-2009 18:59
.............Lagi pun Nabi sendirilah yang ajar kita balas macam tu.
Daripada Ubai bin Kaab dia telah berkata, "Saya telahmelihat seorang lelaki melaungkan slogan jahiliyyah dekat Ubai, diaberbangga dengan bapanya, lalu dia (Ubai) menyeranahnya tanpaberselindung-selindung. Kemudian dia berkata kepada mereka(sahabat-sahabatnya) "Ketahuilah, sesungguhnya aku telah mengetahuiperasaan kamu, aku hanya mampu untuk berbuat begitu saja, sesungguhnyaaku telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesiapa yangmelaungkan slogan jahiliyyah, kamu seranahlah dia (dengan berkata"Gigitlah kemaluan bapak engkau") dan tak payahlah kamuberselindung-selindung (menggunakan bahasa kinayah).
(Musnad Ahmad, j. 35, m/s 158)
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Ini semua tidak bercanggah dengan al-Quran yang suatu ketika dulusepakat dikatakan oleh Syiah sebagai palsu, tetapi ahkirnya merekatelah rebah tersungkur dan mengaku kalah di hadapannya...
لَوْأَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًامُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَالِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
salam
kalau anda, wahai Tuan Tabib, berkayakinan bahawa utk mewajarkan perbuatan mencarut Abu Bakar itumaka ia harus dielarikan dengan ajaran Nabi saaw, maka ini keyakinan anda, ya silakansaja. Siapapun tak boleh memaksa anda utk menerima yg sebaliknya.
----------------------------------------------------
Namun wajib utk saya menyampaikan bukti2 mengenai kesucian danketinggiannya akhlak Nabi saaw, dan ttg pentingnya berakhlak muliakepada kawan2 forumner. Ini adalah spt yg dinyatakan hadis2 AhlusSunnah sendiri (yg saya petik dari website Sunni) dan Al-Quran
Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yangterpuji."(Hadis riwayat Ahmad)
“Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbanganorang beriman pada hari kiamat nanti yang melebihi akhlak yang mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang berbuat keji dan berkata kotor. Orang yang berakhlak mulia pasti akan melebihi darjat orang yangmenunaikan ibadah puasa dan sembahyang (semata-mata tanpa mempedulikankebaikan akhlaknya).” (Hadis riwayat Ahmad)
“Sesungguhnya perbuatan maupun perkataan keji samasekali bukan termasuk dalam ajaran Islam. Sesungguhnya kualiti Islamorang yang paling baik adalah orang yang paling mulia akhlaknya.” (Hadith riwayat Al-Tirmidhi)
Rasulullah (S.A.W.) pernah ditanya, “Orang mukminbagaimanakah yang paling sempurna keimanannya?” Beliau menjawab,“Orang yang paling mulia akhlaknya.” (Hadis riwayat Al-Tabarani)
Kepada pertanyaan, “Anugerah apakah yang terbaik yangdiberikan Allah kepada manusia?” Beliau menjawab, “Akhlak yangmulia.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
“Mahukah aku beritahu kamu sekelian, siapakah orangyang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku kelakpada hari kiamat?” Rasulullah (S.A.W.) mengulangi pertanyaan ini duaatau tiga kali. Para sahabat berkata, “Ya, wahai Rasulullah.” Beliaubersabda, “Orang yang paling mulia akhlaknya di antara kamu.” (Hadisriwayat Ahmad)
“Kami pernah duduk di sisi Nabi (S.A.W.).... Tidak adaseorangpun di antara kami yang berani memulakan percakapan. Tiba-tibabeliau didatangi oleh beberapa orang yang bertanya, ‘Siapakah hambaAllah yang paling Dia cintai?’ Beliau menjawab, ‘Mereka yang palingmulia akhlaknya.’” (Hadith riwayat Al-Tabarani)
Maksudnya: Daripada Abu Darda, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda,“Tidak ada yang paling berat pada timbangan(Mizan) melainkan akhlakyang baik.”(Riwayat At-Tirmidzi).
Al-Quran memberikan kesaksian mengenai keagungan akhlak Rasulullah saaw:
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) memiliki akhlak yang Azhim/agung." (Al-Qalam : ayat 4).
Allah telah menggunakan perkataan Azhim pada ayat ini, yang mana initermasuk dari sifat2Nya sendiri. Dan ini tidak lain bagi menunjukkanttg agungnya akhlak Rasulullah saaw.
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah contoh teladan yangbaik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia selalu mengingati Allah.
(Surah al- Ahzab, ayat 21)
Dan akhir sekali cukuplah kita perhatikan ayat ini:
"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar".
(Al-Ankabut 45)
maaf kalau menganggu tempo perbincangan sedia ada. Harap dapat teruskan dengan baik.
wassalaam
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 1-2-2010 12:29
Saya ada beberapa soalan, dan saya berharap Billionaire dapat menjawab soalan berkaitan mazhabnya ini:
1. Betulkah Syiah percaya IMAM mengetahui perkara yang Ghaib dan dapat beri petunjuk dan Hidayah kepada manusia?
2. Betulkah tidak semua Rasul itu Imam? Betulkah Imam lebih tinggi darjat berbanding Nabi?
3. Betulkah puteri Nabi Fatimah RA meneriwa Wahyu dari Allah?
Saya akan tanya secara berperingkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Pertikaian antara Abu Bakar dan Fatimah serta peperangan Jamal telah banyak merungkai tentang sejarah dan kebenaran.Penjelasan serta hujah yang diberi kedua2 pihak banyak membuat rumusan kepada mujahid pencari kebenaran. Hindarilah daripada sikap taksub, nescaya kebenaran akan pasti terserlah...... |
|
|
|
|
|
|
|
76# mnm77
soalan yg baik...dan saya juga menunggu jawapannya |
|
|
|
|
|
|
|
Isu Tanah Fadak,
Dalam dok bertengkaq antara kita ni, janganlah busukkan nama Saidatina Fatimah Al Zahra, seolah-olah beliau berdendam dengki pada Saidina Abu Bakr disebabkan tak dapat tanah Fadak. Padahal ketika Saidina Umar dan Saidina Ali sendiri pun, mereka tidak memulangkan tanah Fadak itu kepada pewaris Saidina Fatimah, jika benar Saidina Abu Bakr ijtihadnya salah.. Mungkin kah cerita ini disensasikan sehingga lari daripada realiti kejatian tersebut?
Jangan kata saja sayang kat Saidatina Fatimah dan Imam Ali, tapi dalam masa yang sama fitnah 2 insan mulia ni pulak sebagai pendendam dengki dan tidak adil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu Tanah Fadak,
Dalam dok bertengkaq antara kita ni, janganlah busukkan nama Saidatina Fatimah Al Zahra, seolah-olah beliau berdendam dengki pada Saidina Abu Bakr disebabkan tak dapat tanah Fadak. ...
Abiqalam Post at 2-2-2010 14:35
salam
Hal ini telah dijawab, dan penolakan S.Fathimah s.a terhadap Abu bakar jangan anda nisbahkan hanya semata2 bersifat duniawi yg merupakan satu penghinaan terhadap beliau s.a. Sila luangkan masa utk menelitinya. Yg lain2 tu telah dibincangkan sehingga utk mengulangi perbincangan sekali lagi akan lebih menjurus kepada membuang masa.
wassalaam |
|
|
|
|
|
|
| |
|