|
THE 1st SHOUT AWARDS - 17 JULY - LIVE FROM STADIUM BUKIT JALIL - 8TV - 8.30PM
[Copy link]
|
|
Ni gmbr zaman bile ni??? Lain bebeno rmbot Andy... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #61 Ustaz_SUFI\ catat
nie zezaman lagu Itu Kamu.... |
|
|
|
|
|
|
|
ala boringlah tak dapat tengok peratusan undian online. tak macam mtv asia awards, very exciting |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #65 just_fighter\ catat
lagi bagus kot.....supaya semua owng boleh simpan harapan..... |
|
|
|
|
|
|
|
kita undi aja.. menang tak menang dah rezki masing masing |
|
|
|
|
|
|
|
Sean Kingston gegarkan Shout! Awards
MASIHKAH anda ingat kepada lagu Beautiful Girls? Pemilik lagu itu iaitu Sean Kingston yang juga popular dengan lagu Take You There dan Me Love akan menggegarkan pentas Shout! Awards yang akan berlangsung di Stadium Putra, Kuala Lumpur 17 Julai depan.
Sean Kingston, penyanyi muda berusia 19 tahun yang dilahirkan di Miami dan dibesarkan di Jamaica ini bukanlah wajah baru di dalam industri muzik. Dia sudah mencipta sebuah genre baru yang agak luar biasa di mana genre rap, reggae, pop, ‘doo-wop’ dan penulisan lagu yang yang menarik digabungkan menjadi sebuah produk yang cukup unik.
Beautiful Girls mencipta fenomena tersendiri dan menjadi antara lagu yang memanjat carta lagu dengan sepantas kilat. Kejayaan Sean tidak hanya terhenti di situ kerana penyanyi yang juga rapper itu turut menyenaraikan Me Love, Take You There dan There’s Nothin di dalam senarai Top Ten lagu popular.
Album kedua Sean, Tomorrow yang diterbitkan Epic Records dijangka berada di pasaran bulan Ogos ini. Sean yang kini sedang hangat dengan Fire Burning terus mencetus fenomena dalam liga tersendiri. Julai ini peminat Sean Kingston pastinya tidak sabar untuk bertentang mata dan meraikan penyanyi ini yang akan menghiburkan peminat di pentas Shout! Awards.
“Kami berasa amat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa Sean Kingston akan menghadiri dan membuat persembahan di Shout! Awards nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Izham Omar.
“Shout! Awards pastinya lebih meriah dengan kemunculan artis antarabangsa ini. Saya berharap, acara ini akan menjadi sebuah rancangan anugerah pertama di Malaysia yang paling banyak diperkatakan pada tahun ini.
“Jika ada yang ingin menyaksikan Sean Kingston dan ramai lagi artis terkemuka membuat persembahan di Shout! Awards, anda berpeluang mendapatkan pas percuma menerusi siri jelajah Shout! Awards yang akan diadakan di lokasi terpilih,” tambah Izham lagi.
Peminat Sean Kingston juga perlu sabar menantikan satu pengumuman penting untuk sesi bertemu peminat bersama artis luar negara ini tidak lama lagi. Nantikan pengumuman ini di 8TV atau layari www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Shout! Awards akan berlangsung pada 17 Julai 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Ia sebuah rancangan anugerah baru yang akan disiarkan secara langsung di 8TV tepat jam 8.30 malam. Shout! Awards akan dimulakan dengan acara permaidani merah yang akan diserikan dengan ketibaan selebriti terkenal dalam industri hiburan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi awrad nie bertembung ngan pertandingan tilawah al-quran peringkat kebangsaan yg bakal diadakan di Melaka pada 13 - 17 Julai........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok anugerah ni sampah gila
kekonon urban la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by toritonz82 at 2-7-2009 23:38
ARTIS2 YANG PEPOM
|
|
|
|
|
|
|
|
CT ada tak?
i_know_you_wont Post at 3-7-2009 14:47
siti tak perform kat shout sbb siti nanti akan perform kat APM.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejutan dan Jeritan di Shout!
by gua.com.my | 3 Jul 2009
Selain ketibaan putera pop reggae dari Jamaica, Sean Kingston, majlis Shout! Awards yang pertama semakin ‘hype’ dengan beberapa lagi perkembangan-perkembangan spontan yang diumumkan Rabu lalu.
Di pelancarannya baru-baru ini, memang terbukti kehangatan malam anugerah ‘pop culture era baru’ yang lain dari lain ini.
Daripada pengerusi besar hinggalah ke artis yang dicalonkan, suasana keseronokan sudah dapat dirasai dan tunggu masa untuk dialihkan pula ke peminat pada 17 Julai di Stadium Putra Bukit Jalil nanti.
Kejutan
Antara ‘surprise’ yang disahut-sahutkan sekarang ini adalah persembahan duet Caprice dan Rahim Maarof, campuran hip-hop baru dan rock klasik yang mencantumkan yang segar dengan yang malar segar.
Kata Caprice: “Persembahan saya dan Abang Rahim nanti sesuatu yang bermesej untuk orang Malaysia, yang ‘tidak pernah dilihat’ walaupun di MTV Awards. Ia sesuatu yang lain, saya janji.”
Kempen Caprice untuk menyeru peminatnya mengundinya di Shout! termasuklah melalui salurannya sendiri di YouTube (CapriceTV) dan juga Twitter dan portal-portal promosi online lain yang dipercayainya.
Jeritan!
Bertanya fasal rockers pula, dua sensasi indie yang tersayang sepanjang tahun ini, Pesawat dan Komplot akan berganding untuk membuat sesuatu yang gempar setelah Hujan dan Meet Uncle Hussein bergabung di AIM 2009 tempoh hari.
Sebagai satu-satunya band indie yang semakin diterima dan kini dicalonkan untuk “Rockstar Award” di Shout!, apa perasaan Pesawat sebenarnya?
“Seronok, memang best la tercalon, tapi kalau tengok persaingan jugak, agak mustahil kalau kita target untuk menang. Pesawat masih underdog, jadi kita santai sahaja dan lebih fokus pada persembahan dan ‘jam’ kita bersama Komplot,” kata gitarisnya, Camel.
Kelihatan ahli kedua-dua kugiran ini serius berdiskusi tentang ‘jam’ mereka di malam penuh ‘hype’ itu nanti. Khabarnya lagu terkenal kedua-dua kumpulan, “Mirage” buat Pesawat dan “Nora Zen” buat Komplot, akan dicantumkan menjadi sebuah medley yang gerenti ‘happening’ punya.
Komen Spontan
Kata Love Me Butch, yang dicalonkan di dalam kategori “Power Vocal Award”, Shout! Awards mempunyai identiti dan daya tarikan yang mewakili generasi baru.
“Walaupun kita bangga untuk Syarul, dia dan Lan (bekas MUH) bertanding dengan nama besar seperti Siti Nurhaliza. Kita tengok apa yang akan jadi, kalau-kalau lah salah satu daripada mereka menang, ia akan menyatakan sesuatu!” ujar Winder Singh, pemain drum LMB.
Smek, deejay radio XFM yang semakin popular dengan rancangannya ‘Indie X’, tidak sangka tercalon antara ‘gergasi-gergasi’ radio yang lain: “Ingatkan takde orang yang dengar ‘show’ saya!”
Artis dan VIP dikhabarkan akan menaiki Hummer di kawasan belakang pentas di Stadium Putra pada malam hangat itu. Majlis Shout! juga jauh sekali daripada majlis anugerah yang membosankan – datangkan diri anda dan lihat sahaja parti yang bakal menggegarkan Stadium Putra sepanjang malam, siap dengan ‘dancefloor’ untuk sesiapa yang berani turun!
Jadi, jangan lupa Jumaat, 17 Julai ini apabila suara anda menentukan penggerak industri hiburan generasi baru yang digandingkan dengan yang lama, yang segar dan yang ‘cool’ bertanding sama rata dengan yang panas dan yang sensasi di Shout! Awards 2009.
*Dapatkan tiket-tiket percuma anda daripada pondok pengawal Sri Pentas, Bandar Utama, bermula hari Isnin, 13 Julai dari jam 3 hingga 5 ptg. Jenguk-jenguk juga ‘8TV Quickie’ dan Fly FM untuk mendapatkan tiket anda.
*Shout! Awards 2009, dibawakan oleh Hotlink dan juga stesen radio rasmi Fly Fm dan suratkhabar rasmi Malaysian Today, juga akan disiarkan langsung di 8TV dan mobile.8tv.com.my pada 17 Julai itu. Peminat boleh melayari shoutawards.com.my ataupun 8tv.com.my untuk maklumat dan perkembangan lanjut.
*Untuk mengikuti perkembangan terbaru calon-calon artis Shout! Awards 2009 kegemaran anda, sembang terus dengan mereka setiap Selasa dari jam 2 hingga 3 ptg di Star Chat @ gua.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
Shout! Awards Janji Gempak Dengan Kehadiran Artis Popular
by - | 1 Jul 2009
Hanya tinggal lebih kurang dua minggu sebelum acara kemuncak Shout! Awards berlangsung dengan gemilangnya pada 17 Julai ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Pasti ramai peminat yang tak sabar menunggu pengumuman pemenang pada malam itu.
Seperti mana majlis-majlis anugerah, tumpuan penonton malam itu bukan saja pada keputusan undian tetapi juga pada artis-artis yang bakal memeriahkan karpet merah serta yang akan beraksi di pentas. Cukup jika GUA katakan para artis dan penghibur yang telah diundang ke Shout! Awards bukan calang-calang orang.
Pop Shuvit, One Buck Short, Jin Hackman, Reza Salleh, Komplot, Caprice, Estranged, Shila OIAM, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paolo Delfino, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof antara artis yang akan menghangatkan pentas Shout! dengan persembahan istimewa mereka. Dan seperti yang ramai sudah maklum, penyanyi yang mencipta nama melalui lagu “Beautiful Girls”, Sean Kingston akan turut ‘mengempakkan’ lagi malam itu dengan persembahannya.
Senarai penyampai pula terdiri daripada Juliana Evans, peragawati Deborah Henry, Paul Moss, Fazura, Alif Satar, pengarah tersohor Yasmin Ahmad, Smek (DJ XFM), Vanessa dan Pamela Chong (adik dan kakak Vin Chong serta peserta The Amazing Race Asia 2), Diana Rusdi, Jojo Struys, Nabil, Syafinaz Selamat, Jien, Marion Caunter, Afdlin Shauki, One Nation Emcees, Love Me Butch, Dato’ Sri Tony Fernandez dan Sarah Lian.
Majlis malam itu akan diacarakan oleh Marion, Jien dan Sarah.
Bagi mereka yang masih ‘blur’ tentang Shout! Awards, anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan untuk meraikan mereka yang terlibat didalam industri muzik, filem, TV dan radio. Pemenang setiap kategori adalah berdasarkan undian peminat – 50% online (www.shoutawards.com.my) dan 50% SMS (taip SHOUT <jarak> <Kod Undian> dan hantar ke 33399). Undian ditutup pada 16 Julai ini.
Pada 5 Julai ini, siri jelajah Shout! tiba di lokasi terakhirnya iaitu 1 Utama, Bandar Utama. Di antara jam 2 hingga 4 petang anda boleh menyaksikan persembahan dari para finalis serta mendapatkan pas-pas percuma ke Shout!
Pas ini turut didapati di pondok pengawal Sri Pentas bermula 13 Julai di antara jam 3 hingga 5 petang. Anda juga boleh mendapat pas-pas ini menerusi 8TV Quickie, 8 Team, Fly FM, Facebook, MySpace dan melalui peraduan-peraduan di akhbar dan majalah hiburan tempatan.
Lebih istimewanya, anda berpeluang berchatting dengan para finalis menerusi Star Chat di www.guamuzik.com.my, setiap Selasa, jam 2 hingga 3 petang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my
Hotlink selaku penaja utama Shout! telah menyediakan beberapa tawaran istimewa bagi membolehkan pelanggan mereka turut serta pada malam anugerah ini. Ada tiga cara untuk mengambil bahagian.
Pertama, 12 pelanggan Hotlink dan Maxis yang dipilih khas (beserta pasangan mereka) yang mengundi melalui SMS akan menikmati segala kegemilangan dan glamour pada malam itu dengan sambutan permaidani merah. Mereka juga akan mendapat dandanan kecantikan istimewa dari Hotlink.
Kedua, anggota Kelab Belia Hotlink boleh mendapat empat tiket ke Shout! dengan menebus 100 mata daripada ganjaran Hotlink melalui www.hotlink.com.my. Tiket diberi berasaskan siapa dulu dia dapat. Jadi pelanggan digalakkan mendapat tiket pada 17 Julai di Stadium Putra Bukit Jalil bermula jam 4.30 petang.
Ketiga, Hotlink kini menawarkan 17 pakej nada dering istimewa. Setiap pakej mengandungi tiga lagu calon Shout! Peminat boleh memuatturunkan lagu kegemaran mereka dengan hanya RM5 setiap pakej, dan setiap muatturun boleh ditebus untuk tiket ke Shout! |
|
|
|
|
|
|
|
Jaclyn Victor to Honor MJ at Shout! Awards
By Voize on 10 Jul 2009 at 11:36am
Have we got the best for you at the Shout! Awards! Aside from all the fantastic line-up of local performers and the reggae-rapper Sean Kingston, another amazing and absolutely something to look forward to at the Shout! Awards is a tribute specially made for the late King of Pop!
It was just announced that Jaclyn Victor will take the stage during the Shout! Awards for a tribute performance for Michael Jackson. The performance, with a breathtakingly moving musical arrangement by maestro Aubrey Suwito complete with a full vocal choir and guest rap artist Reefa, will feature several of Michael Jackson’s most recognizable hits.
“I am greatly honored to have been selected to perform a tribute for Michael Jackson,” said Jaclyn, who is nominated for two Shout! Awards namely the Popstar Award and the Power Vocal Award.
She added, “I still feel very upset bout his death but am so excited that I can’t wait to start rehearsals. I will do my best to do justice to him & his songs. God bless you Michael Joseph Jackson!,”.
Besides Jaclyn Victor, the Shout! Awards will also feature performances by Reza Salleh, Mia Palencia, Paolo Delfino, One Buck Short, Pop Shuvit, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Pesawat, Nikki, Joe Flizzow and Rahim Maarof.
The Shout! Awards will be held on the 17th of July 2009 at Stadium Putra, Bukit Jalil. This brand new award show will also be aired LIVE on 8TV at 8.30pm, starting off with the red carpet arrival of celebrities, artists and personas of the entertainment industry.
The Shout! Awards was created to give recognition to those who have made great impact and creative breakthroughs in Malaysian music, film, TV and radio. It is a 2.5 hour TV special and the first-of-its-kind awards show for these four industries, aiming to reward the most-deserving artists, actors, radio and TV faces.
It is also a platform for the fans to voice out their definition of the new cool in the entertainment scene.
It will feature awards for the best in the local entertainment arena (TV, Film, Radio & Music) and will also feature outstanding and mind-blowing performances by local artistes and bands through exciting collaborations.
For more information and current updates, do log on to www.shoutawards.com.my or www.8tv.com.my and find out the details on the ground events for the Shout! Awards.
Do not miss out! 8TV is also available via Astro’s channel 708.
Now, you can also catch your favorite 8TV programme on the go, simply log on to www.mobile.8tv.com.my on your mobile phone and enjoy! |
|
|
|
|
|
|
|
78# jac_diehard_fan
wow ni masenye jac nk serlahkn talent kt omputih sean kingston ni{:2_70:} |
|
|
|
|
|
|
|
sape tau keputusan terkini eh macam apm ? haha... |
|
|
|
|
|
|
| |
|