sy cukup suka dgn solat dhuha..dgn izin Allah..mmg murah rezeki sungguh la..kerja sentiasa dipermudahkan..alhamdulillah..solat ni kalu leh jgn ditinggalkan..kesan dia cukup besar dlm aktiviti harian..
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
q Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
q Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
q Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
betol..solat dhuha banyak manfaatnye. Pembuka rezeki, insya allah. Bila dah biasa buat, if ada hal tak dapat nak buat..rasa terkilan. Tak ambil masa lama pun nak perform solat dhuha kat office. Moli if nak pi solat, selalunya jam 1030 ke atas, moli akan bgtau staf, nak gi surau. So if big boss carik or ada urgent call, dia datang ler carik kat surau. Cuma jangan lama2..almaklum kita tengah kejer, jangan sampai org kata kita curi tulang
td moli tgk..nephew moli tingkatan satu, dia pi umrah sama ngn moli br2 ni, buat solat dhuha. sejuk ati mak and mokcik dia ni tgk. kakak moli ajar dia teruskan apa yg dia buat ms umrah dulu time2 coti gini le. hari sekolah tak de can le dia nk wat solat dhuha. Alhamdulillah.. doa2 moga berterusan amalan nye
bacaaan dlm sujud (wahab li ya wahhabu....x40) mmg wajib baca ke?
donashikun Post at 10-6-2012 12:20
zikir macam solat biasa je...... takde perkataan yg wajib disebut kecuali takbir, fatihah, tahhiyat dan salam.
Berkenaan doa solat dhuha, adalah lebih afdhal kita baca apa yg Rasulullah amalkan selepas solat dhuha. Doa yg standard tu hanyalah karangan ulama bukan Rasulullah. Tak dinafikan ianya sungguh cantik.
Tapi yang Rasulullah amalkan selepas selesai solat dhuha ialah: rabbig firli watub 'alaiyya wainnaka anta tawwaburrahim. (sorry saya tak pandai tulis dalam roman) sebanyak 100x.
alhamdulillah sejak amalkan solat dhuha dan beberapa amalan2 lain, hati rasa lebih tenang.. rezeki pun rasa dipermudahkan.. nampak apa yg halal dan apa yg haram.. kalau ada kesukaran dalam kehidupan pun, rasa boleh lalui dgn baik sebab hati dan fikiran sudah lebih bersih dan positif... kalau dulu, walaupun ada duit tapi mudah nak mengeluh, stres dan gabra tak tentu pasal..
salam, saya nak tanya yang dikatakan murah rezeki itu, adakah ianya termasuk dalam soal zuriat? maks ...
whadda Post at 19-6-2009 14:47
murah rezki nih luas kot pengertiannye...
ade ustaz kt surau ckp sht tubuh bdn pun rezki gak,pnjg umur suma tu rezki...rezki bukn bereti duit atau harta semata...
kalo aku slah tlog btolkan eh...
jadi macam mana niat solat ni? takda orang nak bagi tahu ker?
ayat lepas fatihah tu baca apa? ayat pendek2 boleh tak?
doa tu kalau aku karang sendiri dan kadang2 tak teratur boleh tak?
star_karat posted on 24-7-2012 12:27 AM
jadi macam mana niat solat ni? takda orang nak bagi tahu ker?
ayat lepas fatihah tu baca apa? ayat ...
Niat solat sunat dhuha sebagai panduan:
"Sahaja aku solat sunat dhuha, 2 rakaat, kerana Allah".
Walaupun hakikatnya, niat ni, hanyalah lintasan di hati dan bukan di lidah. Untuk memahami dengan lebih lanjut, bleh baca artiket ini http://drmaza.com/home/?p=704
Lepas fatihah tu, nak baca surah2 apa2 pon bleh. Kalau ada urusan penting, ingin mengejar masa, cukup juga dengan sekadar al-fatihah.
Kebiasaan yg saya buat, selepas al-fatihah, rakaat pertama baca Surah As-syams dan rakaat kedua, saya baca surah Ad-Dhuha
4. sujud akhir doalah semoga dipermudahkan urusan rezeki, dilorongkan jalan rezeki ect
5. lepas salam - doa lah - akak tak hafal bacaan arab - so bacalah bahasa melayu Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
6. Lepas tu bacalah surah al-waqiah atau yassin - yg mana sempat.
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Skrg waktu syuruk dalam kul 6.50 pg, kalau saya buat solat dhuha dalam kul 7.25 pagi blh tak ? Slalunya saya dpt wat solat dhuha masa hari ahad & cuti umum jer, sbb hari len kerja tak sempat... kluar g kerja dalam kul 7.50 pagi...