CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Acong

Penghuni neraka........

[Copy link]
Post time 22-5-2009 04:02 PM | Show all posts

Reply #60 eastrun's post

Jadi kita ambil pengajaran, kalau buat salah yang besar kena TAUBAT.

Jangan jadi macam Iblis. Kesalahannya bukan satu, tapi bermula dari satu berterusan sampai HARI KIAMAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 04:28 PM | Show all posts

Balas #61 mnm77\ catat

He is the chosen one mnm77, to be that way. If suddenly, he changes his attitude, then, what would happen to the story of God?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:24 PM | Show all posts

Balas #59 mnm77\ catat

Salam sejahtera sdr, apalah ada pada nickname dan pangkat.. Sekadar menyatakan 'kehadiran'dan ke'ada'an' seseorang individu je..

Terima kasih atas input sdr. Haa, jawapan macam ni lah yang ditunggu-tunggu  nak baca.. Baru ada 'semangat' sikit pada sebuah perbincangan.

Saya seorang Islam dan pegangan saya tetap kepada kebenaran dari yang Maha Sempurna. Tetapi Islam saya Islam 'keseluruhan wujud ini', bukan semata-mata terbatas dalam ruang lingkup ugama. Soal saya mempersoalkan keadilan Allah itu cuma 'umpan' bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan dari sesiapa yang mungkin ada simpan jawapan yang di luar kebiasaan dari jawapan yang selalu kita dengar2. Ianya sekadar 'merangsang' minda kita semua untuk mencari kalau-kalau ade penjelasan yang lebih baik di sebalik sesebuah kisah. Jangan bimbang pasal aqidah, itu semua kuasaNya.  Kita sendiri pun tak pasti samada apa yang kita lakukan tu adakah lurus ataupun sesat di 'sisiNya', betul tak? Saya percaya Tuhan yang pengasih tidak akan menzalimi sesiapa yang percaya padaNya.

Baiklah reply kepada jawapan sdr.

1. Orang Islam mesti tahu yang Allah TAK AMPUN DOSA KUFUR DAN SYIRIK. Iblis tidak melakukan Syirik tetapi berlaku Kufur, yakni Engkar. Kemudiannya bertambah kepada kesalah menyesatkan manusia.

- Bukan ke konsep dosa / pahala / syariat  dsb BELUM ADA lagi waktu itu (waktu Adam dijadikan)? Di alam malaikat sana yang ada hanyalah malaikat dan jin, Tanpa manusia. Tanpa rasul. Tanpa ugama. Tanpa Islam. Tanpa Hanif. Tiada kebebasan. Tiada pilihan. Masing-masing dengan tugasnya. Bila manusia ditempatkan di dunia barulah Tuhan syaratkan adanya ugama untuk membantu manusia kembali mengingati kepada asal usulnya yang sebenar. Jadi macam mana nak dikira dosa kufur andainya perihal dosa pun belum ada waktu itu? Dosa, pahala, syariat hanya ada sewaktu di dunia. Itu mengikut pemahaman saya lah. Apa pendapat tuan?

2. Allah Uji Jin (termasuk Iblis) dan Manusia, dan golongan inilah akan ditempatkan samada di SYURGA atau NERAKA.

-Setuju. Cuma bab Iblis tu pada saya, ia 'dijadikan' olih Allah untuk menguji manusia. Umpama, dia sebagai 'orang suruhan' yang berkemahiran dalam bab-bab menyesatkan.

3. Asalnya Iblis melakukan kesalahan sekali, tetapi kesalahan itu SANGAT BESAR memandangkan dia (Iblis) telah menyaksikan KEKUASAAN ALLAH, diberikan tempat yang mulia dan mengetahui alam Malaikat dan sebahagian dari yang Ghaib. Dan kesalahannya itu atas pilihannya, bukan dihasut oleh sesiapa. DIA BOLEH BERTAUBAT TETAPI SEMAKIN KUFUR DENGAN SUMPAH UNTUK MENYESATKAN ANAK ADAM. Dosa menyesatkan orang itu adalah SANGAT BESAR, kerana dia tahu kebenaran.

- AZAZIL dikenali sebagai guru mursyid bagi para malaikat tahap muntaha/ tertinggi yang abid lagi arif. Adalah sesuatu yang aneh lagi janggal macam mana seorang/sejin yang Arif bolih melakukan 'kesilapan' sedemikian. Tidak ke pelik tu? Kerana kita tahu, padanya tersimpan banyak rahsia/ilmu ketuhanan kerana dia antara yang paling mengenal Tuhan. Seorang yang arif, biasanya akan 'berpegang' kepada kebenaran 'ilmunya sebagai panduan. Dia tahu akan kesannya tetapi kenapa dia memilih untuk buat sesuatu yang dilihat sebagai 'menjengkelkan'? Pelik tapi benar.

Nyatalah ianya mengandungi maksud tersirat tentang 'rancangan big plan' Tuhan untuk menempatkan manusia sebagai khalifah di dunia (seperti yang dinyatakanNya kepada malaikat) bermula dari 'penciptaaan' watak jahat 'Iblis' untuk menggoda Hawa dan Adam untuk melakukan 'kesilapan' yang akan menjuruskanNya untuk menempatkan Iblis bersama-sama Adam di dunia. Jadi, tugas khalifah di dunia dipikul olih manusia, manakala 'kejahatan' pula disandang olih Iblis dan geng-gengnya. Untuk mengimbangi kejahatan, ugama (melalui utusanNya) disyaratkan untuk membawa 'kebaikan' dengan membawa konsep sorga, neraka, dosa, pahala dsb.. Ada baik jahat, Adam dan Hawa (simbolik kepada laki dan perempuan), maka lengkaplah / sempurnalah kelangsungan pembikinan cerita hayat ini.

Andaikatalah 'watak' Iblis tiba-tiba mengubah pikiranya dan bertobat lantas sujud kepada Adam. Rasa-rasanya, akan adakah kita2 semua ni? Akan penuhkah manusia dalam neraka walhal tiada kejahatan dan kebaikan?? Apa yang ada adalah 'keboringan' kerana tiada 'cerita' yang hendak ditayangkan. Malah manusia yang akan ada pun Adam dan Hawa je kot kerana mereka tidak dijanjikan zuriat semasa di dalam sorgaleka. Dan lagi penting, apa ke peliknya Tuhan suruh makhluk sujud kepada makhluk? Nyatalah 'skrip cerita' telah disiapkan awal-awal tanpa pengetahuan pelakon2 sendiri. Tetapi pabila mereka sedar akan 'watak' mereka, mereka terima dan redha.

4. Nabi Adam (sebelum diangkat menjadi Nabi), melakukan kesalahan berpunca dari hasutan Iblis, bukan dari kemahuannya sendiri. Ini ujian Allah pada Nabi Adam. Dan kemudian Nabi Adam bertaubat sesungguh-sungguhnya dan menyesal atas kesalahan itu.

Benar, saya setuju dengan sdr. Iblis menggoda Hawa, Hawa mempengaruhi Adam. Mereka diampunkan kerana tobat kpdNya. Tetapi keampunan tersebut datang dengan hikmah yang tersirat rupanya. Betapa amat rapinya perangcangan dari yang maha sempurna.

5. Mafhum hadith Allah TIDAK PERNAH LETIH memberi pengampunan kepada sesiapa yang bertaubat walaupun membuat kesalahan demi kesalahan. Manusia dan Jin diciptakan mempunyai Akal dan Nafsu dan cenderung melakukan kesalahan. TAPI IBLIS TAK PERNAH MENYESAL ATAS KESALAHANNYA.

- Kerana itu telah ditentukan sejak awal-awal lagi ke atasnya. Sikap buruknya yang dizahirkan / nyata / dimunculkan secara tiba-tiba adalah sesuatu yang aneh jika dipikir-pikirkan.


Tidak benar tu, kalau CUMA menyatakan, kenapa ENGKAR?
ENGKAR ketika kejadian tu menunjukkan dirinya hebat, seolah-olah macam nak beritahu Allah yang dia lebih hebat, dan seolah-olah Allah tak tahu (Na'uzubillah). Kenapa tidak dia TAAT sambil menyatakan dia lebih mulia? Sebaliknya DIA ENGKAR dan TERUS ENGKAR?

Kadang-kadang susunan senikata2 bahasa sering mengelirukan kita. Pada pemahaman saya begini, dia menyatakan kenapa dia disuruh sujud kepada makhluk yang lebih rendah kejadiannya dari darinya. Ia mempersoalkan/binggung kenapa sesuatu yang lebih 'hina' mesti dipersembahkan sujud/tunduk selain dari Nya. Umpamanya, raja menyuruh bendahara sembah rakyat. Bendahara protes kenapa dia mesti buat sedemikian sedangkan dirinya lagi tinggi 'pangkat'nya dan undang2 (tauhid) menyatakan hanya raja je yang mesti disembah. Andaikata makhluk sujud/tunduk kepada makhluk, sudah wujud dua Bos kat situ kan. Satu bos kecik dan satu bos besar. Tu yang saya maksudkan 'ingkar dalam taat'. Dia ingkar perintah untuk sujud kepada makhluk tetapi dia 'menjaga'/memuliakan kedudukan Tuhan sebagai satu-satunya bos. Tak nampak lagi ke betapa kasih dan cintanya kepada Allah tidak berbelah bahagi sedikit pun walaupun dilaknat dan dikeji seluruh makhluk tetapi dia tak sanggup sujud kepada selain Allah yakni, Adam/makhluk. Saya amat jeles dengan kesetiaan dia tau.

Pasal dia terus ingkar tu pada pemahaman saya begini pula, ianya kerana Adam dianggap olih Allah sebagai makhluknya yang 'istimewa' di sisiNya. Kenapa istimewa? Itu adalah rahsiaNya.. Dek demikian, maka timbullah 'kecemburuan' dalam hati Iblis kerana ia mahu menjadi No. 1 di sisi Tuhan. Tuhan dipandang sebagai kekasih. Bila muncul 'orang ketiga' dia mula bersikap buruk dan tidak mahu sujud kepada Adam. Demi membuktikan Adam / manusia tidaklah sebagus yang dikatakan, dia berikrar untuk menyesatkan/memalingkan manusia dari pada Allah sedaya upayanya. Dan Allah perkenankan keinginannya itu di dunia selagi belum tibanya kiamat dengan memberinya umur yang panjang dan kemampuan2 yang lain.


Sebenarnya IBLIS yang LUPA segala NIKMAT dan KEMULIAAN yang diberikan kepadanya dan TAKABBUR serta ENGGAN BERTAUBAT dari kesalahannya walaupun kesalahan itu sekali saja. Alangkah baiknya kalau dia bersifat macam malaikat yang semuanya tunduk kepada Nabi Adam bila diperintahkan Allah, tetapi dia ENGKAR selamanya.
Adakah kita nak kasihan kepada IBLIS atau DAJJAL yang akan menyesatkan manusia?
Manusia boleh buat banyak kesalahan, tapi kufur/syirik tu kesalahan yang tak terampun. Bagaimana dengan kesalahan membawa orang kepada kufur/syirik????

Yang mencampakkan sikap ingkar/takabur ke dalam hati Iblis tu siapa agaknya ye? Tak mungkin setiap sesuatu wujud dengan sendiri, lagi-lagi di dalam hati seorang yang tahu banyak perkara kebenaran. Kufur pun ada banyak jenis kan. Manusia jika dibandingkan lagi banyak kufur/ingkar kepada perintah/syariiat Tuhan dalam hidupnya. Kufur tidak solat, kufur tak puasa, kufur tak keluar jakat, kufur khianat, rasuah, menipu, dan lain-lain yang sering dilakukan BERULANG-ULANGKALI walaupun ia sedia TAHU/MAKLUM itu semua SALAH/tak dibenarkan.

Jadi konsep tobat tu bolih pakai ke terhadap manusia yang terus menerus melakukan dosa/ingkar walaupun ia dah tahu ianya salah? Tobat yang sebenar2nya adalah jika kita melakukan sesuatu yang tidak disengajakan / tanpa sedar (spt Adam, kerana ia lupa). Ni dah tahu tapi tetap buat. Kufur manusia kepada perbuatan mendekatkan dirinya kepada Allah, kufur Iblis kepada perintah supaya sujud kepada makhluk selain Allah. Mana lagi teruk?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:25 PM | Show all posts
Penerangan / penjelasan sdr mnm7 saya faham dan take note. Seronok berbincang dengan tuan. Itu yang sebaiknya jika kita lihat dari perspektif ruang lingkup ugama. Saya pula lihat ia dari konsep cerita hayat / universal. Dua perspektif berbeza tapi tak lari dari mencari kebenaran haqiqi kan? Tuhan saya tetap Dzat tunggal yang maha sempurna, Allah. Tapi saya tak diajar untuk membenci Iblis dan kuncu2nya. Ia, saya lihat sebagai satu bentuk 'pembawa ujian' dari Allah kepada kita. Yelah, takkan Tuhan sendiri nak datang dan beri ujian kat kita kan? Tentulah melalui hambaNya, Iblis dan lain-lain.. Hehehe..Terpulang kepada kita macam mana nak tangkis ujian darinya. Yang penting sekali, seperti cakap sdr mnm7, tobat itu perlu selalu dilakukan kerana kita tidak lepas dari kesalahan.

Mr Beruk akan kembali ke dalam hutan tak lama lagi. Terlalu lama dah terlepas ni.. Tuannya musti dah risau. Lagipun dah terlalu banyak pemahaman yang pelik2 telah didedahkannya selama di alam siber ni. Ralik juge. Tapi ia dikhuatiri  bolih mencetuskan kejangggalan yang tak berkesudahan di kemudian hari. So akhirkata.. Semoga kita semua aman dan kuat dalam hadapi tipudaya Iblis dan juge syaitan yang lemah yang berusaha gigih untuk memalingkan kita dari Tuhan sekalian alam.. Salam sejahtera dan semoga bermanfaat...  

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 18-5-2009 22:55
sapekah penghuni neraka?



7.179 Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not. They are like cattle,- nay more misguided: for they are heedless (of warning).
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 20-5-2009 15:28

Orang-orang yang memutuskan silaturrahim tidak bau Syurga! Jangankan cakap nak masuk Syurga,baunya pun belum tentu lagi!

Agak-agaknya,mana tempat bagi mereka ini?


blom terjawap lagi bab putuskan Silaturrahim
antara PAS & umno,mana satu yg dikatakan tak dpt cium bau syurga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2009 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by donbotak at 20-5-2009 11:40



good info......


yupp...tengah rajin membaca n mentelaah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 20-5-2009 11:50

yg ni mcm ramai jer


ta kesah la berapa ramai pon...yg penting kita amik pengajaran loo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by sam0622 at 20-5-2009 15:04
suami derhaka tak de kot tp suami tak adil....ramai kot.......
suami yang tak tau tanggungjawap......laaagggiiii ramai kot......

sebenarnya, sama jer, suami ker, isteri ker.......kalau tak ik ...


yuppp....tak perlulah perbezaan...kita baca secara overall....sebagai hamba allah swt kat bumi ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by raudah at 23-5-2009 09:44


ta kesah la berapa ramai pon...yg penting kita amik pengajaran loo...

amik pengajaran & elakkan drpd 'tercebur' ke dlm neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 23-5-2009 10:21

amik pengajaran & elakkan drpd 'tercebur' ke dlm neraka.


yupp....insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:35 PM | Show all posts
ni hadith yg saya tulis kat BUKU HARI INI

hadis dari ibn abbas ra, nabi saw bersabda
sucikanlah jasad2 kamu ini, nescaya Allah akan menyucikan kamu. ini kerana sesungguhnya tidaklah seseorang hamba itu tidur pada waktu mlm dlm keadaan suci kecuali akan bermalam bersamanya di rambut2nya satu malaikat. tidaklah dia bergerak2 pd satu ketika malam tersebut kecuali malaikat itu berdoa..ya Allah, ya tuhanku, ampunilah dosa hambaMu ini, kerana sesungguhnya dia telah tidur malam ini dlm keadaan suci'
riwayat al tabrani

apa yg payah ni nak tidur ambil lah wuduk supaya ada malaikat yang doakan tuk pengampunan kita every nite...

suami yg tak adil pada isteri2nya..kalau dia end up masuk syurga di syurga nanti dia akan cacat salah satu anggotanya...ni ust wan soho bani leman cite kat radio...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 01:01 AM | Show all posts
hmm aku pun tak tahu sape penghuni neraka..

aku ada terbaca.. Allah ada memberitahu Dia memang ada mencipta manusia yg memang dijadikan untuk neraka.. dan ada manusia yg memang Dia cipta untuk syurga.. Persoalannya, memang dah dijadikan sebegitu..

Sama macam Tuhan jadikan panas dan sejuk, kecil dan besar, terang dan gelap, langit dan tanah, baik dan jahat, lelaki dan perempuan, hitam dan putih.. dan sama juga syurga dan neraka.. maknanya org syurga tu org syurga lah, org neraka tu org neraka lah..

Perbezaan dgn dunia yg kita tinggal.. kita hidup dlm tubuh fizikal, jadi kita ada dunia survival sendiri.. kita sendiri tentukan nak yg panas ke,nak yg sejuk..tapi alam selepas mati atau akhirat satu dunia yg berlainan yg kita tak ketahui.. kita suka ke tak suka? Maybe bila kita jumpa org jahat, kita kata eii jahatnye org tu.. tapi kita lupa  tuhan memang jadikan dunia ni ada yg jahat, ada yg baik..pada sesape yg tak pernah jumpa org jahat mungkin akan kata aku tak adil.. Kalau tak kenapa Allah kata hidayah tu hanya diberi atas kehendak dia? Kalau tak diberi hidayah dah tentu org tu akan ke neraka..
Tapi kenape kita tahu beza jahat dan baik? Sebab Allah kata dia memang cipta manusia ni fitrah nya kearah kebaikan..
Tapi jangan tak percaya aku pernah jumpa org yg memang tak boleh bezakan antara baik dgn jahat.. Agaknye die memang orgnya camtu.. Subhanallah itu semua atas kehendak Allah..

Tapi aku pernah dengar ceramah Yusuf Estes.. dia kata takde sesape pun yg ke neraka termasuk org2 bukan islam.. kecuali org2 bukan islam yg pernah dengar dan disampaikan kebenaran tentang Tuhan yang SATU, mengetahui kebenarannya dlm hati.. tetapi ingkar.. org2 itu sahaja yg Allah janjikan neraka.. Syurga tu hak mutlak Allah.. Kita ibadat 1juta tahun pun tak berbayar lagi nak ke syurga.. Sebab tu kita masuk syurga hanya atas IHSAN Allah.. pernah dengar hadis seorang pelacur bagi minum anjing yg kehausan pun dpt masuk syurga?

Sebab tu manusia perlu mengakui adanya Tuhan itu adalah SATU.. bukan tuhan batu, bukan tuhan lembu, bertuhankan setan... kalau korg tanya org2 bukan islam pun dia akan kata, 'aku rasa tuhan itu ada', 'dia ada atas', 'aku semayang patung, tapi tuhan itu ada atas la'.. ini yg dia akan sebut dari mulut2 diorg.. bertuahnya kita sebagai org islam, sebab kita sembah tuhan yg SATU, mengikut cara yg disuruhNya..

[ Last edited by  orghijau at 24-5-2009 01:47 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.256329 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list