|
TBB V.36 Tema : Kasih Bertaut di Jabal Rahmah
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by chekshu at 1-10-2009 09:39
Khamis Oktober 1, 2009
Ibu mengandung terperangkap hampir sejam akibat gegaran
PUTRAJAYA: Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14 di sini semalam.
Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang semalam.
Norma berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.
"Nak minta tolong jiran pun, ramai yang dah keluar rumah akibat gegaran itu. Saya dapat telefon suami yang sedang bekerja, memberitahu yang saya terperangkap dan suami terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA)," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Gegaran yang dirasai di sekitar Lembah Klang menyebabkan orang ramai bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi.
Seramai empat anggota JPA Putrajaya tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan berjaya memotong mangga pada pintu jeriji dan menyelamatkan mangsa.
Norma yang kelihatan letih bagaimanapun bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku.
Suami mangsa, Mohd Firdaus Abdul Mutalib, 26, pekerja swasta yang baru sahaja tiba dari Petaling Jaya berkata beliau bergegas dari tempat kerjanya apabila dimaklumkan isteri mengenai kejadian itu.
"Jalan sesak sebab itu saya lewat sampai. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat," katanya sambil menarik nafas lega.
Seorang pekerja swasta, Abdul Mutalib Mohd Napawi, 34, memberitahu mereka dibenarkan naik semula ke rumah kirakira pukul 7.45 malam selepas pemeriksaan dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Beliau yang tinggal di tingkat tujuh memberitahu gegaran itu merupakan kali kedua dirasainya selepas yang pertama berlaku sehari sebelum berpuasa.
"Keadaan agak cemas juga tadi berikutan gegaran yang dirasai agak kuat," katanya. BERNAMA
<pesal lah skala tak sama... kejap 7.5.. kejap 7.7...
ada plak tu... kat BH semalam tulis 7.9... pagi ni plak tulis 7.6> |
|
|
|
|
|
|
|
Korban gempa bumi Padang cecah 200 orang, ribuan mangsa masih tertimbus
09:08 AM
JAKARTA: Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
Jurucakap agensi bencana Indonesia, Priyadi Kardono, menyatakan angka korban gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu kini ialah di antara 100 hingga 200 orang.
Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa.
<kesiannya....
makin bertambah jumlah mangsa....> |
|
|
|
|
|
|
|
57# icelemontea
artikel bile neh abe ice?
sape penulis |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuu salam syawal almubaraq kamis mlm jemahat niy, chekshu, bro ice, bro dini & dexa(adake dia?)...dah wat pose 6 kome seme?..
Al-Hadis :-
Dari Abu Ayub al-Ansari, sabda Rasulullah SAW mahfumnya: “Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan, lalu diikuti dengan berpuasa selama 6 hari di dalam bulan Syawwal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun”. (Riwayat Imam Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
dengarnya kat putrajaya kecoh jugak ya. ada org terkunci kat umah sendiri masa gocoh2 nak selamatkan diri.
icelemontea Post at 1-10-2009 08:59
Nasib baik ahkak pink selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
dini... masa earthquake semalam
kita masih lagi kat opis....
bergoyang2an... ingat kan megren dari pagi tak ilang2
rupanya earthquake...
terus boss suruh balik
punyalah ramai org dalam lif... ...
chekshu Post at 1-10-2009 09:19
Lambatnya chekshu balik, masa tu dah kul 6 lebih kan ?
Orang kat rumah dah bergolek2 dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chekshu at 1-10-2009 09:39
Khamis Oktober 1, 2009
Ibu mengandung terperangkap hampir sejam akibat gegaran
PUTRAJAYA: Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan ...
chekshu Post at 1-10-2009 09:34
Kesiannya..... mesti panik
Nasib baik bawak hp
yang jiran pun takleh harap.. bukan nak tolong panggil jiran turun sekali ke apa
|
|
|
|
|
|
|
|
he he he
tak dapeklah yo
sian den
mmg aku tak kata pun confirm dpt
cuma .. bendahari tempat aku kerja neh kata
bajet bonus dah ada dlm akaun
tunggu gomen kata nak bagi bonus atau tak
...
niy Post at 1-10-2009 10:07
Betul la kata bendahari niy tu kot
Sebab perutusan khas kat atas tu entah mana sumbernya pun tak tau,
cari kat google tak jumpa pulak
Jumpa link ke forum cari je....entah-entah diorang saje taip sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
apa sebenarnya berlaku kat mesia ni..4 hari gue xder kat mesia mcm2 berlaku ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
66# tikusmondok
salam ndok...
lama tak nampak
beraya ke oversea ke????
<aku tak posa enam lagi...
hb dah buat... dah nak abis pun....> |
|
|
|
|
|
|
|
68# cmf_houdini
lambat jugak lah
lebih kurang 6:20 - 6:30 masa tu... kat opis lagi
keja banyak nak kena siapkan...
terus tinggalkan...
baru jer kejap tadi siapkan...
now bleh lepak2
hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
64# niy
xhabis lagi citer bonus link ni?..raya dah selamat pung tak perlu lg bonus.. |
|
|
|
|
|
|
|
69# cmf_houdini
tu lah.. kesian dia...
alah... jiran2 kat KL ni... memang gitu lah
selamatkan diri masing2 dulu....
pastu pakat2 ramai... duduk kat bawah... nyembang....
bukan nak tolong ke... hapa ke... |
|
|
|
|
|
|
|
72# tikusmondok
earthquake semalam... kat Padang - Sumatera
sampai sini terasa gegarannya
before that... early in the morning
pukul 1 lebih le.. time malaysia
tsunami kat kepulauan samoa...
oh ye... isa samad @ doraemon jadik calon BN kat bagan pinang
<tak habis2 lagi kan... nak kumpul reta!> |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua.......
boleh dikatakan setiap tahun ada gempa skrg ni ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
76# tikusmondok
abis tu... org gomen takat dapat belen rm250 jer lah ye
ujung tahun nanti????
kesiannnya...! |
|
|
|
|
|
|
| |
|