CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_conan

Kondo Hafiz no 31 - Hafiz di AC Sabtu 2ptg..

 Close [Copy link]
 Author| Post time 6-11-2009 10:15 AM | Show all posts
Tidak melatah kurang popular
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]

Pemuda yang berasal dari Kuching, Sarawak itu mengakui semakin merasai dugaan dan cabaran yang dilalui selepas bergelar anak seni.

Ternyata pelbagai cerita dan pengalaman menghimpit Hafiz selepas lapan bulan berakhirnya saingan program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) di mana dia meraih gelaran juara program itu.

Begitupun, sebagai artis Hafiz tidak mudah melatah sebaliknya menganggap cabaran menjadikannya lebih kuat untuk melebarkan sayap dalam dunia seni.

Apa lagi melihat kejayaan rakan seangkatan seperti Khairil Azam Pilus atau Aril dan Afiq Akim Ahmad atau Aqim yang lebih menonjol menerusi lagu dan penampilan dalam drama, Kau & Aku yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) setiap Sabtu jam 10 malam yang semakin mendapat sambutan menggalakkan penonton.

Hafiz yang semakin meledak dengan lagu hitnya, Masih Jelas turut membuat penampilan cameo menerusi drama bersiri itu.

Dia turut bergandingan dengan rakannya itu selain Black Mentor dan penyanyi Cina, Choo Hou Ren menyanyikan lagu Generasi Hebat Brands. Malah, mereka dilantik sebagai duta produk kesihatan, Brands.

Hafiz ketika ditemui cukup senang bergandingan dengan rakan artis menyampaikan lagu tema pelancaran Generasi Hebat berjudul Juara. Tidak timbul langsung soal persaingan atau mengatasi sesiapa menerusi gandingan itu sebaliknya masing-masing cuba memberi persembahan terbaik dan sebagai platform terbaik melangkah lebih jauh dalam dunia seni.

"Biar apapun rentak lagu yang kami nyanyikan yang penting misi kami tetap sama mengalas kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan Brands selain peluang untuk mempromosikan diri ke peringkat yang lebih tinggi memandangkan jenama berkenaan adalah produk antarabangsa.

"Tidak timbul langsung soal siapa yang melebihi sesiapa. Pada saya semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Persaingan sihat adalah satu situasi yang baik dalam dunia seni tanah air.

"Saya akui setiap daripada kami mempunyai keistimewaan dan kebolehan masing-masing. Kekuatan itu menjadi pendorong untuk terus berjaya dalam dunia seni," katanya.
Tambah Hafiz, dia bersyukur kerana album pertama, Masih Jelas yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan.

Difahamkan pihak syarikat rakaman melakukan cetakan kedua untuk album solonya itu sebanyak 4,000 unit.

Dia turut mengakui disunting Enfiniti Productions Sdn Bhd (Enfiniti) yang mengadakan kerjasama dengan pihak Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB). Turut menyertai Hafiz, Aril dan Aqim dalam satu projek khas yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sebagai artis baru, Hafiz mengakui masih cetek ilmu dalam dunia seni dan perlu bimbingan daripada mereka yang berpengalaman.

"Banyak lagi yang perlu saya belajar dalam dunia seni. Industri seni di Malaysia cukup luas. Lapan bulan selepas keluar dari AF banyak perkara yang saya pelajari namun belum mencukupi.

"Saya sentiasa mahu memantapkan teknik vokal, gaya persembahan dan cara berkomunikasi dari semasa ke semasa. Pada saya semua ini membantu menentukan kejayaan seseorang artis," kata Hafiz ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Generasi Hebat Brands di KL Pac, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakannya, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah biarpun lebih selesa dengan genre rock namun sebagai artis baru dia tidak pernah memilih untuk digandingkan dengan mana-mana artis. Sebaliknya menganggap peluang menjayakan kempen berkenaan sangat dinanti-nantikan.

"Tidak kisah soal gandingan dengan sesiapapun dan menyanyikan lagu dengan rentak apapun. Apa yang lebih penting.

"Kami generasi artis baru diberi peluang untuk bertapak dalam dunia seni tanah air. Setakat ini saya cuba sesuaikan diri dengan semua yang terbabit dalam projek ini. Ternyata gandingan ini mempunyai keserasian tersendiri," katanya.

Juara Mentor musim ketiga itu kini dalam perancangan menghasilkan album solo pertama.

Setakat ini, menerusi syarikat rakaman Monkey Bone sudah mempunyai beberapa lagu dalam peringkat saringan akhir.

Bagi Hou Ren, Aril dan Aqim kesempatan yang diberikan oleh pihak Brands menyanyikan lagu tema seterusnya sebagai duta produk berkenaan memberi ruang kepada mereka untuk lebih menonjol dalam dunia seni tanah air.

Sementara itu, Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, Koh Joh Siang program berkenaan dilancarkan bagi menyeru seluruh masyarakat menceburi aktiviti dan mengamalkan budaya hidup sihat.

"Kempen Brands menggabungkan hampir semua media bagi mendekati pengguna demi membawakan semangat Generasi Hebat termasuk peraduan yang menawarkan percutian bersama bintang seperti Hafiz, Hou Ren, Aril atau Akim," katanya.

Pelbagai kempen giat dijalankan di seluruh negara yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik. Keterangan lanjut layari laman web www.generasihebat.com.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 10:18 AM | Show all posts
Asm wbt semua yang ade kat sini...
Ameeza dan semua: Dah sampaikan salam KPH kat Hafiz...Hafiz kirim salam juga kepada semua penghuni disini.  Hafiz kat LCCT tadi ngan Pendos..menuju Kuching.  Tak tanye lak flight balik.

Conan: Thank for the repair link VC tu...Harap semua ceria...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:20 AM | Show all posts
Halew KPH!!!!~~~~
lamanya xjenguk2....huhu

FESYEN RETRO-BAJU KOTAK2~~~
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:20 AM | Show all posts
Oh lupa ..ade yang tanye tadi:
Masa pakai rambut tu...nyanyi lagu 'Gadis Ayu' Black Dog Bon..
2 gambar lagi tu...nyanyi lagu 'Kau Bunga Cinta Ku' Anuar Zain...
Masa nyanyi MJ..ada VC tak da gambar...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:22 AM | Show all posts
Tidak melatah kurang popular
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]

Pemuda yang berasal dari Kuching, Sarawak itu mengakui semakin merasai dugaan dan cabaran yang dilalui selepas bergelar ...
cmf_conan Post at 6-11-2009 10:15
thx conan4 da article...8 bulan?????????? hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:24 AM | Show all posts
61# cmf_conan

cerita basiii...................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2009 10:25 AM | Show all posts
Asm wbt semua yang ade kat sini...
Ameeza dan semua: Dah sampaikan salam KPH kat Hafiz...Hafiz kirim salam juga kepada semua penghuni disini.  Hafiz kat LCCT tadi ngan Pendos..menuju Kuching.  Tak ta ...
ustaj Post at 6-11-2009 10:18
w'salam ustaj...w'salam hafiz...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 10:27 AM | Show all posts
thx conan4 da article...8 bulan?????????? hmy3:
manggis70 Post at 6-11-2009 10:22

tu la... 8 bulan?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 10:27 AM | Show all posts
k lah..out dulu. jenguk sekejap jew..nak ke wisma n satok la plak pas nih...mana tau ada nmpak si 'dia'...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:28 AM | Show all posts
Asm wbt semua yang ade kat sini...
Ameeza dan semua: Dah sampaikan salam KPH kat Hafiz...Hafiz kirim salam juga kepada semua penghuni disini.  Hafiz kat LCCT tadi ngan Pendos..menuju Kuching.  Tak ta ...
ustaj Post at 6-11-2009 10:18

salam & mowning uolls (kira pukal ni)
salam ustaj  thanx for the pic..bestnyer dpt hantar apiz
conan: thanx for the tepek & article..hmmmm 8 bulan eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 10:32 AM | Show all posts
Hafiz kat perlancaran Brands..

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:37 AM | Show all posts
tu la... 8 bulan?????
cmf_conan Post at 6-11-2009 10:27
errrkk...termasuk odisen & dlm af tu agaknyer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:42 AM | Show all posts
salam & mowning uolls (kira pukal ni)
salam ustaj  thanx for the pic..bestnyer dpt hantar apiz
conan: thanx for the tepek & article..hmmmm 8 bulan eh
CHINESEMALAY Post at 6-11-2009 10:28
w'salam & morning cm.....best kan byk gegambos..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:43 AM | Show all posts
Hafiz kat perlancaran Brands..


cmf_conan Post at 6-11-2009 10:32
thanks conan...nampak beso jer apiz kat sini..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:44 AM | Show all posts
w'salam & morning cm.....best kan byk gegambos..
manggis70 Post at 6-11-2009 10:42

best dear....takble kija...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:45 AM | Show all posts
salam APIZOPHRENIX tersayang!!!

jengok jap sbb bz yg amat la pulak hari ni.... my skrip tak sudah2 kena rombak.... dah aturcara asyik dok tukar2 je... sabar je la.....
ladydolph Post at 6-11-2009 10:14
w'salam shy...x gi merazzi apiz ker arini..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2009 10:47 AM | Show all posts
best dear....takble kija...
CHINESEMALAY Post at 6-11-2009 10:44

kejap lagi ada lagi best punyeeee...
tunggguuuuuuuuuuu!!!!
jgn pengsanggg lalu koma sudehhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:49 AM | Show all posts
kejap lagi ada lagi best punyeeee...
tunggguuuuuuuuuuu!!!!
jgn pengsanggg lalu koma sudehhh!!
cmf_conan Post at 6-11-2009 10:47

bring it on conan........
cepattttttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:49 AM | Show all posts
best dear....takble kija...
CHINESEMALAY Post at 6-11-2009 10:44
jgn keje....hah..ko tgk jer gegambos apiz dr pagi smpai ke mlm...hahahah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:50 AM | Show all posts
Salam Warga KPH.... Salam Hari Jumaat...
Den masuk sat nak post artikel untuk hari ini....

Sumber Metro 06 Nov 09

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 1.258642 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list