CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siawraet

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah (Mayat Orang Islam)

[Copy link]
Post time 5-2-2010 12:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by gigitbite at 5-2-2010 12:04

tt tgh prepare nk bg khutbah la.
brg siapa berkata2 tatkala t.t sdg mencari idea
nescaya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 03:45 PM | Show all posts
hmmm still takde lagik stori mori ekkk????
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:35 AM | Show all posts
lagi baik kalo ringkas mcm sunsuria3.
baca pun tak amik masa byk.
Tapi penuh dgn intipati berguna
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:18 AM | Show all posts
dimana dia TT sayang saya... TT sayang saya tengah mencari idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 03:52 PM | Show all posts
dimana dia TT sayang saya... TT sayang saya tengah mencari idea
mejik Post at 9-2-2010 10:18


adeehhh...menggeletar tangan saya nak menaip bila panggei cam nie...
tak pernah seumo hidup orang panggei sayang....grrrrrr..miauuuuuuuu.....aookk....auukk.....




untuk makluman semua,

saya banyak menghadiri kursus hujung minggu,
tu yg tak dapat nak sambung movie ni...malam2 pun sibuk kat luar...
tak kesempatan nak sambung cereka lagi...
tapi saya dah bercadang utk tukar modus operandi dahh....
telenovela ni saya nak tukar kepada bentuk sitcom, lagi pendek spt yg dicadangkan...
tunggu yer sehari dua nie..
ni pun dapat log in kejap je...

Sabarlah erk..

Salam hormat dan tima acih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:09 PM | Show all posts
ermm...interesting...
sambil2 nunggu tuan tanah kedaun sambung,
sesapa yg ada kisah menarik macam sunsuria kat atas tu boleh story kat sini..
bagi i, takde...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2010 04:11 PM | Show all posts
hari tu ada sunsuria citer kat thread mana ntah,
satu hamba Allah tu lepas dapat tengok ular kat kubur masa penegbumian kawan dia,
terus melekat kat masjid...kalo sunsuria tak keberatan, boleh citer balik tak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 05:06 PM | Show all posts
Seronok baca kisah yg menginsafkan mcm ni... seolah ada suara ghaib yg menyedarkan kita... kalau nk baca byk lagi kisah gini beli la MASTIKA.. mmg berbaloi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 09:41 PM | Show all posts
67# kasturi

i pun lupa i cite kat thread mana....nak ulang cite ke...blh je..ni kisah dari mulut mak sedara i org melaka...so dia story gini..

ada org meninggal kat kg dia, baru je masa tu dia blk melaka...alor gajah sana..org yg meninggal tu pegawai tinggi kerajaan...so ramailah kawan2 office dia dtg ziarah..iring sampai ke tanah perkuburan..

semua dah beredar..sorang kawan dia ni baru perasan name tag dia tercicir..so dia patah balik ikut jalan yg dia lalu tadi kut ada name tag tu..lastly sampai kat kubur kawan tadi..dia belek2 tgk betul2 ada atas kubur si mati..agaknya dia pun siram air mawar and tabur bunga ( adat mengarut ni)..

dia pun membongkok nak ambil name tag tu then suddenly lah allah nak tunjuk mayb...dia nampak kawan yg baru tanam ni tengah dibelit ular..ulau besau melengkau...he he ..

so lepas incident tu kabarnya dia resigned dan dok masjid most of the time...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:47 PM | Show all posts
68# kirana_22

i baca gak kat mastika tu kadang2...tp kadang rasa cam tak logik aja..i mean event besar gitu takkan tak cover dlm paper ke tv ke kan..satu kisah yg anak perempuan dia derhaka tendang mak dia sampai mati tu.,...pastu dia masuk ke dalam kubur sama sambil meratap2 minta ampun..tapi kaki dia melekat tak blh lepas dari tanah tu..berapa hari org tunggu dia kat situ..terpaksa korek liang lahad jauh dalam sikit dari tempat dia berdiri...sbb dia tak blh digerakkan dari tanah dia pijak tu..ending story nya budak perempuan ni mati lah after a few days terpacak kat dlm kubur tu...
yg peliknya ada ke pompuan sambut jenazah masuk liang lahad? i mean mana ada org bagi org pompuan sampai ke dalam kubur tu kan..wallahualam..saya jarang beli tapi baca gak kalau ada member beli he he..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:52 PM | Show all posts
kisah ni best i baca dlm majalah nur...kisah kubur seorang kiai di indon..dia ketua pesantren kat sana...so u knowlah backgroundnya mcm mana kan
one day pihak berkuasa..nak buat tali air..so ada kubur terpaska di pindahkan..tapi family kiai ni tak mau pindahkan..so dia org ukur betul2 kena korek tepi kubur kiai ni....

so dia orang korek dalam lah nak buat tali air kan..betul2 sebelah liang lahad tu..berapa kaki eh rumah cost rendah kita tu? 7 kaki x ??? ampun tak ingat..

bila waktu malam kalau lalu kat tali air tu bahagian yg tepi kubur kiai ni akan nampak bercahaya dari luar...sbb air tak naik tinggi sangat kan...dia korek dalam lagi dari paras liang lahad tu...

ketua pesantren tu....kan ada tulis org yg selalu ngaji quran tu nanti kuburnya bercahaya...kadang i berleter to my kids korang nak kubur gelap ke nak kubur terang...siap dia tambah lagi kalau nak boh aircond cam mana mummy?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 09:10 AM | Show all posts
71# sunsuria3

hmmm lawak lah nak tambah aircond lakkk!!

tp apa2 pun tq kak suria sbb sudi kongsi citer2 yg menarik tuh!!! kalo ada citer lah lagik since tt dah bz tak sempat naik taip kat sini...
majalah mastika tu pun sy rasa byk sgt tokok tambah dia... lagipun sy pernah try call org yg pandai berubat dlm mastika tuh tp dia nak mintak bayaran sampai beribu ringgit??? hampeh tull... kalo betul nak tolong org ada tak nak charge rege sampai mcm tuh sekalik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 09:59 AM | Show all posts
72# zamnie

budak2 zaman sekarang ni...apa dia org punya term? zaman dah berubah dunia makin maju...kalau i berleter dia jadikan bahan lawak..sekali tu i tgk kisah anak orang keluar tv..cakaplah..sejuk perut ibu dia orang mengandung...dia kata apa? mummy nak sejuk perut ke jom masuk dlm peti ais sejuk lah..ha ha..
sekali tu tgk lah kisah bersama mu, kena basuh kencing berak orang tua...tanya dia orang kalau mummy n daddy sampai kena pakai pampers ni sape nak basuh ya? dia diam jap..then cakap...'kita orang ozom lah' sape kalah dia lah basuh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 03:31 PM | Show all posts
70# sunsuria3

Thanks atas story tu.

Tu ler pasal, kalau Allah nak tunjuk kehebatan-Nya, nescaya manusia berlumba-lumba nak buat
amal soleh. Dulu ada gak i terbaca ke atau sombody pernah citer (sori, betul-betul tak ingat dah),
ada seorang wanita yang pergi buat umrah ke haji (pun lupa). Kat sana, Allah telah nak sedarkan,
dia mengalami peristiwa ganjil yang sampai boleh dia menjadi betul2 insaf. Mengenangkan dosa-dosa
yang pernah dia lakukan masa muda, dia bertaubat nasuha. Ibadat siang malam tanpa henti. Kalah
lah ostad yg ada. Sampai makan dia pun tak jaga. Dia kata, dia nak buat ibadat sungguh2. Ganti
balik apa yg dia tinggalkan masa dia jahil. Masa tu dia hanya bertahan denagn minum air zam0zam ngan makan kurma jer...hebat sungguh!

Oh ya, baru ingat, kalau tak salah, dia masa kat tanahair, selalu buat
banyak maksiat, dedah aurat, minum arak (mungkin zinna sekalik). Dia nak qadha balik semua ibadat.
Ustaz yang bawak dia tu, cakap, ibadat2 juge, kesihatan kena jaga....dan dia istiqamah sampai sikarang, katanmya.

Ni aku terjumpa citer yang berlaku pada zaman dulu:


Kita digalakan beramal soleh.

Alangkah indahnya satu peristiwa yang berlaku ke atas seorang hamba yang bernama  Sabit Al-Banani.

Setelah kematiannya , masih lagi kedengaran bacaan Al-Quran dari kuburnya.

Apabila diajukan persoalan tersebut kepada orang yang memasukkan jasadnya ke dalam kubur saat dikebumikan, lalu dia menceritakan :

“Setelah aku memasukkan jasad  Sabit Al-Banani ke dalam liang lahad, aku pun menyusun bata-bata untuk menutup pintu  kuburnya. Tiba-tiba seketul bata telah terjatuh ke dalam kuburnya. Aku pun turun semula ke dalamnya untuk mengambil bata tersebut. Pada masa yang sama aku terlihat Sabit Al-Banani berdiri menunaikan solat di dalam kuburnya itu.

Aku bertanya kepada seorang rakanku yang berada disebelahku adakah dia nampak peristiwa tersebut? Tetapi rakanku itu menyuruh aku diam sahaja.

Bila kami menutup semula pintu kubur itu, kami pun terus pergi berjumpa dengan anak perempuannya lalu bertanya kepadanya apakah yang telah dilakukan oleh bapanya semasa hidup dahulu?”.

Anaknya itu bertanya semula kepada kami apakah yang kami lihat? Kami pun menceritakan peristiwa yang telah terjadi.

Lalu anaknya pun menjelaskan bahawa ayahnya semasa hidup dahulu, sentiasa berqiamullail selama 50 tahun!

Pada waktu sahur pula dia akan berdoa dengan doa ini : “ Ya Allah Ya Tuhanku! Sekiranya Engkau telah anugerahkan kepada sesiapa sahaja di kalangan hambamu dengan bersolat di dalam kuburnya, maka anugerahkanlah juga kelebihan itu kepadaku”  Jadi dengan kejadian itu, Allah telah memakbulkan doanya”.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 03:36 PM | Show all posts
72# zamnie

memang saya ada pernah dengar kubor org yang beramal soleh ni, dalam nya sejuk.
Angin sejuk tu datang dari rongga2 tanah dan berbau wangi. Angi sejuk tu didtgkan khas
dari syurga utk penghuninya berehat. Tak perlu lagi pakai air-cond mcm requested by anak cikgu sunsuria diatas..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 09:00 PM | Show all posts
75# kasturi

ye lah roh orang2 beriman kan akan ditayangkan screen gitu bagaimana keadaan di syurga nanti..sure dia dah dpt tempias syurga tu like wangi2an dan sejuk nyaman tu kan...

saya penah baca gak perkuburan di mekah tu tak pasti lah yg mana satu..disana kabarnya after a few years dikorek semula ya letak mayat baru...?? betul ke ni..sebab tu kubur di sana bukan utk tempat ziarah..

so one kubur ni dia orang korek after a few years nak boh mayat baru...tiba2 dgr suara org mengaji..so dia orang terus letak bata simen so that kubur tu tak dikorek lagi in future...

masa kat mekah baru ni selalu lalu kawasan perkuburan apa ke namanya...kiranya kalau ada kematian bukan diuruskan oleh ahli keluarga..perempuan lagi tak dibenarkan melawat kawasan kubur blh tgk dari luar pagar je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2010 09:16 PM | Show all posts
ada satu kisah saya baca tak ingat baca mana tapi kisah kematian tu baru keluar kat newspaper then ada lah paper tabloid lain pi interview family dia..dlm paper biasa tak tulis lah detail just tulis mati dibunuh suami sendiri gitu lah.(bab cite mcm ni i memang hot selalu kalau baca tu yg ingat lagi tu)..paper tabloid ni kan suka cite sensasi sikit supaya paper laku so dia orang korek dalam lagi lah..

kisah seorang isteri ni kena toreh dgn pisau satu badan kena toreh oleh suami yg naik hangin pasal apa tah..tak ingat...laki dia kaki botol n nombor ekor gitu lah i tak ingat sebab apa dia toreh bini dia....kalah judi kut or minta duit tak dpt....bila bini dah mati dia gulung dlm tikar mengkuang angkut masuk ladang getah campak tepi ladang getah tu je..

polis datang cari mayat...laki dia bg tau kat ladang getah lepas kena tangkap..buka gulungan tikar tu terkejut gak..bajunya habis koyak bekas kena toreh tapi badan nya tak luka tak ada bekas pun kena toreh..

so dia orang tanya anak2 si mati apa amalan ibunya...anak2nya kata setiap hari mak mereka baca yassin. baca yassin ni pun byk fadilatnya dulu pernah gak dgr tazkirah pasal fadilat baca yassin ni...masa tu ada usrah buat kat rumah bujang kami kat over the sea dulu..lepas tu i tgk roomates ( termasuk saya lah) pakat lah baca yassin hari2...lama2 makin cool down..selang sehari..then...ha ha segan nak tulis..

ada satu makcik, dia hari2 baca yassin 2x, bila org tanya dia kata satu utk arwah suami dia satu lagi utk diri sendiri
sebenarnya tak lama pun baca yassin ni..i set time baru ni 15 min aja habis..time anak2 exam besar saya baca yassin for every paper yg dia kata susah
anak no 2 tu risau banyaklah sbb spm kan besar impact nak apply U tu..every paper i baca yassin..anak pmr i pilih2 he he ..sbb dia math ok confident A, so i pilih2lah paper mana yg perlu baca yassin..
anak spm ni tiap kali habis paper i sms blh buat tak? susah tak? semua sms i dia balas alhamdulillah boleh buat tak susah mana pun
yg pelik i jaga spm kat sekolah waktu tu paper addmath..ada budak nangis2 tak blh jwb..ada anak kawan kat boarding school pun anak nya cite ramai keluar hall exam nangis2 soalan add mat susah..i sms anak tanya ..dia jwb tak susah mana pun..dia pun tak perasan soalan tu susah bila dah habis exam kawan2 dia kata susah baru dia sadar soalan tu susah tapi dia blh buat...
pelik mat ni..anak i ni kalau paper tough dia akan puasa..like add math tu dia akan puasa supaya tak leka dgn nak makan katanya..dan tak mengantuk time jawab soalan..tambah pulak dgn doa dari ibu tercinta kan he he..ok tips berguna tu jgn lupa korang yg anak2 nak exam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:46 AM | Show all posts
hmmm mmg byk sgt fadilat baca yassin nih kan!!! teruskan stori mori anda....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:26 AM | Show all posts
Terima kasih pn sunsuria, petua yang amat berguna....semuanya lillahi ta'ala...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 08:33 PM | Show all posts
byk pengajaran yg boleh di amik ble bace kisah2 ni sumer
ai tiap2 bulan beli mastika.....suke bace kisah2 cam nilah
tapi la ni...TT asal terus syp jek..x nak sambung lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.547461 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list