|
'Menyewa' rumah di Bahau adalah sementara dan dalam erti jangka pendek ( sehingga projek selesai) maka ia tidak di anggap bermukim atau bermastautin.
Sila semak semula definasi K.L dan Lembah Klang.
Ianya haruslah melebihi 2 marhalah ( lebihkurang 96 Km).
Yang lain no komen. |
|
|
|
|
|
|
|
owh, jarak 1 batu sudah blh solat qasar ker ghupernya. baru tahu. 
dolu masa kecik2, rasa mcm ustazah bgtau jarak 3marhalah=85km baru blh solat qasar.  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Dari perbincangan dgn seoghang Ustaz kat BTK, dier menyatakan bahawa di bolehkan JAMAK walaupun tidak cukup 1 marhala. Yakni mengikut keperluan. (jalan jammed, meeting, naik kapalterbang)
JAMAK ini adalah KEISTIMEWAAN yg di beri kpd musafir.
Tetapi bukan lah PAKSAAN/WAJIB.
Seperti seorang DIRECTOR company, dier di beri keistimewaan utk menaiki kapalterbang KELAS PERTAMA. Tup tup dier nak duduk KELAS KETIGA. Tidak ada masaalah. Janji sampai destinasi......... Berlainan sekiranya dier hanya layak naik KELAS KETIGA tetapi mahu duduk kat KELAS PERTAMA.
Kpd yg bertanya mengenai NIAT utk musafir.
Adakah NIAT itu di mulut?
Adakah NIAT itu harus di lafazkan OR di ucapkan?
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
bab ni mmg interesting...
aku dh dgr bermacam-macam pendapat dr ramai ustaz ustazah.. berbeza2...tak tau yg mana satu nk ikut...yg ni kata gini..yg ni kata gitu..smua claim dia betulll.. org len salah... kdg2 aku rsa mcm ustaz n ustazah ni yg problem.. smua ckp diri sndiri betul..
pnh aku menjamakkan solat ketika berada di satu tempat lebih 3 hari sbb aku kursus 4 hr..tp aku buat 3 hr jerlaa jamak qasar tu.. sorg ustaz from nowhere kata aku amalkan ajaran sesat.. sbb tak ikut kata dia so aku dlm kesesatan.. aku senyum jerk..
setakat ni takde sapa dpt yakinkan aku..smua org ckp berbeza2..kt sini pn sama.. aku ikut ideal keadaan aku ketika musafir..kelam kabut..tak smpt nk bernaafas pun ngn mcm2 hal.. aku tak rsa apa aku buat salah.. asalkan aku igt padaNya.. bukannya aku tak bersolat lgsung..
so please laa..aku mmg anti ngn org2 yg suka mghukum org ajaran sesatlaa dn sebagainya..come on laa.. tiada siapa yg cnfirm amalannya diterima..tiada siapa yg pasti tempatnya di syurga.. buatlaa ikut keadaan anda skiranya tiada siapa dpt yakin kan anda...
tp aku mcm setuju ngn pendapat Amir..aku tak suka pndapat yg rigid.. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam adalah universallll.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
sham159 Post at 7-2-2010 16:33 
aku selalu balik kampung naik tren pukul 6 ptg. perjalanan ambil masa 3 jam. sampai kampung mmg dah isyak.
so pernyataan yg aku quote diatas ni mmg selalu aku apply.
cuma nak tanya, dlm keadaan mcm ni adakah kena solat magrib dulu baru isyak ataupun boleh mana2 dahulu? |
|
|
|
|
|
|
|
jama' tu maksud menghimpunkan. Zuhur ngan Asar, Maghrib dgn Isya' dan subuh tak boleh dijama'. Untuk ...
gegulagetah Post at 11-2-2010 05:48 
nak hadis boleh jamak maghrib + isyak musim panas????? atau sekadar ijtihad???? |
|
|
|
|
|
|
|
contoh kes sy pulak,saya dr KL (menetap di KL) nak ke langkawi.dlm perjalanan sy akan singgah di umah mak saya (kampung halaman ) di kedah dan bermalam di sana 3 hari sebab ada kenduri sebelum berangkat ke langkawi.
soalan:sewaktu di rumah mak saya selama 3 hari tu adakah dibolehkan buat jamak n qasar?
tetiba rasa musykil sbb sy mula2 fikir mcm boleh,sbb niat musafir tu utk ke langkawi.rumah mak tu cuma nak singgah jer.tp bila baca kat sini ada kata bila dh smpai umah mak di kampung halaman sendiri dh x blh jamak n qasar.
harap boleh membantu.
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Diharap tuan/puan diluar sana dapat membantu memberi nasihat kepada saya berkaitan solat jama' dan Qasar :
Saya ni merupakan kakitangan badan berkanun di Kajang. Untuk info tuan/puan diluar sana, saya dilahirkan di selangor dan dibesarkan di Pahang. Sudah pun berumah tangga. Rumah family saya (isteri & anak) berada di Tanjung Malim. Di tanjung malim saya masih menyewa rumah sementara menunggu rumah sendiri siap. Saya sudah bekerja di Kajang sejak 9/2006 dan mendirikan rumahtangga pada 12/2007. Pada hari isnin suboh, di Tanjung malim, saya akan bertolak ke tempat kerja di kajang dan tinggal bermalam di rumah sewa sehinggalah hari jumaat malam sabtu, saya akan balik semula ke tanjung malim (rumah family) selepas balik dari pejabat.
Soalan saya :
1. Di mana satukah status bermastautin tetap saya, adakah di kajang or di tanjung malim, adakah saya berstatus musafir di tanjung malim,or kajang, or kedua2nya bukan? Semasa dalam perjalanan (tanjung malim-kajang) boleh x saya menjama' serta Qasarkan solat kerana perjalanannya melebihi 2 marhalah.
2. Saya juga sering kali keluar outsetesen. Contohnya, pernah saya outstesen ke kuantan (bertolak dari kajang) dan balik hari (tidak bermalam di sana). Sebelum keluar rumah sewa saya berniat musafir dan telah mengetahui yang saya akan balik hari. Setelah selesai tugas di Kuantan, saya solat Jama' takdim dan Qasar (solat Zuhur & Asar) sebelum memulakan perjalanan balik ke kajang (rumah sewa). Dan akhirnya saya selamat sampai di rumah sewa (kajang) sebelum luputnya waktu asar (lalu LPT smpai pun cepat). Adakah saya perlu menyempurnakan solat Asar?
3. Saya pernah mengajukan soalan kepada beberapa orang Ustaz berkaitan solat Jama' Takhir dan Qasar. contohnya solat Zohor dan Asar dilaksanakan pada waktu Asar, ada Ustaz yang memberi jawapan kita perlu laksanakan solat asar 2 rakaat terlebih dahulu kemudian disusuli solat Zohor 2 rakaat, alasannya kerana menghormati waktu Asar, ada juga Ustaz yang yang memberikan jawapan sebaliknya, alasannya kerana perlu dilaksanakan mengikut tertib dan ditambah pula tiada dalil yang jelas if buat solat Zohor terlebih dahulu, maka solat kita tidak sah. Pohon tuan/puan yang arif dalam Agama di luar sana perjelaskan perkara ini bagi menyelesaikan kekusutan fikiran saya yang sangat lemah dalam Agama ni..
Wassalam..
1) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# zalliza1717

terima kasih
Kamu adalah penduduk tetap di KL, erti kata lainnya kamu adalah bermastautin di KL. Beza antara bermastautin dan bermukim ialah bermastautin bermakna tinggal tetap di suatu kawasan dimana segala kelengkapan rumah dan jugak anak bini kamu tertumpu disitu. Immaterial kamu memiliki rumah atau sewa disitu.
Bermukim pulak bermakna kamu tinggal disuatu tempat untuk sementara waktu kerana mempunyai urusan. Contohnya,tinggal sementara dirumah emak kamu.
Jesteru, setelah duduk perkara ini diketahui maka keluarnya kamu dari tempat bermastautin untuk suatu urusan yang mengambil masa agak lama(berhari-hari),itu dikira kamu bermusafir sahinggalah kamu kembali semula ke tempat menetap kamu.
Penyelesaian bagi masalah kamu:
Apabila keluarnya kamu dari tempat menetap bermakna kamu berstatus musafir. Maka,persinggahan kamu(bermukim sementara) dimana-mana tidak menghilangkan status musafir kamu itu. Oleh itu,kamu dibolehkan melakukan qasa' dan jama' sepanjang kamu berada diluar daripada tempat menetap kamu. Jadi,masalah kamu berada dirumah mak kamu selama 3 hari tidak meluputkan kebolehan berbuat qasa' dan jama'.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# ziela81
Assalamualaikum...
Diharap tuan/puan diluar sana dapat membantu memberi nasihat kepada saya berkaitan solat jama' dan Qasar :
Saya ni merupakan kakitangan badan berkanun di Kajang. Untuk info tuan/puan diluar sana, saya dilahirkan di selangor dan dibesarkan di Pahang. Sudah pun berumah tangga. Rumah family saya (isteri & anak) berada di Tanjung Malim. Di tanjung malim saya masih menyewa rumah sementara menunggu rumah sendiri siap. Saya sudah bekerja di Kajang sejak 9/2006 dan mendirikan rumahtangga pada 12/2007. Pada hari isnin suboh, di Tanjung malim, saya akan bertolak ke tempat kerja di kajang dan tinggal bermalam di rumah sewa sehinggalah hari jumaat malam sabtu, saya akan balik semula ke tanjung malim (rumah family) selepas balik dari pejabat.
Soalan saya :
1. Di mana satukah status bermastautin tetap saya, adakah di kajang or di tanjung malim, adakah saya berstatus musafir di tanjung malim,or kajang, or kedua2nya bukan? Semasa dalam perjalanan (tanjung malim-kajang) boleh x saya menjama' serta Qasarkan solat kerana perjalanannya melebihi 2 marhalah.
Jawapan: Status bermastautin kamu adalah di Tanjung Malim( Sila refer kepada keterangan saya di postings latest saya). keluarnya kamu dari Tanjung Malim,kamu berstatus musafir. Maka dibolehkan berbuat solat qasa' dan jama' selama mana kamu belum pulang ke Tanjung Malim.
2. Saya juga sering kali keluar outsetesen. Contohnya, pernah saya outstesen ke kuantan (bertolak dari kajang) dan balik hari (tidak bermalam di sana). Sebelum keluar rumah sewa saya berniat musafir dan telah mengetahui yang saya akan balik hari. Setelah selesai tugas di Kuantan, saya solat Jama' takdim dan Qasar (solat Zuhur & Asar) sebelum memulakan perjalanan balik ke kajang (rumah sewa). Dan akhirnya saya selamat sampai di rumah sewa (kajang) sebelum luputnya waktu asar (lalu LPT smpai pun cepat). Adakah saya perlu menyempurnakan solat Asar?
Jawapan: Permasalahan ke 2 kamu telah saya terangkan seperti yang diatas. Kamu tidak perlu sempurnakan solat asar kerana kamu masih lagi berstatus musafir. Maknanya,keluarnya kamu dari Kajang ke Kuantan yang mana kamu masih lagi berstatus musafir. Maka,tidak timbul permasalahan kamu sampai di Kajang sebelum luput waktu asar.
3. Saya pernah mengajukan soalan kepada beberapa orang Ustaz berkaitan solat Jama' Takhir dan Qasar. contohnya solat Zohor dan Asar dilaksanakan pada waktu Asar, ada Ustaz yang memberi jawapan kita perlu laksanakan solat asar 2 rakaat terlebih dahulu kemudian disusuli solat Zohor 2 rakaat, alasannya kerana menghormati waktu Asar, ada juga Ustaz yang yang memberikan jawapan sebaliknya, alasannya kerana perlu dilaksanakan mengikut tertib dan ditambah pula tiada dalil yang jelas if buat solat Zohor terlebih dahulu, maka solat kita tidak sah. Pohon tuan/puan yang arif dalam Agama di luar sana perjelaskan perkara ini bagi menyelesaikan kekusutan fikiran saya yang sangat lemah dalam Agama ni..
Jawapan: Ustaz yang mengatakan kena buat solat asar dahulu kemudian solat zohor itu benar kerana itulah sunnah Nabi.
Wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 70# Amir
terima kasih banyak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# Amir
Terima kasih bebanyak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 73# nenektua
betul tu nek, kalau dah confirm tinggal lbh 3 hari (x termasuk dlm perjalanan), mmg xleh jamak
byk btl soalan2 psl jamak qasar ni yerk
nsb baik dark ni pergi dgr ceramah ustaz tasawuf, so boleh faham skit2 psl jamak qasar ni
blajar agama ni xleh bergantung dgn pembacaan dgn tnya org2 lain
lbh baik tnya pd ustaz/ustazah
perbezaan pendapat ant ustaz/ustazah/org alim ni bagi pendapat ustaz dark, dia kata ni bergantung pd ilmu yg diorg tau
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# sham159
terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 11-9-2010 01:35
Reply 73# nenektua
Penjelasan:
Mengenai dengan niat bermukim sementara,pendapat imam-imam seperti yang telah saya nyatakan dipostings yang lepas berbeza-beza. Untuk pengetahuan semua,saya paste balik apa yang telah saya postkan. Sila lihat dibawah ini. Maka tidak ada ketentuan pada perkara itu.
Saya bagi contoh: Jika saya ke bandar melaka dari KL(tempat menetap saya) dan berniat untuk bermukim sementara di hotel selama 4 hari di Melaka,maka saya dibolehkan mengqasa' dan menjama solat saya selama mana saya berada disana hanya selama 4 hari saje. Jika saya tinggal di sana lebih daripada 4 hari maka saya kena mencukup solat saya seperti biasa seperti mana pendapat Imam Syafie dan Malik iaitu had bermukim ialah 4 hari. Dan begitulah seterusnya mengikut pendapat imam-imam seperti di bawah bagi had-had bermukim.
Lanjutan daripada penjelasan ini: Jika saya berniat bermukim selama 4 hari maka pada hari yang ke 5 saya kena keluar dari tempat penginapan saya di melaka untuk meneruskan perjalanan ke tempat lain untuk dapat meneruskan bersolat qasa' dan jama'.
1. Mengikut pendapat Imam Syafie dan Malik had bermukim sementara ialah 4 hari. Maka hari yang ke 5,kena cukupkan solat.
2. Pendapat Imam Hanafi had 15 hari-lebih kena cukupkan.
3. Pendapat Imam Ali bin Abi Thalib hadnya 10 hari.
4. Nabi pernah bermukim sementara selama 19 hari.
5. Mengikut pendapat yang terkuat yang dipilih oleh Ibnul Qaiyim iaitu bermukimnya sesaorang itu belum lagi menghilangkan hukum bepergian,baik lama atau sebentar,selama ia tidak berniat hendak menjadi penduduk tetap di sesuatu tempat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 11-9-2010 01:21
Penyelesaian bagi para pelajar universiti yang menuntut di luar dari tempat menetap mereka.
Seperti mana penerangan saya tadi,berniat memainkan peranan penting dalam erti kata bermukim sementara. Ini bermakna apabila sesaorang itu berniat maka dia kena sempurnakan niat itu. Sebabnya,dia dah berniat maka kenalah tunaikan niat itu. Jadi,setelah mengetahui keseluruhan ilmu mengenai solat qasa' dan jama', kita dapat mengapplikasikan syariat agama mengikut landasan yang betul.
Applikasi kepada penuntut universiti - Seorang pelajar yang menetap di KL telah ditawarkan tempat belajar ke universiti di Terengganu.
Penjelasan mengikut pendapat Imam Syafei dan Malik mengenai had bermukim adalah 4 hari maka hari yang ke 5 pelajar itu kena sempurnakan atau cukupkan solat seperti biasa(maknanya tidak boleh qasa' dan jama' lagi).
Pelajar itu memulakan perjalanannya ke universiti sebagai seorang musafir(kerana keluar dari tempat menetapnya) dan sesampainya dia ke sana,dia mempunyai 4 hari (tidak termasuk hari perjalanan) untuk dibolehkan dia berbuat solat qasa' dan jama'. Pada hari ke 5,dia hendaklah menyempurnakan solat 5 waktu seperti biasa. Pelajar itu telah melebihi had 4 hari sepertimana pendapat Imam Syafei dan Malik. Jika dia pulang untuk sesuatu hal seperti bercuti,berhari Raya maka,keluar dia itu untuk pulang ke tempat menetapnya membolehkan dia melakukan solat qasa' dan jama'. Dia hendaklah memastikan kebolehan dia berbuat qasa' dan jama' sebelum dia berada kembali ke daerah menetapnya atau 1 farsakh iaitu 3 batu(5.541km) dari tempat menetapnya.
Mudahnya Islam ini bagi penganutnya.
Allahuakbar! Allah yang Maha Mengetahui segala masalah manusia.
Kamu semua boleh bayangkan tak,para pelajar universiti buat pertama kalinya berada diperantauan yang sibuk mendaftar kemudian mencari tempat penginapan,membersihkan tempat,menyusun segala barangan keperluannya dibilik,berkenal-kenalan dengan rakan-rakan barunya,melawat sekitar universiti untuk mengetahui pejabat,tempat kuliah dan lain-lain. Sesuai betul baginya mendapat kemudahan yang diberikan oleh syariat agama untuk dapat melakukan solat qasa' dan jama' selama tempoh 4 hari.
Oleh itu,sesiapa yang mengatakan bahawa apabila kita berniat bermukim di suatu tempat maka kebolehan berbuat qasa' dan jama' termansuh adalah sesuatu yang tidak tepat dan bercanggah dengan syariat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berniat bermukim Vs Tidak berniat bermukim
1. Yang berniat bermukim.
Saperti mana yang telah saya terangkan,berniat mempunyai implikasinya dan ianya sangat penting.
Bagi para pelajar lama;yang dah biasa iaitu pelajar semesta 2,3,4,5,6 dan seterus,apabila dia kembali ke universiti semula setelah bercuti maka dia boleh berniat 1 hari atau 2 atau 3 atau 4(maximum) mengikut keperluannya. Jika dia berniat bermukim 1 hari maka hari ke 2 dia hendaklah menyempurnakan solat 5 waktu saperti biasa. Dan seterusnya jika 2,3,dan 4.
2. Yang tidak berniat bermukim.
Bagi para pelajar ini,saya dapat katakan bahawa dia tidak ada ilmu tentang itu.
Jika,dia mempunyai ilmu tentang qasa' dan jama' ini tetapi tidak berbuat sedemikian maka saya dapat katakan bahawa dia tidak mahu akan sedekah Allah bagi mereka yang bermusafir.
Kesimpulan:
Sama ada sesaorang itu tahu atau tidak tahu mengenai solat qasa' dan jama,tidak menjadi masalah besar asalkan dia tetap beribadat kepada Allah adalah sesuatu yang baik,cuma kemudahan dan keistimewaan dalam beribadat bagi para musafir tidak digunakan;yang sememangnya ada, dalam syariat agama. Itu saje halnya.
Wallahua'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
masa kat overc dulu orang2 arab..mrk jamak all the time sbb stil bermusafir bukan nak menetap di situ...
tadi anak saya bagi tau kalau lebih dari 4 hari boleh solat qasar..tapi tidak boleh jamak..dia baru belajar di darul quran ust nya buka kitab apa tah...dgn syarat masih bermusafir lah. pedagang2 arab dahulu byk memprakticekan kaedah ni..wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|