CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Sejarah Donia Am - Kampoi Smua Skali!

[Copy link]
 Author| Post time 31-3-2010 10:06 PM | Show all posts
Akibat Pembukaan Konstantinople

- dengan pembukaan Konstantinople, zaman pertengahan pon tertutop lah diganti dengan zaman renaissance di Europa.
- ahli falsafah mula keluar dr Byzantium ke Italia pulak.
- sejak itu ahli fikir Barat mula mencari kecacatan yang ada pd mereka untuk membangunkan semula diri sniri n cara pemikiran baru.
- pertengahan abad ke-15 M dianggap sbg permulaan Europa membangun dr segi pemikiran.
- kekalahan berturut2 dengan kesultanan Othmaniah menjadi kayu ukur menyelidiki n muhasabah diri.

- selama ini pemikiran mereka dikuasai oleh igreja, maka mereka pikir bahawa kepimpinan igreja sudah gagal.
- hanya kebebasan berfikir n mengeluarkan pendapat yang baru saja menjadi jalan membangunkan Europa n melepaskan Europa dr kebahayaan.

- hasil pertama kesedaran baru ini berlaku 40 tahon kejatuhan Konstantinople kepada Othmaniah iaitu kerajaan Aragon n Castillia di Spanyol untuk menghalau orang Islam bani Umaiyah dr Andalusia lepas mentadbir selama 700 tahon.
- waktu tu jugak terbukak benua baru Amerika secara x sengaja oleh Cristobal Colombus tahon 1492 M.
- lepas balik Marco Polo orang Venezia dr pengembaraan ke Timor, maka terbukak pemikiran dua bangsa iaitu Portugis n Spanyol bagi menjajah n menjarah benua Timor.
- perasaan fanatik beragama juga turut mendorong ekspedisi mereka.
- umat Islam Othmaniah pulak sentiasa terikat dengan kesulitan yang ditimbulkan oleh Pope Roma n raja2 benua Europa dalam usaha menghalau umat Islam keluar dr Europa bila ada peluang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2010 10:11 PM | Show all posts
Sultan2 Othmaniah lain lepas Muhammad al'Fateh

Beyazid II
Salim I
Suleiman I
Salim II
Murad III
Muhammad III
Ahmad I
Mustafa I
Othman II
Murad IV
Ibrahim I
Muhammad IV
Suleiman II
Ahmad II
Mustafa II
Ahmad III
Mahmoud I
Othman III
Mustafa III
Abdul Hamid I
Salim III
Mustafa IV
Mahmoud II
Abdul Mejid I
Abdul Aziz
Murad V
Abdul Hamid II (sezaman dengan Queen Victoria)
Muhammad V
Muhammad IV
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 10:30 PM | Show all posts
Islam di India

Kemasukan Islam

- pelabuhan2 di India dh lama diketahui oleh penduduk kawasan Timor Tengah.
- sudah pon diketahui bahawa benua India kaya n mewah juga ada pelbagai kebudayaan.
- kemasukan pertama tentera beragama Islam ke India berlaku bila Muhammad Ben Qassem yang merupakan anak saudara gabenor Basrah menawan Daibul n menewaskan kerajaan Multan pada 712 M.
- kemasukan orang Islam keturunan Arab berlaku hanya di Sindh n Multan sahaja.
- pendudukan orang Islam Arab di Multan n Sindh hanya bertahan selama 2 abad sahaja n x meninggalkan sebarang kesan pon di situ sb kekurangan bantuan ketenteraan n banyak lagik kawasan yang masih belum dibukak kepada Islam.
- kata Lane Poole (sejarawan Barat): serangan Arab itu adalah sejarah dalam sejarah India n Islam tp kemenangannya x ada hasil apa2."
- walau bagaimana pon kemasukan orang2 Islam keturunan Arab ini ke India memberikan kebaikan apabila mereka dapat belajar falsafah India, Sains India, n cara2 pentadbiran mereka.

Muhammad Ghazni

- beliau melanggar India sebanyak 17 kali dr 1000 M sehingga 1027 M.
- ada dua tujuan beliau langgar India, pertamanya membuka tempat kepada Islam n menggunakan sumber2 alam India.
- tujuan yang kedua tu nampak lebih berat.
- walaupon serangan nya x beri kesan kekal kpd benua India tp hal ini menunjukkan kelemahan India menangkis serangan dr luar.
- serangan ini membuka mata umat Islam lain pula.

Muhammad dr Ghuur

- tahon 1175 - 1206 M, dia mendirikan kesultanan di India.
- dia menawan Sindh tahon 1175 M, menduduki Peshawar dalam tahon 1179 M serta menghukom bunoh sultan dinasti Ghazni yang terakhir tahon 1179 M, Peshawar n Sindh dalam Pakistan skarang.
- lepas menundukkan seluroh Punjab, maka Muhammad ke Delhi pulak.
- mula2 dikalahkan raja Delhi beragama Hindu bernama Prithvi Raj, tapi tahon kemudiannya dia plak menang n membunoh raja itu.

Qutbuddin

- menawan Meeruth, Delhi, Rathanbar, Giri Banares, Kanuj, n Kalinjar.
- akhir kurun ke-13 M, sebahagian besar utara benua India termasok Bengal dikalahkan n dasar kesultanan didirikan.
- Bengal n Bihar ditundukkan oleh pembantu Qutbuddin iaitu Muhammad Khilji.

Kematian Muhammad Ghur

- meninggal dunia tahon 1206 M n tiada waris laki2.
- kawasan2 yang ditewaskannya masih menganuti agama Islam sb dibantu oleh pengasuh2 Khilji, Lodi, Sayyid, Monghul n Tughluk.
- sb dasar kesultanan sangat kuat maka sultan2 Islam tetap berada dalam Delhi dr tahon 1175 M sampai 1857 M.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 11:13 PM | Show all posts
Kesultanan Delhi (1206-1290 M)

Qutbuddin Aibak

- lepas kematian Muhammad Ghur, raja muda Qutbuddin menjadi Sultan Delhi dengan pengesahan dr Ghiyathuddin Muhammad iaitu anak sedara Ghur.
- Qutbuddin menggunakan cara diplomatik perkahwinan bagi meluaskan kesultanan.
- beliau meninggal tahon 1210 M.

Iltumish

- mentadbir antara tahon 1211-1236 M.
- bila Qutbuddin meninggal, anaknya Aram menjadi sultan tp lepas didapati beliau x ada kebolehan maka dimakzulkan oleh Iltumish yg menjadi menantu Qutbuddin.
- masa awal2 memerintah beliau banyak menerima tentangan penghulu2 kampong dalam pentadbirannya tp beliau berjaya kalahkan mereka.
- beliau turut menundukkan Gwalior n Malva.
- mangkat tahon 1236 M.

Balban

- lepas kemangkatan Iltumish, pentadbiran jatuh pd sekumpolan 40 orang Turki, mereka bergilir2 menjalankan pentadbiran tp tidak pula amik kedudukan sultan.
- sampai tahon 1266 M bila Balban berkuasa.
- beliau adalah wazir kpd amir Nasiruddin n bila Nasiruddin meninggal dunia, maka pengelolaan menjaga wilayah sempadan barat daya drpd serangan Mongol dipertanggungjawabkan kpd beliau.
- beliau menjadi sultan pula n melawan serangan2 dengan tabah serta menyerap Bengal menjadi wilayahnya.
- memrintah hanya 40 tahon, 20 tahon lebih kurang jadi wazir, 20 tahon jadik sultan, sekitar 1286 M meninggal.

Sikap Balban

- seorang tegas n memerintah cara kuku besi.
- hal ni mungkin sb zamannya orang2 turki yg bercita2 tinggi sedang membuat kacau di dalam negri n di luar pula ancaman dr mongol.
- tegas2 pon beliau menggalakkan juga perkembangan kesusasteraan.

Kejatuhan Pemerintahan Wazir

- lepas kematian Balban, cucunya pula memerintah waktu itu baru mencapai usia lapan belas tahon.
- hanya jadi sultan boneka saja sb yg memerintah sbenarnya perdana montri.
- hal ni menyebabkan kebimbangan pembesar lain maka sultan ni dibunoh kejam n digantikan dengan Firoz Shah dr orang Khilji tahon 1290 M guna nama gelaran Jalaluddin.

Kesultanan Delhi dinasti Khilji

- Jalaluddin memerintah sekitar 1290-1296 M n masa itu pemerintahan Delhi sudah lemah bila orang Mongol menyerang kawasan benua India bahagian Utara.
- tahon 1296 M, beliau disuroh bunoh oleh anak saudaranya yg cuba merampas kuasa iaitu Alauddin.

Sultan Alauddin Khilji

- seorang pahlawan sebab menahan serangan Mongol serta meluaskan kawasan kependudukan umat Islam dalam India.
- kata orang walaupon ada jasa tapi dia ni jugak zalim lagi zalim drpd Fir'aun sb banyak menumpahkan darah.
- sbenarnya dia ni menghadapi banyak masalah juga dalam pemerintahan kesultanan sebab askar2 yg tamak nak harta rampasan di Gujerat.
- kemudian tikam belakang oleh anak saudaranya yang cuba merampas kuasa n Alauddin terpaksa bertindak kejam.
- tahon 1298 M, beliau mengalahkan Gujerat, n Rathambor dikalahkan pada 1301 M.
- tahon 1303, Chittur pula dikalahkan.

- kawasan India selatan pula beliau mengalahkan kerajaan Mysore, Devagiri, Varrangal, n Malabar.
- cara pemerintahan Alauddin ialah x ada campur tangan pembesar2 n dia sendiri menjadi panglima.
- dia x campor hal politaik dengan agama n pernah dia kata bahawa dia x tahu sesuatu itu ikut undang2 atau tidak, tp jika benda tu untuk kebaikan negara maka dia x peduli untuk lakukan masa darurat.
- tahon 1316 M, beliau mangkat n dinasti Khilji diganti dengan dinasti Tughluk, masih lagik kesultanan Delhi, dinasti saja lain.

Dinasti Tughluk

Ghiyathuddin

- sultan pertama dinasti ini nama Ghiyathuddin Tughluk merintah dr tahon 1321-1325 M.
- beliau mengalahkan varrangal serta menakluki kerajaan orang Telugu.
- kemudian juga menakluki Bengal n Tirhut.  

Muhammad

- Muhammad adalah anak Ghiyathuddin n merupakan tokoh yang agak terkemuka dalam benua India zaman pertengahan.
- menggantikan ayahnya pada 1325 M, cita2nya tinggi tapi selalu x kesampaian.
- beliau pernah cuba menukar ibu negara dr Delhi ke Devagiri tp hal ini menyukarkan orang ramai.
- kata orang kucing n anjing pon x mo dok di pekan mampus itu (Devagiri) n ramai orang mati masa nak pindah ke situ.
- pemerintahan sultan ini sangat luas banding dgn sultan dolu2 sampai ke pemerintahan sultan Aurengzab.

- kesultanan Delhi dalam dinasti Tughluk jatuh disebabkan sultan Muhammad kurang siuman kata stengah ahli sejarah.
- tabiatnya suka buat kebajikan n kezaliman dalam masa yg sama.
- Ibnu Batuttah menyatakan bahawa sultan ni suka memberi hadiah juga menumpahkan darah, kawasan pagar istana sentiasa ada pengemis yang menerima bantuannya juga ada mayat orang yang dihukumnya.
- Ibnu Batuttah juga menyebut sultan ni taat beribadat tiap2 waktu serta mengikut ajaran Islam.
- lepas kemangkatan beliau, diganti pula anaknya nama Firuz Shah.
- Firouz Shah menawan Orissa (Kalinga) n beberapa bahagian Deccan.
- pengganti Firouz Shah x berkebolehan belaka.

- dinasti Tughluk diganti oleh dinasti Sayyid.
- lepas tu naik pulak dinasti Lodi mula tahon 1526 M, sampai kalah sultan terakhir masa berlawan dengan Babar di Panipat.
- babar merupakan sultan pertama dalam dinasti Moghul (Mongol).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 11:35 PM | Show all posts
Vijayanagaram

- didirikan oleh Hariharan tahon 1336 M, menghalang kemaraan kesultanan Islam ke selatan India.
- pembukaan empayar ini disokong oleh pemimpin agama Hindu bernama Vidyaranya.
- dinasti Shangam yang dibukak oleh Hariharan n Bukka mentadbir empayar Vijayanagaram sampai 1485 M.

- empayar ini mencapai kegemilangan pada pemerintahan Krishna Dewa Raya II.
- empayar ini berkembang sampai ke Tamil Nadu n Vijayanagaram menjadi ibu kota empayar n antara terbesar dalam benua India.
- orang2 asing melawat banyak mencatatkan mengenai pemerintahan dinasti Shangam.
- sebesar2 raja pemerintah waktu itu dalam empayar itu namanya Krishna Dewa Rayer (1509-1529M).
- baginda berjaya meluaskan kawasan empayar sampai kawasan baru juga berbaik dengan wizurai Portugis iaitu albuquerque selain membenarkan koloni Portugis membina kubu di Bhatkal.

Kemunduran Vijayanagaram

- raja terakhir sekali dr dinasti Shangam ialah Rama Raja.
- baginda dikalahkan oleh tentera bersekutu kesultanan2 Islam di Talaikottai tahon 1565 M.
- Talaikottai dirampas n Talaikottai mendapat jolokan 'Waterloo Vijayanagaram.'

Pelawat Asing Terkenal di Vijayanagaram

1. Niccolo Conti dr Italia
2. Abdul Razank, duta besar negeri Timor ditempatkan di Istana Zamorin di Kolkata.
3. Paes n Nonitz dari Portugal, memuji2 Vijayanagaram.

Kerajaan2 Lain Di Selatan India

- Kesultanan Bhamini dibangunkan tahon 1347M, kesultanan ini bergaduh dengan Vijayanagaram n akhirnya pecah jd lima negeri n smuanya mempunyai penduduk Islam majoriti.
- lima negeri yang terpecah dr kesultanan Bhamini menjadi Ahmednagar, Beran, Bidar, Bijapur, n Golkundha.
- lima2 negeri ini asik bertelagah n memudahkan kerja Rama Rayer dr Vijayanagaram menghasut2 n memecahbelahkan negeri2 ini antara tahon 1541-1566M.
- kemudian amir2 dalam negeri2 ini sedar kesilapan mereka lalu menubuhkan smula persekutuan melawan Vijayanagaram sampai dapat merampas Talaikottai tahon 1565M.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 11:42 PM | Show all posts


Tinggalan dalam Bandar Hampi, Vijayanagaram









Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2010 12:06 AM | Show all posts
Mongol

- bangsa suka bernomad dalam kawasan Asia Tengah (Central Asia), tp x lama kemudian keluar menakluk negeri lain.
- menjelang kuron ke-13 M menjadi penakluk terkenal.

Chingiz Khan

- Chingkies Khan menjadi ketua puak Mongol tahon 1206 M.
- bawah pimpinannya, orang2 Mongolia menempuh masuk China Utara, Azerbaijan, Georgia n utara Tanah Farsi.
- Chingkies Khan juga melanggar Transoxania n Bokhara.
- Kemudian menawan Samarqand, memusnahkan Nishabur, Khorasan, n Mery.
- mereka juga mengalahkan orang Russia tahon 1223 M n  x lama lepas itu kembali smula ke benua Asia (Mongol).

Kubilai Khan

- zaman dia adalah zaman keemasan orang Mongol, selain dia jugak menjadi maharaja dinasti Yuan (Mongol) di kawasan Han (China) tahon 1259 M, China dolu bukan macam republik rakyat China hari ini, kesilapan orang2 hari ini menganggap zaman dolu2 sama macam sekarang n x berubah2.
- kubilai jugak minat sastera, ilmu pengetahuan, agama orang China, juga membina Egambalukh atau Beijing.
- kemangkatan kubilai khan sekaligus menamatkan penguasaan Mongol dalam kawasan China n orang Han menjadi maharaja balik iaitu dinasti Ming.

Kubilai Khan di Asia Tenggara

- pernah hantar ekspedisi tentera ke Chempa tahon 1285 M serta menakluki negara kota Vijaya.
- tiba2 saja askar terpaksa diundurkan sb ada penyakit menular dalam Vijaya.
- tahon 1285 n 1288 M, dia memimpin satu lagi angkatan perang ke Annam n Chempa sekaligus memasukkan kawasan tersebut dalam wilayah naungan Mongol China.
- tahon 1287, Kubilai Khan jugak melanggar Bagan ibu kota kerajaan Burma.
- tahon 1292, satu lagi angkatan dihantar ke Pulau Jowo masa itu bawah sapa, Hayam Wurok.
- tahon 1294, kerajaan Chiengmai n kerajaan Sukhothai menghantar ufti kpd dinasti Yuan.
- pengembara nama Marco Polo pernah tinggal dalam China masa dinasti Yuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 1-4-2010 00:36

Mughal (Mongol India)

- sultan pertama kesultanan Moghul di India adalah Babur tahon 1526 M.
- Babur mengalahkan sultan Ibrahim Lodi dr dinasti Lodi di Panipat.
- Ibrahim Lodi terbunoh dalam pertempuran n dinasti Lodi tamat di situ.

Babur

- beliau keturunan Timorid di sebelah bapa n Chingkies Khan sebelah ibunya.
- Timorid ni sejenis orang Turki-Mongol (Chagatay Turk) yang di'Farsikan berasal dr Asia Tengah, n keturunan Timurid hari ni banyak di Mesoptamia, Kaukasus, India-Pakistan, Iran, Afghanistan moden, n Asia Tengah sniri.
- lepas mengalahkan Ibrahim Lodi, Babur menggantikan kesultanan Delhi n memulakan dinasti Moghul.
- dalam pertempuran di Sikri (1627M) n Ghagra (1529M), kawasan utara India masuk bawah pentadbiran Moghul.
- saat Babur meninggal tahon 1530 M n dinasti Moghul meluaskan kawasan pemerintahan dr Punjab sampai sempadan Bengal, dr Himalaya ke Gwalior.

Humayun

- dia ni anak Babur n maksud nama dia adalah 'nasib baik' dalam basa Farsi.
- namun nasibnya x baik mcm namanya sb dia sentiasa diasak oleh musuh dr Gujerat, Bihar, n Bengal.
- masa lawan dengan pembesar Afghan di Bihar, iaitu Sher Khan, dia kalah.
- pertempouran di Chausa (1539) n Kanauj (1540), beliau hampir terbunoh tapi dapat lepaskan diri.
- beliau ke merata2 tempat n cuba mengambil balik takhtanya tp x jaya.
- makanya beliau tinggal sebentar dalam tanah Farsi.
- tahon 1555 M, bantuan Shah Farsi diterima Humayun n beliau dapat masuk smula ke benua India n dapat smula kesultanannya.
- sebelum sempat mengukuhkan kesultanan dia pon meninggal.

Akbar

- anak kpd Humayun n menjadi sultan semasa usia 15 tahon pada tahon 1556M.
- umor 21 tahon, dia dapat mengukuhkan kesultanan n melawan halangan2 yang dibuat bapa saudara serta penjaganya Bairam Khan.
- dia juga menakluki Malva, Chittur, Ghondvana, Gujerat, Bengal, Sindh, Qandahar, Qandesh, n Ahmadnagar, selain menyatukan smua negara2 ini.

Pembaharuan Akbar

- beliau ni seorang yang berfahaman plural walaupon beragama Islam n terlalu toleransi melampau dengan non-muslim sampai x tahu apa pendirian agamanya, tp bagi stengah orang beliau ni pemerintah yang terbaik lah sb toleransi kpd orang non-muslim.
- orang Hindu boleh menjalankan kewajiban agama x ada masalah.
- orang Hindu juga x payah bayar jizyah n pegawai2 Islam boleh kahwin dengan wanita2 Hindu x payah bersalin agama.
- beliau sniri kawin dengan wanita kasta Rajaputra juga beliau memberi jawatan tinggi2 kat orang Hindu
- pendidikan turut dipertingkatkan.
- cuba menyatukan negeri2 dalam pemerintahan kesultanan Moghul n memperkenalkan agama baru iaitu Din Ilahi dengan mempunyai asas2 baik dr ajaran Islam n Hindu serta agama2 lain mcm Zoroaster n Buddha, tp agama ini x ada pengikot sangat pon.

Lain2 Sultan Moghul

Jahangir
Shah Jehan
Aurengzeb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2010 01:09 AM | Show all posts
Perang Salib

- sampai lewat abad kurun ke-5M, x ada la pergadohan besar antara umat Islam dengan orang Krist sb orang2 Islam Arab selalunya bertoleransi dengan penganut agama lain mcm orang Yahudi atau Krist, jarang menganiayai orang2 Yahudi n Krist walaupon berkuasa.
- kesannya, ramai penganut Islam n Krist duduk sebelah menyebelah, ini di Asia Barat sana shj bkn di EU atau Asia Tenggara.
- bila umat Islam masuk ke Basiluna tahon 1022 M, orang Krist pon x ambil berat sangat n hanya anggap sbg satu kekacauan biasa.

Perubahan

- keadaan berubah pada pertengahan akhir kurun ke-10 M.
- tahon 1076M, orang Islam Turki dinasti Seljuq menawan Baitulmaqdis dalam Urusalim dr penguasaan orang Islam Arab.
- orang Islam Turki lebih fanatik pegangan agamanya drpd orang Islam Arab (ada orang Arab Asli yang menganut agama Krist n Yahudi) selain menganggap Urusalem sbg tempat suci serta x membenarkan orang Krist keluar masok sewenang2nya di tempat itu.
- orang2 Krist dicaci oleh mereka n kena bayar cukai tinggi dahulu baru boleh masuk dalam tanah suci.
- kekuatan orang Islam Turki bertambah bila empayar Othmaniah mengalahkan Byzantium sekitar tahon 1071 M, serta mengalahkan orang Krist di Zallaca tahon 1086 M.

- tahon 1095 M, Pope Urbanus mengadakan mesyuarat di Clermont di Perancis mencari jalan menghalang kemaraan orang Islam Turki n hasil mesyuarat adalah perang salib I.

Perang Salib I

- tujuannya nak melawan bani Seljuq n raja2 Europa bersekutu untuk lawan.
- selain itu membebaskan Urusalem drpd orang kafir (Islam) n menjadikannya tempat beziarah yang selamat.
- perang salib pertama, orang Krist Katolikos berjaya menawan Urusalem.

Perang Salib II

- tahon 1187 M, bani Seljuq berjaya menawan semula menawan balik dr puak Katolikos.

Perang Salib III

- orang Katolikos cuba nak rampas semula Urusalem dr puak Seljuq tp x jaya.
- tp puak Katolikos berjaya rampas bandar Seljuq bernama Acre n akhirnya puak Seljuqi membenarkanlah orang Krist ziarah Urusalem smula dengan tenang2.
- empat kali serangan nak ambil Urusalem oleh puak Katolikos pon x berjaya membawanya keluar dr pentadbiran Seljuq.

Kesan Perang Salib

- walaupon banyak kali cubaan puak Katolikos nak mengambil Urusalem x berjaya tp banyak hal jg mereka berjaya.
- mereka dapat melambatkan kemaraan umat Islam Turki di Europa n melambatkan kejatuhan Konstantinople slama tiga kuron.
- semangat dr perang salib ini menyebabkan mereka berjaya menghalau umat Islam Arab keluar dr Sepanyol n Portugal.
- peraturan Feudalism di Europa pon dilanggar bila banyak bangsawan pon turun perang x balik2 lagi n sebilangan kecil yang dapat balik smula pon menjatuhkan sistem kehidupan feudal.
- kejatuhan feudal mula membawa kpd kerajaan2 bersekutu.

- bandar2 besar juga menjadi maju sb mula bebas dr orang2 bangsawan.
- perniagaan Timor n Barat pon meningkat n ilmu pengetahuan berpindah2.
- pedoman belayar n kilang angin pon pon dipindahkan ke negara2 Barat oleh orang2 yang mengikot perang salib.
- ilmu2 matematik, ilmu perubatan, ilmu rekabentuk bangunan mcm dinding berlapis2 berbanding bangunan Europa hanya selapis dibawa balik dr Timor ke Barat.
- bangunan berlapis2 sbenarnya adalah ilmu seni bina bangunan kubu orang Turki, itu satu sebab orang Europa susah nak tembus kubu orang Turki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 01:23 AM | Show all posts
Bani Seljuq

- Seljuq adalah persekutuan orang2 Turki masa zaman sultan Mahmoud Sabaktakin.
- mereka bernomad dr tanah air asal mereka di Asia Tengah sana lepas diberikan tempat tinggal di Asia Kecil.
- Kabilah ini berasal dr jurai orang Turki suku Gez, keturunan Seljuq Ben Taklak, datang dr Turkistan bawah pemerintahan raja Turki bernama Bigu.
- Taklak adalah ketua puak, tempat anak cucu minta hukum dalam banyak perkara n anaknya nama Seljuq.
- Seljuq ni orang kanan raja Turkistan n dilantik jadi panglima perang.
- permaisuri raja Bigu hasut raja supaya bunuh Seljuq sebab nampak pengaruhnya makin lama makin besar drpd pengaruh raja, takot jadi rampasan kuasa.

- hal ini kedengaran kpd Seljuq maka pengikut dr sukunya pon pindah ke negeri Islam.
- kesultanan Islam waktu itu yang dekat dengan mereka adalah Sabaktakin.
- mereka disambut baik oleh sultan n orang2 Sabaktakin.
- mereka diberi tanah di Sihun n memeluk ajaran Islam.
- dr situ juga mereka menyerang negeri lama mereka iaitu negeri Turkistan.
- Seljuq ni asalnya nama orang, n dia asalnya bukan penganut Islam tapi memeluk ajaran Islam sama2 dengan pengikut2nya lepas lari dr negeri asal.
- Seljuq lain, Othmaniah pula lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 02:03 PM | Show all posts
Kesan Perang Salib

- Kebangkitan bandar2 baru n perdagangan antara timor n barat, orang2 kaya bandar2 besar banyak jatoh miskin n bandar2 mula bebas dr pengaruh orang2 besar itu, para saudagar dapat tandatangan surat perjanjian iaitu bebas berdagang lepas tinggal setahon dalam mana2 pekan n mereka dibenarkan bermesyuarat, susun undang2 perniagaan, n buat dasar sniri.

- wujud smula pasar2 sb sblom itu para saudagar terpaksa bernomad2 untuk berjual beli.

- wujud juga bandar2 selepas perang salib seperti Cologne, Lubek, Danzig, n Hamburg dalam negara Jerman skarang. Orang2 di situ cuba mempertahan diri dr raja2 yg lemah tapi tamak dengan membangunkan pertubuhan yg dinamakan sbg Hanseatic dan ia berkuasa serta ada tentera laut dan darat sniri, juga pegang smua perniagaan di Europa sampai kuron ke-15 M.

- bandar2 lain yg penting serta maju juga wujud seperti London, Florencia, Antwerp, Venezia, n Genova.

- munculnya bandar2 maju tersebut menjadikan perniagaan lebih teratur mewujudkan persatuan2 pedagang n pertukangan. persatuan2 ada yang menjaga masuk keluar barangan n menetapkan harganya. ada juga persatuan yang menjaga kebajikan pekerja dalam beberapa bidang pekerjaan.

- kewujudan pengembara2 selepas perang salib membantu kemajuan perpindahan ilmu misalnya

1) marco polo
2) ibno batutta
3) bunyamin taudala orang yahudi (1160-1173)
4) yaqut pengembara arab yang menulis kitab ilmu bumi sekitar akhir kuron ke-12 M
5) juan dr pian de carpini orang umbria yang membuat rundingan di istana mongol melawan kesultanan Islam sekitar abad ke-12 M
6) william rubruck yg diperintah king louise dr Perancis jumpa dengan Khan Besar
7) frater juan de monte corvino yg mengembara ke beijing bg menjaga bangunan agama krist sekitar tahon 1289 M
8) frater oderic dr pordeone mengembara ke benua China antara tahon 1324-1329 M serta membuat catatan mengenai benua tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 02:46 PM | Show all posts
Pemulaan Zaman Baru

- kebangkitan kebudayaan Europa Barat terjadi lepas perang salib apabila mereka bertemu dengan orang sebelah Timur Tengah n Asia Kecil mempelajari ilmu2 bangsa Yunani yg dimajukan n diperhalusi di Konstantinople.
- muncul golongan pertengahan yang memajukan bahasa sendiri, menghidupkan smula undang2 Roma n merintis pembelajaran baru yang membawa kpd renaissance dari abad ke-14 M sampai abad ke-16 M.
- pembelajaran bukan sahaja terbatas kpd kesusasteraan n persuratan tetapi juga merangkumi bidang seperti ilmu seni bina n biologi.

Tamat Zaman Pertengahan

- kedatangan Renaissance bermula sekitar abad ke-14 M.
- kurun ke-15 M, Europa Barat mula masok ke zaman baru.
- zaman pertengahan dikira bermula antara kuron ke-5 M sampai kuron ke-15 M.

Renaissance

- maknanya kemunculan semula bg menerangkan perubahan yg berlaku dalam pemikiran manusia serta sudut pandangan mereka terhadap pembelajaran dalam kurun ke-14 M sampai ke-15 M.
- ia dizahirkan sebagai kelahiran semula ilmu2 Yunani n Roman dalam bentuk yang baru serta banyak pemikiran2 falsafah Yunani n Roma yg x begitu diketahui oleh orang2 Europa Barat zaman pertengahan diakibatkan oleh kongkongan melampau igreja mereka, iaitu gereja Katolik Roma selain disebabkan oleh peperangan dengan golongan Teutonik n Jermanik.
- 15 kuron barulah mereka dapat mempelajari smula ilmu2 lama yg terpendam itu pon dengan perhubungan dengan bangsa2 timur.

Tinggalan Greek pada tamadun Barat

- mereka ni bg setengah ahli sejarah adalah lanun, ahli2 perniagaan, serta ahli pelayaran.
- berkuasa di lautan mediteranean n menguasai kerajaan orang Phonecian (bangsa Arab asli) serta mengambil ilmu mereka sedikit sebanyak antaranya termasuklah sistem tulisan.
- mereka juga membina empayar Byzantium melalui se;at Bosphorus n membuat kediaman sekeliling laut itam.
- tidak cukop situ saja, mereka juga tinggal di kawasan2 seperti di Mesir, Naples, n Marseilles di Perancis.

Warisan Greek

- mereka ada tinggalkan kuil2 n rumah berhala.
- mencipta lakon wayang.
- ahli mesyuarat n pendebat yang baik sebab mereka suka bertikam lidah (orang Israel n orang Greek sbenarnya orang Greek lagi jahat n bebal, lepas tu orang Armenia sb orang Israel pon boleh dipulas telinga oleh mereka)
- mempunyai sistem pemerintahan demokrasi yang mula2
- memandang tinggi kpd kekuatan fizikal serta menganjurkan sukan olimpik beradu tenaga ahli sukan
- mempunyai dewa2 mewakili sifat2 seperti pembohong, pencuri, penzina, n pembunoh kerana kebanyakan mereka x menghormati kebenaran n kebaikan
- pendeta2 mereka juga menunjukkan bahawa mereka tidak begitu menghormati kebenaran n kebaikan dalam karangan2 keagamaan mereka
- mereka maju dalam ilmu sains n teknologi, tp x pandai ilmu2 kira mengira, walaupon mereka ada memberikan asas dalam ilmu geometri, trigonometri, n kalkulus.
- mereka juga tau ilmu perubatan serta ada pengetahuan mengenai bumi n langit
- mereka tau bumi bulat n cuba mengukur keliling bumi
- seorang ahli sains Greek sniri sudah membuat teori bahawa bumi berpusing mengelilingi matahari serta matahari menjadi pusat peredaran bintang2 (planet) lama sblom orang Europa Barat menganut Krist
- 17 kuron lamanya Europa Barat cuba mendapatkan balik ilmu2 orang Greek ini

Barang Tinggalan Greek

- mereka cipta sauh untuk kapal bg membolehkan ia berlaboh.
- mula2 skalik membuat matawang logam juga mengajarkan cara berniaga dengan utang piutang.
- 2000 tahon lepas kejatuhan tanah Greece atau Yunani, ahli2 sains masih menggunakan istilah2 bahasa Greek atau Yunani bg menamakan perkakasan eksperimen dalam zaman mereka.

Tinggalan Roman

- lebih kurang mcm orang Greece gak ada banyak warisan tinggalan.
- pandai buat jalan raya, tali air, pancur air, tempat2 mandi n sarkis.
- juga pandai dalam hal kewangan, perniagaan, juga cukai2 (ni jadik warisan British pula).
- pandai jugak memerintah jajahan taklok.
- memperkenalkan undang2 mereka juga keamanan cara mereka.
- sampai harini undang2 Roma menjadi asas undang2 Europa utamanya Europa Barat.

Pemandangan Baru

- wujud smual kebudayaan2 bermula di Italia, utamanya dilihat dalam kesusasteraan mereka.
- Petrarch (1304-1374) juga tertarik dengan hasil kerja penulis2 Latin seperti Cicero, Virgil, n Livy.
- makanya Petrarch menganjurkan kelas2 penulisan klasik di Italia n tradisinya disambung oleh Boccacio, anak muridnya.
- lepas konstantinople jatuh ke dalam jajahan Othmaniah tahon 1453M, ramai penuntut2 Yunani (Greek) pindah ke Italia.
- mereka bawa sama penulisan mereka n mengembangkan pembelajaran Yunani (Greek) di Italia.
- zaman Renaissance pula, ahli2 seni lukis n arca meneruskan citra orang Yunani (Greek) misalnya dilihat pd arca san pedro di roma serta timbul pelukis2 seperti Leonardo da Vinci, Rafael, Michel Angelo n Titano.
- dr Italia, Renaissance merebak ke Perancis, Jerman, n England.
- bhs Greek n Latin jadik pembelajaran penting dalam negara2 Europa Barat smpai hari ini.

Ciptaan2 Baru

- ilmu sains teknologi antara yang berpengaruh pd zaman Renaissance.
- Gutenberg mencipta alat pengecap memudahkan cap buku2 belajar.
- pedoman ahli pelayaran juga penciptaan ubat2 bedil (meriam) mengubah cara pelayaran n perang (portugis n spanyol boleh ke timur n bedil negara2 orang lain smbil berniaga).
- copernicus mengutarakan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari bukan sebaliknya (ptolemy dh cakap dolu).
- Galileo Galilei memperbaiki fungsi alat2 peneropong yg boleh guna untuk tgk angkasa.
- Kepler menyelaraskan teori pergerakan bintang n meletakkan asas bagi penyiasatan bintang.
- Newton dapat ilham mengenai tarikan graviti dr buah epal yg jatoh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 02:48 PM | Show all posts
perang salib, perang yg aku paling minat dlm sejarah dunia/islam
-pasal pertembungan tamadun dan watak2 yg terlibat
-tp pada masa sama perang salib ni berlaku, mongol tgah menggasak negara2 lain kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 02:52 PM | Show all posts
perang salib, perang yg aku paling minat dlm sejarah dunia/islam
-pasal pertembungan tamadun dan watak2 yg terlibat
-tp pada masa sama perang salib ni berlaku, mongol tgah menggasak negara2 lain kan ...
sekngucing Post at 1-4-2010 14:48


yah, waktu yg lebih kurang n perang salib terjadi antara igreja katolik roma dengan kawasan timor, sbenarnya orang ortodoks byzantine termasok orang arab pengikut aliran gereja ortodoks pon kena seksa dengan rombongan salib... salahuddin al'ayyubi pon ada terlibat dalam perang salib tp beliau jaga bahagian mesir kalau x silap n sekitar abad ke-11 M, abad2 ni orang Turki bani Seljuq pon dah menganut Islam n membuat kacau di Urusalem, kata ahli sejarah lar bukan kita, .
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 03:30 PM | Show all posts
kalau la, org islam dan kristian bleh bersatu lawan mongol masa tu, mesti kesultanan abbasiyah terselamat kan?
-ke aku mimpi wakakaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 03:38 PM | Show all posts
x ada kerajaan Krist sebelah Timor masa itu kecuali sebelah Byzantine n dorang tu bangsa Romawi-Greek. raja2 Arab penganut Krist sebelah Syria banyaknya berlindung dengan Byzantine. orang krist sniri minta tolong Mongol hancurkan kesultanan n daulah orang Islam, sebab bagi mereka ms itu orang Islam adalah kafir sm macam orang sini la kata kat orang lain kafir serta mengancam akidah Krist

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 03:42 PM | Show all posts
org kristian pun minta mongol hancurkan islam kaa?
-bukan ke mongol mara smpai ke utara dan bakar kiev, musnahkan vienna ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 03:44 PM | Show all posts
Kesenian n Ikonografi Byzantine








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 03:47 PM | Show all posts
org kristian pun minta mongol hancurkan islam kaa?
-bukan ke mongol mara smpai ke utara dan bakar kiev, musnahkan vienna ke?
sekngucing Post at 1-4-2010 15:42


dorang harap mongol boleh hancurkan daulah Islam, tp dorang pon x berani nak cakap dengan mongol... bila mongol berjaya pukul daulah islamiah, mereka akan hantar perutusan tahniah kat mongol... sbenarnya mongol timurlane yang tangkap sultan beyazid dr daulah Othmaniah tu pon beragama Islam juga, tp dia bermazhab Shi'ah Isma'ili, dia anggap orang bukan Shi'ah sbg kafir... orang Turki sniri kebanyakannya fanatik beragama jika nak dibandingkan dengan orang Arab sniri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 03:49 PM | Show all posts
Gambaran Timurlane

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059770 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list