CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuaya

PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ AHLUS SUNNAH TENTANG IBNU TAIMIYAH

[Copy link]
Post time 1-5-2010 12:39 PM | Show all posts
ULAMA-ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN KISAH TAUBATNYA TAIMIAH.

Selain Imam Ibnu Hajar Al-As ...
abuaya Post at 29-4-2010 10:47


hmmm.. ko tak baca apa pendapat peribadi Ibnu Hajar Al-Asqolani yg aku postkan. ( masih terkial2 guna hujah yang sama)

Memang tersangat pelik orang yg mengatakan Ibnu Taimiyah bertaubat dari salaf dan mengikuti asy'ariyah!

[size=130%]Perkataan Ibnu Taimiyyah Berkaitan al-Asy’ariyah

Al-Asy’ariyah adalah pertentangan dengan (golongan) hululiyah (golongan yang berpendapat bahawa Allah menyatu dengan makhluk). Pendapat mereka ini menimbulkan kesan/akibat ta’thil dan (menzahirkan keyakinan) bahawa Allah tidak berada di alam semesta ini atau pun luarnya. Juga (membawa maksud) bahawa perkataan-perkataan Allah semuanya adalah satu. Sehingga makna ayat al-Kursi, ayat agama, taurat, injil adalah sama. Ini telah jelas merupakan suatu bentuk fahaman yang buruk dan batil.

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/310.

Sesungguhnya Bid’ah-bid’ah itu diambil daripada kufur dan akan kembali kepadanya.

Sesungguhnya al-Mu’tazilah adalah pondan Falsafah dan al-Asy’ariyah pula adalah pondan Muktazilah.

Mu’tazilah adalah Jahmiyyah Jantan manakala al-Asy’ariyah adalah Jahmiah Betina.


Mereka adalah golongan al-Asy’ariyah (pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu al-Hasan) al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.


Tetapi, dengan semata-mata bernisbah kepada al-Asy’ari adalah bid’ah, lebih-lebih lagi dengan melakukannya membawa sangkaan baik dengan semua orang yang bernisbah kepadanya dan membuka pintu kejahatan.

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/359-360.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 01:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 1-5-2010 13:14
Ramai yang tidak mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiah sekadar dari bacaan kitabnya sahaja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan kebenaran dengan telus dan ikhlas.
Dari sebab itu mereka (seperti Wahhabiyah) sekadar berpegang dengan akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiah khususnya dalam permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat ” Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa”.

abuaya Post at 29-4-2010 10:45


Lebih ramai yang terpesona dengan fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh ahlul-bid'ah terhadap Ibnu Taimiyah dengan menuduhnya Tajsim sedangkan Ibnu Taimiyah sangat menentangnya;

Mereka yang mengatakan Allah berjisim tetapi tidak sama dengan jisim yang lain. Pendapat ini dikemukakan oleh sekumpulan al-Mutakallimin, seperti yang diulas oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah:

Pandangan yang masyhur daripada puak al-Karramiah dan selain mereka adalah Allah berjisim, tetapi mereka menafsirkannya dengan makna Allah wujud atau berdiri sendiri, bukan dengan makna murakkab (Allah memerlukan kepada yang lain). Telah berlaku kesepakatan di kalangan umat Islam bahawa sesiapa yang mengatakan Allah berjisim, dan jika yang dikehendaki dengan kata-kata ini hanya dari sudut maknanya (seperti yang ditafsirkan di atas), maka dia dikatakan betul dari sudut maknanya tetapi silap dari sudut lafaznya.(Minhaj al-Sunnah)



Mereka yang mengatakan bahawa Allah menyerupai makhluk-Nya dan mereka menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang ada pada sesuatu jisim. Umat Islam sepakat bahawa golongan yang berpendapat seperti ini berpegang dengan pendapat yang salah dan batil. Berkata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah:

Ada pun jenis golongan yang kedua, ia adalah yang keterlaluan. Diriwayatkan daripada mereka bahawa mereka mengatakan: “Dia (Allah) berdaging dan bertulang dan sebagainya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan. Golongan sebegini, pendapat mereka tenyata amat batil dan rosak. Kalaulah berdaging dan bertulang seperti yang boleh difikir, nescaya haruslah ke atas-Nya apa yang harus berlaku kepada segala yang bersifat begitu. Inilah kesan dari tindakan menyamakan (tamtsil) Allah dengan yang lain padahal Allah telah menafikan semua itu daripada zat-Nya.


Beliau menegaskan lagi:

Para al-Salaf dan imam (Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah) bersepakat atas mengingkari golongan al-Musyabbihahyang berkata: “Penglihatan Allah seperti penglihatanku, tangan-Nya seperti tanganku, kaki-Nya seperti kakiku”.(Dar’u Ta‘arudh, jld. 10,)

Bahkan pendapat yang mengatakan “Allah Azza wa Jalla adalah seperti jisim yang sama dengan jisim-jisim lain secara mutlak”, tidak pernah dikatakan oleh seorang pun di kalangan kumpulan terdahulu di kalangan umat Islam (generasi al-Salaf al-Shalih).(Dar’u Ta‘arudh, jld. 4, )

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menegaskan:
Ada pun perkataan jisim dan jirim, sama ada dalam konteks menafikan atau menetapkan kedua-duanya, maka ia adalah satu bid‘ah yang tidak memiliki asal usul dalam al-Qur’an mahu pun al-Sunnah, dan tidak pernah disebut oleh seorang jua daripada kalangan para imam (Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah) dan generasi al-Salaf, sama ada untuk menafikannya atau menetapkannya.(Dar’u Ta‘arudh, jld. 4)

Seterusnya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata:  
Seandainya mereka semua (golongan al-Mutakallimun, al-Musyabbihah dan al-Mujassimah) berpegang dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, nescaya mereka bersepakat dan bersatu sebagaimana persepakatan yang terbina di kalangan Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Hadis. Sesungguhnya para imam Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Hadis tidak pernah berselisih sedikit pun dari perkara yang menjadi usul dalam hal agama. Justeru tidak seorang jua di kalangan mereka yang pernah berkata: “Allah berjisim” atau mengatakan: “Allah tidak berjisim”.
(Dar’u Ta‘arudh, jld. 10)
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 12:14 PM | Show all posts
Sesungguhnya Bid’ah-bid’ah itu diambil daripada kufur dan akan kembali kepadanya.

Sesungguhnya al-Mu’tazilah adalah pondan Falsafah dan al-Asy’ariyah pula adalah pondan Muktazilah.

Mu’tazilah adalah Jahmiyyah Jantan manakala al-Asy’ariyah adalah Jahmiah Betina.

Nazrulism Post at 1-5-2010 12:39

Maap.....
Tapi apa yang aku perhatikan hang telah menjadi bapak kepada sekelian pondan-pondan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:55 PM | Show all posts
Maap.....
Tapi apa yang aku perhatikan hang telah menjadi bapak kepada sekelian pondan-pondan ...
salikin Post at 2-5-2010 12:14

Sesungguhnya Bid’ah-bid’ah itu diambil daripada kufur dan akan kembali kepadanya.

Sesungguhnya al-Mu’tazilah adalah pondan Falsafah dan al-Asy’ariyah pula adalah pondan Muktazilah.

Mu’tazilah adalah Jahmiyyah Jantan manakala al-Asy’ariyah adalah Jahmiah Betina.

Nazrulism Post at 1-5-2010 12:39


... Bila pulak aku jadi bapak ko (sekelian pondan2) ?

Patutlah puak2 Asy'ariah, Muktazilah dan Jahmiah marah sangat pada Ibnu Taimiyah.. sehingga dikatakan beliau menjunjung kitab Asy'ariah... konon2 Ibnu Taimiyah 'tobat' dan jadi penganut Asy'ariah !:re:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:54 AM | Show all posts
mungkin la ada orang claim kitab al-ibanah(kitab putih) tulisan abul hasan semasa taubat tu diubah wahabi,

tp ibnu taimiyah ada ka kitab taubat dier?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:06 PM | Show all posts
Reply  abuaya

gua tak sensitip bab2 nak panggil gua sengal

tapi gua hangin bila orang main tu ...
aper KECIK SANGAT KE PEMIKIRAN LU sampai bila orang tanya je LU NAK COP ORANG MACAM TUH?
gunblade712 Post at 28-4-2010 20:30

Lu la vulnerable wei…gua Cuma suruh lu buangt pahaman wahabi lu…kalau lu bukan wahabi, lu ikut la apa perkataan ulamak2 Sunni yang gua dah bawakan tu…dan lu ikutlah IJMAK depa!! Kalau lu bukan wahabi dan kalau lu punya pemikiran begitu punya besaq, lu jangan panggil org SENGAALLLLL laaaaahhhh brother!! Lu cakap je lah ‘gua bukan wahabi’ tanpa perlu nak menyengalkan org!!!
lu tak jawab soalan gua lagi.. ITU KE CARA "AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH" yang KO IKUT?

Lu pun tak jawab soalan gua jugak!! Lu bangkang ke ijmak ulamak pasal Si Taimiyah tu?!!  Lagi satu, lu menyengalkan org tu lu ikut siapa?
aku cadangkan kau belajar sabar dan fikir sebelum cakap dulu sebelum kau nak berbincang bab2 gini..

Gua cadangkan lu jangan panggil org sengal bila lu sendiri senstitip!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2010 08:07 PM | Show all posts
tak susah, coz soalan aku simple je, dari awal lagi aku dah tanya tapi ko terlalu sibuk dengan s ...
gunblade712 Post at 28-4-2010 20:32



    Habis ko dah ada jawapan ke pasal ulamak guna hadis khawarij tu? Selagi dia tak menyalahi tak menyalahi Al Quran dan hadith serta ijmak ko rasa salah ke kalau kita guna pendapat dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:09 PM | Show all posts
Blog itu yg ko jadikan rujukan!

Penulisnya lebih banyak menunjukkan dirinya adalah muktazilah.)

1. Banyak guna hadits palsu
2. Mentakwil sifat-sifat Allah.
3. Keyakinan makhluk pertama adalah nurmuhammad. ...
Nazrulism Post at 30-4-2010 18:47


Ko mabuk ke? sama ke tuan punya blog dengan tuan punya artikel tuh???!! Haiyyaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2010 08:10 PM | Show all posts
Ahli bid'ah merujuk pada kitab Ibnu Hajar al-‘Asqolaany - ad-Durar al-Kaminah fi a’yaan mi-ah ats-tsaaminah , akan terlihat bahwa kisah bertobatnya Ibnu Taimiyyah di hadapan majlis para 'Ulamak’ waktu itu terjadi di tahun 707 H. Ini bermakna selama 21 tahun Ibn Taimiyyah menganut fahaman Asy'ari. Jadi kenapa Ibnu Taimiyyah mati didalam penjara ?.

Ko rasa si banduan taimiyah ni masuk keluar jel sekali je ke?
Kuat betul Ahli Bidaah berkhayal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:12 PM | Show all posts
hmmm.. ko tak baca apa pendapat peribadi Ibnu Hajar Al-Asqolani yg aku postkan. ( masih  ...
Nazrulism Post at 30-4-2010 19:39


tu je key g ko boleh harapkan? Apa kata ko tengok senarai para ulamak yg dok hentam Si Taimiyah tu…Ibnu hajar kata Taimiyah bertobat so dia puji pasal kes dia dah bertobat!
Ni Ustaz Zamihan Al Ghari tolonmg jawabkan bagi pihak aku:
Apa erti sesuatu pujian jika kita dapati terdapat bukti penyelewengan ilmiah yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah dalam masalah aqidah seperti qidamul alam (suatu yang baru tidak ada permulaan baginya), mengambil nas sifat secara zahir, takwil, maqam mahmud, nisbah al-Salaf, pendakwaan Injil, penafian majaz, talak tiga dan banyak lagi.

Apakah tuduhan tajsim dan nifaq daripada ulama yang sezaman Ibnu Taimiyah seperti Syihabuddin IBN JAHBAL(630-733H) di dalam kitabnya al-Haqaiq al-Jaliyyah, Imam Ibn Hajar AL-HAITHAMIdi dalam al-Fatawi al-Hadithiyyah, Imam Abd Wahab AL-IKHMIMI di dalam Munqidz min al-Zulal itu adalah dusta. (lihat biografinya dalam Zail al-Ibar m/s 141 juz 1, Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra, Ibn al-Subki m/s l23 juz 10).
Dan LAIN LAINNNN………

Kalau begitu haibatnya Taimiyah Apakah dalam kitab-kitab Ibnu hajar Asqalani ADA AJARAN-AJARAN SI BANDUAN TAIMIYYAH yang ditentang oleh kebanyakan para ulama itu? Tak ada beeebbbb!!!! Kalau Ibnu hajar ikut akidah Banduan taimiyah ni, dah tentu org pakat tolak Ibnu hajar time tu jughak!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:15 PM | Show all posts
[size=130%]Perkataan Ibnu Taimiyyah Berkaitan al-Asy’ariyah

Al-Asy’ariyah adalah pertentangan dengan (golongan) hululiyah (golongan yang berpendapat bahawa Allah menyatu dengan makhluk). Pendapat mereka ini menimbulkan kesan/akibat ta’thil dan (menzahirkan keyakinan) bahawa Allah tidak berada di alam semesta ini atau pun luarnya. Juga (membawa maksud) bahawa perkataan-perkataan Allah semuanya adalah satu. Sehingga makna ayat al-Kursi, ayat agama, taurat, injil adalah sama. Ini telah jelas merupakan suatu bentuk fahaman yang buruk dan batil.

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/310.

Sesungguhnya Bid’ah-bid’ah itu diambil daripada kufur dan akan kembali kepadanya.

Sesungguhnya al-Mu’tazilah adalah pondan Falsafah dan al-Asy’ariyah pula adalah pondan Muktazilah.

Mu’tazilah adalah Jahmiyyah Jantan manakala al-Asy’ariyah adalah Jahmiah Betina.


Mereka adalah golongan al-Asy’ariyah (pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu al-Hasan) al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.


Tetapi, dengan semata-mata bernisbah kepada al-Asy’ari adalah bid’ah, lebih-lebih lagi dengan melakukannya membawa sangkaan baik dengan semua orang yang bernisbah kepadanya dan membuka pintu kejahatan.

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/359-360.
Nazrulism Post at 30-4-2010 19:39


geng2 Ahli Bidaah ni percaya sangat imam bidaah depa..

Yang ni ko tak mau ambik?

Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :

إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:


“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

boleh aku panggil Taimiyah pondan wahabi? Atau wahabi pondan Taimiyah...aku cuma tiru kata2 Taimiyah je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:16 PM | Show all posts
LAGI PANDANGAN ULAMA' AHLUS SUNNAH MENGENAI TAIMIYAH


Pengarang kitab Kifayatul Akhyar SyekhTaqiyy ad-Din al Hushni (W 829 H), setelah menuturkan bahwa para ulama dari empat madzhab menyatakan Ibnu Taimiyah sesat, dalam kitabnya Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa tamarrada beliau menyatakan: “Maka dengan demikian, kekufuran Ibnu Taimiyah adalah hal yang disepakati oleh para ulama”.

Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: ”Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terjangnya (Ibnu Taimiyah), hingga saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh; ternyata bahwa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama Syam dan Mesir serta ia dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah karena ia sombong, terlena oleh diri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan gandrunguntuk mengepalai dan memimpin para ulama dan sering melecehkan para ulama besar. “
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:18 PM | Show all posts
PARA ULAMA, AHLI FIQH DAN PARA QADHI YANG MEMBANTAH IBNU TAIMIYAH


    Berikut adalah nama-nama para ulama yang semasa dengan Ibnu Taimiyah (W 728 H) dan berdebat dengannya atau yang hidup setelahnya dan membantah serta menyerang pendapat-pendapatnya. Mereka adalah para ulamak dari empat madzhab; Syafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali:


1.Al Qadhi al Mufassir Badr ad-din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah asy-Syafi’i (W 733 H).

2.Al Qadhi Muhammad ibn al Hariri al Anshari al Hanafi.

3.Al Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al Maliki.

4.Al Qadhi Ahmad ibn ‘Umar al Maqdisi al Hanbali. Dengan fatwa empat Qadhi (hakim) dari empat madzhab ini, Ibnu Taimiyah dipenjara pada tahun 762 H. Peristiwa ini dihuraikan dalam ‘Uyun at-Tawarikh karya Ibnu Syakir al Kutubi, Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi karya tulisan Ibn al Mu’allim al Qurasyi.

5.Syiekh Shalih ibn Abdillah al Batha-ihi, beliau adalah pimpinan para ulamak di Munaybi’ ar-Rifa’i, kemudian menetap di Damaskus dan wafat tahun 707 H. Beliau adalah salah seorang yang menolak pendapat Ibnu Taimiyah dan membantahnya seperti dijelaskan oleh Ahmad al-Witri dalam karyanya : Raudlah an- Nazhirin wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin. Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani juga menuturkan biografi Syekh Shalih ini dalam ad-Durar al Kaminah.

6.Syiekh Kamal ad-Din Muhammad ibn Abu al Hasan Ali as-Siraj ar-Rifa’i al Qurasyi dalam : - Tuffah al Arwah wa Fattah al Arbah. Beliau ini semasa dengan Ibnu Taimiyah.

7.Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) di Mesir; Ahmad ibn Ibrahim as-Surrruji al Hanafi (W 710 H) dalam : I’tiraadlat ‘Ala Ibn Taimiyah fi ‘Ilm al Kalam.

8.Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) madzhab Maliki di Mesir; Ali ibn Makhluf (W 718 H). Beliau berkata: "Ibnu Taimiyah beri’tiqod/berkeyakinan Tajsim. Dalam madzhab kami, orang yang meyakini I’tiqod ini telah kafir dan wajib dibunuh”.

9.Al-Faqih al-Mutakallim Syeikh taj al-Din Ahmad Ibn ‘ato’illah al-Iskandary al-Syaziliy (W 709H). Beliau adalah ulamak sufi semasa dengan ibn taimiyah.

10.Asy-Syiekh al Faqih Ali ibn Ya’qub al Bakri (W 724 H). Ketika Ibnu Taimiyah datang ke Mesir beliau mendatanginya dan bangun membantah serta mengingkari pendapat-pendapatnya.

11.Faqih Syams ad-Din Muhammad ibn ‘Adlan asy-Syafi’i (W 749 H). Beliau mengatakan: "Ibnu Taimiyah berkata; Allah berada di atas ‘Arsy dengan keberadaan di atas yang secara hakiki, dan Allah berbicara (berfirman) dengan huruf dan suara".

12.Al Hafizh al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki (W 756 H) dalam beberapa karyanya:
- Al I’tibar Bi Baqa al Jannah Wa an-Nar
- Ad-Durrah al Mudhiyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah.
- Syifa as-Saqam fi Ziyarah Khairi al Anam
- An-Nazhar al Muhaqqaq fi al Halif Bi ath-Thalaq al Mu’allaq,
- Naqd al Ijtima’ Wa al Iftiraq fi Masa-il al Ayman wa ath-Thalaq
- at-Tahqiq fi Mas-alah at Ta’liq
- Raf' asy-Syiqaq ‘An Mas-alah ath-Thalaq.

13.Al Muhaddits al Mufassir al Ushuli al Faqih Muhammad ibn ‘Umar ibn Makkiy, yang lebih dikenal dengan Ibn al Murahhil asy-Syafi’i (W716 H) beliau membantah dan menyerang Ibnu Taimiyah.

14.Al Hafizh Abu Sa’id Shalah ad-Din al ‘Ala-i (W. 761 H). Beliau mencela Ibnu Taimiyah seperti dijelaskan dalam:
- Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr, hlm .32-33, ini adalah sebuah karya Ibnu Thulun.
- Ahadits Ziyarah Qabr an-Nabi Shallallahu ‘alayhi wasallam.

15.Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) di al Madinah al Munawwarah; Abu Abdillah Muhammad ibn Musallam ibn Malik ash-Shalihi al Hanbali (W 762 H).

16.Syiekh Ahmad ibn Yahya al Kullabi al Halabi yang lebih dikenal dengan Ibn Jahbal (W 733 H). Beliau semasa dengan Ibnu Taimiyah dan menulis sebuah risalah untuk membantahnya, berjudul :
- Risalah fi Nafyi al Jihah, yakni menafikan Jihah (arah) bagi Allah.

17.Al Qadhi Kamal ad-Din ibn az-Zumallakani (W 727 H). Beliau berdebat dengan Ibnu Taimiyah dan menyerangnya dengan menulis dua risalah, risalah pertama berkaitan dengan bantahan tentang masalah talak dan risalah kedua berkenaan masalah menziarahi makam Rasulullah.

18.Al Qadhi Kamal Shafiyy ad-Din al Hindi (W 715 H), beliau berdebat dan membantah Ibnu Taimiyah.

19.Al Faqih al Muhaddits ‘Ali ibn Muhammad al Bajiyy asy-Syafi’i (W 714 H). Beliau telah berdebat dengan Ibnu Taimiyah dalam empat belas majlis dan berhasil mengalahkannya.

20.Al Mu-arrikh al Faqih al Mutakallim al Fakhr Ibn al Mu’allim al Qurasyi (W 725 H) dalam karyanya :
- Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi.

21.Al Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al Mazini ad-Dahhan ad-Dimasyqi (W 721 H) dalam dua risalahnya:
- Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah ath-Thalaq.
- Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah az-Ziyarah.

22.Al Faqih Abu al Qasim Ahmad ibn Muhammad asy-Syirazi (W 733 H) dalam karyanya :
- Risalah fi ar-Radd ‘Ala ibn Taimiyah.

23.Al Faqih al Muhaddits Jalal ad-Din Muhammad al Qazwini asy-Syafi’i (W 739 H)

24.Surat keputusan rasmi kerajaan (Warta Kerajaan) yang dikeluarkan oleh Sultan Ibnu Qalawun (W 741 H) untuk memenjarakannya.

25.Al Hafizh adz-Dzahabi (W 748 H)-mantan murid ibn taymiyah. Dia adalah semasa dengan Ibnu Taimiyah dan membantahnya dalam dua risalahnya :
- Bayan Zaghal al ‘Ilm wa ath-Thalab.
- An-Nashihah adz-Dzahabiyyah.

26.Al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi (W 745 H) dalam tafsirnya:
- An-Nahr al Maadd Min al Bahr al Muhith.

27.Syiekh ‘Afif ad-Din Abdullah ibn As’ad al Yafi’i al Yamani al Makki (W 768 H).

28.Al Faqih ar-Rahhalah Ibnu Baththuthah (W 779 H) dalam karyanya :
- Rihlah Ibn Baththuthah.

29.Al Faqih Taj ad-Din as-Subki (W 771 H) dalam karyanya :
- Thabaqat asy-Syafi’iyyah al Kubra.

30.Al Muarrikh Ibnu Syakir al Kutubi (W 764 H); Beliau merupakan murid Ibnu Taimiyah namun menentang Ibn Taimiyah (mantan muridnya) dalam karyanya:
- ‘Uyun at-Tawarikh.

31.Syiekh ‘Umar ibn Abu al Yaman al Lakhami al Fakihi al Maliki (W 734 H) dalam :
- at-Tuhfah al Mukhtarah Fi ar-Radd ‘Ala Munkir az-Ziyarah.
32.        Al Qadhi Muhammad as-Sa’di al Mishri al Akhna-i (W 750 H) dalam
- al Maqalah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala Man Yunkir az-Ziyarah al-Muhammadiyyah. Buku ini dicetak dan dilampirkan dengan Al-Barahin as-Sathi’ah karya tulisan Muhaddith Al ’Azami.

33.Syiekh Isa az-Zawawi al Maliki (W 743 H) dalam :
- Risalah fi Mas-alah ath-Thalaq.

34.Syiekh Ahmad ibn Utsman at-Turkamani al-Juzajani al Hanafi (W 744 H) dalam :
- al Abhats al Jaliyyah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah.

35.Al Hafizh Abd ar-Rahman ibn Ahmad, yang terkenal dengan Ibnu Rajab al Hanbali (W 795 H) dalam :
- Bayan Musykil al Ahadits al Waridah fi Anna ath-Thalaq ats-Tsalats Wahidah.

36.Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani (W 852 H) dalam beberapa karyanya:
- Ad-Durar al Kaminah fi A’yan al Mi-ah ats-Tsaminah,
- Lisan al Mizan
- Fath al Bari Syarh Shahih al Bukhari
- Al Isyarah Bi Thuruq Hadits az-Ziyarah.

37.Al Hafizh Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 826 H) dalam :
- al Ajwibah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala al As-ilah al Makkiyyah.

38.Al Faqih al Mu-arrikh Ibn Qadli Syuhbah asy-Syafi’i (W 851 H) dalam :
- Tarikh Ibn Qadli Syuhbah.

39.Al Faqih Abu Bakr al Hushni (W 829 H) dalam Karyanya :
- Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila al Imam Ahmad.

40.Ketua Pimpinan para ulamak seluruh Afrika , Abu Abdillah ibn ‘Arafah at-Tunisi al-Maliki (W 803 H).

41.Al ‘Allamah ‘Ala ad-Din al Bukhari al Hanafi (W 841 H). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan orang yang menyebut ibn Taimiyah sebagai Syiekhul al Islam (ertinya orang yang menyebutnya dengan menamakan Syiekh al Islam, sementara dia tahu perkataan dan maqaalaat (pendapat-pendapat) kufurnya). Hal ini dituturkan oleh Al Hafizh as-Sakhawi ( anak murid Ibn Hajar al-Asqolany) dalam Ad-Dhau Al Lami'.

42.Syiekh Muhammad ibn Ahmad Hamid ad-Din al Farghani ad-Dimasyqi al Hanafi (W 867 H) dalam risalahnya :
- Ar-Radd ‘Ala Ibnu Taimiyah fi al I’tiqad. Tanbih al-Muhim (Peringatan Penting) : Maka tidak sepatutnya orang tertipu dengan kitab yang bernama Mafahim 'ai yajibu an tusohah, kerana syaz ia daripada kitab-kitab ulamak-ulamak yang lain.

43.Syiekh Ahmad Zurruq al Fasi al Maliki (W 899 H) dalam :
- Syarh Hizb al Bahr.

44.Al Hafizh as-Sakhawi (W 902 H) dalam :
- Al I’lan Bi at-Taubikh liman Dzamma at-Tarikh.

45.Ahmad ibn Muhammad yang terkenal dengan Ibnu Abd as-Salam al Mishri (W 931 H) dalam :
- al Qaul an-Nashir fi Raddi Khabath 'Ali ibn Nashir.

46.Al ‘Alim Ahmad ibn Muhammad al Khawarizmi ad-Dimasyqi yang dikenal dengan Ibnu Qira (W 968 H), beliau mencela keras Ibnu Taimiyah.

47.Al-Qadhi al Bayyadhi al Hanafi (W 1098 H) dalam :
-Isyarat al Maram Min ‘Ibarat al Imam.

48.Syiekh Ahmad ibn Muhammad al Witri (W 980 H) dalam :
- Raudlah an-Nazhirin Wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:19 PM | Show all posts
Sambungan

                                                49.Syiekh Ibnu Hajar al Haytami (W 974 H) dalam karya-karyanya; -
- Al Fatawi al Haditsiyyah
- Al Jawhar al Munazhzham fi Ziyarah al Qabr al Mu’azhzham
- Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj

50.Syiekh Jalal ad-Din ad-Dawwani (W 928 H) dalam :
- Syarh al ‘Adhudiyyah.

51.Syiekh 'Abd an-Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Arraq ad-Dimasyqi (W 962 H) seperti dijelaskan dalam :
- Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr, hlm. 32-33, sebuah karya Ibnu Thulun.

52.Al Qadhi Abu Abdullah al Muqri dalam :
- Nazm al-La-ali fi Suluk al Amali.

53.Mulla ‘Ali al Qari al Hanafi (W 1014 H) dalam :
- Syarh asy-Syifa li al Qadli ‘Iyadh.

54.Syiekh Abd ar-Ra-uf al Munawi asy -Syafi’i (W 1031 H) dalam :
- Syarh asy-Syama-il li at- Tirmidzi.

55.Al Muhaddits Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Illan ash-Shiddiqi al Makki (W 1057 H) dalam risalahnya :
- al Mubrid al Mubki fi ar-Radd 'ala ash-Sharim al Munki.

56.        Syiekh Ahmad al Khafaji al Mishri al Hanafi (W 1069 H) dalam Syarh asy-Syifa li al Qadhi ‘Iyadh.

57.Al Muarrikh Ahmad Abu al ‘Abbas al Muqri (W 1041 H) dalam :
- Azhar ar-Riyadh.

58.Syiekh Ahmad az-Zurqani al Maliki (W 1122 H) dalam :Syarh al Mawahib al-Ladunniyyah.

59.Syiekh Abd al Ghani an-Nabulsi (W 1143 H) mencela Ibn Taimiyah dalam banyak karya-karyanya.

60.Al Faqih ash-Shufi Muhammad Mahdi ibn ‘Ali ash Shayyadi yang terkenal dengan ar-Rawwas (W 1287 H). Beliau juga antara yang mencela keras ibn Taimiyah.

61.As-Sayyid Muhammad Abu al Huda ash-Shayyadi (W 1328 H) dalam :
- Qiladah al Jawahir.

62.Al Mufti Musthafa ibn Ahmad asy-Syaththi al Hanbali ad-Dimasyqi (W 1349 H) dalam karyanya :An-Nuqul asy-Syar’iyyah.

63.Mahmud Khaththab as-Subki (W 1352 H) dalam :ad-Din al Khalish atau Irsyad al Khalq Ila ad-Din al-Haqq.

64.Mufti Madinah asy-Syiekh Al Muhaddits Muhammad al Khadhir asy-Syinqithi (W 1353 H) dalam karyanyauzum ath-Thalaq ats-Tsalas Daf’uhu Bi Ma La Yastathi’ al ‘Alim Daf’ahu.

65.Syiekh al-Muhaddits Salamah al ‘Azami Asy-Syafi’i (W 1376 H) dalam :
- al Barahin as-Sathi’ah fi Radd Ba’dl al Bida’ asy-Sya-i’ah
- dan beberapa maqaalaat dalam surat khabar Al Muslim di Mesir.

66.Mufti Mesir Syiekh Muhammad Bakhit al Muthi’i (W 1354 H)
dalam karyanya :- Tathhir al Fuad Min Danas aI I’tiqad.

67.Wakil Syiekh al Islam pada masa Daulah Khilafiyah Utsmaniyyah (Dinasti Bani Utsman) Syiekh Muhammad Zahid al Kawtsari (W 1371 H) dalam beberapa karyanya:
- Maqalat al Kawtsari
- At-Ta’aqqub al Hatsits lima Yanfihi Ibnu Taimiyah mi al Hadits
- Al Buhuts al Wafiyyah fi Mufradat Ibnu Taimiyah
- Al Isyfaq ‘Ala Ahkam ath-Thalaq

68.Ibrahim ibn Utsman as-Samnudi al Mishri dalam karyanya :
-Nushrah al Imam as-Subki Bi Radd ash-Sharim al Munki.

69.‘Alim Makkah Muhammad al ‘Arabi at-Tabban (W 1390 H) dalam :
- Bara-ah al Asy’ariyyin Min ‘Aqa-id al Mukhalifin.

70.Syiekh Muhammad Yusuf al Banuri al Bakistani dalam :
- Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmidzi.

71.Syiekh Manshur Muhammad ‘Uwais dalam :- Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyyan.

72.Al-Hafidz Syiekh Ahmad ibn ash-Shiddiq al Ghummari al Maghribi (W 1380 H) dalam beberapa karyanya, di antaranya :
- Hidayah ash-Shaghra
- Al Qaul al Jaliyy

73.Asy-Syiekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi (W 1413 H) dalam banyak karyanya, di antaranya:
- Itqan ash-Shan-‘ah Fi Tahqiq Ma’na al Bid’ah
- Ash-Shubh as-Safir fi Tahqiq Shalah al Musafir
- Ar-Rasa-il al Ghammariyyah dan banyak lagi.

74.Al Musnid Abu al Asybal Salim ibn Jindan al-Indonisy (W 1969 H) dari Jakarta Indonesia dalam karyanya :
- Al Khulashah al Kafiyah fi al Asanid al ‘Aliyah.

75.Hamdullah al Barajuri, ‘Alim Saharnapur dalam
- al Bashair Li Munkiri at-Tawassul Bi Ahl al Qubur

76.Syiekh Musthafa Abu Sayf al Hamami. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dalam karyanya : Ghawts al ‘Ibad Bi Bayan ar-Rasyad. Buku ini mendapat persetujuan dan taqridhz (sokongan) dari beberapa ulama besar, di antaranya;
- Syiekh Muhammad Sa’id al ‘Arfi,
- Syiekh Yusuf ad-Dajwi,
- Syekh Mahmud Abu Daqiqah,
- Syiekh Muhammad al Buhairi,
- Syiekh Muhammad Abd al Fattah ‘Inati,
- Syiekh Habibullah al Jakni asy-Syinqithi,
- Syiekh Dasuqi Abdullah al ‘Arabi dan
- Syiekh Muhammad Hifni Bilal.

77.Muhammad ibn Isa ibn Badran as-Sa’di al Mishri.

78.As-Sayyid Syiekh al Faqih Alawi ibn Thahir al Haddad al Hadhrami, tokoh daripada negara Yaman.

79.Mukhtar ibn Ahmad al Muayyad al ‘Adzami (W 1340 H) dalam
- Jala’ al Awham ‘An Madzahib al A-immah al 'Izham Wa at-Tawassul Bi Jahi Khair al Anam ‘Alaihi ash-Shalatu Wa as-Salam. Beliau tulis sebagai rod –bantahan- terhadap buku Ibnu Taimiyah yang berjudul ; Raf' al Malam.

80.Syiekh Ismail al Azhari dalam :- Mir-at an-Najdiyyah.

81.Syeikh KH. Muhammad Ihsan dari Jampes Kediri Jawa timur dalam kitabnya :
- Siraj ath-Thalibin’ala Minhaj al-Abidin ila Jannaty Rabbi al-Alamin

82.Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), KetuaNahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur, dalam kitabnya :
-Risalah Ahlussunnah Wal Jama’ah.

83.Syeikh KH. Ali Maksum (W 1989 R), Rais ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah dalam bukunya :
-Hujjah Ahlussunnah Wal Jama’ah.

84.Syeikh KH Abu al Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur dalam kitab-kitabnya, di antaranya: -
-Al Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq al Musamma Bi Ahlussunnah Wal Jama’ah
-Syarh al Kawakib al-Lamma’ah

85.Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah dalam :
-Bukunya ’Aqa-id Ahlussunnah Wal Jama’ah

86.Syiekh KH. Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R) dalam banyak karyanya:
-I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
-40 Masalah Agama, jilid IV

87.Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB dalam bukunya :
-Hizb Nahdhatul Wathan Wa Hizb Nahdhatul Banat.

88.Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat dalam salah satu surat yang beliau tulis.

89.Al Habib Syiekh al Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az Ziyadah Klender Jakarta Timur.

90.Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000 dalam bukunya :
-Taudhih al Adillah.

91.Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat dalam bukunya :
-Hishnu as-Sunnah Wal Jama’ah fi Ma’rifat Firaq Ahl al Bid’ah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 08:19 PM | Show all posts
Sambungan

                                                92.Syiekh Abdullah Tha'ah. Beliau membantah Ibnu Taimiyah dalam bukunya al Fatawa al 'Aliyyah yang beliau tulis pada tahun 1932. Buku ini memuatkan fatwa ulamak-ulamak, imam-imam, tenaga pengajar (tok-tok guru) dan para mufti serta para Qadhi di Makkah, yang sebahagian berasal dari Indonesia, Thailand dan lain-lain. Mereka menyatakan bahawa Ibnu Taimiyah sesat dan menyesatkan. Berikut nama para ulama yang turut menghadiri majlis pernyataan fatwa tersebut serta menandatanganinya :
- Sayyid Abdullah –Mufti Madzhab Syafi'i di Makkah.
- Syiekh Abdullah Siraj –pimpinan para Qadhi dan Kepala para ulama Hijaz.
- Syiekh Abdullah ibn Ahmad –Qadhi Makkah.
- Syiekh Darwisy –Amin Fatwa Makkah.
- Muhammad 'Abid ibn Husain –Mufti Madzhab Maliki di Makkah.
- Syiekh Umar ibn Abu Bakr Bajuneid –Wakil Mufti Madzhab Hanbali di Makkah.
- Syiekh Abdullah ibn Abbas –Wakil Qadhi Makkah,
- Syiekh Muhammad Ali ibn Husein al Maliki –Seorang Imam dan pengajar di Makkah.
- Syiekh Ahmad al Qari – Qadhi Jeddah
- Syiekh Muhammad Husein – Seorang Imam dan pengajar di Makkah
- Syiekh Mahmud Zuhdi ibn Abdur Rahman – Seorang pengajar di Makkah
- Syiekh Muhammad Habibullah ibn Maayaabi – Seorang pengajar di Makkah
- Syiekh Qadir ibn Shabir al Mandayli (Mandailing-Sumut) -Seorang pengajar di Makkah
- Syiekh Mukhtar ibn 'Atharid al Jawi (asal Jawa) –Seorang pengajar di Makkah
- Syiekh Sa'id ibn Muhammad al Yamani –Seorang Imam dan pengajar di Makkah
-Syiekh Muhammad Jamal ibn Muhammad al Amir al Maliki (Seorang Imam dan pengajar di Makkah. )
- Sayyid 'Abbas ibn 'Abdul 'Aziz al Maliki –Seorang pengajar di Makkah.
- Syiekh Abdullah Zaydan asy-Syinqithi –Seorang pengajar di Makkah.
- Syiekh Mahmud Fathani (asal Thailand) –Seorang pengajar di Makkah.
-Syiekh Hasanuddin ibn Syekh Muhammad Ma'shum asal Medan Deli-Sumut.

93.Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau Sumatera dalam bukunya al Khiththah al Mardhiyyah.

94.Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, dalam kitabnya Burhan al Haqq. Beliau juga telah mengumpulkan para ulama di Sumatera untuk membantah Rasyid Ridha penulis al Manar dan para pengikutnya di Indonesia.

95.Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut dalam risalahnya Kasyf al Ghummah yang beliau tulis tahun 1389 H -12/8/1969.

96.Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama daerah Kubu-Riau, Sumatera, salah seorang ulama kharismatik dan terkenal di daerah tersebut. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan menyatakan bahawa gurunya Syiekh Abdul Wahhab Panay-Medan mengkafirkan Ibnu Taimiyah.

97.Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah di sebahagian majlisnya.

98.Syeikh K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah dalam bukunya :
-al Fara-id as-Saniyyah wa ad-Durar al Bahiyyah yang beliau tulis pada tahun 1401 H. Dalam buku ini beliau menyatakan bahwa Ibnu Taimiyah adalah seorang Musyabbih Mujassim (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan meyakini bahwa Allah adalah jisim benda-).

99.Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur dalam bukunya
- al Qawa'id al Asasiyyah li Ahlissunnah Wal Jama'ah.

100.Syiekh al-‘Allamah al Muhaddits al Faqih Abdullah al Harari al Habasyi. Beliau adalah seorang Sultan Rifa’iah di bumi Syam yang mempunyai ramai murid dan banyak pula berkatnya. Beliau merupakan ulamak yang tinggi nilai tahqiqnya dan digeruni golongan wahabi disamping bersifat wara' dan menghimpunkan diantara ilmu dan amal dalam satu masa, antara kitabnya yang menjadi rujukan dalam menangkis fahaman ibn Taimiyah umat :
- al Maqalaat as-Sunniyyah Fi Kasyf Dhalalaat Ahmad ibn Taimiyah.

101.Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim, dalam kitabnya ;
- Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam

102.Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir. Dalam karyanya:
- Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Dalamnya beliau menamakan gerakan al_wahhabiyyah sebagai Khawarij yang memecahbelahkan umat dan menfatwakan sesetengah wahabiyah keluar daripada Islam .
103.Syeikh Daud al-Fathani. beliau mengkafirkan golongan mujassimah yang mengatakan Allah duduk di atas arasy dan mempunyai tempat sebagai kafir. Ini dalam karya tulisannya yang berjudul : Jawahir As-saniyyah

104.Ustaz Mustafa Suhaimi.

105.Hj Abdullah Fahim.

106.Tok Kenali al-Kelantany.

107.Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah, tok guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.

108.Tuan Guru Haji Hasyim, tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.

109.Syeikh Usman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang dalam kitabnya :- Matholi’ Al-Anwar.

110.Zamihan Mat Zin Al-Ghary, JAKIM dalam bukunya :- Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian. Beliau sekarang ini adalah salah orang yang bertungkus lumus membenteras ajaran sesat khususnya fahaman Ibn Taymiyah dan Wahhabiyah di tanahair.

111.Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany. Beliau tinggal di Kulim, Kelantan. Beliau mengkafirkan ibn Taimiyah dalam banyak majlis ceramahnya.

112.Al Marhum Tuan Guru Ustaz Amer alKelantany ( W 1429 H). Beliau adalah guru Pondok Sambal, Pasir Puteh.

113.Tuan Guru Hj Daud Hj Omar Al Kelantany, Bukit Abal. Beliau mentahzir murid-muridnya supaya menjauhi kitab Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim al-Jauziah dan mengkafirkan keduanya. Antara karyanya yang masyhur ialah kitab :
- Risalah al-‘aqoid wa al-Fawaid. Dalam kitab ini beliau menghuraikan dengan cukup jelas cara mentanzihkan Allah taala daripada sifat makhluk. Selepas beliau menyebut Allah wujud tanpa bertempat, beliau mengkafirkan sesiapa yang memberi sifat makhluk bagi Allah taala m/ 34 -37: “barangsiapa beri’tiqod serupa zat Allah (tashbih) taala atau sifatnya atau dengan perbuatannya maka iaitu jadi kafir “.
114.        lagi…
115.        Kebanyakan Tok-tok guru pondok yang alim.
116.        Dan berlambak-lambak lagi laaaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:16 PM | Show all posts
Ko mabuk ke? sama ke tuan punya blog dengan tuan punya artikel tuh???!! Haiyyaaaaa
abuaya Post at 4-5-2010 20:09


ko yg mabuk.. aku tak kata sama pun .. lihat

Blog itu yg ko jadikan rujukan!

Penulisnya lebih banyak menunjukkan dirinya adalah muktazilah.)

1. Banyak guna hadits palsu
2. Mentakwil sifat-sifat Allah.
3. Keyakinan makhluk pertama adalah nurmuhammad. ...
Nazrulism Post at 30-4-2010 18:47
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 10:37 PM | Show all posts
... Bila pulak aku jadi bapak ko (sekelian pondan2) ?

Patutlah puak2 Asy'ariah,  ...
Nazrulism Post at 3-5-2010 22:55



Asas-asas mazhab Muktazilah

Antara asas-asas ajaran Muktazilah ialah:
  1 . Wajib mengenal Allah dengan (berdasarkan) akal.
  2 . Mengingkari sifat Ma'ani, dan berpendapat al-Quran itu adalah makhluk.
  3 . Menafikan melihat Allah (rukyah) kerana akan membawa kepada menjisimkan dan memberi arah kepada Allah.
  4 . Berpendapat bahawa baik dan buruk adalah berdasarkan kepada akal.
  5 . Allah mengkehendaki kebaikan dan tidak mengkehendaki kejahatan. Allah wajib membuat yang baik dan terbaik untuk makhlukNya.
6 . Hamba mencipta perbuatan-perbuatannya sendiri dengan kekuasaan yang diberikan Allah kepadanya.
  7 . Allah wajib melaksanakan janji baik dan janji ancaman. Allah juga wajib mengutuskan rasul.
  8 . Pembuat dosa besar akan berada di satu tempat di antara dua tempat, dan tiada syafaat untuknya.
  9 . Wajib melakukan amar makruf dan nahi munkar.

Imam Abu Hasan Asy-Sya'ari dah bertobat dari fahaman Muktazilah, dia buang jubah muktazilah jauh2..

Tapi aku tak sangka, hang rupanya yg pi kutip jubah tu..secara tak langsung, hang dah pakai gelaran Bapak Pondan Muktazilah la pulakkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:01 AM | Show all posts
LAGI PANDANGAN ULAMA' AHLUS SUNNAH MENGENAI TAIMIYAH


Adz-Dzahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) dalam risalahnya Bayan Zaghal al Ilmi wa ath-Thalab, hlm 17 berkata tentang Ibnu Taimiyah: ”Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terjangnya (Ibnu Taimiyah), hingga saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya peroleh; ternyata bahwa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama Syam dan Mesir serta ia dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah karena ia sombong, terlena oleh diri dan hawa nafsunya (‘ujub), sangat haus dan gandrunguntuk mengepalai dan memimpin para ulama dan sering melecehkan para ulama besar. “
abuaya Post at 4-5-2010 20:16


Kenapa ambil sekerat dari tulisan Adz-Dzahabi (murid Ibnu Taimiyah) tentang gurunya... lihat ayat penuh tersebut;


Demi Allah mataku tidak pernah memandang seeseorang yang lebih luas ilmunya serta lebih kuat kecerdasannya dari orang yang bernama Ibnu Taimiyah dengan kezuhudannya pada makanan, pakaian, dan Perempuan serta penegakkan kebenaran dan berjihad dengan segala sesuatu yang memungkinkan.
Saya sudah lelah mengamati dan menimbangnya hingga saya bosan setelah bertahun-tahun menelitinya, hasil yang saya peroleh: ternyata Penyebab ia direndahkan oleh penduduk mesir dan syam, serta mereka membencinya, menghinanya,mendustakannya, dan mengkafirkannya adalah karena kesombongan, ujub, dan keinginan [mereka] untuk menjadi Pimpinan serta pelecehan [mereka] terhadap para pembesar [seperti ibnu Taimiyah]. Lihatlah betapa berbahayanya mengaku-ngaku sesuatu yang tidak dimiliki dan cinta kepada populariti. Kita mohon Ampun kepada Allah subhanahu wataala.
Beberapa orang telah membantahnya (ibnu Taimiyah). Mereka tidak lebih wara, tidak lebih alim, dan tidak lebih zuhud darinya.



(tulisan merah.. perkataan Adz Dzahabi yg cuba disenbunyikan oleh ahlul bid'ah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:24 AM | Show all posts
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.
abuaya Post at 4-5-2010 20:15



Sebahagian orang menukil kata-kata Abu Hayyan dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu ungkapan yang berbunyi: Saya telah membaca dalam kitab Ahmad bin Taimiyyah satu perkara yang kita lalui dan ia adalah dengan tulisannya yang dinamakan Kitab al-Arasy. Bahawa Allah Ta‘ala duduk di atas al-Kursi dan Dia mengosongkan satu tempat untuk duduk bersama-Nya di situ oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.


Masalah “duduk di atas al-Kursi” sebenarnya bukan pendapat peribadi Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah tetapi pendapat yang dinukilnya daripada Mujahid. Kemudian, apa yang diungkap oleh Abu Hayyan adalah daripada perkataan beliau sendiri kerana yang disebut oleh Mujahid ialah al-Arasy dan bukannya al-Kursi.

Seterusnya, Abu Hayyan hanya menyebut dia membaca ungkapan tersebut dalam kitab Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Abu Hayyan tidak pula menerangkan konteks perbincangan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, sama ada beliau membincangnya dalam rangka menyokong, menolak atau memperincikannya.



Perbincangan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah yang sebenar adalah seperti berikut:

al-Qadhi Abu Ya'la telah mengarang kitabnya Ibthal al-Takwil untuk menjawab kitab Ibn Furak yang sekali pun di dalamnya memiliki beberapa hadis dan riwayat yang dijadikan sandaran, ia adalah hadis yang maudhu’ (palsu). Contohnya ialah hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihat Allah dengan mata kepalanya pada malam Isra' dan Mikraj.


Juga sesetengah perkara yang diriwayatkan daripada sebahagian generasi al-Salaf, seperti hadis duduknya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas Arasy. Sebahagian orang meriwayatkannya melalui jalan periwayatan yang banyak dan menghubungkannya kepada baginda, padahal kesemuanya maudhu’. Hanya sahaja yang sabit (adalah riwayat) daripada Mujahid dan selainnya daripada kalangan al-Salaf (dan bukannya perkataan Rasulullah).


Generasi al-Salaf dan para imam mereka meriwayatkannya dan tidak mengingkarinya, bahkan mereka menerimanya. Ada pula yang mengatakan: Perkara seperti ini tidak disebut melainkan ia bersifat tauqif (didiamkan). Akan tetapi perlulah dibezakan antara lafaz yang sabit daripada Rasul dan lafaz yang sabit daripada kata-kata orang lain samada ianya diterima ataupun ditolak.


Maka perhatikan kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah di atas. Maka dari manakah datangnya pembohongan dan pemalsuan (yang dilakukan oleh Abu Hayyan) ini?

Riwayat Mujahid yang dimaksudkan, ia dikeluarkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dan selainnya ketika menafsirkan ayat:

Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu (Wahai Muhammad) pada Hari Akhirat di tempat yang terpuji. [al-Isra’ 17:79]


Diriwayatkan daripada Mujahid bahawa tempat terpuji itu ialah “Didudukkannya bersama-Nya di atas Arasy”.


    Persoalan duduknya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas Arasy, seandainya ia sabit – dan yang benar adalah ia tidak sabit, tidak ada kaitan dengan subjek nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Seandainya sabit, maka menjadi hak Allah untuk mendudukkan Rasul-Nya mengikut apa dan bagaimana yang Dia kehendaki. Yang penting, Allah istiwa’ di atas Arasy dengan cara yang layak bagi-Nya tanpa penyerupaan dengan makhluk.



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:46 AM | Show all posts
Ni Ustaz Zamihan Al Ghari tolonmg jawabkan bagi pihak aku:
abuaya Post at 4-5-2010 20:12

kaum shufiyah, jahmiyah, asy’ariyah, muktazilah (termasuk pro syiah) dan firqoh sesat lainnya bersekongkol di dalam membenci ahlus sunnah, ahlul hadits dan ahlul atsar.



Zamihan Al-Ghari yg mengaku gurunya Hassan Ali As-saggof yang berfahaman jahmiah dan pro syiah. Hujah zamihan juga mengutip dari buku Hassan Ali As-Saggof yang dikopipes dari buku Abdullah bin Muhammad ash-Shiddiq al-Ghumari
(madzhab sufi tulen dan ia mengklaim bahwa dia adalah Syafi’iyah.)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073141 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list