CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Haram ke sambut Hari Bapa?

[Copy link]
Post time 22-6-2010 12:46 AM | Show all posts
setahu sy org Hindu puasa blh minum susu, biasa stay dlm community India dulu for 15 years
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 07:38 AM | Show all posts
setahu sy org Hindu puasa blh minum susu, biasa stay dlm community India dulu for 15 years
sunsuria3 Post at 22-6-2010 00:46


ada itu ari derang diskus kat CI pasal sami yg mampu puasa berbulan2.   then sami budha di Tibet pun power gak. boleh berzikir & bertapa non-stop bertahun2. tapi itu bukanlah ajaran Nabi Muhammad.  Nabi mengajar kita menjadi manusia biasa yg patuh kpd Allah mengikut cara yg baginda tunjukkan. so klu kita nak buat lain dari yg Nabi buat sbb kita rasa standard kita lagi tinggi dari Nabi so pikir2kan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:25 AM | Show all posts
ada itu ari derang diskus kat CI pasal sami yg mampu puasa berbulan2.   then sami budha di Tibet ...
tobby Post at 22-6-2010 07:38



Ada di dalam hadis berkenaan para sahabat yg ingin menambah amal seperti berpuasa setiap hari, tidak berkahwin , duduk dalam mesjid jer etc.
Rasulullah nasihat mereka bahawa puasa yg paling baik ialah puasa Nabi Daud a.s.
Baginda juga berkahwin dan baginda adalah lebey baik dari mereka.

Ada manusia yg ingin beramal tetapi mereka mengikut akal fikiran sendiri sahaja. (amat terhad)
Allah swt mencipta manusia mengikut FITRAH.
Di berinya nafsu yakni keinginan.
Allah swt MAHA BIJAKSANA dana MAHA MENGETAHUI tentang apa yg di cipta NYA.

Sekiranya kita melawan 'arus', maka kita sendiri akan 'hancur.'


Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 09:05 PM | Show all posts
Ada di dalam hadis berkenaan para sahabat yg ingin menambah amal seperti berpuasa setiap hari, ...
niceghost2005 Post at 22-6-2010 10:25



    Bintang pun belajar tasawuf... tapi guru selalu perbetulkan jika ada hadis yang berlawanan dengan Quran dan Sunnah, maka hadis tersebut terbatal... banyaknya hadis dhaif dan perawi tersekat dalam Ihya dan serpihan dari kitab tersebut... banyak gak la cerita cerita israilliyat yang digembar gemburkan...

Orang selalu memandang hebat manusia yang tak kawen kerana depa dapat menahan nafsu... alasan tak kawen sebab sudah hilang lelaki amanah dan soleh kat muka bumi ni...(bintang ada kawan camni). Yang lelaki lak, sebab tadenya pompuan soleh dan setia lagi... maka mereka berpuasa dan menundukkan pandangan....  apa pun pegangan depa, sunnah itulah yang terlebih aula...

Teringat gak citer Imam Syafie ra bermalam di rumah Imam Abu Hanifah ra.... anak Abu Hanifah mengintai Imam Syafie kerana menyangkakan Al Imam sedang tekun solat di sepanjang malam itu... Namun hampa dan mengadu kepada ayahnya bahawa Imam Syafie cumalah tido di sepanjang malam tersebut.... menjawab Imam Abu Hanifah, 'Tido orang yang berilmu lebih baik dari solat si jahil.. etc..'
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:40 PM | Show all posts
Orang selalu memandang hebat manusia yang tak kawen kerana depa dapat menahan nafsu... alasan tak kawen sebab sudah hilang lelaki amanah dan soleh kat muka bumi ni...(bintang ada kawan camni). Yang lelaki lak, sebab tadenya pompuan soleh dan setia lagi...
bintang Post at 22-6-2010 21:05


benar. klu betul ukurannya begitu maka hebat lg sami2 budha yg tak pernah kahwin, malah mengasingkan diri di atas gunung jauh dari kaum wanita.  mengabdikan diri utk berzikir & beramal.  mrk berpuasa & hibernate. lalu byk sungguh cerita2 yg golongan ini yg ada kuasa dalaman, kekuatan mental yg hebat hasil dari kesucian diri yg telah dipraktiskan bertahun2. mrk nampak mcm hebat sangat kerohanian mrk, tapi berbalik semula kpd sunnah Nabi.....jelas Nabi tak pernah ajar begitu. Nabi tak pernah ajar umatnya mengasingkan diri dari masyarakat. dan Nabi tak pernah ajar umatnya berpenyakit was2 sehingga tak mahu jamah makanan di rumah rakan taulan yg seagama mrk, termasuk juga rakan taulan yg bukan beragama islam yg mhidangkan makanan halal krn mhormati tetamu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:53 PM | Show all posts
benar. klu betul ukurannya begitu maka hebat lg sami2 budha yg tak pernah kahwin, malah mengasin ...
tobby Post at 22-6-2010 22:40



    Macam gak dengan citer wali wali yang leh terbang kat udara, berjalan atas air, berada di dua tempat dalam satu masa.... sungguh hebat mengalahkan Rasulullah sebagai manusia biasa, yang makan minum dan tido... pose dan berbuka...

Lalu depa gah dapat mengaji kitab wali yang bercerita tentang zuhud, tentang lari dari dunia, tentang citer wali wali silam yang hebat dengan meninggalkan kisah kisah perang Nabi saw, kesakitan Nabi saw sewaktu beliau di medan perang melawan musuh Allah...

Kuffar takkan berdiam diri selagi Islam bangkit dan depa akan biarkan ajer kalo Islam tu cumalah ibadah semata mata....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2010 11:19 PM | Show all posts
   Macam gak dengan citer wali wali yang leh terbang kat udara, berjalan atas air, berada di dua tempat dalam satu masa.... sungguh hebat mengalahkan Rasulullah sebagai manusia biasa, yang makan minum dan tido... pose dan berbuka...
bintang Post at 22-6-2010 22:53


nabi pun patah gigi kena pukul dgn tentera musuh, sepatutnya Nabi & para sahabat yg lebih hebat dari segala wali yg ada boleh terbang di udara & berjalan atas air mcm cerita sami-sami dari shoalin temple.  tapi tak begitu, sbb Nabi itu insan biasa yg tidak tahu apa2 pun soal2 ghaib melainkan apa yg Allah wahyukan.   tapi pd hari ini byk bomoh (serta mrk yg ngaku org alim) claim derang tahu hal2 ghaib.  sedangkan Nabi sudah memberi amaran tiada siapa yg tahu hal2 ghaib melainkan Allah.  

bomoh2 ini mengaku boleh cari barang hilang, mengaku boleh ubah awan hujan pegi tempat lain, mengaku boleh nampak apa dlm hati orang (sedangkan suatu masa dulu Nabi pun tercari2 & tak tahu siapa yg menuduh isterinya yg bukan2), ada yg mengaku boleh terapungkan kubah mesjid & mcm2 perkara karut marut lagi. Lalu golongan ini terus hidup di alam ilusi, hidup di alam khayalan mrk sendiri sehingga tak segan silu menulis buku claim tok gurunya ada super power menggerakkan ombak tsunami di lautan indon.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 01:24 AM | Show all posts
pernah baca kisah rabiatul adawwiyah? beliau pernah menolak pinangan seorang lelaki sampai lelaki tu nak sihirkan dia tp kerana kewarakkan beliau, sihir tu tak menjadi...

mcm mana dia mengharungi hidup ini dgn hanya mengabdikan diri pada allah swt dan membuang dunia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 07:54 AM | Show all posts
pernah baca kisah rabiatul adawwiyah? beliau pernah menolak pinangan seorang lelaki sampai lelaki tu ...
sunsuria3 Post at 24-6-2010 01:24


itu kerana Allah dah tentukan dia takda jodoh.  sebaik2 sunnah yg Nabi anjurkan ialah berkahwin. sifat manusia itu memerlukan pasangan hidup. dan pembujangan rabiatul adawwiyah bukanlah satu sunnah Nabi yg menjadi ikutan dlm agama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-6-2010 09:33
ada ust yg pernah bagi ceramah kat masjid rumah, dia kata kalau org ajak ke rumah dia takkan makan hanya minum air kosong nak hormatkan tuan rumah..kerana dia tak pasti makanan yg dihidangkan tu dari sumber yg 100% halal atau tidak
sunsuria3 Post at 21-6-2010 22:09


Adakah Ustaz tu tengok dengan mata kepala dia sendiri yang tuan rumah ada guna sumber haram untuk cari rezeki ?

Ataukah dia takkan makan kerana dia cuma bersyak wasangka bahwa tuan rumah berkemungkinan guna cara haram untuk cari rezeki ?

Kalau setakat dia cuma syak wasangka saja, maka dia patut sedar bahwa dalam hadis sahih bawah ni Rasulullah meletakkan syak wasangka yang dibuat tanpa bukti kukuh sebagai satu pembohongan yang paling berat sekali !Bermakna ustaz tu dah melakukan satu perbuatan haram yang jelas nyata !

(Muslim) Book 032, Number 6214:

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Avoid suspicion, for suspicion is the gravest lie in talk ....


Tidak cukup itu saja, malah dengan menyimpan prasangka buruk gitu pada tuan rumah tu, dia telah secara tak langsung memandang rendah atau memandang serong pada tuan rumah tersebut , dan menurut hadis sahih bawah ni , itu merupakan perlanggaran hak kehormatan seorang muslim yang nyata ! Sekarang dah jadi dua perbuatan haram yang dia dah buat ......dan dia masih nak claim bahwa dia buat dua perkara haram kerana taqwa dia pada Allah ?


(Muslim) Book 032, Number 6219:

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: A Muslim is the brother of a Muslim. He neither oppresses him nor humiliates him nor looks down upon him. The piety is here, (and while saying so) he pointed towards his chest thrice. It is a serious evil for a Muslim that he should look down upon his brother Muslim. All things of a Muslim are inviolable for his brother in faith: his blood, his wealth and his honour.




mrk x mkn hasil masakan org kafir. malah mengharamkan lg. tp ini utk diri mrk sendiri bukn utk org biasa2
sunsuria3 Post at 21-6-2010 09:24


Apa hak mereka untuk mengharamkan apa yang Allah telah halalkan , tak kiralah untuk diri mereka sendiri aje sekalipun?

Mereka di benarkan oleh Allah untuk cipta hukum sendiri untuk kegunaan diri mereka sendiri kah ? Mereka bersandarkan nas apa ?

Mereka cipta diri mereka sendiri kah yang menyebabkan mereka boleh berlepas diri dari hukum Allah sesuka hati mereka, lalu merasakan mereka bukan setaraf dengan orang-orang biasa lagi sehingga tak salah untuk mereka halal atau haram kan itu ini sesuka hati ke atas diri mereka sendiri gitu  ?

Apa yang mereka buat ni di jelaskan oleh Allah dalam maksud ayat di bawah ni,

5:87 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

10:59 "Katakanlah: ""Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal  "". Katakanlah: ""Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan saja terhadap Allah? """
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-6-2010 09:06
nabi tu sape? kita ni sape nak bandingkan dgn nabi..baginda makan masakan yahudi pun amal ibadatnya tip top..bengkak2 tumit kaki solat tengah malam..seluruh jiwa dan raganya utk Allah...
sunsuria3 Post at 21-6-2010 22:09


Kau nak kata kita selaku manusia biasa tak kan sesekali mampu beribadah seperti Nabi ?

Allah sebutkan yang Nabi di utuskanNya untuk menjadi contoh ikutan dan tauladan , itu maknanya tak mustahil untuk kita manusia biasa ni ikut dan tiru cara ibadah seperti Nabi sebijik-sebijik , antara nak dengan tak nak aje . So , memang wujud di muka bumi ni , even sekarang pun , manusia yang seluruh jiwa raganya untuk Allah , yang rajin beribadah tak terkira .... golongan ini sedikit tapi wujud .
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:00 AM | Show all posts
setiap manusia ada standard piawaian nya tersendiri.....utk kepentingan diri mereka sendiri...yg punya matlamat tersendiri

saya suggest pi belaajr ilmu tasawuff...baru faham apa yg saya tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:02 AM | Show all posts
Reply 70# blastoff

u qoute ayat2 ni pls refer kitab tafsir dulu...apa maksud sebenar ayat itu diturunkan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 09:10 AM | Show all posts
aku yg jahil ni nak tanya pd ahli bijak pandai agama:-
perlukah seseorng Islam belajar  tasawuf/tarekat mendalam mcm join ahli2 terekat tu? perlu/wajib?
adakah kalu kita tak belajar maknanya tak lengkap Islam kita..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 25-6-2010 10:16
Reply  blastoff

u qoute ayat2 ni pls refer kitab tafsir dulu...apa maksud sebenar ayat itu ditur ...
sunsuria3 Post at 25-6-2010 01:02


ayat tu tak cukup jelas lagikah maknanya sehingga nak kena refer kitab tafsir baru nak boleh faham makna ? Kat mana yang tak jelasnya tu ? Habaq mai sat.

Bila tang pendapat kau, kau main tabur aje tanpa nak provide nas Al Quran atau Sunnah, bila orang bawa pendapat besertakan nas sekali , kau claim kata nas tak jelas makna pula , kemudian asyik suruh pi belajar semata-mata kerana tak sependapat dengan kau .....so semua orang yang tak sependapat dengan kau kerana ilmu mereka kureng laa ye  .... orang jahil aje yang akan bangkang pendapat kau ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:03 AM | Show all posts
aku yg jahil ni nak tanya pd ahli bijak pandai agama:-
perlukah seseorng Islam belajar  tasawuf/tar ...
cmf_Pandora Post at 25-6-2010 09:10



Assalamualaikum semuer sedaraku seAgama,

Panjang lebar komer berbincang perihal tawasuf.

Dulu ada teman berbincang yang sama dgn arwah bapa.
Dia pesan begini, 'Periok or belanga yang kita guna semasa masak memerlukan 3 tungku. Kalau salah satu tidak ada, maka periok or belanga itu akan senget. Lauk di dalam nya kemungkinan akan tumpah. Begitu jugak lah dgn Islam. Ia itu tauhid, feqah dan juga tasauf."

Ke 3 'tungku' ini hendak lah balance.
Dan contoh utk balance ke 3 ini ialah dgn mengikut SUNNAH Nabi saw.

Ada oghang yg hendak mendekati dirinya dgn Allah, dier sanggup melakukan sesuatu dgn menentang 'fitrah'.
Seperti tidak berkahwin.
Seperti tidak bekerja.
Seperti berpuasa setiap hari.
Seperti mengasingkan diri (bertapa)

Ini semuer tidak menepati SUNNAH Nabi saw walaupun ia 'tidak salah' di sisi Agama.
Ia bley mendatangkan PETNAH.

Nabi saw mengajarkan kita agar selalu bersangka baik.
Baginda tidak mengajar kita mencari salah oghang.(yg tersembunyi)

Kita hendaklah faham akan ajaran Nabi saw.
Sebagai umat Baginda, kita hendak lah ikuti SUNNAH nya.
Tiada CARA/KAEDAH or KEHIDUPAN yang lebey baik melainkan bagaimana Baginda amalkan sehari harian.

Olih itu, jangan lah kita melebehi batas.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 03:37 PM | Show all posts
Cuba google maksud tasauf yg sebenarnya. apa yg u list tu x
asuk senarai yg sy bljr
Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari berkata;  "Tasauf ialah ilmu yang menerangkan hal-hal tentang cara mensuci-bersihkan jiwa,  tentang cara memperbaiki akhlak dan tentang cara pembinaan kesejahteraan lahir dan batin untuk mencapai kebahgiaan yang abadi".

tiada kena mengena dgn melawan shariat or x ikut sunnah.

sbb tu in a prosess penyucian ni apa yg kita mkn aspek utama diambil Kira. kerana mknan itu bakal menjadi darah yg mengalir dlm tubuh, bakal jd daging dlm tubuh.

pernah bc air yg dibacakan bismillah? bagaimana molekulnya berubah sekelip mata Dari air paip td bentuk lain bila dibc bismillah terus berubah. experiment ni disaksikn beratus org yg menghadiri seminar proff Dari jepun tu. masa tu dia dtg KL bentangkan hasil kajiannya.

sbb tu sy kata penting mkn hasil masakan org Islam, utk mendpt berkat juga sbg proses penyucian hati

blh hadiri kelas tasauf Ust muhsin, pensyarah UM. dia Ada kelas2 di masjid sekita juga. dia x ajar pun apa u tls tu. dia sendiri pun kawin dan ada ank
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 06:37 PM | Show all posts
setiap manusia ada standard piawaian nya tersendiri.....utk kepentingan diri mereka sendiri...yg punya matlamat tersendiri


sunsuria3 Post at 25-6-2010 01:00


menepati makna "Selfish atau mementingkan diri sendiri ".....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 07:26 PM | Show all posts
astaghfirallah robbal baroya
astaghfirallah minal khotoya
robbi zidni ilman nafi'a
wawafiqni a'malan maqbula

memilih yg terbaik utk mengabdirikan diri kpd pencipta
merebut segala peluang yg ada utk meningkatkan ibadah
menjauhi perkara2 yg dilarang
mencemburui amalan para solihin

these are called selfish?

memilih product Moslem, membeli masakan hidangan Moslem sy membantu saudara seagama selain mendpt keberkatan dari mrk yg menyediakan product yg halal Dan baik, ditambah pula zakat yg dikeluarkan hasil perniagaan td, kita membantu Islam dlm pelbagai aspects.
kenapa x blh fkr lbh luas


I rest my case, I leave u in god's care
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 10:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 25-6-2010 22:30
setiap manusia ada standard piawaian nya tersendiri.....utk kepentingan diri mereka sendiri...yg punya matlamat tersendiri

saya suggest pi belaajr ilmu tasawuff...baru faham apa yg saya tulis...
sunsuria3 Post at 25-6-2010 01:00


Ayat kau yang saya merahkan ni kau gelarkan sebagai "tasawuff" ? So saya kondem ayat tu makna automatik saya kondem tasawuff pulak dah ? Amboi mak, awat boleh jadi lagu tu pulak {:1_126:}
Dalam ayat tu kau tulis "setiap manusia ..." , bukankah setiap manusia tu bermaksud orang Islam dan orang kafir ? sebab orang kafir pun termasuk spesis manusia jugak . Orang kafir pun amalkan tasawuff jugak ? Donald trump dan Bill Gates memang amalkan apa yang kau gelar sebagai "tasawuff" nih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.079845 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list