CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cendawan^Stylo

FILEM KONGSI - LU LANGSI LU MATI

  [Copy link]
Post time 13-5-2011 11:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by arisa_imamura at 13-5-2011 23:21

Cerita Kongsi bercelaru?
Penerbit sasar RM10 juta untuk filem kedua arahan Farid Kamil

KUTIPAN RM10 juta yang disasarkan Metrowealth Pictures (MIG) untuk filem ke-45 terbitannya mungkin boleh dianggap angan-angan yang terlalu tinggi. Tetapi bagi penerbitnya, David Teo, ia bukanlah sasaran yang melampau kerana MIG pernah mencipta rekod tersendiri.

Ia pernah berlaku kepada filem Ngangkung apabila ramai meragui kemampuan filem itu untuk meraih kutipan tinggi. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Ngangkung meraih kutipan yang tidak disangka-sangka, sehingga RM8.45 juta. Justeru, David cukup yakin kejayaan sama akan diulangi filem kedua arahan Farid Kamil, Kongsi.

Dengan diterajui Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam Samad, menambahkan keyakinan David sasaran itu dengan mudah dapat dicapai.

Taruhan kedua sutradara muda, Farid Kamil, memperlihatkan idea segar apabila Kongsi disampaikan dalam bentuk aksi komedi.

"Pada asalnya Kongsi ditulis sebagai filem aksi. Bagaimanapun saya olah kembali skripnya dijadikan komedi. Kebetulan waktu itu, Adnan Sempit mendapat sambutan menggalakkan. Jadi saya berasakan, Sam sesuai membawakan watak utamanya, Tumulak.

"Saya sengaja mengubah genre Kongsi daripada serius kepada komedi kerana jalan cerita asalnya ganas. Kalau genre itu diteruskan, filem ini hanya dapat ditonton oleh penonton 18 tahun ke atas,” jelas Farid selepas majlis pratonton filem itu, Selasa lalu.
Farid menjelaskan dia tidak pernah puas dengan produk dihasilkan dan mengaku memang berlaku kesilapan teknikal pada kamera, apabila ditanya wakil media mengenai kualiti gambar filem itu yang kurang memuaskan.

"Ketika penggambaran memang berlaku sedikit gangguan teknikal pada kamera. Kesilapan pada fokus menyebabkan gambar yang diambil agak kabur, tetapi ada juga yang memang disengajakan kerana ia sebahagian daripada teknik fotografi," katanya.

Bagaimanapun, ditanya mengenai plot cerita yang bercelaru serta menimbulkan kekeliruan kepada penonton, Farid menjelaskan, penonton perlu memberi tumpuan pada awal cerita lagi supaya boleh memahami keseluruhan cerita yang cuba disampaikan.

Rakan bantu hidupkan Tumulak

KALI pertama diberikan watak ganas dan memerlukan dia bertutur dalam bahasa Thai serta dialek Kelantan bukanlah sesuatu yang sukar buat Sam. Walaupun mengakui tidak pernah terbabit dalam sebarang pergaduhan, dia hanya berpandukan kepada imaginasinya saja untuk membawakan watak Tumulak.

Untuk menguasai bahasa Thai dan loghat dialek Kelantan, Sam bertanyakan kepada rakan-rakan di lokasi kerana ada antara mereka yang mahir bertutur dalam bahasa berkenaan.

"Saya tidak menghadapi masalah besar membawakan watak Tumulak kerana memang sikap saya suka meniru gaya orang lain. Sebagai pelakon, saya sentiasa mencari kelainan supaya penonton mengingati lakonan saya. Malah untuk filem ini, hampir 80 peratus aksi lagak ngeri saya lakukan sendiri," katanya.

Selain Sam, filem berkisar mengenai kumpulan kongsi gelap yang menemui penonton mulai 12 Mei turut dijayakan Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Pak Piee, Chew Kin Wah, Azlan Komeng dan Rafidah Ibrahim.

David Teo melenting

SIDANG media tayangan filem Kongsi arahan Farid Kamil berlangsung agak panas apabila penerbit Metrowealth Pictures (MIG), David Teo melenting kerana beberapa kekurangan pada filem itu dibangkitkan media.

Antaranya jalan cerita Kongsi yang kurang jelas serta sebahagian besar gambar kabur. Walaupun diakui oleh Farid yang menerima teguran itu secara positif, tetapi lain pula dengan David yang tiba-tiba mencelah dan memberi penjelasan dengan nada penuh emosional.

Katanya, bagi orang yang pernah menyertai kongsi gelap, mereka pasti tidak menghadapi masalah untuk memahami filem berkenan.

Jadi adakah apa yang dimaksudkan David Teoh, mereka yang mahu menonton Kongsi perlu menyertai kongsi gelap terlebih dulu sebelum ke panggung supaya mereka memahami filem itu?

Dia mendakwa media ‘dobule-standard’ kerana sengaja mencari salah filem Melayu berbanding filem dari Hollywood.

“Kenapa perkara ini hendak dibesarkan sedangkan ia berlaku kepada filem Hollywood, tetapi tidak ada yang mempertikaikannya. Kalau filem Hollywood, semuanya sempurna dan diberikan ulasan baik. Tapi filem Melayu ada saja kekurangannya,” katanya.

Penjelasan itu menimbul tanda tanya siapa sebenarnya yang menjadi pengarah filem Kongsi? David Teo atau Farid Kamil?

David juga berkata, dia berani jamin sekiranya pihak media diberikan RM 2.5 juta untuk menerbitkan filem, mereka bukan saja tidak mampu malah filem yang akan dihasilkan nanti pasti ada kekurangan.

Biarpun sudah lebih 10 tahun berada dalam industri, dia seolah-olah langsung tidak boleh disentuh dan dari kaca media, dia dilihat agak angkuh. Seolah menjadi satu kesalahan besar untuk bertanyakan perkara yang tidak difahami.

Bukankah lebih baik menjelaskan secara diplomatik berbanding meninggi suara kerana ia hanya menonjolkan sisi buruk dirinya. Kalau tidak boleh dikritik, lebih baik MIG tidak memanggil media. Kenapa tidak ikut saja cara penerbit filem Dua Alam dan Momok The Movie 2 yang tidak memanggil media untuk majlis pra tonton.

Sikapnya itu menyebabkan minat wakil media tidak berminat untuk mengambil tahu pasal filem Kongsi. Sebagai produser berpengalaman, David sepatutnya kalis dengan kritikan.


taken from BHarian hari ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 11:19 PM | Show all posts
khen pakcik teo dah sentap..wartawan pun ikut sentap
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:12 AM | Show all posts
Reply 63# arisa_imamura


    masalahnya wartawan tulis benda yang betul....sah2 lah citer tu x best,pastu bila org komen mula lah melenting...konon2 semua filem yang dia keluarkan modal semua bagus.....nyampah tol ngan pakcik david ni yang pelat nak sebut ckp melayu padahal dah bertahun duduk kat mesia
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 02:50 AM | Show all posts
cerita ni tak best.ada part2 lawak tapi bila habis citer ni,aku rasa...wtf?apa yang dia nak citer sebenarnya.ending pon memang tak best dan tak best lah.harap shaheizy sam je..ceh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 09:46 AM | Show all posts

filem kongsi...u langsi u mati

sape yg pe tgok cite KONGSI...ada feedback yg baik x..member aku ckp cite tu best langsung....
tapi mas aku tgok dia punya geset best..xtau nk komen..kat sini apa cite
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 10:07 AM | Show all posts
aku xtgk lagi...so aku xleh komen ape2..baru nk g negok arini...betul ke x dakwaan anpa nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2011 12:14 PM | Show all posts
Reply 64# mjfh

pakcik teoh tu dah bercita2 nak kaut rm10 juta..tu yg dia sentap tu wartawan kritik filem dia..takut strategi pemasaran tak jadi kot..aku tgk setiap kali dia kuarkan filem, mesti ade simbol $$$$$ kat dahi berjambul dia..

aku perhatikan dia ni suka bermurah hati (ini yg org melayu suka kan?) tapi buat filem hampeh utk penonton melayu..filem2 tu jugak la org melayu suka dan bagi dia untung juta2..at the end, dia tak menyumbangkan apa2 pun kat penonton sebenarnye
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:31 PM | Show all posts
nasib baik ada review. simpan budget utk next movie la. mmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 02:26 PM | Show all posts
silap parking daa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 03:25 PM | Show all posts
masa layan the making, FK kata citer sebenarnya serius...kisah pasal geng kongsi gelap...tp sbb tak nak terlalu berat sgt, dia tukar kpd aksi + komedi...pastu dia kata ambil sam sbb, tgk bagaimana sam dpt bawa watak dlm adnan sempit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:07 PM | Show all posts
GOOFSPOT kini sudah bervariasi, dengan kehadiran analisis filem Indonesia, GOOFSPOT kini lebih rencah! Baca 10 movie mistakes dari Indonesia, Malaysia dan Hollywood… antaranya:



I Am Number Four (Hollywood)

http://goofspotonfilm.blogspot.c ... mber-four-2011.html



Laskar Pemimpi (Indonesia)

http://goofspotonfilm.blogspot.c ... r-pemimpi-2010.html



Senjakala (Malaysia)

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/senjakala-2011.html



Ratu Kostmopolitan (Indonesia)

http://goofspotonfilm.blogspot.c ... mopolitan-2010.html



The Green Hornet (Hollywood)

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/green-hornet-2011.html



dan banyak lagi di GOOFSPOT. DILARANG MASUK, CUN!, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA dan barisan filem Malaysia lain semuanya ada! Jangan ketinggalan....


GOOFSPOT merupakan blog movie mistakes pertama seumpamanya dalam bahasa Malaysia. Memfokuskan movie mistakes dalam filem Melayu dan terbaru Indonesia, Goofspot masih memberikan anda info berkenaan movie mistakes filem Hollywood. Meh sokong blog ini dengan LIKE fanpagenya di sini:


http://www.facebook.com/#!/pages ... lis/124370720918367
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:07 PM | Show all posts
GOOFSPOT kini sudah bervariasi, dengan kehadiran analisis filem Indonesia, GOOFSPOT kini lebih rencah! Baca 10 movie mistakes dari Indonesia, Malaysia dan Hollywood… antaranya:



I Am Number Four (Hollywood)

http://goofspotonfilm.blogspot.c ... mber-four-2011.html



Laskar Pemimpi (Indonesia)

http://goofspotonfilm.blogspot.c ... r-pemimpi-2010.html



Senjakala (Malaysia)

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/senjakala-2011.html



Ratu Kostmopolitan (Indonesia)

http://goofspotonfilm.blogspot.c ... mopolitan-2010.html



The Green Hornet (Hollywood)

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/green-hornet-2011.html



dan banyak lagi di GOOFSPOT. DILARANG MASUK, CUN!, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA dan barisan filem Malaysia lain semuanya ada! Jangan ketinggalan....


GOOFSPOT merupakan blog movie mistakes pertama seumpamanya dalam bahasa Malaysia. Memfokuskan movie mistakes dalam filem Melayu dan terbaru Indonesia, Goofspot masih memberikan anda info berkenaan movie mistakes filem Hollywood. Meh sokong blog ini dengan LIKE fanpagenya di sini:


http://www.facebook.com/#!/pages ... lis/124370720918367
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:31 PM | Show all posts
br tgk smlm... sori la... x best..
tp sbb Sam pnye psl, layannn.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:36 PM | Show all posts
Aku harap org luar sana jgn la sokong filem2 bodo cmnie....filem bodo yg mgharapkan populariti pelakonnya shj...tp aku rasa film ni sng2 je kot box office wpon bodo mcm mana sklaipon...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 05:02 PM | Show all posts
katanya dah rm1.1 juta kutipannya. mantap la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 05:11 PM | Show all posts
yup...mmg xbest pon..baru tngk mlm td...harap azad jazmin dengan sam je yang lawak sikit..yang lain xsedap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 06:18 PM | Show all posts
aku baru balik tengok tadi  kesimpulan nye tak best korang tak yah pegi lah tunggu jer link download jer nanti.  action jer ok jalan cerita serabut...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 06:58 PM | Show all posts
mmg tak besh langsung

tp panggung mmg full house lah. terpengaruh dgn promosi kot, mcm aku

aku rasa hot dlm seminggu ni jah. lps tu kureng lah sambutan sbb review sgt teruk. berkemungkinan takde sape pon yg nk tengok cter ni lebih dpd skali atau rekemen kt kawan2 utk pegi tengok. tunggu astro atau donld je lah

scene dlm temple tu mcm dlm infernal affair
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by haiku at 14-5-2011 19:19

Filem tak best & tak bagus ... tapi collection sangat tinggi ... hmmmm

Bertambah bongkak la si penerbit ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 08:12 PM | Show all posts
wahahahaha...

mekasih kat kome yang bagi review..

x jadi ler teman nak tengok.. banyak cakap x best...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.551721 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list